Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

31 Aug 2012

Kenangan emas sukan komenwel

Assalamualaikum..

Hai semua, salam sejahtera.. diharapkan semuanya sihat & dilindungi Allah senantiasa.. 
Sebenarnya dah lama entri ni tersimpan kat draf tu. menaip masa tengah hangatnya Sukan Olimpik itu hari. tapi terlupa  nak publish agaknye =)


Aku cuma nak berkongsi rasa keterujaan aku dengan korang semua. lama dah aku dapat pingat emas komenwel ni. 1998 tak silap aku. masa tu Malaysia jadi tuan rumah. kecik lagi aku masa tu sekolah rendah lagi tau.. huhu, menangis meraung bila aku dapat anugerah ni tau ;) terharu sangat-sangat weeei
Mesti korang tak percaya kan, yelah budak pempuan ni boleh wakil negara masuk komenwel game?? jangan risau, aku pun sama cam korang gak, sendiri pun tak percaya camne aku boleh terpilih jadi atlet negara ni.. Acara glamor tu.. Lontar peluru..

Okey, begini ceritanya... 
One upon a time... =) dulu aku ni tak lah nakal sangat. tapi sebab aku berkawan dengan kawan-kawan abang aku, jadi aku pun sama naik dengan diorang ni.. geng-geng abang aku ni semuanya otak geliga agaknye. time sukan komenwel berlangsung, depa pun sibuk gak nak masuk bertanding.. pilih pulak acara lontar peluru. huhhh, aku yang budak-budak comel ni pun kemain excitednye nak tengok jaguh-jaguh dunia ni bersukan. best giler weiii =) 
nak dijadikan cerita, depa pun start main.. aku yang asyik mengekori abang aku ni pun main gak. main rumput tepi padang. konon jadi penonton & penyokong serta penyorak setia la.. disebabkan otak-otak mereka ni yang tersangatlah geliga, peluru yang mereka lontar tu ngam-ngam jatuh atas kepala aku yang comel ni.. elok terletak kat tengah-tengah kepala.. nak tau peluru apa tu?? peluru tu batu bata kaler merah tu tau. nasib baik separuh batu bata. kalau seketul aku agak-agak korang mesti takkan kenal & jumpa aku kan.. mungkin aku dah takde or maybe aku dah jadi biul tapi Alhamdulillah Allah tu masih sayangkan aku & aku masih berpeluang menghirup udara nyaman sehingga saat ni. Alamak ayat sedih pulak dah. tadi kata menang pingat emas, ni cerita sedih pulak =)

Okey, sambung cerita tadi. dah kena hempap dengan batu batu apa lagi kelam kabutlah mereka-mereka tu. tapi aku masih sedar lagi time tu. abang aku bawak aku balik rumah. time tu dah maghrib tau. sampai rumah dia sorokkan aku bawah katil dalam bilik. bawah katil tu.. ko hade?? dia soh aku senyap tutup mulut jangan cakap kat sape-sape.. sampailah lepas maghrib, mak aku mencari-cari then jumpalah aku yang dah tertidur kat bawah katil tu. hebat tak aku weeii? darah pun sampai dah kering atas kepala tu tau. apalagi mak pak aku terpaksa la bawak g hospital. berjahit la atas kepala tu.. 
Momen-monen yang aku takleh lupa bila mereka yang kat hospital tu jahit kepala aku ni & balut pakai kapas warna gold.. sungguh, memang kaler kuning gold tu.. esoknya kawan-kawan abang aku tu pakat rama-ramai datang ziarah budak comel ni. siap boleh kutuk aku sebab aku dapat pingat emas sukan komenwel.. siap korang, aku dah besar ni aku tak lupa okey apa yang korang dah buat sampai aku boleh cerita kat kawan-kawan aku yang tengah membaca ni.. hohoho, kenangan ni tetap akan dikenang. atleast aku ada gak cerita nak dikongsi dengan anak-anak, cucu-cucu aku nanti.. hehehe..

Maaflah, kepada korang-korang yang agak frust membaca cerita aku ni. memang aku menang emas komenwel, tapi peringkat taman perumahan aku la =)  then kisah yang aku cerita kat atas ni memang kisah benar yang betul-betul jadi kat aku.. kalau tak percaya korang boleh tanya mak pak, adik abang kakak aku. tanya jiran-jiran aku, tanya kat kawan-kawan abang aku yang nakal-nakal tu. mesti diorang akan gelak kalau ingat balik kisah ni.. 
Haaaa, yang penting, syukur alhamdulillah, otak & kepala aku tak apa-apa. aku normal, tak pernah ada gangguan kat kepala otak ni.. dan yang penting untuk korang tau, aku membesar menjadi seorang yang comel tau (ayat tak boleh blah sungguh kan) kehkehkeh..

Sekian, ikhlas dari saya =)

Jom tengok baby baru pagi merdeka 2012

Assalamualaikum..

Selamat Hari Merdeka 2012 yang ke 55..

bangga jadi anak \Malaysia

Kepada yang lahir pada 31 Ogos selamat menyambut ulang tahun ye. Best kan bila sambut besday sekali sambut merdeka.. huhu, bangga sungguh kan =)
kepada yang baru lahir 31 Ogos 2012 ni, selamat datang ke dunia yang serba mencabar (bajet cam bayi-bayi baru lahir baca blog aku pulak je gayanya kan) hehe.. kepada ibubapa yang dapat rezeki anak merdeka  hari ni, maybe lahir tengah malam tadi, pagi ni or sepanjang hari ni, tahniah diucapkan.. Semoga baby yang lahir ni akan membesar menjadi insan yang berjaya dunia akhirat..

