Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

31 Dec 2012

Berakhirnya Lambaian 2012

Assalamualaikum..

Akhirnya 2012 melabuhkan jugak tirainya hari ni.. Pejam celik, makan tidur semuanya kita dah lalui untuk setahun ni.. Apa yang korang rasakan untuk tahun ni? Mencabar? Biasa-biasa sahaja? atau luar biasa getarannya?? Huhu.. Setiap orang punya cerita tersendiri  untuk apa yang mereka lalui tu.. Setiap orang punya sejarah tercipta. Setiap orang punya bicara tersembunyi, Setiap orang punya gerak rasa yang berbeza.. tapi kita tetap sama kerana kita semua miliki denyut nadi yang bisa menghidupkan sehingga saat & ketika ini.. Masih mampu menghirup udara segar, masih mampu dan mengharapkan kemampuan itu terus terusan ada dan tak hilang.

Banyak kenangan 2012 yang berakhir ni. Manis, masam pahit payau kelat masin semua ada. Naik turun perasaan ni. Bab kerja, keluarga, teman bicara, bab cinta semestinya tak lari dari bicara.. Adoiii, banyak betul kalau nak dicerita. Satu persatu kalau nak diluah sehingga tahun depan pun takkan surut ceritanya =)

Hal kerja, sungguh aku terasa kepenatan yang melanda. Dan akhirnya 31 Disember memberi sedikit kekecewaan di hati bila mana target untuk bulan ni aku tak berjaya penuhi. Maklumlah, cuti berganda-ganda.. Yang membuatkan diri terkilan bila aku hanya kurang 3K untuk cukupkan RM 100K budget for this month.. Seriously, sakit rasanya bila begitu. Walaupun actual sales aku untuk setahun ni melebihi dari target tapi tetap rasa kekurangan bila last month ni aku tak achive. Huhu.. Sabar jelah kan.

Hal keluarga, mestilah okey.. dapat anak sedara baby boy yang semart hensem lagi bergaya & manja serta gedik gila.. Hakhakhak, Paling best my mum dapat anak banyak-banyak. Semua ada ekor pulak tu. Hehehe,  arnab beranak banyak betul tahun ni.. Tapi.. tetap ada tapi jugak..

Tentang kawan, teman bicara alhamdulillah tak pernah ku sangka diri ku akan punya sahabat yang tetap setia bersama. Sungguh, hadirnya kalian semua dalam hidup ni sangat-sangat bermakna.. Tak pernah aku bermimpi selama ni yang aku akan punya kalian disisi. Sentiasa ada ketika aku jatuh, tak pernah jemu bagi aku semangat saat aku hilang arah & punca.. Yang nyata, aku sangat-sangat sangat sayang korang semua..

Tentang cinta, tak de apa nak diucapkan.. menghitung hari, ahad ke isnin, selasa ke rabu, khamis ke jumaat esoknya sampai balik ke ahad. Aku tetap begitu. tidur siang begitu, malam pun tetap tiada beza.. Angan-angan indah, ahh biarlah.. Just follow the flow.. moga-moga sejarah itu bakal tercipta tanpa perlu diungkap cara..

Selamat Datang 2013

Berakhir kisah ku di sini untuk 2012 ni.. Moga selepas ni korang masih tetap sedia menemani diriku yang serba kurang lagi hina ni.. Tiada bicara tersembunyi, kerana aku ikhlas menghulur tali persahabatan ni.. Sudi-sudikan lah terima ye :)

Syukur padamu Ya Allah, dengan kurniaan yang telah kau beri selama ni. Ku bermohon agar kekuatan yang ku miliki hari ini berterusan sehingga ke akhirnya.. Tahun 2012 berlalu, 2013 silih dan berganti.. Tiada apa yang kuharapkan selain kau beri perlindungan dan merahmati perjalanan hidup kami semua..

Selamat Tahun Baru 2013.. Bye & bye 2012..

30 Dec 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia 2012 -Episod 1

Assalamualaikum..

Hai semua. Korang dah tengok Reality Show -Fear Factor Selebriti Malaysia 2012 yang bermula malam tadi? Tahniah diucapkan kepada Dafi & Zoey yang menjadi pemenang bagi episod ni. Huhu, dapat RM10,000 tu. Jangan memain =)

Aku dah berjaya tonton malam tadi. padaku okey.. cuma ada beberapa perkara yang perlu penambahbaikan. bukan tak bagus atau tak baik. cuma untuk kepuasan penonton rasanya mereka perlulah beri yang terbaik kan..


Aaron Aziz selaku pengaca rancangan ni rasanya agak sedikit kaku. Aku suka Aaron Aziz, beliau kalau berlakon memang tip top kat hati ni. Cuma bab mengacara Fear Factor ni rasanya a bit pelik.. Tapi takpelah, baru first episod kan.. Kita nantikan episod akan datang okey.

Pasangan yang terkeluar untuk minggu pertama ni gandingan Roslan Shah & Azam Pitt.. Takpelah, next time cuba lagi ye.. Sekurang-kurangnya mereka berani menyahut cabaran hebat ni.. Ketakutan bukanlah faktor penghalang!

Korang boleh tonton Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 1 ni kat bawah (amik dr youtube)


Selamat menonton


p/s : apa yang tertulis diatas ni adalah pandangan diriku sebagai penonton & peminat sahaja, tiada niat apa-apa pun..

Saat Aku Jatuh Dan Ditimpa Tangga

Assalmualaikum..

Belum habis tetapi aku sudah berhenti dipertengahan jalan. Belum lagi berjuang, aku sudah mengangkat bendera putih. Belum lagi berperang, aku sudah tersungkur layu.. Dan apa yang aku rasakan kini, aku mahu   menghabiskan sisa-sisa hidupku di sini.. bersama teman-teman, bersama sahabat-sahabat handai..

Meniti hari ke hari, aku merasakan ini bukanlah pilihan yang terbaik. bukan mahu berputus asa, cuma saat dan ketikannya datang dan pergi membuktikan diri yang aku sebenarnya tidak layak berada di sini, sukar untuk ku gambarkan perasaan hati ni.. Saat aku hilang kesemuanya, saat aku tanpa sesiapa di sisi..

I'm not sure about this

Aku mahu menulis, itu minat ku.. itu impian ku, itu jiwa ku.. tetapi aku tidak mampu, 3 hari diriku menderita tanpa bicara.. tanpa noktah pengakhirannya.. Apa yang mampu aku katakan, Aku memang tak layak di sini!

