Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

31 Oct 2012

Tips Penjagaan Tayar Kereta -Alignment & Balancing

Assalamualaikum...

Dan lama tak menulis tentang penjagaan kereta kan.. Okey, hari ni kita sambung lagi cerita tentang kereta. Kali ni tentang Tips Penjagaan Tayar Kereta pulak.

Seperti yang semua tahu, tayar adalah perkara terpenting bila sesuatu kereta bergerak. Kalau tak ada tayar tak tahu lah camne gayanya kan.. Bagaimana kita nak maintain supaya tayar tu sentiasa sihat & boleh berbakti untuk kita selalu??
Kat bawah ni ada disenaraikan beberapa keperluan atau tips penjagaan tayar. Nampak je remeh, tapi semua ni penting tau.

nampak tak keadaan tayar ni?? 

Firstly, kena la selalu periksa tekanan angin (tyre pressure). Pastikan angin untuk keempat-empat tayar tu balance dan ikut spesifikasi yang betul.. Kalau angin terlebih atau angin terkurang pun akan beri kesan kepada tayar. Tayar anda tentu akan makan.. Sekurang-kurangnya periksalah angin tayar setiap seminggu sekali.
~kalau tayar makan di bahagian tengah bermakna tekanan tayar terlalu tinggi.
~kalau bahagian tepi tayar makan lebih banyak berkemungkinan angin tayar terlalu kurang atau tak sekata. ~Fuel consumption (penggunaan minyak petrol) pun akan jadi tinggi kalau angin tayar kurang -enjin akan jadi berat la.

Buatlah pusingan tayar -alignment & balancing (tyre rotation-alignment & balancing) untuk setiap 10,000km interval. Dengan melakukan pusingan tayar, kita boleh maintain supaya tayar tu makan sama rata depan & belakang. Dengan cara ni tayar kereta kita akan bertahan lebih lama. Okey, mesti ada yang tanya apa itu tyre rotation?? Tyre rotation tu maksudnya kita tukar-tukar kedudukan tayar. Tayar yang berada kat depan kita bawa ke belakang. yang belakang pulak ditukar ke depan. ada juga yang buat pusingan secara (X) maksudnya bersilang.. pun boleh jugak cara tu.

Berkenaan alignment, ada orang cakap "elok je, tak lari pun buat apa nak buat alignment?" okey, pada saya tak ada masalah pun kalau tak nak buat alignment. tapi jangan la terkejut nanti tau-tau je tayar kereta korang dah makan. tak kisah la dia makan dalam, luar atau makan tinggi rendah (uneven). Faktor jalan memainkan peranan. jalan yang kita lalui tak semestinya elok je kan. kadang-kadang kita langgar lubang, benda-benda macamni la yang akan effect alignment. mungkin akan effect pada camber & caster jugak.

-macamne nak tau alignment kereta korang lari ke tak. mudah je.. try drive kat jalan yang lurus yang permukaan dia sekata. then cuba lepas steering. tengok kereta korang ada tarik sebelah tak. kalau belum pun satu tiang letrik tu dah pulling one side (tarik sebelah) maksudnya alignment dah lari la. tapi kalau selepas 3 tiang baru dia nak senget maksudnya oklah.. kalau dah lari apa yang patut kita buat?? Kejar la apa lagi.. hehehe, taklah.. kena la buat alignment tayar maksudnya..

Korang pernah ada pengalaman steering gegar masa driving espcially masa high speed (maybe 100kph keatas). Haaa, kalau jadi camtu berkemungkinan besar balancing punya hal la.. jadi, perlulah melakukan balancing tayar atau bahasa melayunya timbang tayar. Penting jugak balancing tayar ni tau. Agak-agak korang selesa ke kalau tengah pandu laju tapi steering gegar semacam je??

Okey, satu lagi tentang tayar.. pastikan tayar yang berkeadaan baik berada di hadapan. kalau boleh elakkan tayar yang ditampal (bocor, pancit dan sebagainya) berada di hadapan.. sangat bahaya jika tayar yang bermasalah samada dari segi bunga (haus) atau tayar yang ditampal berada di hadapan. Ini kerana tayar depan la yang akan memacu kenderaan anda.. Sangat bahaya kalau terjadinya sesuatu yang tidak diduga seperti tayar meletup, bocor, pancit. semua ni boleh mengundang bahaya terutama ketika kenderaan sedang dipandu laju.. risiko kemalangan & kecboleh dikurangkan jika tayar tersebut berada di belakang..

tayar pancit..

Banyak lagi kalau nak dicerita pasal tayar ni, tapi rasanya dah terlalu panjang entri kali ni.. insyaAllah akan datang akan bercerita lagi tentang tips-tips lain berkenaan kereta..

~Entri ini terhasil berdasarkan pengalaman & pengetahuan yang ada. Sekadar nak berkongsi ilmu yang ada.. mohon beri teguran kalau ada dari maklumat & info kat atas ni yang salah atau tidak tepat.
Semoga kita sentiasa beringat selalu.. Selamat sampai ke destinasi yang ditujui..
Terima kasih..

Silence Day Of The Wednesday #2

Assalamualaikum,,


Opss! Silence pls... 

Lokasi : Pantai Chenang, Langkawi
Klu : di makan mentah


**errr, harap-harap betul la entri sebegini seperti yang dimahukan oleh penganjur.. 

29 Oct 2012

Lemak Untuk Langsing

Assalamualaikum...

Lemak dan langsing?? mesti korang pelik kan.. Yelah, selama ni kita tahu yang lemak lah yang akan menggemukkan badan kita. Cuba tengok lipatan dekat perut yang tersembul di sebalik pakaian mahupun selulit di bahagian paha, mesti terus sahaja kita putuskan mahu bermusuh dengan lemak kan.. Padahal hakikatnya sangatlah sukar kita nak bermusuh dengan lemak tu.
mahu jadi langsing??


Lihat sahaja makanan yang ada kat sekeliling kita. Semuanya mempunyai lemak & kalori yang tinggi. Dan lebih malang, iman kita tak mampu nak melawan godaan tu kan.. Lemak dan kalori, bukan semuanya tidak baik dan patut dimusuhi. Malah kalau diambil secara betul, kedua-duanya boleh membantu tubuh tetap sihat.

Lemak merupakan nutrisi dalam makanan yang digunakan oleh tubuh sebagai sumber tenaga. Ia berfungsi membentuk jaringan saraf dan hormon. Ibarat kereta memerlukan minyak sebagai bahan bakar, tubuh kita memerlukan lemak. Namun, tak semua lemak akan terbakar ketika melakukan aktiviti kerana ada yang disimpan di dalam sel-sel lemak sebagai cadangan tenaga. Kalau kita berolahraga masih ada lemak-lemak yang tidak terbakar apatah lagi jika kita hanya duduk tanpa melakukan aktiviti. Tentu sahaja lemak yang tersimpan ni akan berubah menjadi kolestrol.

Kalori pulak bermaksud jumlah tenaga yang tersimpan dalam makanan. Makanan yang berkalori tinggi pasti akan menghasilkan lebih banyak tenaga. Namun, jika kalori yang tidak digunakan boleh mengakibatkan kita menghadapi masalah berat badan berlebihan..

Okey, kat sini ada beberapa makanan yang berlemak tapi masih memberi manfaat kesihatan untuk tubuh. Antaranya :

Keju
~Sememangnya keju mengandungi lemak dan protein yang tinggi. Tetapi jangan salah, keju juga baik untuk diet kerana keju boleh memelihara agar perut dalam keadaan kenyang. Cukup dimakan sebagai pendamping salad atau dijadikan makanan tambahan di dalam sandwic mahupun kudapan.


kekacang <ihsan google>
Kacang
~Berdasarkan kajian, orang yang memakan kacang mempunyai berat badan yang lebih rendah daripada yang tidak memakannya. Kacang mengandungi lemak tak tepu yang cepat dibakar


Avokado
~Avokado paling banyak mengandungi lemak jika dibandingkan dengan buah yang lain. Namun, disebabkan hanya lemak tak tepu tunggal berada di dalamnya (omega-9), avokado boleh menurunkan kolestrol jahat di dalam tubuh,


Coklat Hitam
~Bersahabatlah dengan coklat hitam atau dark choc ketika kit sedang berdiet kerana kandungan asid lemak tak tepu coklat ni cukup tinggi untuk menurunkan kolestrol. Untuk menikmatinya dengan cara yang sihat, cairkan coklat dan celupkan dengan buah-buahan seperti strawberi sebagai kudapan yang menyihatkan..