Okey, aku cuma nak berkongsi keceriaan aku dengan korang semua.. dapat baby merdeka. huhu..
Jom kita layan moment-moment kat bawah ni ye........................




baru je lahir beberapa jam tadi..


mummy with her 4 babies





ni abang & kakak sulung mereka yang dulu.
saiz dah besar cam mummy daddy  dah

Korang masih ingat entri aku beberapa bulan dulu? sila tekan sini untuk refresh balik ye =)
 Alhamdulillah, dapat 4ekor jugak lagi. mummy arnab ni berjaya deliver baby baru setelah kena sentuh oleh daddy aritu (mestila kena bagi depa kawin, kalau tak confirm si daddy tu monyok je) hehe
boleh tengok aksi-aksi ranjang mereka di sini hohoho


suka, suka, suka dapat baby merdeka ni :)




30 Aug 2012

Menghargai ketika masih memilikinya

Assalamualaikum..

Hai semua, Salam Merdeka ke-55.. 
Hargailah selagi kita memilikinya.. owh, apa yang kita kena hargai, then apa pulak yang kita miliki ni?? soalan yang mudah sahaja jawapannya.. saya ada awak, awak ada saya.. tu jelah, kan?kan? selagi awak bersama saya, insyaAllah selagi tu saya ada di sisi awak.. eh, eh, awak tu siapa? saya tu siapa pulak?? 

Okeylah, esok ulangtahun kemerdekaan kita yang ke-55.. tu la yang kita ada. kita ada MERDEKA.. apa pulak yang merdeka ada? merdeka ada kita, alaa kita tu yang rakyat Malaysia tu.. haaa, dah kenal kan..

Aku sayang Malaysia, aku sayang keamanan yang ada, aku sayang Islam yang membentuk & mendidik kita.. aku sayang Merdeka!! kekalkan kan apa yang kita sudah miliki, & yang penting hargailah ia sebelum kita kehilangannya.. jangan kerana kita, kita hilang merdeka itu.. 
Orang muda seperti kita lah yang akan menjadi tenaga penggerak dalam memajukan lagi negara Malaysia tercinta ni... 

Salam merdeka dari anak Malaysia

dengarlah suara kami..


p/s : rasa cam skema sungguh ayat ku malam ni.. sebenarnya aku tengah susah hati ni.. psikologi ku dah drop until zero :(

29 Aug 2012

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum...


rezeki hari ni ;)


Klik untuk kisah sebenar 'Rock Melon'  

28 Aug 2012

Meriahnya Raya 2012

Assalamualaikum..

Apa khabar korang semua.. aku tak tau la kenapa hari-hari nak rindu kat korang eh?? cam pelik je ;) hehe.. 
bukan apa, siang aku terpaksa beri 110% komitmen terhadap kerja kat ofis. sangat-sangat susah nak curi-curi online time kerja ni. maklumlah aku kan kuli, kerja makan gaji je. pulak tu kerja dengan customer, lagi la tak mampu nak menari-nari depan laptop ni..handphone pulak simpan dalam laci, dari pagi sampai la nak balik rumah baru la dapat ambil tengok.. huhu, panjang giler eh kata-kata aluan aku ni eh ;)

Okey, nak ajak korang semua ke rumah terbuka aku.. masa & time tu hari jumaat selepas zohor sehingga ke malam.. eh, eh kejap!!! laaa, dah berlalu rupanya Jumaat tu. iye ke?? Owh, alamak, i'm sorry ye itu hari tak sempat nak cakap.. tapi jangan risau kawan-kawan, raya kan sebulan.. rumah aku ni terbuka je untuk siapa-siapa yang nak ziarah. insyaAllah, makanan kuih muih tu ada je. kan aku ni ratu buat kuih raya =)  tapi betul ni, jemputlah datang, anytime je.. okey,

Jom layan gambar-gambar meriahnya raya aku Syawal tahun ni... paling best gambar gedik aku dengan anak sedara aku. Si Hamim Wajdi tu :)

aku dengan adik bongsu yang kitorang panggil kakak

dengan hamim wajdi.. comel kan dia

salah tanya la, comel kan aku?? =)

lama sangat2 tak pegang baby, kekok lagi tu 

with my elder sister & hamim comel

Yang tudung kuning tu adik bongsu aku, nak PMR tahun ni.. huhu, aku dengan dia beza 10tahun tau. tapi saiz badan dia lagi besaq dari aku. raya ni sedara-sedara asyik dok tanya je mana satu kakak, mana satu adik =) diorang confius.. tension je rupa adik aku tu bila orang tanya camtu.. tapi memang dari kecik kitorang panggil dia kakak sebab dulu ada adik Farah Aliyah. Kekeke muda sungguh rupanya aku ni eh.. maklumlah, i kan baby, babycomel =)

Yang pakai tudung kaler coklat tu kakak aku.. jadi yang paling comel tu aku la......... errk, jangan la marah, aku kan memang macamni.. selalu masuk bakul, angkat sendiri.. 
Haaa, ada yang tanya aritu. 3 beradik je ke? taklah, kitorang 10beradik, tapi tinggal sembilan sejak pemergian adik Farah.. paling bongsu kakak tu la (berapa kali nak cerita paling bongsu daaa)
Harap korang tak bosan dengar cerita aku yang sangat daif ni ye

Okelah, dadaaaaa.. sayang sangat kat korang!!