Tapi..

Hidup ni ibarat anak panah.. Kita dah ada sasaran dah.. Dah ada yang terbaik pada sasaran tu.. Tapi bila ditiup angin, anak panah tu tersimpang jauh dari sasaran dia.. Lain yang kita nak, lain yang dapat.. Suka ke tak suka ke, hidup ni kena berani terima hakikat.. Pahit ke, manis ke hidup mesti diteruskan..

Terima kasih,

Mula-mula, aku fikir.. aku mahu berhenti melangkah.. Mahu pergi jauh.. Tapi akhirnya hati kecilku dididik dengan penuh sabar, dengan penuh kasih. Terima kasih.. Terima kasih untuk semua ini..



27 Dec 2012

Kawan-kawan, Tolong Bantu kita Boleh?

Assalamualaikum..

Hai semua sahabat-sahabatku..Sebenarnya 2,3 hari ni diri terasa sangat bermurah hati je nak membantu semua orang.. Secara realiti mahu pun di alam maya.. Mungkin berkat aku mengeluarkan zakat tempoh hari. Terasa bebanan tu makin berkurangan walaupun hakikatnya sama je. Sungguh, terasa ada something yang berjaya aku lepaskan dari terbuku kat dada ni. (Sebenarnya asyik tertangguh je nak bayar zakat tu. Dari bulan ke bulan, asyik beralasan tunggu gaji bulan depan bulan depan sampai la hujung 2012 baru la terhegeh-hegeh nak bayar.. Apa-apapun Alhamdulillah, sempurna sudah rukun tu.. Jom berzakat

Okey, panjang lebar pulak intro entri ku hari ni.. Sebenarnya entri ni terlahir atas rasa ihsan nak ajak kawan-kawan semua membantu rakan blogger yang menyertai Contest IPhone 5 Gadjet Pilihan yg dianjurkan oleh blogger hebat Denaihati ni. Errk, jangan salah faham. Baby yang tak comel ni tak join pun cuma entri ni adalah sebagai tanda sokongan padu ku kepada sahabat blogger merangkap my big brother aka BoniKacak..

IPhone 5 Gadget Impian
ni ke IPhone 5?? ish,ish..

Nak mintak kawan-kawan semua tolong undi beliau ni sementara masih ada masa. Katanya tarikh tutup undian ni dianjakkan sehingga 31 Disember 2012. Jadi, tinggal 3,4hari ni sempat la kalau tolong undi hari-hari untuk incik Boni Kacak ni.. Cer korang baca entri rayuan beliau ni <Terlupa Untuk Minta Bantuan> .. Sungguh, adik tak sampai hati la nak hampakan harapan abg Boni ni.. hehehe

Jangan risau korang boleh undi 3 blog pilihan korang yang korang nak setiap hari.. Aku pun sebenarnya baru je belajar undi-undi ni. hehehe, Teringat pulak aku kempen-kempen kat tv (Undi anda penentu masa depan negara & undi adalah rahsia) jadi undi, jangan tak undi.. ehh?? pe yang aku merepek ni ye.. kehkehkeh..

Okey, kat bawah ni aku sertakan cara-cara nak mengundi yang aku kopipasta je dari blog abg Boni Kacak. Kalau tak pun boleh je lawat blog beliau terus okey.


Baiklah, tak nak membebel panjang. Jom terus ke langkah-langkah pengundian.

Step pertama
  • Mulakan dengan bismillah.
Step kedua
Step ketiga
  • Klik --> https://denaihati.com/undi-blog-pilihan-anda
  • Masukkan username dan password yang telah diberikan tadi dan selepas itu akan tersenarai blog-blog yang bertanding. Korang kena undi untuk 3 blog setiap kali undian. Tapi pastikan keutamaan adalah kepada blog www.bonikacak.com. Jika tak, aku akan hantar pembunuh upahan ke rumah korang kalau korang tak undi aku. Hahaha.
Step keempat
  • Lontarkan buah halkum korang ke kiri dan ke kanan sekuat yang mungkin dan jerit 'Jahat Budak Jahat!' sekuat hati.
Step kelima
  • Korang dah boleh tarik nafas lega dan boleh mula bancuh air kopi dan terus tidur

Betul tak cakap aku? mesti korang tak sampai hati kan dengar rayuan beliau ni.. Aku bukan pe, yang aku susah hati tu sebab beliau nak hantar pembunuh upahan ke rumah aku.. tu yang aku tak sanggup tu.. Hahahaha,
Gudluck & all the best to U BoniKacak.. 

~Cuma adik nak cakap 'kalau tak menang pun takpe, jangan susah-susah hati.. esok-esok adik belanja abang makan eskem ipong 5jenis ye =) peace! 

26 Dec 2012

Silence Day of the Wednesday #13



Assalamualaikum..


Silence Day of The Wednesday #12

Assalamualaikum..

~anda lah sahabatku~

Silence Day of The Wednesday #11

Assalamualaikum..

(google image)


25 Dec 2012

Setia Hujung Nyawa



Assalamualaikum..

Hai semua, semoga semuanya selamat & sentiasa setia di sisi.. Setia Hujung Nyawa, siapa ada tengok slot Akasia TV3 jam 7ptg yang bermula semalam? Haa, aku adalah salah seorang penontonnya.. Okey, cerita ni adalah adaptasi dari sebuah novel hasil tulisan Fatin Nabila keluaran Alaf21.. Dari segi jalan cerita dalam novel ni memang agak menarik. Aku dah pernah baca dulu dan tak sabar nak menanti babak-babak seterusnya dalam drama kat tv ni..


Okey, kat sini ada kepilkan sinopsis yang tercatat kat belakang novel tu :



Novel Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu untuk menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencntainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan keguguran. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga hujung nyawa..


pelakon-pelakon drama ni (google image)

Nelydia Senrose sebagai Ersalina dan Amar Asyraf sebagai Zain merupakan teraju utama dalam Drama Setia Hujung Nyawa ni.. Semalam tengok episod 1 dan result dia.... nak tengok lagi.. Hehehehe, 

Hakikatnya Novel Setia Hujung Nyawa ni Best! Drama dia..erm belum tahu lagi, kena lah tengok sampai habis dulu.. Selalunya terbitan Suhan Movies ni tak pernah mengecewakan :)

Selamat menonton & moga terhibur

Segmen Blogwalking Rilex Cool


Assalamualaikum..