Aku menulis ni sekadar nak berkongsi.. Ramai orang tanya camne aku boleh maintain slim + langsing walaupun mereka semua tahu yang aku ni kuat makan.. aku pun tak tahu nak jawab apa sebenarnya. Mungkin baka aku memang kecik molek camni. Even my mum yang beranak 10 pun berat around 50++ je.. Cuma yang pasti, tips yang aku amalkan sehingga hari ni :

~Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap..
sebab tu orang selalu perasan yang aku ni kuat makan, kejap-kejap tengok aku mencekik, tapi elok je berat  tak naik-naik. asyik timbang 37kg. paling tinggi pun 40kg tapi turun balik pastu.. Orang siap tanya 'apesal ko takde perut?' sebab nampak perut aku flat je.. sebenarnya ada je lemak kat perut tu. cuma takleh nak dilipat :)

~Aku pilih buah anggur sebagai bahan untuk kurus..
atleast seminggu 2-3 kali aku akan makan buah anggur.. dan ianya berhasil. aku maintain kurus..

Tapi.. walaupun kurus aku punya tahap kolestrol yang agak tinggi.. dalam proses menambah baik tahap kesihatan ku ini..  kolestrol sangat bahaya kalau tak dipantau..

Semoga kita semua sihat sejahtera ..
   

28 Oct 2012

Kisah Malam Raya Aidiladha -Ditimpa Kemalangan

Assalamualaikum..

Korang semua sihat?? Moga-moga semuanya dalam perlindungan & rahmat tuhan ya..

Ekceli aku agak speechless @ wordless nak bercerita tentang ni sebabnya aku baru je melepasi satu fasa trauma.. Aku ditimpa kemalangan atau bahasa orang putihnya accident malam raya hari tu.. Pendek kata aku bertakbir kat tengah jalan raya la malam tu..

Okey, cerita ni tak menarik pun sebenarnya.. sungguh, sebab sampai saat ni aku rasa perit sangat tapi aku terpaksa behave like nothing was happened. seriously, aku patah kaki sekarang ni.. nampak tak dah sungguh lagi ada seriously. so maknanya aku memang betul-betul tengah susah hati...

nampak tak.. dia cium aku

Accident tu jadi masa aku on the way dari ofis nak balik rumah. aku punchcard lebih kurang kul6.50 petang (kerja banyak nak wat camne kan) nak cuti pun tak leh jugak sebab ada orang dah apply cuti dulu.. masa nak balik tu memang hujan lebat sangat, siap kilat sabung menyabung. tapi aku redah jugak la. slow-slow janji sampai rumah..

Tapi nak dijadikan malang, tiba betul-betul kat pekan Air Tawar tu, (masa tu baru lepas hujan.. masih renyai-renyai je) kereta depan tu brake mengejut. aku pun brake jugak la.. memang aku sempat brake. then aku dengar bunyi berdentum kuat & aku pun terdorang ke depan. aku dengan kereta sekali la (dah macam ayat dalam report polis je gayanye).. nasib baik aku memang tengah tekan brake masa tu. dahla kereta auto, buatnya aku terkejut terlepas brake dah tentu-tentu orang depan kena hentam teruk kan..

apa lagi nak dikata..

Terkejut.. masa tu memang aku cam terpinga-pinga je. tapi sebab aku ni jenis yang orang kata cam relax je. aku keluar tengok kereta.. sebelum tu dah call dulu mak abah & teman di sisi yang memang uruskan insurans claim ni.. aku keluar kereta tengok-tengok 4biji dah berdentum sesama sendiri.. apa nak cakap lagi. nasib baik orang depan tu kereta takde pape sangat. bumper belakang satria neo yang aku langgar tu pun elok je.. bumper dengan bonnet depan aku la yang kemek pun..

Kereta belakang aku cam korang tengok kat gambar atas tu.. radiator dah tentu-tentu pecah.. memang takleh jalan lagi la.. aku punya belakang body kereta memang teruk jugak la.. bumper, boot belakang, back panel belakang pun kemek.. aduhh menderita la aku selama 2bulan nanti ni..

Tapi kan.. aku rasa cam kelakar tau.. tengah-tengah renyai tu aku dengan selamba snap foto sana sini. dah macam sarjan yang bertugas pulak (dahtu sarjan pun datang lambat).. aku memang mana-mana bawak kamera. tak cukup kamera siap dengan handphone lagi.. dah la uniform kerja aku warna putih.. hahaha, orang nampak cam aku ni takde pape padahal dalam hati Ya Allah takutnya nak bayangkan apa yang akan jadi nanti..

Moral of the story : ---> ingatan untuk diri sendiri jugak

*jaga jarak pemanduan anda.. pastikan jarak yang selamat
*jangan la bawak laju-laju espcially time jalan licin hujan lebat
*pastikan brake sistem sentiasa dalam keadaan baik,
*jangan panik bila terjadinya kemalangan. relax.. tapi jangan senang-senang bagi tol truk tow kereta korang..
*yang penting pakai sfety belt okey. tali pinggang keselamatan tu sangat penting.. (nasib baik aku pakai, kalau tak dah terhantuk kat cermin depan tau -sebab berdentum kuat sangat)
*buat repot polis dalam tempoh 24jam kalau nak claim insurans


Korang, jangan lupa ye untuk join SEGMEN SILENCE DAY OF THE WEDNESDAY  ni..
jom ramai-ramai kita support pemilik silence blogz ni okey =)

Cerewet Bab Makan

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? camne raya, okey? best tak raya kali ni?? banyaknya soalan aku ni kan.. Okey, hari ni sebenarnya aku nak cerita pasal makanan.. pasal cerewetnya seseorang dalam bab makan ni..

Aku pun tak tau nape tiba-tiba nak cerita pasal makanan & hal cerewet ni. Mungkin bila aku melihat seseorang yang begitu, aku rasa cam ehh rimasnya.. semua benda ko tak makan kan.. apa benda yang ko makan ni?? memilih betul..

aku dgn budak ni lebih kurang je comelnye. ehh?

Tapi..  bila aku muhasabah diri sendiri.... aku merasakan aku adalah salah seorang yang memang cerewet tentang hal ni.. jujur aku cakap, aku tak suka dengan perangai aku yang agak memilih bab makan ni. terasa cam hilang nikmat bila orang lain makan tapi aku pilih untuk tak makan..

Okey, cerewet aku dalam hal makan ni sebenarnya aku takkan makan apa yang aku tak pernah makan dari sejak dari kecil lagi. contohnya aku tak makan kerang. sampai umur dah 25tahun pun aku tak tahu camne rasanya kerang tu.. yang pasti semua adik beradik aku makan kecuali my mum.. atau pun, mungkin sebab aku fikir kerang tu akan buatkan aku rasa gatal & kulit akan merah-merah.. then aku memang tak makan & takkan makan.. tak tau lah nanti future agak-agak kalau hubby aku paksa aku makan, terpaksa jugaklah aku makan kan :) hehe..

Satu lagi yang menjadi persoalan yang bermain kat kepala aku ni... kalau si suami tak makan makanan tu, adakah si isteri pun kena belajar untuk tak makan dan begitu jugak sebaliknya.. tapi kalau dah benda tu jadi favourite selama ni takkan kita tak leh makan jugak??? aku ada tengok orang yang camtu.. kesian pulak aku rasa.. kenapa sampai camtu ye?? kalau nak makan, makan jelah.. kenapa mesti nak larang kan??

Okey, back to the topic,
Agak-agak korang kenapa seseorang tu boleh pilih untuk tak makan sedangkan orang lain boleh makan dengan gembiranya.. aku tak suka dengan keadaan camni. tapi kuat betul pendirian aku pilih untuk tak makan & langsung tak mahu mencuba untuk makan.. tapi kalau kena makan memang aku makan jugak akhirnya.. susah kan dengan orang cam aku ni. benci betul!!

