Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semua,
Mintak maaf ye kawan-kawan sebab kebelakangan ni aku agak busy sikit.. komitmen kerja kat pejabat, bila balik rumah aku hanya dapat bertahan tak sampai setengah jam depan laptop. mata sangat-sangat letih sampai kadang-kadang aku tidur dengan laptop sekali tau..
 |
saya nak jugak.. (erk, aku curi kat google tadi) |
Aku rasa cam pelik sangat nape life aku berubah jadi camni.. pagi pergi kerja, balik dah maghrib, mandi makan pun kadang-kadang je, duk depan skrin jap pastu terus tidur.. esok aku ulang balik hal yang sama. (rasa cam dah banyak kali aku cerita kat korang kan)
dalam hati aku rasa bersalah sangat sebab aku duduk dengan parents, tapi rasa cam apa pun aku tak buat untuk mereka..
kat sini aku nak kongsikan sikit apa yang aku terbaca tengahari tadi masa tengah tunggu my customer..
Antara tanggungjawab anak terhadap ibu bapa :
** Memberi bantuan kewangan
~berilah bantuan kewangan, nafkah kepada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. bantuan kita tu sebenarnya hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan kepayahan & pengorbanan mereka sedari kita kecik lagi..
**Menyediakan tempat tinggal
~sediakan tempat tinggal yang selesa & selamat untuk mereka diami. kalau boleh, bawa mereka tinggal bersama-sama agar keselamatan, kesihatan & keperluan harian mereka dapat diurus dengan baik.hubungan kekeluargaan juga akan lebih erat
(tapi maybe ada pro & kon jugak kan bila tinggal sama ni. kena fikir jugak hubungan mak mertua & menantu) kan?kan?
**Memberi kasih sayang
~sayangilah mereka selagi mereka ada. kasih sayang yang kita berikan belum tentu dapat membalas kembali segala kasih & sayang yang mereka curahkan selama ini. anak yang baik pastinya tidak akan melupakan jasa-jasa ibu bapa..
**Memenuhi permintaan
~kadangkala ibu bapa mungkin memerlukan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. permintaan itu mungkin dari segi kewangan, masa & tenaga. (dari satu sudut, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadah solat sunat & puasa sunat)
**Memberi perhatian
~hiburkan hati ibu bapa agat mereka tidak rasa kesunyian & diabaikan.. mereka akan merasakan diri tidak dihargai & tidak diperlukan lagi jika dibiarkan sendiri. jika begini pastinya akan menjejaskan kesihatan mereka.
**Bercakap dengan lemah lembut
~bercakap dengan sopan dan lemah lembut terhadap mereka. jangan meninggi suara & membantah permintaan mereka. jangan sesekali menyinggung perasaan mereka..
**Menghadiahkan kejayaan
~sekiranya kita berjaya dalam sesuatu perkara, maklumkan kepada mereka. pastinya mereka akan gembira dan bangga dengan kejayaan yang kita miliki. dan sudah tentu mereka berasa betapa pentingnya mereka dalam kehidupan anak2 mereka..
**Mendoakan kebaikan ibu bapa
~sentiasa doakan kesejahteraan ibu bapa. ini yang sangat penting. kadang-kadang mungkin kita tak mampu dari segi kewangan, masa & tenaga. tapi doa itu sepanjang masa kita boleh lakukan. tak memerlukan duit, tak perlukan tenaga, tak perlukan masa yang sesuai.. anytime boleh.. ingat, doa anak yang baik takkan terputus walaupun mereka sudah meninggalkan kita.
p/s : aku tulis ni semua ni untuk ingatan kita semua termasuk diriku jugak. kadangkala kita leka mengejar dunia sehingga kita terlupa tanggungjawab terhadap kedua orang tua.. sayangilah mereka selagi mereka masih ada. benda lain patah tumbuh hilang berganti, tapi mak bapak tiada galang gantinya..