Merdeka Jiwa Bangsa

Assalamualaikum semua..

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55.. Wah, dah 55tahun ye kita merdeka.. Kalau nak dikira umur 55tahun tu rasanya dah berderet cucu kan.. Pertama-tamanya, aku sangat berbangga menjadi anak merdeka ni dan sepatutnya kita menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara kita.. Sejarah walaupun dah berlalu tapi tetap terpahat di hati sanubari terutama pejuang-pejuang bangsa terdahulu... Okey, disebabkan aku baru je terbaca satu artikel tentang merdeka ni (terjumpa dalam kereta mak), aku nak la kongsikan dengan semua.. 

terima kasih google

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual & mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menjadi tanggungjawab kita rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah untuk menuntut ilmu agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan & dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati & diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi & sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan & disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju & moden.

~Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yg ke-55~

p/s : aku bukan nak cerita tentang logo, tema ke apa okey. aku tak pedulikan pun pasal 'jani ditepati'  or  'sebangsa senegara sejiwa' tu (sebab aku malas nak ambil tahu hal politik ni). janji aku tau yang kita dah merdeka & sebagai anak bangsa yang merdeka, aku nak pelihara kemerdekaan yang telah sedia wujud ni.. 

27 Aug 2012

Segmen : Hanif Idrus Segmen Menerjah

Assalamualaikum...

Hai, hai hai... 
Disebabkan malas nak fikir apa-apa malam ni, jadinya nak join segmen la.. 
1st time nak join segmen encik Hanif Idrus ni.. i'm a bit excited je gayanya kan ;) hehe

hanifidrus
klik je jangan malu-malu okey ;)

Jom join ramai-ramai.. boleh kita menambah & mengembangkan kenalan.. 

Segmen akan tamat pada 30 September 2012 (masih ada banyak lagi masa tu)


Tip berbelanja atasi inflasi



Assalamualaikum...

Tahu apa itu Inflasi?? (dulu masa kecik-kecik selalu dengar inflasi sifar tapi tak pernah tau pun apa kebendanya) :)

thanks google

Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (barangan & perkhidmatan) yang berterusan akibat beberapa faktor seperti permintaan yang tinggi berbanding pengeluaran dan peningkatan kos penghasilan barangan.

Kat bawah ni antara tip berbelanja untuk mengatasi inflasi.. (mungkin banyak cara lain lagi, ni antaranya sahaja)

* Berdisiplin merancang perbelanjaan
~membuat simpanan pada awal bulan
~selaraskan semua perbelanjaan mengikut katagori (cth: barangan dapur, bayaran bil, pinjaman, simpanan)

* Cari alternatif untuk meminimumkan perbelanjaan
~membeli atau menggunakan jenama yang lebih murah
~beli barangan buatan Malaysia

* Buat  perbandingan harga
~semak iklan-iklan pasaraya untuk buat perbandingan dengan harga yang ditawarkan untuk mendapatkan  harga yang terbaik

* Berbelanja mengikut keutamaan
~rancang perbelanjaan mengikut keperluan
~ambil peluang pada perkhidmatan atau barangan seperti bersenam di gimnasium pejabat

* Menaiki pengangkutan awam @ berkongsi kereta ke tempat kerja
~cuba untuk menggunakan pengangkutan awam 

* Berhibur bersama keluarga secara sederhana 

Jom kita jadi pengguna bijak :)  
jom baca jugak kat sini ketahui 8 hak pengguna

p/s : selamat kembali memulakan tugas-tugas hari ni.. yang bekerja tu bersemangatlah, yang belajar di sekolah teruskan dengan usaha anda ye.. huhu, monday blues laa ;)


26 Aug 2012

Ketahuilah 8 Hak Pengguna

Assalamualaikum..

Hai semua... Tiba-tiba aku rasa nak menulis tentang entri hak pengguna ni. Entahlah, mungkin disebabkan pengalaman yang tak berapa baik aku ni, nak la aku kongsikan dengan semua supaya korang semua tak kena tipu & akan lebih berhati-hati lain kali.. Eh, eh aku bukan kena tipu duit berjuta-juta ke apa, cumanya aku beli buah, tapi buah tu busuk. 100% buah tu langsung tak boleh makan, memang totally busuk. tu yang aku sakit hati sangat. 
Mungkin ada yang akan cakap, 'alah buah je pun, tu pun nak kecoh'   okey-okey, aku tau setakat buah je, bukanlah aku nak kecoh pun. tapi buah ni special tau (konon-kononnya la, padahal apa la sangat) ;)   buah Rock Melon, perrrgh, punyalah mahal 1kg dekat RM10.. gila mahal, tapi disebabkan si dia nak beli sebab bila test buah tu agak sedap dan selesa kat tekak dia jadi kitorang pun beli la. 2 biji then bila bayar adala dekat RM30 untuk 2biji tu. 
Yang aku sakit hati sangat orang yang jual tu yang sibuk-sibuk nak pilihkan mana buah yang baik untuk kitorang beli. Okey fine, aku akuilah yang buah tu luaran memang nampak okey, kulit pun keras je. tapi bila sampai rumah, excited aku nak makan ni.. belah & lepas tu aku terus blah.. Busuk, siap ada ulat buat sarang dalam tu. ni yang aku sangat marah & sangat tak suka. 
Selalunya or kebiasaannya aku kalau nak beli apa-apa memang aku akan belek (buah-buahan terutamanya) sampailah aku rasa puas hati baru aku ambil masuk plastik & beli angkat bawak balik. Aku takde la nak buruk sangka dekat penjual buah tu, tapi aku rasa tertipu.. Jahat tau tipu aku ;(   