Susah nak hidup kan kalau cerewet sangat ni.. aku anggap ni la kelemahan paling ketara aku.. orang kata kalau masuk kandang kambing kena la mengembek, masuk kandang kuda kena la kedekuk-kedekuk.. tapi kalau dah termasuk kolam buaya pulak nk kena jadi apa ye??

p/s : mohon ajar aku camne nak makan pisang.. sebab pisang goreng, kek pisang aku leh makan. tapi pisang yang sebiji tu aku tak reti nak makan.. bengong kan, tapi tu la hakikatnya..

~takde niat nak membuka pekung di dada menceritakan kekurangan & keburukan diri sendiri.. cuma diri ini mahu belajar menjadi yang terbaik, cuba mengatasi kelemahan diri yang ada..
Aku merasakan aku bukanlah cerewet, cuma aku tak beranni nak makan benda yang aku tak pernah makan dari kecil lagi.. tu je,

26 Oct 2012

Salam AidilAdha untuk semua

Assalamualaikum...

(entri pendek sahaja).

terima kasih gugel

Selamat Hari Raya Haji, Hari Raya Korban & Hari Raya Aidiladha untuk semua teman-teman..
Moga-moga dengan keberkatan korban kali ni membawa seribu satu rahmat buat semua..
Aku dalam proses fasa pemulihan setelah terjadi sesuatu diluar jangka..
Insyallah akan dikongsikan bersama nanti ye..
Pastinya kisah malam raya yang sungguh tragis bagiku.
<parah bila dihentam depan dan belakang>

Selamat bercuti, selamat berhujung minggu & Selamat Hari Raya..
Tolong jaga diri.. Paling penting berhati-hati dijalan raya ye..
Jangan jadi macam aku..

24 Oct 2012

SEGMEN SILENCE DAY OF THE WEDNESDAY

Assalamualaikum..

Hari ni aku betul-betul SILENCE. Sebabnya aku tertinggal henpon kat rumah. entah camne boleh tertinggal aku pun tak tau. dua-dua pulak tu tertinggal. alahai.. Then balik rumah barulah boleh jenguk-jenguk blog ni.

Owh, abang Potia buat segmen :)
Segmen Silence Day of The Wednesday..  Eh, segmen pe tu ye?? Dua kali jugak la aku membaca then barulah aku paham. (aku agak aku paham la. hehehe)..
Segmen dan hadiahnya domain.. Eh?

Banyak info kat blog beliau tu.. Jom, jom..

mohon klik je sini


klik sini jugak



Aku nak explain panjang-panjang aku sendiri pun takut aku salah bagi info.. apa kata jom kita ramai-ramai singgah jenguk jengah datang melawat ziarah abang Potia ni..
Jom ramai-ramai kita support beliau..


Abang Potia,
All the best to U sebab sememangnya abang Potia memang terbaik!!
Senyum... :)

Panas Macam Api Neraka

Assalamualaikum...

Ada siapa-siapa tak yang dengar radio sinar pagi hari selasa semalam ?? huhu, aku adalah salah seorang pendengar setia sinar fm. Memang tiap pagi aku akan bergelak ketawa sorang-sorang dalam kereta bila dengar teletah trio sinar pagi ni tau.. Okey, topik pagi tu pasal kereta pertama ku.. memang kelakar,

Tapi kat sini aku bukan nak cerita pasal kereta pertama ku.. sebab takde yang menarik pun pasal  kereta pertama ku. My first car yang register under my name dulu adalah viva. kereta tu ada lagi sampai hari ni, tapi dah bagi abang kat Kuantan yan pakai. sekarang dah pakai kereta lain. hehe.. (kata tak mau cerita, tapi sibuk jugak aku bagitau pasal my first car-hehe)

sekadar hiasan je >google
Aku saje nak cerita pasal kereta, pasal panasnya api neraka. Api neraka?? Okey, camni cerita dia.. Dulu masa aku kecik + masih bersekolah lagi, abah ada kereta keluaran Fiat. yang petak tu. alaa, aku tak tau la apa namanya, yang tau memang Fiat.. kisah ni rasanya dekat-dekat 10tahun yang lepas kot. masa tu adik bongsu yang ku panggil kakak tu baru masuk sekolah rendah kot.

Budak kecik, apa la yang dia tahu sangat kan. tak boleh nak salahkan mereka tapi diingat balik terasa cam kelakarnya la zaman kanak-kanak dulu. yelah, dulu bercakap ikut sedap mulut. orang kata kan budak-budak ni jujur, bercakap apa yang diorang rasa betul je (ehh, apa la yang aku duk bebel ni kan ish,ish..)

My kakak yang kecik ni pernah complaint kat mak  "apa ni mak? kereta ni panas macam api neraka!"  wahhh, hebat kau kakak boleh tau panasnya api neraka.. masa tu nak balik dari sekolah.. memang mak parking kereta tu kat panas. selamba je dia boleh kuar statement camtu.. dan dia pernah kuarkan statement ni jugak "ish mak ni, kakak malu la naik kereta buruk ni"  then my mak pulak cakap la "mak tak malu pun"
korang tau si kecik ni jawab apa "mak dah tua yelah tak malu. kakak muda lagi kakak malu la"   hahaha.. siot je kau kakak buat ayat camtu. owh, kalau orang tua bawak kereta buruk tak malu. orang muda naik kereta lama, kereta buruk sikit kemain ko malu ye.. tak bagi tu mak antar dia sampai masuk sekolah (time tu dia dah sekolah rendah). soh antar drop off dia jauh sikit jangan masuk dalam pagar sekolah..

aku try google, rasanya camni la kete 'buruk' mak aku tu

Same happened to my brother yang kat Kuantan tu. ni lagi lama. masa tu mak punya first kereta. Datsun rasanya.. memang kereta lama. aku pernah naik kot tapi aku memang dah lupa semua tu.. tapi mak selalu cerita balik kat kitorang cerita-cerita kelakar dulu.. abang aku tu dulu memang sangat-sangat malu bila kena naik kereta tu. yelah, kereta lama memang la agak buruk. selalu mati tengah jalan mak cakap. abang aku tu pun sama cam kakak tadi, memang dia tak bagi mak hantar dia sampai depan pintu pagar sekolah. dia cakap dia rela jalan kaki jauh sikit dari malu naik kereta buruk tu.. alahai.. sangat kelakar tau bila ingat balik.

Budak-budak zaman sekarang nak naik kereta buruk?? huhh, jangan harap la.. semuanya sekarang lahir-lahir dah duduk rumah besar, ada bibik lagi. naik kereta mewah, siap berdriver. pulak tu semuanya nak mudah. handphone ada, wifi dah tercacak je kat depan rumah anytime je nak beronline... apa lagi nak cakap, "zaman dah berubah, dunia dah maju" tu la jawapan yang paling kreatif aku rasa. hahaha,

Korang ada cerita menarik pasal kereta dulu-dulu?? cerita la sama.. hehehe..

~there is no wordless here :)


p/s : nak publish entri ni semalam, tapi balik kerja sempat online kejap pastu terus tertidur.. jadi terpaksa postpone hari ni.. Thanks sebab sudi membaca..

23 Oct 2012

When They Called Me 'Hemo-Hemo'

Assalamualaikum..

Hai semua, selamat hari Selasa.. Tak ada yang istimewa pun hari ni. Biasa-biasa sahaja. Cuma happy bos tak ada whole week sebab wife dia baru je bersalin first baby semalam.. Tahniah my bosss.. aku rasa cam kelakar pulak dengan boss aku tu. dalam dok tak nak kawin (lebih kurang kena kahwin paksa la dengan mak dia-jodoh pilihan orang tua) kahwin sebulan lebih je bini mengandung.. hahaha, hebat-hebat bos aku tu. kahwin awal Januari aritu, ni bulan Oktober dah dapat baby.. baby boy. Congratulations boss for the new baby..


Kat office aku ada nama. diorang selalu panggil aku Hemo-hemo.. lama dah, tapi bila lama-lama jadi terbiasa pulak. mula tu aku ingat saje je diorang menyakat aku dengan panggilan hemo-hemo tu. tapi bila aku dapat tau ada  yang siap save my phone number letak save as 'hemo-hemo'.. laaa, baru aku tahu memang diorang suka gelarkan aku camtu.. Sampaikan customer aku pun ada yang panggil aku camtu. maybe dia terdengar kot bila member-member ofis panggil aku hemo-hemo..