Tadi blogwalking ke blog Menulis Menconteng dan nampak segmen yang dianjurkan oleh beliau ni.. Maaf ye Fendy last minute join.. Errm, last minit sebab katanya tarikh tutup segmen 25 Disember 2012 ni.. Hari ni la, harap-harap masih sempat menghadirkan diri :)

klik je tau untuk join

Okey, apa kelebihan Blogwalking ni? Banyak sangat lebihnya tau.. Kat sini nak cakap dari satu sudut jelah.. Sebab hakikatnya banyak sangat kelebihan BW ni.. Berkunjung ke halaman rumah orang, kenal ke tak kenal ke tu belakang cerita. dari tak kenal la kita nak kenal-kenalan.. yang dah kenal kita jadi kawan... yang dah berkawan la kita nak rapat-rapatkan hubungan.. Blogwalking lah kita nak bina jaringan yang lebih baik.. 

Melalui blogwalking lah kita belajar memberi dan menerima ilmu.. Membaca entri orang lain kita dapat ilmu, walaupun kadang-kadang mereka sekadar bercerita pengalaman.. melalui pengalaman tulah kita belajar & ambil apa yang terbaik.. dan mengkomen entri orang lain juga sebenarnya kita sharing apa yang kita ada.. Kat situ lah terbinanya satu ikatan.. 

Dan mengikut pengalaman yang aku sendiri alami, aku rasa happy sangat bila terima komen-komen dari teman-teman.. hehehehe, 

Cukup-cukup sudah, rasanya sampai di sini sahaja untuk hari ni (cewahh, macam bagi ucapan je gayanya) :)
Okey, terima kasih sebab sudi menerima.. Hehehe, kalau korang nak join jomla ye.. 


Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

Assalamualaikum..

Hai semua, cuti-cuti ni takde pape cerita rasanya.. Hanya melepak sambil membaca buku lagi.. Bosan? Erm, belum sampai tahap bosan lagi. Maklumlah, banyak ilmu datangnya dari pembacaan kan.. Jadi, setiap masa kena la tambahkan ilmu tu.. Then baru lah berkongsi ilmu yang ada.. Tapi, sejauh mana pun saya pergi, saya tetap budak 'sekolah tak tinggi' :) tak kisahlah, janji saya tak kacau orang.. (tu ayat pujuk hati sendiri sebenarnya) hehehehe,

klik je untuk join okey 

Okey, Sebenarnya nak join segmen dari santaileeza.com ni.. dah lama dah tengok, tapi belum berkesempatan nak godek-godek depan incik lappy yang tak ensem dah ni.. So, peluang yang ada hari ni nak join jelah segmen apa yang ada.. Kalau tak sekarang, nanti tertanggu-tangguh entah bila la pulak nak buat kan..

Segmen yang mudah, ramai jugak yang dah join ni..  Okey Leeza, baby join ye :) Klik je banner atas tu kalau nak join & tengok syarat-syarat penyertaan eh.

Jom kita ramai-ramai memeriahkan lagi segmen santaileeza ni.. Ada cenderahati bagi mereka yang bertuah tau. Mai pakat ramai-ramai turut sama.. Segmen ni berakhir 30 Disember 2012jam 11.59mlm okey.. 

24 Dec 2012

Ancaman Bagi Orang Yang Tidak Menunaikan Zakat

Assalamualaikum..

sucikan hartamu

Daripada Jabir bin Abdullah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah seseorang pemilik unta yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat ia akan dihempaskan ke daratan yang sangat luas bersama unta-untanya dalam jumlah yang sangat banyak. Kemudian unta-unta itu akan menginjak-injak orang tersebut dengan kaki dan kukunya.

Tidaklah seorang pemilik sapi yang tidak menunaikan zakatnya melainkan pada hari kiamat ia akan dihempaskan ke daratan yang sangat luas bersama-sama sapi-sapinya dalam jumlh yang sangat banyak. Lalu sapi-spinya itu menanduknya dengan tanduk dn menginjak-injak dengan kakinya.

Tidaklah seorang pemilik kambing yang tidak menunaikan zakatnya melainkan pada hari kiamat ia akan dilemparkan ke tanah yang sangat lus bersama-sama kambing-kambingnya dalam jumlah yang sangat banyak. Lalu kambingnya itu menandukny dengan tanduk yang menginjak-injak dengan kukunya, pdahal antara kambing-kambing itu tidak ada yang bertanduk ataupun yang patah tanduknya.

Tidaklah seorang pemilik harta simpanan yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan harta simpanannya akan menjelma pada hari kiamat menjadi seekor ular yang botak. Ular itu akan mengikutinya dengan mulut yang terbuka siap mematuknya. Jika ular itu mendatanginya, serempak ia berlari menghindarinya.

Setelah itu Rabnya berseru kepada orng itu : 'Ambillah harta yang telah kamu simpan itu! Sesungguhnya Aku tidak lebih memerlukannya daripadamu.' Tatkala ular tersebut mendapati pemilik simpanan hart itu berada dalam keadaan terdesak, tidak bisa menghindar lari daripadanya, maka ia pun menggigit tangannya dengan mulutnya, lalu menggigit dengan gigitan yang sangat kuat."
(Riwayat Ahmad)

Jom berzakat, ..

~Alhamdulillah, sempurna sudah Rukun Islam ke-4 ku (zakat pendapatan) untuk tahun 2012 ni..

21 Dec 2012

Kenangan Ambil Result PMR

Assalamualaikum...

Selamat menempuh hari kawan-kawan semua.. hari ni sekadar nak bercerita pengalaman ketika mengambil keputusan PMR semalam.. Okey, jangan salah faham ye, bukan keputusan Aima punya. tapi my youngest sister aka Kakak yang punya..

Alhamdulillah entri  sebelum ni Aima ada bagitahu yang Kakak dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR yang baru je keluar 2hari lepas.. Syukur, syukur dengan kurniaan yang Allah beri. Moga Kakak mampu meneruskan kecemerlangan tu untuk persediaan hari mendatang. Bukan sekadar cemerlang akademik, tapi sahsiah dan rohani juga..

Kakak dan sahabat baiknya..

Tahniah diucapkan kepada sekolah kakak SMK Taman Tasik, Taiping. 84 daripada 119 calon dia dapat 8A. Alhamdulillah, satu pencapaian yang baik bagi sekolah tu.. SMK Taman Tasik ni sekolah rancangan khas negeri biasa je.. Tapi prestasi dia Alhamdulillah terbaik antara yang terbaik kat Negeri Perak ni. Tahniah.. Kawan-kawan baik Kakak pun semuanya 8A.