Aku pun belek-belek baca tentang kuasa pengguna ni.. Then ni yang aku dapat hasil dari pembacaan 

8 Hak Pengguna :

* Hak untuk mendapat keperluan asas

* Hak untuk membuat pilihan

* Hak untuk mendapat maklumat

*Hak untuk mendapat ganti rugi

* Hak untuk mendapat perkhidmatan & barangan yang selamat

* Hak untuk menyuarakan pendapat

* Hak untuk mendapat pendidikan pengguna

* Hak untuk mendapat alam sekitar yang bersih & selamat


Jadi, gunakan hak kita dengan sebaik-baiknya & guna kat tempat yang betul okey.. 

25 Aug 2012

Pagi 1 Syawal 1433H

Assalamualaikum.. 
hai semua, takde nak cerita pe pun. cuma nak berkongsi kemeriahan Syawal 1433H ni je.. 
takdelah syok or meriah sangat pun.. tapi best la jugak ;) hehe

with my brother & sister


comel kan anak-anak mak abah ;)

Syawal kali ni meriah dengan kehadiran cucu sulung mak abah.. aku pernah buat entri pasal anak sedara aku my new baby. InsyaAllah nanti akan diceritakan lagi dalam entri akan datang. okey semua, selamat menghabiskan cuti yang bakal berakhir esok ;)

Orang yang bertaqwa beraya 5 kali

Assalamualaikum...
(sekadar nak berkongsi)

5 kali raya bagi orang yang bertaqwa (Anas bin Malik r.a.)

ehsan google

*Setiap hari yang dilaluinya dan dia selamat dari melakukan sebarang dosa
*Hari ketika seseorang meninggalkan dunia ini dalam keadaan beriman
*Hari ketika kita menyeberang sirat (titian)
*Hari ketika kita melangkah kaki ke syurga
*Hari ketika kita memandang Allah di dalam syurga

23 Aug 2012

Selamat malam Rohingya

Assalamualaikum..

Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi diberi peluang untuk hidup di muka bumi ni.. Syukur padaMu Ya Allah..

Malam ni tiba-tiba je aku rasa nak dengar lagu 'Selamat malam Rohingya' ni tau.. Mesti ada diantara korang yang pernah dengar lagu ni kan. aku firts time dengar lagu ni kat rancangan Assalamualaikum tv al-hijrah 2minggu lepas rasanya.. then aku rasa nak dengar, nak dengar lagi, lagi & lagi.. 

Lagu ni agak menyentuh hati nurani aku, then aku selalu la jugak belek-belek kat google ni tentang masyarakat kaum Rohingya ni.. mula-mula aku tak tau sangat tapi bila isu pasal Rohingya ni jadi isu dunia, aku rasa terpanggil untuk terus tahu. sangat menyayat hati bila mengetahui tentang ni.
InsyaAllah, entri akan datang aku akan cuba menulis tentang kaum Rohingya ni ye.. 

jom dengar lagu ni, aku suka sangat mendengar. amik kat youtube


semoga saudara-saudara kita di sana tu terus dalam perlindungan Allah taala.. Amin,

Amalkan cara hidup sihat

Assalamualaikum.. 
Hai semua. Apa khabar? Syok tak raya kali ni? Mesti meriah kan.. Huhu, best, best ;) 
Rindu sangat-sangat kat korang semua tau. Cuti raya, blog pun cuti sakan gak. Bukan apa, tak berkesempatan nak jenguk blog. Alahai, dah bersawang blog ni rupanya hehe ;)

Hari ni baru la ada kelapangan sikit nak menulis. tu pun awal pagi dah bangun, dah tak boleh nak tidur lepas subuh dah ;) banyak kerja lagi nak kena buat. Korang semua camne? masih ramai yang bercuti lagi, dan masih ramai jugak yang dah start kerja kan.. yang dah masuk kerja, selamat bekerja.. yang masih bercuti sakan cam aku ni, hehehe syok tu ;)

Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk semua. puasa sebulan, perut pun slim je. raya sehari perut dah naik 1 inci. alahai,... hehe tapi bukan aku tau ;) sebab aku maintain je, makan banyak tapi sebabkan aku control jadinya Alhamdulillah... keep slim. makan banyak boleh,
cuma caranya kena betul okey. makan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. insyaAllah, takde la sampai dah penuh perut tu baru nak berhenti kan ;)

Macam-macam juadah hari raya ni, kadang-kadang tak sempat nak fikir sebab main belasah je kan. aku pun dulu camtu la. makan je tak ingat dunia. tapi sekarang ni, apa yang aku nak makan, fikir dulu kesan dia. cam aku walaupun badan kurus kering tapi kadar kolestrol agak tinggi jadi aku elakkan lah amik makanan yang agak berlemak ni. makan jugak, bukan la tolak terus, cumanya kurang or ambil dalam kadar yang sedikit.
jangan nanti lepas raya ni macam-macam la penyakit yang datang. sekarang ni banyak penyakit yang ada disebabkan oleh faktor pemakanan. betul tak kawan-kawan?