Alahai.. kelakar pulak aku rasa.. "Hemo-Hemo"  mana la dapat nama tu ye. hahaha.. takpelah, janji depa bahagia.. aku okey je..

 "Hemo-hemo meh sini jap"   "Hemo-hemo, angkat line 1 customer ko cari"  "Hemo-hemo, ko nak air tak??" "Hemo-hemo boss panggil"

Apa hemo-hemo tu ye???

21 Oct 2012

Sudah Cukup Cukup Sudah



Assalamualaikum...

21 Oktober 2012.. ada apa dengan hari ni ye? ermmm, jenuh fikir apalah yang patut aku tulis ye hari ni.. terasa seperti otak dah beku. tak mampu nak berfikir. kesian aku kan..... kesian, kesian...

Maaf, jujur aku katakan yang entri ini terhasil bila mana aku tak takde kekuatan untuk menulis. kekuatan yang aku maksudkan kat sini dah tentulah idea. sebab aku takde idea apa nak menulis ni..


Sakit, perih menusuk hatiku Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa menitiskan air mata jatuh rasanya langit ini
Apa salahku? sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu rasakan cinta tulusku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu...
Benarkah salahku, ku terlalu mencintai ku
Hingga kau buat aku terlarut ke dalam
Mungkin ku tak bisa hidup tanpa kamu disisiku
Ku yakin bisa melewati tapi berat...
Sayang..
Belum cukupkah dirimu rasakan cinta tulus ku
~Mungkin ku tak bisa hidup tanpa kamu disisiku...

Owh, aku rasa.. ...

cukup-cukup sudah. cukup sampai disini saja
daripada hati gelisah kau balas dengan dusta
sudah cukup cukup sudah cukup sampai di sini saja
daripada batin tersiksa lebih baik ku pergi saja
telah berulang kali ku coba mengalah
ternyata sabarku tak bererti untukmu
teganya kau menari diatas tangisanku
kau permainkanku sesuka hatimu
~Sudah cukup cukup sudah cukup sampai di sini saja
daripada batin tersiksa lebih baik ku pergi saja...


p/s : Aku tak mahu pergi.. sebab 'aku tak bisa hidup tanpa kamu disisiku'.. Sungguh, aku tak mampu..
Maaf sebab aku selalu bermain kata.. tiada niat untuk bermadah bicara..

20 Oct 2012

Kedai Mamak vs Kedai Kopi



Assalamualaikum...

Lama kan aku tak menulis. hohoho, rindu weii, sangat-sangat rindu.. maaflah, masa sangat-sangat mencemburui diri ku. aku pun tak paham kenapa la dia cemburu + iri hati dengan ku. sedangkan aku bukannya lawa pun =) haha, kemain ko ye baby tua :)

Okey, entri ni terhasil semasa semua orang sedang sibuk menonton bola sepak @ final Piala Malaysia 2012 diantara Kelantan dan ATM.. aku? aku tengok la jugak. serius, aku tengok kat rumah je. Astro Arena.. dan malam ni banyak jugak game EPL ni. Man U pun ada game, Arsenal pun akan turu padanng nanti, Manchester City pun ada jugak game.. huhu.. best, best.. aku tengok je sebab minat terhadap bola sebenarnya dah berkurang. kurang tapi tak pernah hilang. bila ada kesempatan memang la aku layan. tapi takde la sefanatik dulu.. lagipun ada adik-adik kat rumah yang memang minat bola memang la aku dok layan gak. kalau sorang-sorang alamat duk dalam bilik je la.. hehe

mamak? maaf, aku tak layan..

Berbalik pada final Piala Malaysia, aku tengok kat stadium tadi tu mak aiii, lautan merah. cayalah wahai warga & penyokong setia Kelantan.. hebat kome ye..  Haa, aku pasti malam ni kedai mamak, kedai kopi mesti penuh kan. sebab semuanya nak layan bola. yang aku nak cerita kat sini, agak-agak korang nape orang pilih untuk duduk layan bola kat mamak dengan kedai kopi ye??

Entah apa la yang best tu eh??

Cuma kesimpulan yang aku leh buat adalah : kedai mamak biasanya orang muda-muda yang lepak kat situ..
kedai kopi pulak kat kampung-kampung dan orang tua-tua yang penuhkan kedai tu sambil minum kopi + tongkat ali. balik surau je mesti cepat-cepat depa lepak kat kedai kopi tu. aku bercakap sebab abah aku pun camtu jugak =)  nasibla aku jenis yang tak prefer makan or lepak kat mamak & kedai kopi ni :)

Baiklah, apa pun keputusan malam final ni.. tahniah aku ucapkan.. yang kurang berjaya tu cuba lagi next year ye.. Aku? dua-dua pun aku tak sokong.. aku susah senang dengan Perak je. Menang kalah Perak tetap Juara.. hahaha,

18 Oct 2012

Di Saat Kau Gantung Aku


Di saat ku pinta keputusanmu, kau masih menanyakan semalamku..
Bertanya tentang dia dan kehebatannya. Sedangkan segalanya telah pun kau tahu
Tiada rahsia hidupku..
Di saatu ku lahirkan kekesalan, sengaja kau mengambil kesempatan
Mengungkit perbuatan dan ketelanjuran
Kau ulang bercerita tentang hati luka
Membuat ku rasa berdosa
Demi masa depan yang kita mimpikan
Hapuskanlah kenangan yang mengusik perasaan
tiap kali memandangmu, tak terhingga kesalku
Maafkanlah aku sayang.. menodai kepercayaanmu
Andainya ku dapat, menarik kembalik
detik-detik hitam yang berlaku
kesilapan serupa tak akan kuulangi
cukuplah sekali menyakitimu
Cukuplah sekali kau membenciku...


Assalamualaikum..

Jangan kesalkan bila mana itu yang termampu kita lakukan saat ini. Saat kau gantung aku.. sungguh, aku terasa seperti mahu menggantung diri sendiri. Tapi mujur Allah itu ada.. Tak tercabarkan seorang lelaki bila dengan rela menggantung persis layang-layang tanpa talinya. padahal tali itu wujud malah  mungkin lebih hebat dari yang sebelumnya. Yang sebelumnya?? siapakah? apakah? owh.. aku tak mahu mengerti.. sungguh, aku sudah mula tawar hati dengan semua.

akukah layang-layang itu??

Kau mahu gantungkan?? gantung la. gantung la selama mana kau mahu. aku? aku tak peduli dengan semua tu. Janji aku boleh hidup tanpa menyusahkan kau walau sedikit pun. kau jawablah dengan Tuhanmu atas apa yang kau dah lakukan. Jangan cerita tentang tanggungjawab bila diri sendiri tak mampu nak melunaskannya..
Segalanya ku serah pada takdir. andai jodoh kita kuat -sampai masa i'll come back to you. if not.. kau hanya dalam mimpi walaupun aku sah milikmu.. hahaha, belajar pikul tanggungjawab bro! Kau berjanji apa dulu saat 'aku terima nikahnya'??  See, bersedialah kau menjawabnya nanti ye..



p/s : entri serius je bunyinya.. haha, taklah..dalam proses menulis novel. cerita sedang tergantung bila mana aku tengah penat-penat & penat dengan kerja. Terlalu banyak komitmen seminggu dua ni.. Hehe,


17 Oct 2012

Cara-cara Mengelakkan Engine Kereta Kepanasan Melampau (Overheat)

Assalamualaikum..

Memandangkan hari ni Rabu & ramai yang buat entri 'Wordless' tapi saya tiba-tiba nak menulis. maklumlah setelah sekian lama tak menaip.. Hari ni tiba-tiba nak bercerita pasal kereta. Okey, firstly, penulisan ni terhasil atas keinginan saya untuk menulis. keduanya, sekadar nak berkongsi pengalaman & berkongsi ilmu yang ada. Mohon betulkan jika ada apa-apa yang di sampaikan tu silap + salah.  kerana sesungguhnya masih cetek ilmu di dada ini.

Okey, mesti pernah dengar kan tentang Engine Kereta Overheat? or mengalami kepanasan melampau? or situasi dimana temperature gauge di meter kenderaan anda mencapai maksimum level? atau mungkin engine kereta tiba-tiba berasap?? dan lampu 'check light' tiba-tiba On..

macam ni? 