Add caption


Sebenarnya ada cerita kelakar jugak tentang semalam tu.. Aima garu-garu kepala jugak fikir kenapa mesti camni.. Ermm, masa teman Kakak ambil keputusan hari tu, ada la 2 orang cikgu sekolah kakak datang tanya kat Aima. Cer korang ikuti perbualan kat bawah ni

Cikgu : Haa, kamu pulak dapat berapa?
Aima : Eh, takde. Saya datang teman je
Cikgu : Owh, teman kakak. Kakak kamu dapat berapa?
Aima :  Bukan kakak, tapi teman adik.. dia dapat 8A
Cikgu : Laa, kamu kakak. yang tu adik. Nampak macam tingkatan 2 jekamu ni. (dalam hati ahh sudah, cikgu ni jangan macam-macam) Cikgu tu tanya lagi
Cikgu : dah tu umur berapa ni?
Aima : saya dengan adik saya tu 10 tahun beza. saya 25 dah. (kak Okje, aima dah jawab soalan akak ni ye)
Cikgu : Betul ke ni? Asal adik kamu nampak lagi tua dari kamu? (hahahaha, memang aku rasa cikgu ni rabun kot. sian kakak bila cikgu cakap dia lagi tua dari aku. padahal beza kitorang 10 tahun tau..

Yang cikgu lelaki lagi sorang pulak cakap "Haa, camni la orang zaman sekarang suka.. yang comel-comel camni"  -dalam hati banyak la cikgu punya orang suka.. takde maknanya..
~tapi aima tetap cakap kat cikgu berdua tu "terima kasih" ucapan ikhlas sebab mereka dah buat aima kembang hati :)


Aku nampak tua lagi kan dari kakak??

Ketawa-ketawa juga.. memang la rasa happy bila orang cakap Aima comel ni cute je. tak padan dengan umur.. Masing-masing tak sangka aima dah habis sekolah & siap dah bekerja pun.. Syukurlah kalau lagu tu. tapi terfikir jugak dalam hati.. (aku ni tak normal ke sampai orang selalu confuse aku dengan kakak.. Padahal, seriously aku dengan kakak beza 10tahun)..
Atau kecik kurus sangat kot, tu pasal orang fikir lagu tu?? 

Apa plan lepas ni ye?? Ermm, makan, makan dan terus makan.. moga-moga boleh bertambah berat nanti (walaupun tahu sebenarnya sia-sia je. tetap camtu jugak) :(

p/s : dalam happy ada rasa sedih jugak.. tu je.. Salam Jumaat semua. Malam ni sahabat jiran sebelah rumah bernikah.. Moga bahagia ye..

Karam

Assalamualaikum..

Dapat kah putik kan menjadi bunga, kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya,
ataupun aku harus berserah kepadanya
Yang Maha Esa

Mestikah ada satu pengorbanan sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan, perlukah kau dan ku merelakan..
Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan,
Dikala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka, bila wajahmu hilang di mata,
Tiada berita pengubat rindu dikala sendu
Ku biarkan luka dihati berdarah,
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku, disakiti sebegini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan,
Yang tersimpan di hatimu sayang..


~Karam -Zabarjad

p/s : I'm Okey :)

20 Dec 2012

26th Birthday Giveaway by ShidaR

Assalamualaikum..

Salam Sejahtera & moga selamat semuanya.. Huhu, dah lama sangat tak join segmen, giveaway dan seumpama dengannya ni.. Dan akhirnya malam ni nak jugak turut serta sama dengan kawan-kawan lain untuk bagi ucapan sempena Hari Jadi ShidaR bulan Januari nanti.. Kita sebaya rupanya, tapi masa ShidaR lahir Aima baru je nak hidup dalam perut mak kita :)

Hehehe, sebenarnya garu-garu kepala jugak Aima nak fikir apalah yang patut ditulis untuk join GA ni.. Ucapan hari jadi seringkas & seindah yang mungkin untuk sahabat ku ini..

klik je untuk join okey!

Okey, kesempatan yang ada ni Aima babycomel nak ucapkan Selamat Ulangtahun yang ke 26 untuk ShidaR, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & senantiasa dipermudahkan segala urusan. Teruskan langkahmu, jangan pernah berhenti melangkah.. itu yang penting.. Biar perlahan tapi kita kekalkan rentak dan momentum itu.. 
~Terbaik ShidaR! 




19 Dec 2012

Silence Day of The Wednesday #10

Assalamualaikum..


Tahniah to My Kakak.. 

**Silence Day of The Wednesday diasaskan oleh silenceblogz.com. Jom trendingkan bersama :)


p/s : takde niat nak membangga diri, cuma sekadar nak berkongsi kegembiraan dengan semua..

Silence Day Of The Wednesday #9

Assalamualaikum..

~Hidup Luar Biasa~ # DAO

18 Dec 2012

Akhirnya kau kembali

Assalamualaikum..

Hai semua. Selamat pagi selamat memulakan tugas harian dengan jayanya.. Aima hari ni feel a bit good. Oklah, dah serasi dengan tugas-tugas yang sememangnya takkan pernah habis..

Okey, back to the topic.. Alhamdulillah hari ni akhirnya setelah menunggu begitu lama, si dia kembali ke pangkuan ku.. Miss miss miss him so much much :p hehehe.. Rindu sangat kat dia.. First time berpisah dlm tempoh yang agak lama.. Dan dia kembali dalam keadaan yang sihat walafiat.. Good to see that..

Kemain excited diri ku melihat keadaan si dia yang begitu sempurna. Bersih, seakan suci tanpa dosa. And the truth is 'I luv U so much My Dear'
Doaku semoga perhubungan kita akan kekal untuk setahun dua lagi.. Sebab lepas tu aima comel ni nak cari yang lain. Hehehehe..

Moga tak kan ada lagi kesulitan lepas ni.. Penat dah nak menunggu saat kau menjauh. Penat dah menjadi perindu.. Owh,

Ahha,
Selamat berjumpa kembali sayangku.. 7372 :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

17 Dec 2012

Bertunang.. Perlu ke?

Assalamualaikum..