Semoga kita kekal cergas, sihat & sejahtera senantiasa.. kalau dapat bersenam pun lagi baik..
Jangan lupa amalkan cara hidup yang sihat ;)


18 Aug 2012

Salam Aidilfitri dari Babycomel

Assalamualaikum....

Apa khabar semua? semoga ceria-ceria selalu malam raya ni.. seronok kan rasanya bila dah berjaya menempuh sebulan Ramadhan dengan penuh keredhaan.. Doa ku semoga Ramadhan yang berlalu ni membawa 1001 rahmat & keberkatan untuk semua.. semoga juga Ramadhan lalu ni berjaya membentuk hati nurani kita untuk lebih kuat menghadapi segalanya yang mendatang nanti.. 

Kawan-kawan, rasanya belum terlewat lagi untuk baby ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H kepada semua, untuk anda & keluarga.. Mohon maaf diatas segala salah silap, ketelanjuran kata atau segala apa jua penulisan yang mungkin tidak menyenangkan hati korang semua.. baby betul-betul mintak maaf, menyusun 10 jari memohon keampunan ye.. Saya budak baru belajar, kalau salah mintak ditegur & dibentuk ye..

Errm, tak ada apa yang boleh baby cakap lagi, yang pasti baby sayang kat korang semua..
1st time berpuasa & beraya sebagai seorang blogger.. i'm very-very happy, sangat seronok mengenali korang semua.. & tak lupa jutaan terima kasih sebab sudi support blog yang serba kekurangan ni...

Jaga diri, jangan nakal-nakal okey raya ni :)  semoga ceria-ceria selalu tau 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Salam & ingatan tulus ikhlas, 

~babycomel~



17 Aug 2012

Berhati-hati, ingatlah orang tersayang

Assalamualaikum..

Hai semua, apa khabar Jumaat? semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya.. sudah 2hari tak berkesempatan menjenguk blog sendiri & blog kawan-kawan.. maaf sangat-sangat sebab hujung-hujung puasa ni sangat-sangatlah stress dengan kerja melambak kat ofis.. bos pulak dah warning awal-awal, make sure sebelum cuti target mesti on track..  huhhh, nanti nak cuti seminggu pun tak senang kan.. sabar jelah.. sekarang ni alhamdulillah, sedang mengejar apa yang perlu dikejar. walaupun dah achieve 6% above tapi beliau berkehendak kan yang lebih.. aduhhh, 

okey-okey tak mau cerita pasal hal kerja dah.. hari ni my last day before cuti hari raya & sudah pasti ramai yang akan membuat perjalanan jauh mulai hari ni kan.. Kepada sesiapa yang sudah sampai kampung halaman tu, Alhamdulillah syukur keatas nikmat kurniaan Allah dengan memberi kelancaran kepada perjalanan korang.. 

Kepada yang akan memulakan perjalanan hari ni, please.. i bag u all please drive carefully, take care urself & your family too.. okey?? okey deal!! 
Jangan laju-laju & jangan perlahan-lahan sangat.. sedang-sedang aje orait :)
InsyaAllah pastinya semua selamat.. Jangan stress-stress.. senyum kerana senyuman itu terapi yang paling baik & berkesan.. bila kita senyum, automatik otak kita memberi input yang positif..

Haa, kepada yang drive tu ingat hati-hati okey.. yang menunggang motosikal mesti lagi kena berhati-hati.. lagi-lagi bila diatas highway(aku cukup takut bila fikir tentang ni), yang naik kemudahan awam train, bas ke atau lain-lain take care ye, jaga diri sendiri & yang penting ingatlah orang yang tersayang & ingat juga orang yang semestinya menyayangi anda.. 
(tengok, banyak kali aku dok ulang hati-hati ni kan)

di kesempatan yang ada ni, baby nak memohon ampun maaf selama perkenalan kita walaupun kita tak pernah kenal.. ada terkurang, ada terlebih seikhlas hati nak minta maaf untuk semuanya.. mintak dihalalkan ye :) 
~Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin~

14 Aug 2012

Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner

Assalamualaikum..

Rasa nak join jugak la segmen phat corner ni tau.. 
Segmen yang akan menceritakan tentang  dimana baby beraya tahun ni ;)

Klik la untuk join, sempat lagi sebab tarikh tutup sampai malam raya ;)

Okey, untuk raya tahun ni baby yang perasan comel ni akan beraya dekat sini je nampak gayanya.. 
Owh, sini tu kat mana ye?? haa, disebabkan sampai sekarang masih duduk bawah ketiak mak abah lagi, jadinya takde lah istilah balik kampung ;)  
baby orang Perak, anak jati Perak la katakan.. my kampung halaman ni berada ditengah-tengah highway Ipoh-Lumut, jalan yang ada speed trap seawal pukul 7 pagi (huh sakit ati je bila kena saman 101kmj).. alamak, out of topic pulak ;)
korang pernah dengar & tau Bota tu kat mana? 
Rumah ku masih berposkod kan 32600 Bota, Perak. tapi bukan lah betul-betul kat tengah Bota tu.. 
ish, pening pulak korang membacanya kan hehehe..