Engine overheating ni terjadi bila mana enjin mencapai satu tahap suhu tinggi atau lebih dari normal operation temperature. macam kita manusia la, bila suhu badan tinggi kita akan demam. haa, camtu lah jugak dengan enjin kereta. Sangat penting tau untuk kita tahu hal ni, sebab bila kita tak peka, or ambil mudah je.. dia punya  komplikasi atau akibat tu sangat hebat..

Saya bercakap based on my experience- i meant bukan terjadi kat saya, tapi it happended to my customer. sangat kesian bila mana terpaksa menanggung kos yang agak tinggi sebab kena buat overhaul engine & lebih teruk bila bukak-bukak enjin & check cylinder head kereta dia dah bengkok. nak skim pun foundry tak berani buat. and the result maybe terpaksa tukar head baru.. harga? hahaa, tak payah cakap la kan. spare part sahaja mau makan 4-5K tu original part la. luar punya parts, or kedai potong ke jangan cerita kat sini. Yang paling saya kesian, my customer tu seorang ibu tunggal. maknanya driver adalah seorang perempuan..

Sorry to say, mostly kebanyakan wanita jarang menitik beratkan tentang kenderaan. yang ktia tahu hanyalah memandu. minyak enjin cukup ke, air battery kurang ke, angin tayar ikut spec ke tak, ramai yang tak pernah kisah tentang semua ni. It also happened to me.. sebab saya sendiri walaupun saya belajar automotif, saya bekerja dalam bidang ni as a advisor, tapi kereta saya sendiri pun saya masih mengharapkan my abah lagi untuk tengok. untuk kereta sendiri pun saya tak pernah amik berat secara detail sangat. tapi, atleast bila kita tahu apa yang patut kita buat, tak perlulah setiap masa kita mengharapkan orang lain kan.

Nampak benda ni macam remeh, simple or ada orang cakap dengan saya (alah, bercakap memang mudah. cer buat). haa, betul bercakap memang mudah. tapi bila kita biasakan diri untuk buat, check apa yang patut especially sebelum memulakan perjalanan jauh atleast kita boleh elakkan something bad happen. U all get what I mean?? Harap-harapnya..

engine check lamp/ warning light 'ON'

Okey, engine overheat ni boleh terjadi disebabkan banyak hal/ punca..Antara komponen atau parts yang terlibat dalam sistem penyejukan ni adalah :

* Radiator
*Water Pump
*Fan motor atau kipas
*Thermostat
*Water jacket
(ada lagi yang tertinggal ni. tolong tambahkan mana-mana yang saya missed ye)

Part paling penting biasanya Radiator. kena sentiasa pastikan air cukup, spare tank ok. coolant level ok.. Coolant bertindak sebagai bahan penyejuk untuk enjin kenderaan. Radiator make sure tak ada kesan bocor. dan yang penting pastikan radiator cap tu dalam keadaan baik. sebab vacuum valve yang kat penutup tu kalau dalam keadaan tak elok pun sedikit sebanyak akan menyumbang kepada masalah ni. Nampak benda remeh je, tapi kesannya?? Haa, hose-hose pun berkait jugak. yang mana-mana agak-agak dah keras pun kena tukar jugak la. effect jugak tu for long term. yang ni kena tukar kat bengkel la, kang tak terlarat nak tukar sendiri =)

Fan Motor atau kipas yang berpusing. Ada kes terjadinya enjin mengalami kepanasan melampau bila mana puncanya dari kipas yang tidak berfungsi. ada terjadi ketuk-ketuk baru jalan. tu maknanya kipas tu mintak ditukar baru la. Motor fan dah hujung nyawa agaknya. antara simptom yang kita boleh kesan ialah bila acond mula terasa tak sejuk. haaa, tu ada tanda-tanda fan motor tak berjalan dengan baik la. (ada jugak faktor lain bila acond tak sejuk-maybe compressor, magnetic clutch atau sebab-sebab lain. tu kita bincang kemudian ya).

Okey, bila dah jadi camni, biasanya Temperature Gauge mungkin boleh naik. yang ni kita kena alert. sungguh, kena selalu peka bila tengah driving tu pastikan temperature level dekat tengah-tengah. tak boleh low & tak boleh high. kalau temperature kat bawah je takut ada masalah lain bila mana enjin tak capai normal operating temperature, tak capai suhu yang optimal. Nanti akan efek pada kita punya kesan pemanduan la. enjin tak sempurna.. Kalau high sangat pun dah tentu-tentu tak boleh. haa, jangan sesekali drive bila engine dah capai suhu tertinggi. sebab ia kan beri kesan yang sangat teruk pada engine.

ada meter yang camni

pastikan jarum berada di tengah-tengah (normal)

Kalau terjadi macamni, jangan panik.. berhenti tepi jalan, biarkan enjin sejuk seketika (1-2jam jugak la).. check water level  *please jangan bukan radiator masa enjin panas okey-sangat bahaya*  kalau susah sangat tak tahu nak buat apa, call je your road assist 24x7 punya.. panggil tol truck datang tow korang punya kereta ke bengkel yang berhampiran. Jangan ambil tak kisah sebab nanti tak pasal-pasal RM tu melayang-layang je.. bukan sikit okey bila enjin terpaksa di'overhaul'kan..

Okey, lain-lain nanti insyaAllah akan dibincang lagi. Saya mengharapkan atleast setiap minggu satu perkara tentang kenderaan kita dapat saya kongsikan dekat sini. Harap semua boleh faham & ianya bermanfaat kepada orang lain. Maaf kalau ayat tunggang-langgang sebab saya menulis ikut apa yang ada dalam kepala ni. Saya memilih bahasa & ayat yang santai supaya mudah untuk difahami.. Entri ni terhasil ketika saya terjaga jam 3pagi ni untuk menulis.. Terima kasih semua..

~Semoga perjalanan kita selamat pergi & selamat pulang.. 

15 Oct 2012

Segmen Miz Ruha | Lesen

Assalamualaikum..

Nak join jugak Segmen menarik dari Miz Ruha ni. Comel, rasa cam tiba-tiba je bersegmen cerita pasal lesen. hehe, baby pun join juga ye Miz Ruha. Nak support beliau jugak sebab beliau selalu lawat & komen kat blog ku ini.. thanks awak.. 

http://bird7842.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html
klik je atas ni untuk join..

Okey, mula baby amik lesen rasanya umur 18tahun. tu pun dah nak hujung-hujung kot. memang sesungguhnya time tu langsung tak tau bawak kereta. tak reti pun pasal kereta ni cuma mungkin dah takdirku sambung belajar dalam bidang Automotif ni, jadinya nak tak nak kena tau bawak kereta, kena ada lesen jugak. hahaha, tapi bila dah jadi budak auto kan, atleast kena tau jugak la kereta.

Masa test JPJ memang best. aku antara orang terawal yang kena test. test parking, naik bukit sume memang pass. tip plus top la. tapi bila tang test untuk jalanraya, aku anggap aku failed la. sebabnya hampir 3x engine kete kancil tu mati. memang aku terdiam sat. bukan tak reti bawak, tapi sebab kereta yang di bagi untuk test jalanraya tu kancil model lama. clutch dia tau la kalau dah kete lama kan. selalu belajar pakai kancil yang model baru sikit, clutch pedal pun lembut je.. nasib la abang JPJ tu paham bila aku bagi alasan tu kat dia. The PJP was very young, so cute tapi takde la hensem mana pun. hehe, anyway thanks sebab kebaikan hati anda, saya dah boleh bawak kereta :)

Satu lagi pasal lesen.. aku pernah kena tahan dengan polis sebab dia tak percaya aku ni dah ada lesen & cakap aku lari dari rumah. hampeh!!. 
(ni antara perbualan aku dengan 2 orang abang polis)

Abang Polis 1 : nak g mana ni?