Tak sangka dah Isnin rupanya.. Cepat betul masa berlalu kan.. Dah tinggal beberapa hari jelagi kan Disember bakal meninggalkan kita.. dan tahun 2013 menjenguk kita.. aku, masih ditakuk yang lama nampaknya. Masih lagi bekerja untuk membayar segala hutang piutang.. entah bila la diri nak free dari dibebankan masalah hutang kereta, life insurans, bil-bil yang lain. penat..

Tak mau bebel banyak-banyak.. tajuk entri atas tu sebenarnya berbentuk persoalan.. tentang nikah kawin ni.. belum la nikah lagi. belum pun nak kawin lagi.. cuma yang jadi tanda tanya besar kat kepala otak aku ni... bertunang perlu ke???

Mind set aku dari dulu aka masa sekolah dulu aku tak mahu tunang-tunang ni. maybe aku banyak dimomok-momok kan dengan cerita-cerita tak elok pasal tunang ni.. sebab pada aku tunang tetap tak menghalalkan pape pun kan. Malah kena makin berjaga-jaga dari pelbagai aspek. Yelah sekadar memegang status tunangan orag tak bermakna kita menjadi hak seseorang tu kan.. Erkkk, betul ke pe yang aku fikir ni?? ke aku yang terlalu prejudis sangat dengan hal tunang ni??

Aku betul-betul nak mintak pendapat korang semua. Sungguh aku tak suka nak lalui fasa-fasa ni. Lagi pulak nak mintak tunang setahun. Betul ke standard orang bertunang sekarang ni setahun?? Aku tak mahu ikut trend orang.

Nak mintak tolong korang clearkan apa yang ada dalam kepala aku ni. Aku tak suka   latunang-tunang ni. ish, tak suka.. darah manis ke, hitam merah cekelat ke or what so ever.. tunang tu untuk apa??

Terima kasih atas respon anda semua.. sangat-sangat menghargainya.. doakan Aima cepat-cepat kawin ye :)hehehe..


14 Dec 2012

Kelmarin, Kehilangan & Kenangan

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah Jumaat rupanya.. dan lebih menyedihkan dah 3hari blog ni tak berupdate.. Rindu nak baca komen-komen sahabat semua, rindu nak jenguk rumah korang, rindu nak baca entri-entri korang, rindu nak lepak kat group.. Tapi tak berkesempatan.. Maaf ye, tapi hari ni ada masa yang terluang sekejap-sekejap ni aku akan cuba beri yang terbaik untuk semua. Sungguh, bila aku pegang dada -I feel something. I'm loosening, lost of something.. Apa yang aku hilang?? Ermmm..

Kelmarin, Kehilangan & Kenangan..

Kenapa dengan kelmarin? Apa yang hilang? Ada apa dengan kenangan?? Tiba-tiba nak tanya korang soalan-soalan ni ; Korang pernah rasa kehilangan? Pernah terluka saat kehilangannya? Pernah meratapi moment-moment kehilangan tu? Pernah rasa hidup ni dah tak punya apa-apa makna dan tak ada apa lagi untuk diteruskan? Pernah menzalimi diri sendiri diatas kehilangan tu? Pernah cuba untuk menghilangkan diri juga? Dan pernah korang cuba rawat luka akibat kehilangan tu?


Setiap dari kita pasti dah menempuh hari kelmarin kan.. tidak kira lah manis, pahit, tawar, masam semuanya dilalui.. yang pasti kita sebenarnya berjaya melalui hari kelmarin itu dengan jayanya kerana kita hakikatnya kita ada hari ini.. Kalau kita kata yang kita tak mampu & tak sanggup menempuh hari-hari mendatang akibat kelukaan hari semalam, sebenarnya kita dah berjaya. Jangan sesekali tanya kenapa Allah pilih aku untuk lalui jalan yang penuh berliku ni, tapi ucapkanlah syukur kerana hakikatnya kita orang terpilih untuk menjalani hidup yang sememangnya mencabar ni.

Jika apa yang ada kelmarin itu penuh dengan keindahan, jangan lupa ucapkan lah syukur kerana tak semua dari kita diuji dengan keindahan.. Kita juga orang terpilih yang dipilih untuk menikmati keindahan itu.. Tapi, jangan sesekali lupa, keindahan takkan menjengah kita selamanya.. Jangan sesekali lupa dalam kita gembira, ada orang lain yang berduka. Dalam pada kita memiliki, ada orang yang yang mengemis meminta simpati. Dalam pada kita susah, masih ada lagi yang lebih sukar hidupnya berbanding kita..


Patah kan tumbuh, hilang pasti kan berganti.. Ye, itu adalah perumpamaan.. tak semua yang patah akan tumbuh dan tak semua yang hilang bakal berganti.. tapi percayakah kita yang Allah mengambilnya untuk menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.. Betul tak?? Hakikatnya apa yang kita miliki hari ni semuanya pinjaman semata, jadi bila-bila masa sahaja ianya boleh ditarik dan Allah akan menggantikannya bila-bila masa yang dikehendakinya.. Tapi, beringatlah kita.. jika kelmarin itu kesempurnaan yang kita miliki & hari ini kita kehilangannya.. Janganlah mengharapkan apa yang datang hari esok sesempurna hari kelmarin. Kerana ianya takkan pernah sama, takkan pernah serupa. Setiap darinya miliki & punya kelebihann dan keistimewaan tersendiri.. 

Andai kenangan hari kelmarin itu bakal membunuhmu hari ini, lepaskan lah.. lepaskan agar diri kita lebih tenang.. Itu yang terbaik. Melepaskan tak bererti kita lupa. Melepaskan tak bererti kita ingat.. Melepaskan bererti kita terima dan redha dengan setiap yang terjadi kelmarin. Terima dan redha bukan setakat di bibir, tapi dihati tu yang penting.. 

Ikhlaskan kita menerimanya?? Tepuk dada, tanya iman.. bibir tak perlu berkata, kerana semuanya dari hati.. 


~bicara dari seorang yang mula belajar erti hidup.. 

p/s : terima kasih kerana membaca

12 Dec 2012

Selamat UlangTahun PariPariPutih

Assalamualaikum..