Tapi tadi ada dengar mak cakap nak balik kampung Langkawi (mak orang sana).. balik hari raya kedua (isnin) dan balik Perak semula keesokan harinya.. biasanya camtu la, tak lama pun g balik sana sekadar nak jenguk tok je.. penat tu memang la penat, sebab penat atas jalan je tau.. tapi best sebab jauh perjalanan luas lah pandangan ni... 

Okeylah, semoga korang-korang semua yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung nanti berhati-hati ye, jangan laju-laju.. semoga urusan korang semua dipermudahkan.. amin,
sekian, terima kasih..

eh-eh lupa pulak nak tag ; <miZ ruHa> <lokman ramli> <waalid>

Aku Si Kidal - Bahaya ni pegang macamni

Assalamualaikum..

Hai semua, selamat hari selasa 14-08-2-12.. eh,eh 13/08/2012 Hari Tangan Kiri Sedunia? Hohoho, actually aku tak tau pun yang semalam adalah hari kidal ni. Terima kasih ye kat kawan sebab buat entry pasal Hari Kidal Antarabangsa ni (kalau tak i tak tau pun tau pasal hari ni)

aku kidal...

Korang masih ingat kisah tentang si kidal? Takpe, nanti boleh baca kat sini & di sini jugak eh.. Aku tau si kidal-si kidal yang ada kat dunia ni masing-masing pun ada keistimewaan sendiri jugak.. yang tu memang tak boleh disangkal lagi betapa hebatnya si kidal ni.. 
maaf kerana menggelarkan mereka-mereka ni si kidal.. Aku lah si kidal tu.. si kidal yang aku bercerita selama ni adalah pengalaman diri aku sendiri.. memang ada orang yang mengata 'apa la tulis tangan kiri ni, tangan kanan tu tak berfingsi ke?' ada jugak yang cakap 'weh, otak kau terbalik ke? tak reti tulis elok-elok?'  Owh, kesian kan.. kesian kat aku kan ;(

Yang terbaru aku nak bercerita betapa hinanya bila orang tegur 'ish kidal ni, bahaya tau tak pegang macamni. dahlah kidal, pegang pisau pun tak reti'
 Teruk sangat ke rupanya bila orang kidal ni pegang pisau? or teruk sangat ke gayanya bila orang kidal ni memotong something dengan pisau? aku ditegur seolah-olah bila kidal macam aku ni pegang pisau memotong sesuatu boleh mencederakan orang yang mungkin berada dekat dengan aku.. entahlah, aku terdiam mula-mulanya. tapi pastu aku jawab jugakla 'salah ke kalau saya kidal? orang kidal tak boleh pegang pisau ke?'
nak menangis jugak lah pada mulanya, tapi takpe... bukan dosa pun kan kalau kami-kami ni kidal.. tak kisah pun, bukan aku amik pisau tu cucuk kat perut sape-sape pun kan ;)
kalau aku buat gitu memang lah akan mendatangkan bahaya.. haha, silap-silap i meringkuk dalam penjara 

Untuk kawan-kawan yang senasib dengan ku, kita serupa.. walaupun kita kekurangan, kita juga makhluk Tuhan kan.. tak siapa pun boleh mempertikaikan kenapa kita boleh berada kat sini, kan?kan?
Besarnya cabaran menjadi kidal ni. tapi aku sangat berbangga sebab aku memang boleh tulis terbalik 360darjah okey ;)

Semoga terus ceria hari ini & hari-hari mendatang.. dah nak raya ni ;)

13 Aug 2012

Tempat seorang isteri di sisi suaminya

Assalamualaikum...

Hai semua.. aku tak tahu nape tiba-tiba je tajuk entri ni ditulis.. mungkin kerana seperti kebiasaanya setiap pagi hari masa aku drive on my way g kerja aku sambil dengar sinar fm.. sangat menghiburkan celoteh mereka bertiga SY bergandingan dengan KE & Krill.. aku suka, suka.. tapi hari ni tajuk sinar pagi ni sedikit sebanyak membuatkan aku berfikir sejenak..

merayu untuk pulang ke kampung??
majoriti pemanggil wanita & kesemua mereka merayu supaya mereka dapat balik ke kampung halaman sendiri.. sampai begitu sekali? owh, maaflah sebab aku masih single dan belum tahu asam garam hidup rumah tangga ni. jadi selayaknya aku tak berhak nak komen apa-apa.. cumanya, sebagai wanita aku terasa something & otak aku mula berfikir tentang kemungkinan & kebarangkalian yang bakal terjadi kepada aku bila aku bergelar seorang isteri nanti.. 