Baby : arrrr, nak balik rumah.  <masa tu abg polis no.2 dah senyum-senyum kat aku>

Abang Polis 1 : tengah-tengah malam camni dari mana? lari dari rumah ke? 
<errk, aku terus telan liur banyak-banyak. giler betul incik polis no.1 tu. tak sayang mulut betul. aku jawab balik rumah suka hati dia je cakap aku lari dari rumah. aku pandang abg polis no2 mintak simpati la konon-kononnya :)

Baby : Ish, taklah. takde maknanya lari dari rumah. Orang baru balik dari jenguk abah kat hospital.. <tu yang aku jawab. dengan nada tak suka tau. protes! =)

Abang Polis 2 : Owh, abah sakit apa? nape jalan sorang-sorang ni? bahaya tau malam-malam camni.. 
<alahai, syahdunya soklan abang polis yang no2 tu. aku pandang jam kat dashboard kete. haah dah dekat 11.45pm>

Abang Polis 1 : Ni ada lesen ke tak ni. orang kecik, bawak kereta besar. budak sekolah lagi kan??
<aku lempang jugak mamat sorang ni. mulut kemain leser. dah serupa polis pencen. menyampah! aku hulur lesen + dengan ic walaupun dia tak mintak. tapi bukan nak dia nak tengok lesen tu valid ke idak. dia dok belek no ic aku. dia diam jap. aku pandang je depa dua orang tu. 

Abang Polis 2 : Laa, dah 23 tahun rupanya. ingatkan 16tahun. okey, lain kali jangan jalan sorang-sorang camni. nanti jadi pape kan susah. 
<penuh hemah tau pesanan dia tu. aku angguk je pala. malas nak cakap banyak. sebab yang lagi sorang tu kan poyo. tegas la konon-kononnya. weekk, menyampah!

Tulah kisahnya 2tahun lepas.. aku ingat lagi sebab tu first time aku kena tahan polis. yang best lesen aku time tu dah dekat lebih 2 bulan mati. aku memang langsung terlupa nak renew. nasib la mamat berdua tu tak perasan. dia dok sibuk nak bagi ceramah langsung lupa nak cek lesen aku. Maybe Allah nak lindungi aku time tu. Syukur.. tapi lepas tu memang aku takde berjalan malam dah. paling tidak pun kul11 lebih mesti dah sampai rumah. ekceli, aku ontheway dari hospital Ipoh sebenarnya. 
Okey, at last abis jugak menaip.. 

Jom ramai-ramai join. boleh kita kongsikan kisah berkenaan lesen ni bersama-sama =)

p/s : saya tak pernah bawak motor, saya tak reti bawak motor & saya takde lesen motor. Sekian..



14 Oct 2012

Owh Istana Pasir

Assalamualaikum..

Istana pasir?? kenapa ye tiba-tiba nak bercerita pasal istana pasir ni.. aku tak pernah ada pengalaman main pasir ni. Owh, maybe dulu masa kecik-kecik ada main & aku tak mampu nak refresh balik memori tu. cuma apa yang aku nak cerita hari ni... "Istana Pasir"

curik kat google
Kenapa kanak-kanak suka main pasir & buat istana pasir ye? or tak payah cakap kanak-kanak la sedangkan kita orang dewasa sendiri pun kadang-kadang turut terlibat sama bina istana pasir.. terasa semua tu khayalan, bila mana kita menginginkan sesuatu yang mungkin ya or mungkin mustahil kita perolehi but we try to create something that we want.. sebab tu terhasilnya istana pasir ni. dengan pelbagai bentuk, macam-macam rekaan kan.. teringin rasanya nak main pasir & create satu istana camtu :)

Tapi satu masalah adalah pasir tu kan tepi pandai.. dan dah tentu-tentulah pepatah melayu kata 'kalau takut dilambung ombak, jangan beristana di tepi pantai'  atau pun mungkin bukan ombak tapi hujan yang turun tiba-tiba pun mampu memusnahkan istana pasir kita tu kan.. 
Dan kuatkah kita untuk terima yang istana kita itu akan munsah & mampukah kita untuk bina semula istana tu??  sanggupkah kita ambil risiko bila mana kita tahu yang hakikat sebenarnya kita tak mampu nak hadapi. but we never know until we try it right?? 




Lately, aku kerap sangat dengar lagu ni. then bila aku dengar, dengar dan dengar aku mula faham apa yang ada dalam lagu ni sebenarnya.. Berfikir & terus berfikir sanggupkan aku ambil risiko untuk semua ni

13 Oct 2012

Aku Sengal, So What??

Assalamualaikum..

Hai semua. selamat berhujung minggu.. 

Tadi aku kerja half day. pastu aku tak tau pe hal dengan aku hari ni. memang sengal yang melampau. makin nakal sungguh. aku rasa aura positif sangat hari ni.. 

aku sengal cam gitu eh?

Semua orang aku kacau pagi tadi.. yang banyak jadi mangsa adalah exec aku. hahaha, dah la dia tu pun 2x5 sengal cam aku. asal aku cakap je mula la dia "sepak kang","shut up" tu je ayat madah berhelah dia. kadang-kadang aku belum bersuara pun dia dah suruh aku shut up.. tapi aku tau dia sayang aku.. kahkahkah :)
Dia kata reaction & mimik muka aku tu macam nak provok dia je. tu yang dia asyik soh aku shut up. padahal aku tak cakap pape pun lagi. hahaha, jahat aku hari ni..

Tapi alhamdulillah, dalam sengal-sengal aku mengacau orang pun semua orang senang dengan perangai giler aku. sebab bila aku sengal camni la aku jadi rapat dengan semua orang.. dan alhamdulillah aku jarang kena complaint dengan team production. tu yang paling buatkan aku rasa aku masih boleh hidup kat ofis tu.

Tapi.. ada jugak tapi tu kan...ada la sorang hamba Allah ni yang tak pernah senang bila tengok orang lain senang & bahagia. bila aku rapat dengan orang, mula la buat onar.. mula tabur garam.. melaga-lagakan orang lain. kau konon-konon jadi orang tengah yang mendengar cerita 2-2 pihak. tapi kau sebenarnya yang tiup api tu kaan. bila jadi camni aku memang pilih untuk diam dan tengok je lakonan dia..

Masalahnya bila aku dah mula berdiam diri nanti, aku akan jadi diam sangat-sangat. then aku tak peduli pun semua orang (kan aku sangat lemah & seringkali tertewas dengan keadaan).. pastu bila aku diam, mula la ada cerita dari mulut-mulut yang tak pernah bayar insurans. Mengata belakang aku. kalau aku dengar camtu memang masak depa aku gasak. kalau tak puas hati cakap depan, bukan belakang-belakang.. (selalu aku pesan dekat mereka kat ofis tu)  aku akui mulut orang tak boleh ditutup..

Eh, eh. entri ni bukan entri marah ke emosional tau.. aku cuma nak cakap yang hari ni aku sengal or pendek kata...
Pendek kata hari ni aku memang masuk air =)
aku happpy maaa hari ni :) :)

dalam hati pkcik gugel  ada taman..

12 Oct 2012

Typo Friday #2 -I Never Do

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penyuh dengan keceriaan semua. 

I got typoo today :)

U all know what?? Yesterday just finish my branch audit (Sop proses) & the result 'we failed'.. dan yang menyumabng kepads kegagalan adalah my team. so aku betul-betul tak nak cakap apa semalan. gila kau itu auditor datang serang aku. check-check my follow up list file then simply cakap yang -U Never Do!. Aku pun pe lagi, aku terus tak jawab soklanb-soklan dia. muka aku terus berunbah merah. sakit hati sangat-sangst weiii. aku rasa cam nak hempuk je auditor tu kat situ. menngis? hohoho, tipu la kalau aku cakap aku takc teriak kan. tapi sekarang makinn comel + makin segan. sebelum menangis dah pastikan tisu ada je kat tangan (hahaha memangis pun boleh rancvang-rancangkan)..

Yang aku terasa sangat tu bila dia simply-simply nak judge me yang - U Never Do! tiga kali dia ulang. ada 2 helai dalam failed tu i thiunk bulan6 pnuya rekod kot tak complete. Customer punya rekod yang cukup tak complete. serius aku cakap maybe aku sangat-sangt tak perasaam. then apa yang my kelik sebelah cakap pun aku fikir jugak. sebab dia pun termiiss satu dua part. 

"dalam 10 bulan ni, ada 1 yang tertinggal pun senang-senang je dia cakap kita tak pernah buat.. Human being mana pernah peerfect" & kesimpulan yang kami dapat pwtang semalam (tu kami punya andaian berdua la. biasala bila diri dah di dalam kekewcewaan mula la fikir banytak) our concvlusion is ; kita buat la beratuss-ratus ribu sebulan pun, bagi la sales banyak-banyak pun. tiap-tiap hari promote tu promot ni supya companyi untung beratus-ratus juta tapi at last we got nothing. kita hanya diletakkan di tempat paling bawah. dia hanya datang untuk bagitau yang kami tak pernah buat kerja -my kelik said. dia pun sangat marah. 