Kalau baca tajuk atas ni, dah tentu-tentunya entri kali ni khas untuk seseorang yang istimewa.. Pertama-tamanya nak cakap HAPPY BIRTHDAY to U Mama PariPariPutih.. Selamat ulangtahun yang ke 42..  Terasa  cukup istimewa bila mana 12.12.12 ni terlangsung.. Yelah, selepas ni takkan ada 13.13 walaupun untuk 2013 ye dakk?? =)

klik je sini untuk ziarah beliau ye

Paripariputih.. Pelik kan nama tu.. Sebenarnya dah lama sangat nak tanya pasal paripariputih ni.. Yelah, tak pernah pulak aku tengok ikan pari yang berwarna putih :)  Hati nak tanya, tapi tak pernah la pulak bertanya sehinggalah hari ni.. Hehehe,

Okey, untuk mama tak ada apa yang mampu  baby beri.. tak ada apa yang mampu baby buat.. Cuma doa dan ingatan tulus ikhlas yang sentiasa mengiringi hari-hari mama.. Semoga mama terus tabah dalam menempuh ranjau yang penuh berliku, moga perjalanan & urusan sentiasa dipermudahkan..

Dipanjangkan umur, terus dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, kebahagian yang melimpah ruah..  Tiada kata-kata indah yang mampu diungkapkan.. "Kerana dirimu begitu berharga"

LuV U mama PPP

Semoga ukhwah yang terjalin ni akah terus berkekalan walau datangla sehebat mana pun taufan =)
No matter what happen we will stay together :)

p/s : Thank U for being a very good mama, a very good sahabat, a very nice kakak.. 

11 Dec 2012

Special 999 1000 1001

Assalamualaikum..

Pertama-tamanya nak ucapkan Syukur Alhamdulillah kerana berjaya jugak cecah 1000 tu.. Perkembangan yang baik bagi seorang blogger baru macam aku ni.. Walaupun aku mula sign up blogger ni tahun lepas, tapi April 2012 ni aku baru start menulis.. Jadi, aku memang masih baru, budak baru belajar yang sering kali salah langkah.. Terima kasih kawan-kawan sebab sudi support blog yang serba kekurangan ni..


Okey, entri kali ni aku nak review sikit follower bertuah ku.. 999, 1000 & 1001.. kenapa aku pilih nombor-nombor ni ye?? Sebab aku suka.. Seriously aku sangat suka nombor 9x3=999, 1000=perfect 10x000 & 1001=kerana nombor 1 itu unik mampu hidup diantara dua 00 ditengahnya.. Really, really like this 3 numbers..

~999~ <Wanynaziar>
Pemilik nombor bertuah ni, Wanynaziar.. tapi maaf sebab aku tak mampu nak jejak blog beliau ni sebab tak ada link yang ditinggalkan.. Aku tak tau nak cari camne. Kat komen takde, kat shoutbox pun takde.. Jadi, kepada empunya diri kalau ada singgah sini, maklumlah dengan saya ye.. Terima kasih..


~1000~ <beloGIsamm>
klik untuk ke bloGIsamm ye..

Tentang beliau yang aku baca kat profile ; nama beliau Isamismail from Terengganu. Seorang blogger lelaki dah tentunya.. Merasakan blog beliau ni kemas, sedap mata memandang.. tulisan pun ok. Seorang blogger yang rajin mengeluarkan entri-entri baru.. Kelihatan seperti seorang blogger baru tapi dari gaya penulisan macam sudah biasa menulis.. Aku suka!  Tahniah & terima kasih ye sebab sudi follow blog ni.. Selamat bersahabat di dunia ni =)
Kawan-kawan semua jangan lupa singgah eh bloGIsam ni.. Macam-macam cerita ada. Ada tips, ada info, ada cerita artis.. Untuk bloGIsam Selamat maju jaya, keep up the momentum InsyaAllah nanti ada hasilnya..

**Errk, sungguh aku tak tau nak review camne. Aku memang gile tak reti nak review meriview ni.. Maaf, diatas segala kekurangan ku..


~1001~ <deq's qienz>

jom klik sini 

Firstly nak cakap, Comel kan header blog mama Qhayra bercerita ni. "It's All About My Life" Cantik & kemas je blog ni. Tema warna pink purple tu sangat menarik.. Entahla, mata aku memang suka yang comel-comel camni =) Yang aku boleh agak, blog ibu muda ni dari Alor Star & mempunyai seorang anak dara.. Aku baca blog Mama Qhayra ni dan tak sangka dah berumur hampir 5tahun rupanya anak daranya itu :) So sweet.. Jangan lupa singgah eh jenguk blog bertuah ni :)
Selamat berkenalan dalam dunia blog ni.. Moga ukhwah yang terjalin ni berpanjangan.. Terima kasih sebab sudi follow & komen kat blog yang serba kekurangan ni..

**Singgah & jenguk mereka ye, boleh kita buat kawan & terus bersahabat bersama.. Terima kasih sebab membaca =)


p/s : Maaf, sungguh aku memang tak reti nak meriview gini.. bab-bab ni memang aku failed.. Sorry, ni yang terdaya  & termampu dilakukan..

10 Dec 2012

Sesi Berjimba Bersama Sahabat Blogger Utara

Assalamualaikum..

Selamat berhari Isnin, Monday Blues?? Erm, harap-harapnya tidak lah.. Aku semenjak dua menjak ni walaupun seringkali ada masalah hati, tapi bab kerja aku sangat professional.. Ceria, happy je walaupun rahsia hati takkan siapa pernah tahu.. Tapi, it's okey.. Aku kembali pulih seperti sedia kala..

Okey, tak mahu cakap banyak. Sekadar nak berkongsi kegembiraan ketika aku berjumpa dengan beberapa orang sahabat blogger hari Sabtu 08.12.12 yang lalu.. Lokasi perjumpaan adalah di Komtar, Pulau Pinang.. Seriously, it was my first time aku terbang ke Pulau tu tau. Sebelum ni hanya kat seberang je.. Apa pun, ia adalah satu pengalaman yang berharga, yang takkan dapat aku lupa. Perjumpaan pertama, pengalaman pertama & semuanya pertama kali aku bertentang mata dengan mereka semua ni.. Terbaiklah korang.. Semua pun blogger-blogger hebat tau!