Tadi sebelum balik dari ofis, ada la sembang sikit-sikit dengan my officemate.. then tiba-tiba akak kat tempat kerja aku cakap "abislah anak sedara aku yang baru kahwin tu. 1st time raya ni kena beraya rumah mak mertua pulak. patutnya 1st time raya kena la raya kat rumah pempuan kan"

otak aku mula berfikir balik. eh, betul ke bila baru kahwin ni kena raya rumah pempuan dulu?? 
otak aku macam tak boleh terima statement dia tu.. memanglah bila dah kahwin ni kena la bincang baik-baik, ikut sistem giliran, tak mau gaduh-gaduh.. tapi kan ke tempat seorang isteri tu disisi suami & syurga seorang isteri tu kat tapak kaki suami & redha seorang isteri tu terletak pada keredhaan suaminya.. jadi tak salahkan kalau untuk mula-mula ni kita beraya bersama keluarga suami dulu.. kan?kan?
tapi suami pun kena la paham, kalau dah asyik-asyik balik rumah dia dulu memangla sangat-sangat melampau ;(

maafkan aku kalau ada salah silap di sini, sebab aku belum melalui semuanya disini. jadi mohon maaf kalau segala butir bicara ku ini mungkin sangat tak menyenangkan..  

Kad Raya dari Mr.KorN

Assalamualaikum...

Haii semua.. dapat pulak kad raya dari KorN.. besar kad dia.. 
color biru lagi, i'm a bit excited kalau kaler biru-biru ni ;)

blue biru... ;)


paling best semua dia tulis tangan tau.. rajin sungguh si KorN ni kan... dan yang paling best (memang best) sebabnya perrrgh, tulisan dia punya lah lawa, sungguh cantik. jarang sangat-sangat orang lelaki ada tulisan cantik cam KorN ni.. 





Untuk KorN, terima kasih banyak-banyak ye.. Semoga Ramadhan & Syawal yang bakal menjelma ni memberi 1001 rahmat & keberkatan untuk awak ye.. 
(untuk korang semua jugak)..



12 Aug 2012

Alhamdulillah, siap dah kuih raya

Assalamualaikum..

Hai semua, hari ni sangat-sangatlah sibuk.. tak sempat nak menjenguk blog tercinta ni.. 
almaklumlah baby sorang je anak dara yang tinggal kat rumah ni (yang lain masih berada di perantauan) jadinya segala apa yang patut dibuat kat rumah ni baby la yang nak kena tolong.. tolong je sebab lain-lain semua mak yang buat.. bab-bab mengemas ni memang failed sikit, sebab tu hari-hari berdoa semoga dapat suami nanti biarlah yang rajin mengemas, tak pandai mengemas pun takpe janji suami tu rajin buat kerja
hahaha.. tengok ada ke mintak camtu kan, ish-ish.. ;)

tadi buat kuih raya.. alaa, kuih kacang mazola je.. biasanya tiap-tiap tahun mak mesti buat kuih ni sebab ni je yang paling senang pun ;)
lepas zohor tadi sampai lah ke asar baru siap kuih raya ni.. 
hehehe, mak yang buat tau.. i cuma tolong jaga oven je ;)

comel tak kuih mak buat?? ;)

tunggu sejuk jap

Bila dah siap semua then decide nak pack kecik-kecik nak bawak g ofis esok.. saje la nak bagi kat member-member ofis tu.. bulan puasa ni bila ada rezeki lebih apa salahnye hulur sikit kan.. insyaAllah, lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang kita akan dapat dikemudian hari.. 


kuih kacang yang dah siap dipack

bagi bahulu jugak

senyum.... :)


p/s : baby kecik aku yang dulu kaki pengko tu alhamdulillah sekarang dah makin sihat & lincah tau. dulu nak gerak kan roller pun tak reti tapi sekarang dah makin laju roller tu dia pusing.. happy sangat-sangat tau ;)

11 Aug 2012

Kad Raya dari Cik Rongoks

Assalamualaikum...

Hai semua... selamat berhujung minggu..
 hari ni busy sikit, banyak benda nak kena buat ;) 
malam ni baru berkesempatan nak menaip. tu pun tak nak fikir banyak sangat nak taip apa.. 
masih lagi dalam mood kad raya..
Kali ni nak bagitau yang baby dah dapat kad raya dari Cik Rongoks.. 
Comel, suka tengok tau.. 

setuju tak korang, comel sungguh kan :)


Terima kasih banyak-banyak ika untuk kad raya yang comel lagi menawan hati ni.. 
semoga raya ni memberi 1001 kenangan manis buat ika..
untuk anda semua jugak.........

10 Aug 2012

Kad Raya dari Bonikacak.com

Assalamualaikum..

Hai semua, 
Alhamdulillah, kad raya untuk kawan-kawan yang baby janji nak bagi tu dah selamat dipos beberapa hari lepas.. harap-harapnya kad tu boleh sampai dengan selamatnya lah.. (maaflah terlewat sebab seminggu dua ni sangat-sangatlah busy, hidup pun agak tunggang langgang sikit)

memang sudi nak datang pun bang ;)

Ermm, takde cerita pape pun cuma bagitahu yang baby dah dapat kad raya dari  abang boni kacak
Terima kasih banyak-banyak ye abang boni sebab sudi bagi kad raya tu.. Comel, suka tau ;)
Kad raya tu tak pasti bila tarikh sebenar diterima kerana tak sedar langsung yang kad tu dah terselit kat celah-celah dokumen kerja.. diorang kat ofis tu main letak je tanpa maklumkan dengan kita, sabor jelah tau


comei kan kad ni 

Apa-apa pun, kenangan tu kembali menerjah dalam ingatan kerana dah hampir 5tahun tak menerima kad raya dari siapa-siapa tau.. 
To abang Boni Kacak, terima kasih banyak-banyak ye.. 
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari babycomel
(untuk korang semua jugak)


Ucapan Selamat Hari Raya untuk Eqbal Zack

Assalamualaikum.. 