Paling best bila auditor tu walk away je dari tempat kami terus dia call boyfrend dia menagadu. then aku pulak nak ngadu kat sape?? sorry guys bila aku mengadu kat sini :( tak suka jangan baca okwey. aku tak pernah paksa sesiapa. sekadar nak jadikan blog teman berbicara. My stress lately, berada kat paling atas. so sangat-sangat emosional, sangat-sangat lemah. tapi dalam 2-3 hari lepas ni aku tengfah cuba kembalikan semangat supaya aku terus hidup kat sini. 

Semalam aku meroyan kan.. hahaha, ish tak mahu cakap. tu lah padahnya bila baca tu main baca tak mahu pahasmkan. I'm sorry sebab semalam terbuat drama.. "andai dapat ku undurkan putaran dunioa. inginku iulang semula, kata-kata dan tingkah laku ku.." tolong sambungkan kalau sudi. hehe

the fact is... i'm not perfect..

Okey, i think better i finish here. takutlah nanti tersalah cakap lagi. then orang cakap aku giula pulak. 

My sencond typo friday was published. cc to my abah MK Aku taip without menekan backspace (ada yang aku tekan jugak sebab aku snediri tak faham & nampak sangat aku tak reti mengeja)..

Kawan-kawan, apa kata hari Jumaat yang mulia ni korang tolong lawat & ziarah si dia untuk terus mengukuhkan tali pesaudaraan.. sebab dia ada sebut pasal dead. klik SINI 

9 Oct 2012

I'm going to Die

Assalamualaikum..

Pertama-tamanya aku mintak maaf sangat-sangat. tiada kata yang mampu aku lahirkan walaupun terasa banyak sangat yang ingin ku luahkan.. Aku tak tahu berapa lama aku mampu bertahan untuk semua ni.. soalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab. Sungguh, apa yang aku lalui, apa yang aku rasakan kini adalah..
"i'm going to die"

Agak-agak korang kalau aku takde lagi ada siapa-siapa yang kisah tak nanti??


If i'm here.. but if not.. pls pray 4 me

I Luv All My Friends here..

*kata-kata itu satu doa..jadi tolong jangan minta yang bukan-bukan okey.. Aku tidak mintak hidupku berakhir di sini tapi...... Ya Allah, aku mahu hidup seribu tahun lagi. mahu menjadi hamba yang sentiasa sujud kepadamu.. 
~terasa jiwa ku kosong. dah melayang-layang pergi membawa sekeping hati yang aku sendiri owh..
dan akhirnya tumpah lagi butir-butir mutiara jernih hari ni..



Sebenarnya.... 
aku tengah susah hati, pening kepala, sakit hati, sakit perut dengan auditor ni.. audit lagi.. apa yang dia nak entah, aku pun tak tau. datang untuk cari salah orang je ye?? =(  
  

7 Oct 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Assalamualaikum pembuka bicara
Buat sekalian pembaca semua
Baby kat sini nak bagitau cerita
Yuhuu, dah join lagi segmen kak mialiana punya


klik jangan tak klik okey. join jom ramai-ramai

Yang jauh mari kita dekat-dekatkan,
Yang rapat apalagi kita erat-eratkan
berpantun ni Ya Allah memang mencabar  kesabaran
kejap-kejap garu kepala entah-entah dah beruban :)

~Kat bawah ni baby jawab ye pantun-pantun Kak Mia~

Monday Isnin Tuesday Selasa
Wednesday rabu ada pekan sehari
Kak mia, dah terang lagi nyata
Nama manja, opkos la Baby =)


Johor selatan Ipoh Utara
Pusing-pusing satu Malaysia
Korang baby nak bisik kat telinga (errk maksudnya jgn bagitau sapa-ape tau)
Single but not available tulah rahsia


PMR sudah SPM pun sudah
Belajar kat kelas dah tak ada
Owh, rindunya zaman sekolah
Sekarang time bekerja lah pula


Highway Plus sentiasa rancak
Ingat! bila memandu mestilah berhati-hati
Lahir dan membesar kat Perak
dah tentu-tentulah jadi anak jati

~sekian pantun kak mia sudah dibeli~

Rasanya cukup-cukup sudah, 
cukup sampai di sini saja
otak tak mampu nak dikerah
harap-harap kak mia sudi terima

Bangun pagi gosok gigi
Lepas mandi makan lepat
Kak Mia, kak mia baby nak cakap ni
sayang akak ketat-ketat


Hidup ni tak selalunya indah
langit tu tak senantiasa cerah
tapi.. keindahan itu pasti akan menyerah
bila kita ikhlas & terus tabah 


p/s :  Ahhh, lega dah bila otak terpaksa berputar-putar nak rangka pantun-pantun ni..
Jom ramai-ramai join.. Klik je banner atas tu ye.. TQ



6 Oct 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog?

Assalamualaikum..



Joined segmen ni last minute :) sorry Lyssa sebab last minute punya kerja. tu pun masa kat bathroom tengah mandi tiba-tiba tergerak hati nak turut serta sama.. 

Okey, segmen yang mudah je. hanya jawab soalan-soalan yang sangat simple. dan Lyssa kata tak payah fikir banyak. jawab apa yang terlintas kat kepala je... Okey, i follow u..

Firstly, kenapa mesti aku berblog? Erm, susah sebenarnya nak jawab. aku pun tak tau kenapa tiba-tiba terjebak dengan blog ni.. dan tak pasti camne aku boleh terikat sangat-sangat sampai tak mahu lepas walaupun acapkali aku resah kerananya.. cewahhh, ayat tak menahan :)
Pada pemahaman aku, mungkin kerana aku tidak mempunyai kawan, or pendek kata secara realitinya kerja ku hanya pergi kerja, balik kerja.. weekend aku duduk rumah & hanya keluar dengan my parents je (dah tua pun nak duk bawah ketiak mak lagi).. walaupun aku punya ramai customer, tapi takkan la aku nak mintak diorang jadi pendengar cerita-cerita aku kan.. jadi aku merasakan aku perlu untuk meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku alami, apa yang aku perlu kepada mereka-mereka yang sudi. diari? hahaha, aku tak sanggup weii nak tulis diari :) kang jiwang-jiwang aku pulak yang malu sendiri.. 
Dan akhirnya aku temui.. BLOG! aku sayang sangat dengan kawan-kawan yang aku ada hari ni.. terlalu sayang, sungguh aku tak tipu.. Ni lah tujuan utama aku berblog.. sekadar berkongsi cerita.. walaupun mungkin tidak ada yang sudi...  punya ramai kawan-kawan.. aku milikinya hari ini. satu malaysia ada tau :) 

Haaa, tentang sumber inspirasi... semua yang sudi menjadi sahabat ku.. koranglah sumber inspirasi, sehati & sejiwa ku.. paling aku sanjung sangat my Abah (aku sangat respect dengan beliau kerana seringkali membuat aku ketawa dengan cerita-cerita beliau), paling diingati my Big Boss (ur words always make me alive. sentiasa membuatkan aku rasa jiwa aku hidup. thanks banyak-banyak).. untuk my Mama (i need guide from u mama sebab u makan garam terlebih dahulu. anakmu ini seringkali tewas dengan keadaan sekeliling).. untuk my Big Brother (thanks sebab seringkali menceriakan hatiku dengan entri-entri selamba beliau & komen-komen yang membina).. untuk my News (thanks sebab banyak benda yang baru ku tahu bila membaca entri-entri mu itu. sebab tu suka ke sana).. untuk Kakak Baik (adik suka baca entri-entri kakak)..  and last but not least untuk adik Lyssa comel ni (kerana ilmu yang tidak putus-putus anda curahkan membantu ramai orang, membuatkan kita semua rasa, owh.. mudahnya berblog ni.. eh? mudah ke?? aku sampai la ni masih failed lagi tentang blog-blog ni.. sungguh, masih baru, newbie.. eh salah, new baby :) masih banyak lagi nak kena belajar.. 
Ramai sebenarnya idola ku dalam dunia blog ni.. sungguh! Maaf kepada nama-nama yang aku tidak sebut, anda juga sahabat-sahabat terbaik saya.. saya sangat menghargai & menyanjungi kalian semua.. Sayang korang ketat-ketat.. tak mahu lepas.. 