Jom Layan gambar-gambar berlibur kitorang ni =)


sempat bergambar sementara menanti 


Diorang main Archery.. aku sebenarnya sangat teruja dengan aktiviti ni. Sebabnya aku tak pernah main.. tapi, disebabkan mata aku ni dah aagak tua, rabun + susah nak fokus benda jauh ; resultnya aku tak main la.. Nanti entah mana-mana la gi panah tu hehehe.. Apa-apa pun aku nak cakap "Hebat la MK Syahir, menjadi je panahan dia tu"

bergambar setelah selesai bermain



8 orang blogger yang turut serta dalam gathering ni.. BabyZyra Roxx & Zafira sebagai event planner, Korn, Mk Syahir, Apit, aku dan seorang lagi blogger Nizam. Errm, nak cakap ni yang paling aku teruja bila Lyssa Faizureen dan Apit jugak turut serta.. Serius, aku teruja sangat. Maklumlah, aku bukanlah siapa-siapa dalam dunia blogging ni.. Masih baru, dan bila berjumpa dengan blogger femes ni mestilah rasa happy sangat..


semuanya ratu & raja posing.. Kemain! :)



berposing sakan dekat Padang Kota =)
I really miss that moment.. hope to see u all again.. Apa-apa pun, pengalaman ni memang terbaik, menjadi kenangan terindah buat aku dalam dunia blogging untuk tahun 2012 ni.. Serius! aku tak tipu.. Nice to meet U all guys!! Sahabat blogger yang lain bila pulak kita boleh berjumpa ni?? :)

Korang-korang yang dah buat entri pasal ni nanti bagitau eh. nanti aku update kat sini sekali.. Okey, Have a nice Monday.. Senyum, senyumlah kerana senyum tu penawar & terapi paling baik... Tak perlu bayar pape pun okey..

~boleh baca jugak entri tentang perjumpaan ni di blog Zyraroxx Sepetang Bersama Blogger


9 Dec 2012

Malaysia vs Thailand -Semi Final AFF Suzuki Cup 2012

Assalamualaikum..

Hai semua, setelah 2 hari blog tak berupdate, hari ni sekadar nak menulis tentang bola. Maklumlah masing-masing tengah demam bola Piala AFF Suzuki ni.. Aku sebagai penyokong setia, tentulah mendoakan team kita menang.. Sebaiknya kemenangan yang besar supaya dapat dijadikan bekalan ke Siam sana tu nanti.

Walaupun bakal beraksi tanpa kelibat Wan Zack Haikal yang sekarang ni menjadi kegilaan gadis-gadis di luar sana, namum aku percaya pasukan Harimau Malaya bukan sekadar menunjukkan taringnya malah mampu membenam si gajah perang dengan puasnya.. Mengharapkan beliau segera pulih dari kecederaan yang dialami..

ihsan google

Wan Zack Haikal? Err, sori aku tak minat.. masih budak-budak lagi dia.. mungkin aku ni jenis yang old skol jadinya aku lebih minat mereka-mereka yang lebih dewasa.. Hehehehe, konon tak mau mengaku yang diri tu dah tua sebenarnya wink wink wink =)

Mengharapkan percaturan K.Rajagobal malam ini menjadi dan kita sememangnya sudah berada di landasan yang betul untuk mencipta sejarah tersendiri.. Doa rakyat Malaysia pasti mengiringi perjuangan korang semua..

All the Best to U guys.. May Allah Bless U all,


Ikhlas,
~Penyokong setia bola dari kecik sampai besar~

7 Dec 2012

Typo Friday #7 -Orang Melayu Ada Duit Lupa Diri

Assalamualaikum..

Salam hujung minggu untuk semua.. Entri ni terhasil ditengah-tengah kesibukan mengurus masa sebenarnya.. Oley, macam yang terlulis kat atas tu "Orang Melayu bila ada duit lupad diri" Betul ke??
Maaf andai entri ni agak kasar bunyinya. Tak ada niat pun nak merendahkan, melemahkan bangsa sendiri. Cuma, aku bercakap berdasarkan pengalaman yang ku tempuhi..

Serius aku sangat bosan mengadap mereka-mereka yang berlagak tak kena tempat ni.. Eh, aku bukan cakap korang tau. Jangan la terasa pulak dengan aku. Sungguh, aku tak maksudkan korang.. Aku cuma nak cakap yang aku seringkali alami perkara ni. Orang kaya yang rasa mereka tu tak pernah hidup susah dan sengaja nak menayangkan kemewahan a.k.a menunjuk-nunjuk..

Menunjuk tu satu hal, aku boleh la terima lagi tapi bila mereka punya sesuatu yang orang macam aku ni tak ada siap memperolok-olok, mengata kita yang tak berkemampuan ni.. Okey, fine aku bukan orang kaya. memang aku mengaku. dan aku tak punya apa yang kau miliki.. dalam mimpi pun belum tentu aku layak dapat apa yang kau ada.. Tapi, jangan la sesekali memperkecilkan ketidakupayaan orang lain..

Mungkin kau tak pernah susah, tak pernah ada masalah dalam doal duit, kewangan.. Allah beri kau nikmat yang besar kat situ.. apa sahaja yang kau nak sekelip mata kau dapat.. tapi sedar tak, bila kita tak bersyukur dengan rezeki Allah, bila kau tak pernah menggunakan sebaiknya kurniaan tu, bila kau lupa semuanya itu pinjaman dari Allah semata, bila kau lupa untuk berkongsi.. Allah tarik nikmat tu bila-bila masa yang dikehendakiNya.. betul tak??

Dan perasan tak yang selama hari ni kau tak pernah pun merasa cukup dengan apa yang kau ada.. Tu tandanya kita kufur nikmat.. Maaf, tak terniat nak menegur. Cuma aku merasakan sampai masanya kau belajar untuk menjaga hati orang lain, orang yang berada di sekelilingmu. Sekalipun mereka tidak memiliki harta, tapi mereka punya hati yang mulia..

Terima kasih sebab kau tunjukkan sikap talam 2 muka kau dekat aku.. depan kau senyum bagai, bila aku berpaling kau ludah belakang ku.. aku tak pernah marah selama hari ni kau buat macamtu, aku masih lagi ketawa bila kau berbicara, aku masih turut serta.. tapi, bila kau mendoakan supaya aku bodoh & kau mengatakan padan muka bila aku ditimpa musibah tu aku memang sangat-sangat tak boleh terima..
Aku masih senyum saat kau mengata dibelakangku dan Allah tu Maha Kuasa bila dia biar aku jadi saksi kehipokritan hati kau tu..