Hai semua.. tiba-tiba je boleh terjoin contest abg Eqbal Zack ni. terasa ringan je tangan ni menaip & otak ni menyusun kata untuk buat ucapan kat beliau ;)

Mudah je contest beliau ni.. alaa, macam sampaikan salam kat tv tu ;)
korang buat entri pasal contest abg Eqbal Zack ni then submit korang punya ucapan raya kat form di blog beliau or tak pun klik form sini okey.. 
& jangan lupa tag atleast satu orang kawan ye ;)

Contest ni berlangsung dari 08/08/2012 sehingga 12/08/2012 11.59pm 

kalau sape-sape nak hadiah & duit raya jom cepat-cepat join ye....

errrm, baby ingat nak tag ;

9 Aug 2012

Berjalanlah tanpa henti

Assalamualaikum..


Hari ni Khamis, aku tak tahu apa yang akan jadi dengan mental & fizikal ku. sungguh, semalam psikologi ku drop until zero. aku rasa sangat-sangat down. aku tak tahu kenapa jadi camtu. yang aku tau aku sangat susah hati. kat ofis aku jalan sana, jalan sini, tak abis-abis mengacau orang.. nasib orang tak marah. aku buat untuk tenangkan hati sendiri. bila aku usik orang, orang gelak ketawa atleast aku rasa tenang. tapi bila dah lepas tengahari, aku asyik fikir nak balik je. tapi kan, aku still sampai rumah pukul 7 lebih jugak.. pelik pelik aku ni.. 

kawan-kawan, tolong doakan yang terbaik eh untuk aku.. terima kasih ye sebab sudi support blog yang serba serbi kekurangan ni.. aku kadang-kadang rasa kerdil sangat diri ni untuk berada kat sini..



Segmen "Syoknya Blogwalking bersama Aisyah Humaira'"

Assalamualaikum..




maaf, lama tak berkesempatan nak menjenguk blog-blog (huhu macam la ada orang kisah pun kan kalau aku takde).. 
hari ni nak join segmen by Aisyah Humaira' je
segmen ni berlangsung dari 08-08-2012 hingga 12-08-2012..
jomlah join ramai-ramai eh ;)

8 Aug 2012

Senggugut? Aduh sakitnya...

Assalamualaikum..

hai semua, 1 hari aku tak tengok blog tercinta & blog kawan-kawan ku jugak.. rindunya walaupun sehari tak sempat mengadap laptop ni.. maafkan aku ye, insyaAllah nanti malam aku pulun bw kat rumah korang eh ;)

tiba-tiba hari ni rasa nak cerita perihal kesihatan lagi.. lagi? hehehe.. Owh, mesti korang tau kan apa itu senggugut.. kalau mana-mana yang tak tahu tu takpe, takde masalah pun.. 
maybe sebab tak pernah kena jadi tak tahu pun takpe..  

pinjam kat google sat je.. confius, cabut apa eh? ;)

Okey, firstly senggugut ni adalah kesakitan yang dihadapi semasa kedatangan haid, or ayat mudah ; rasa sakit bila period. Period pain.. Kebiasaannya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. 'Primary Spasmodic dysmenorrhea'  Senggugut jenis pertama ni terjadi dalam beberapa tahun pertama akil baligh, pusingan haid masih belum menentu lagi masa tu.

Rasa sakit sewaktu datang haid adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang maybe begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. 
Kesakitan ini berbeza mengikut individu. Ada yang rasa sakit tu biasa-biasa je, ada yang mengalami sakit yang tak terkata, memang rasa nak guling guling je. errr, bukan setakat rasa nak, tapi memang sampai berguling-guling (dulu aku pun pelik, nape kawan-kawan aku banyak yang sebegitu-sampai tak pergi sekolah pun ada)  Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang sekejap-sekejap, ada yang sampai sehari, ada yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung pada keadaan.

Senggugut jenis kedua 'congestive dysmenorrhea' yang biasanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimnya senggugut yang dialami itu lebih teruk & panjang waktunya. Senggugut ni disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti endometriosis, fibroids, jangkitan kuman pada sistem peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlulah bertemu doktor pakar sakit puan.

Aku tak pandai sangat nak cerita lebih-lebih. Alhamdulillah, setakat hari ni aku tak pernah la kena period pain ni sampai berguling-guling. tapi aku sangat care pada mereka-mereka yang ada masalah ni.. aku dapat merasa betapa sakitnya terpaksa menanggung kesakitan yang teramat. kalau siapa-siapa yang ada petua cara nak kurangkan kesakitan semasa kedatangan haid ni boleh la berkongsi sama.. haa, kalau apa-apa maklumat yang kat atas ni yang maybe tak berapa tepat, tolong tegur aku ye.. 
Terima kasih semua, 
Selamat berpuasa kepada yang berpuasa, yang tak puasa kerana sakit tu.. okeylah, dimaafkan ;)