Okeylah, rasanya dah panjang lebar aku bercerita.. entri terpantas rasanya (siapkan within 15minutes tu)..
Maaf, last minit punya planning =)


Untuk adik Lyssa, untuk menjadi seperti anda, terus terang akak cakap memang akak tak mampu la.. tapi apa yang pasti, i'm happy, happy to be here.. Thanks alot :) 
Semoga Lyssa teru berjaya ye.. 

Ujian itu


Assalamualaikum..

Hidup itu indah. tapi tak semua antara kita di uji dengan keindahan..
Me? owh, ada perkara yang aku kesalkan lagi =(
Thanks kawan-kawan. thanks 4 being a very good friend..
Aku sayang sangat dengan korang semua.

aku pinjam gugel jap

It happened again.. dan aku mohon kaki & hati ni please berjalan lah tanpa henti. jatuh, bangun.. jatuh lagi.. dan yang sangat aku risau 'jatuh & akhirnya aku mati...'


p/s : to my sister Hanna yang kat Uitm Penang tu, akak doakan yang terbaik, jangan stress.. jawab exam elok2 ye.. gudluck gegurl..

5 Oct 2012

Typo Friday #1

Assalamualaikum..

Pagi yang cerah kini sudah terang, aku adikmu & engkao abang.. (korang dengar tak aku dok nyanyi ni??: hehe. harap-harap pqgi yang cerah tu idakk la gelap jap lagi kang. kemain aku menaip, pnya la slow nak elakkan salah, sebab ari ni aku nak sokong Typo Friday yang dah dikomersiulkan oleh pak @ abah aku si MK Syahir tu.. sebagai anak yang cimel menarikk tertarik dan kena bom cuma tak berderai la harap-harapnuya tidak. 

ni bak kata abah aku.. adik pinjam sat je abah mk syahir

Okey, dalam entri ni aku takde tekan bekspace pun tau. iye, betul aku tipu... kalau korang tak catye g tanya tok ketua @ tok kadi yang akan menikah kan aku pas asar petang nanti ni.. aku tau kompom tak kan ada orang yang berani nak pegi tanya kan, alololo.. comel idakk aku??? =)

Abah.. pasni tiap Jumaat yang indah lagi mulia ni adik buat entri typo semperna like father like dother tu ye.. adik kan sayang abah (muhun jangan jeles ye korang) abah aku tu kesepian agaknya sebab tiap kali aku dok tanya mana mama, balik-balik dia jawab si britnii spers tu mama aku. ada ke patut mama aku seksi lagu tu. ish, tak mau la aku. aku nak cam mama mia tu.. mama, aiman pun nak jugak.. ish, aiman mana leh kongsi mama kita okey. amboi, kedekit betul aku ni kan.. sharing is caring, love is sharing, caring is love.. 

tapi abah dah janji kan nak bagi adik komisyen sikit.. 2kupang pun dah cukup bersyukur tau.. ahhh, nikmatnya dapat 2 kupang tu. leh makan eskem dekat mekdi :) Okeylah korang, entri kali ni sekadar nak memperkenalkan & menyokong typo typi typu oleh si retisss Mk Syahir.. My first typo.. hehehe, korang rasa banyak ke typo aku eh? aku dah cukup cermat dalam berbelanja siap penuh dengan hemah lagi hemat tau..

Selamat menyambyt hari Jumaat to all my dear.. ples take care urself, kalau jatuh bangun sendiri. keep on walking, jangan berhenti berharap okey..


p/s : To my abah MK Syahir, congratulations untuk  ur coming convo ye..  adik nak bagitau adik sayang abah.. dan untuk abang tiri abah, terima kasih banyak-banyak banyak sangat.. i luv u! ehh??? hehe, jangan marah  ye jumaat-jumaat ni.. orang gurau-gurau je



4 Oct 2012

Tiada Kata Selain.. Maaf



Assalamualaikum.. 
Selamat hari Khamis semua. 



Pertama-tamanya nak mintak maaf sebab sehari 2,3 ni sangat-sangat busy. hari yang sangat sangat sangat memenatkan. sungguh, rasa cam tak cukup nafas. Next week ofis ada audit laagi. ahh, bosannya =( tiap-tiap hari sampai rumah pukul 9malam. then mandi, tengok blog jap pastu terus tidur. makan pun kadang-kadang tak sempat.. and i miss Nasi.. owh, terasa cam lamanya tak makan nasi.. 
Dan yang paling merungsingkan, aku diserang demam kembali. dah beberapa hari ni tidur tanpa selimut (kerana tertidur depan laptop) & i had missing my bantal peluk. Sungguh! my bantal peluk ada dalam kereta since balik dari Shah Alam hari tu tak keluar-keluar. then nampaknya hari-hari la tidur tanpa bantal busyuk ku =) 
Aku rindu sangat nak menaip, dah 2 malam menaip tapi terhenti tengah jalan. baru menaip sikit dah tertidur. then bila bangun nak sambung semangat tu dah hilang.. anyway, insyaAllah dalam masa terdekat ni aku akan berusaha lebih & i hate ubat! tu sebab la demam tu datang balik. 

Kalau lah...... dapat ku undurkan putaran dunia ni.... pasti aku akan pilih, pilih untuk jadi... Ahh, aku tak mahu.. aku dah cukup bersyukur dengan apa yang aku ad hari ni. cuma apa yang dah pernah aku kesalkan selama ni, biarlah.. nothing to do. cannot do anything. past is past.. 

 Tiada kata selain.. maaf,  really-really sorry.. 

~I miss u my dear, thank u very much

2 Oct 2012

Novel, Teruja & Kisah Tak Sempurna

Assalamualaikum..

Hai semua, aku masuk kerja dah hari ni.. harap semuanya baik-baik je sehingga la abis waktunya.. 
takde pe nak cerita. cuma lately ni aku kerap membaca novel.. beberapa bulan dulu dah janji dengan mak tak nak beli novel secara kerap. sebab dah banyak sangat koleksi novel dalam rak buku tu. sampai nak masuk 5rak dah kalau betul-betul di susun. tu belum lagi yang orang pinjam tak pulang-pulang.. huhu, sabar-sabar.. 
dah 3,4 bulan jugak la aku jimat duit gaji sebab tak beli bahan bacaan yang aku addict sangat ni.. tapi weekend aritu aku terbeli jugak novel. ni semua pasal adik aku yang nak PMR tu la sebab ajak aku g Popular kat Taiping tu (hehe, ter tu maksudnya tak sengaja la.. maaf ye kakak sebab akak salahkan hang pulak)

dan baru-baru ni aku ada membaca novel bersiri kat satu blog ni.. aku sangat teruja dengan cerita 'Kisah Tak Sempurna'  beliau ni.. aku pun masih dalam proses nak go thru part by part yang dah dipublish. dah masuk bab9 sekarang ni.. 
Tapi, seriously aku cakap, beliau mempunyai bakat besar dalam menulis.. kalau betul caranya pasti beliau mampu jadi nama besar dalam penulisan novel ni.. aku terasa watak tu wujud.. hehe, maklumla aku kan rajin membaca novel-novel ni jadi mudah je aku nak menghayati watak-watak yang ada.. thanks to empunya blog & penulis adik Aimi Syafiqah kerana  memberi keizinan untuk ku admire si hero Harris Ziqri :)

Jom aku jemput korang untuk ke blog beliau membaca.. 


boleh go thru bab by bab kat sana..  Best! 

p/s : akak suka sangat dengan ur Mia tu sebab my future baby pun will be Mia jugak. tapi bukan Mia Zaraa la, just Mia Aryanna (soon mybe 3,4,5tahun lagi. sebab akak nak baby boy dulu hehe) 
~belum kawin tapi dah fikir nama anak dah.. apa lah aku ni kan.. 
(saya pun dalam proses penghasilan novel juga sebenarnya. baru half way. belum ada kekuatan nak publish dekat mana-mana lagi. maybe soon :)

1 Oct 2012

Peminat Tegar Orkid

Assalamualaikum...

Entri bergambar sahaja petang-petang ni.. 
Cantik, cantik itu indah.. semua orang suka cantik kan..