Sebab kau tak punya anak perempuan, kau mengata anak orang lain. Tak baik begitu.. Sampai masa Allah tunjukkan jugak kebenarannya..  dan kakikatnya sekarang anak-anak kau belajar pun tak pernah menjadi kan.. tapi kau still mengata anak orang begitu dan begini.. MasyaAllah.. (sudah-sudahla bercerita keaiban orang lain sedangkan diri juga tak mampu nak mdenutup keaiban senditri)

~Kawan-kawan, maaf tak terniat nak mengata. cuma meluahkan kekesalan bila mana diri dihina saat diriku tak punya apa.. kalau lah orang itu bukan siapa-siapa tidak mengapa lah juga. tapi sidia orang yang setiap hari bekerjasama dengan ku.. dan dia nya Melayu yang punya harta melimpah ruah.. Korang, trerima kasih kerana mendengar, moga kita terpelihara dan yang buruk dijadikan sempadan..

p/s : moral of the story, Jom berzakat! Sucikan hartamu..

Typo Friday? Abah MK, hari ni tak banyak typo pun kan.. menulis tanpa ada emosi.. tak tekan backspace abanyak pun hehehe

5 Dec 2012

Silence Day of The Wednesday #8

Assalamualaikum..


Jom masak! :)


Silence Day of The Wednesday #7

Assalamualaikum..

Entri minggu lepas??

|
|
|
|
|
|
X
|
|
|
|
|
V
|
|
|
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
V


4 Dec 2012

Selamat Hari Jadi Abah

Assalamualaikum..

Hai selamat sejahtera untuk semua.. Rindu sangat kat korang tau.. Rindu serindu-rindunya.. Maaf belum sempat nak berjalan-jalan. Tapi janji yang aku akan turn to you all dalam tempoh terdekat ni. Siang penat bekerja, balik rumah makan pun tak sempat sebab dah tertido..

Okey kawan-kawan, hari ni 04/12 adalah hari lahir my abah.. Yang ke berapa ye. Sat nak kira dengan jari jap. Ermmm.. Okey 1955 dan sekarang 2012 result dia adalah 57tahun la kan.. Owh, patutla abah rambut pun dah putih-putih.. Hehehe jahat sungguh aku ni kan :)

~Selamat hari jadi yang ke 57 ye abah. Semoga terus dipanjangkan umur, dimurahkan segala rezeki, dilimpahi dengan kasih sayang yang takkan pernah putus.. Diberi kesihatan yang baik untuk terus membimbing keluarga ni. Aminnn~

Abah jangan risau eh sebab abah belum kategori warga emas lagi sebab sekarang kan pencen 60. Abah pun nak extend sampai 60jugak kan. Eloklah pun. Sat g kalau pencen abah asyik duduk kedai kopi je. Tak pencen pun lagi kedai kopi tu dah jadi rumah no2 abah.. Hehehehe.. Errk, abah jangan baca blog orang yang ni tau :)

Mesti korang cakap apa la aku ni suka betul mengata pak sendiri. Hehehe, bukan camtu la. Aku kat rumah memang suka usik abah aku ni. Kadang-kadang mulut aku saje je nak wat dia marah. Tapi abah tak marah pun. Balik-balik dia cakap 'capuk kang mulut tu' tapi tak capuk pun.. Hehehe...

hadiah bunga jelah ehh :)

Maafkan anak mu ini diatas segala ketelanjuran kata & perbuatan ye. Maklumlah umur dah suku abad tapi masih tak boleh nak jauh dengan mak abah.. Poor baby..

Jaga diri ye kawan-kawan semua.. Miss U, seriously luv u all more..

p/s : Orang takde hadiah nak bagi. Sebab orang tak tau nak bagi apa.. Maaf

3 Dec 2012

I Love Today is Monday

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?? harap-harap semuanya sihat sejahtera dan dalam perlindunganNya. Monday dah kan hari ni :)  biasanya Monday Blues tapi hari ni i'm so aggresive. Seriously rasa sangat-sangat bertenaga. Tak tahu la pe sebabnya. sampai je ofis senyum tak sudah-sudah.. pastu bergerak sana sini tak henti-henti.. ni baru la relax sikit boleh pegang phone..

Cuma aku boleh agak hari ni aku aktif dan rasa bertenaga semacam je sebab malam tadi aku dapat tidur yang berkualiti.. tidur yang sangat tenang itulah paling berharga.. hanya sedar lebih kurang pukul6 pagi setelah dikejutkan oleh my mum.. I though baru jam 1pagi. Rupanya dah nak siang..Terasa tidur tu nyaman je  tanpa ada gangguan..

Best kan kalau tidur tanpa gangguan dan bila bangun pagi rasa lapang je hati otak minda dada semua.. Yuhuuu. Okeylah kawan-kawan, selamat memulakan tugas untuk minggu baru bulan Disember ni.. I luv U, Luv U More!!

2 Dec 2012

Jom Makan-Makan di Restoran Old Castle Alor Star

Assalamualaikum..

Entri kali ni sekadar nak berkongsi pengalaman makan di Restoran Old Castle (Arabian Food) di Alor Star, Kedah tempoh hari.. First time makan & terus jatuh hati.. Jatuh hati pada makanan dia, pada pemandangan dia.. Kemain snap gambar masa kat restoran ni.. sebab teruja sangat, almaklumlah tak pernah try makan nasi Arab pun sebelum ni :)

Cantikkan..

ruang makan

Kemas dan sejuk mata memandang


Pemandangan dari ruang depan restoran ni


Menu dia ada banyak, tapi tak tahu nak senaraikan dekat sini sebab maklumlah menu nama-nama arab. Jadi tak tahu nak sebut, tak ingat lagipun.. Sedap, licin pun pinggan.. Kalau punya kesempatan nanti nak makan lagi..


Nasi Arab -Ayam



Buku Menu dia.. 

Lokasi terletak berdekatan dengan Istana Anak Bukit (kalau tak silap -sebab pergi tu time malam), beroperasi seperti yang tercatat dalam buku menu dia kat atas ni.. Phone number pun ada atas tu :)


Yang ni Nasi Arab -Puyuh

Ni air apa entah..  tak cuba pun 

Siapa-siapa yang pernah ke sini boleh la kongsikan pengalaman makan kat sini.. Mana-mana yang belum pernah jejak kaki pun boleh try makan & rasa makanan dia.. Memang jatuh hati pada masakan dia, pada suasana kedai & pemandangan dia CUMA ada satu masalah je yang patut diperbaiki.............

Servis dia agak kureng sikit.. mungkin mereka kurang memahami kehendak pelanggan.. (my abah order roti kosong je pun tapi sampai ke sudah tak sampai-sampai rotinya) sebab dia tak faham apa itu roti arab -roti kosong..  Kesian, kesian..


p/s : saya orang Perak setia bersama seladang, bukan Kedah.. Terima Kasih =)c