Assalamualaikum..
Apa khabar ye semua?? Terasa lamanya tak update cerita, lamanya jari-jari ni tak menari owh rindu sangat tau kat korang.. Sehari dua ni aku agak stress sikit dengan kerja walaupun balik awal dari ofis tapi banyak hal yang menyebabkan otak aku tak berhenti berfikir.. I'm sorry guys..
Jenayah kini ada dimana-mana.. Owh,
aku cuma nak berkongsi cerita kerana jenayah ni berlaku betul-betul depan ofis aku..
kereta kena samun semasa berhenti dekat trafik light. maybe hal ni bukan cerita baru, tapi kejadian ni sangat mengejutkan lebih-lebih lagi aku.. sungguh, aku sangat risau setiap kali bawak kereta pergi & balik dari kerja.. sebabnya aku drive seorang & selalu balik agak lewat gak la.. kadang-kadang dekat kul8 malam pun still atas jalanraya lagi..
aku pun tak tau apa modus operandi mereka ni sebabnya penyamun tu pakai kereta mewah.. tengah berhenti dekat trafik light, tiba-tiba kereta mewah tu datang dari arah bertentangan, hentak & pecahkan cermin driver side then amik barang-barang berharga. barang berharga yang aku maksudkan kat sini ialah wang tunai sebabnya kereta mangsa tu memang tengah bawak duit yang banyak untuk di bank-in kan kat bank..
owh, malang sungguh.. si mangsa hanya tergaman duduk di tempat pemandu sehinggalah orang ramai datang menolong.. tapi time tu dah tak boleh buat apa lah sebabnya penyamun tu touch & go..
aku yakin yang si penyamun dah aim si mangsa, dah buat plan yang baik untuk jayakan rancangan mereka ni.. penyamun memakai stokin wanita yang jarang yang color coklat tu, so bila pakai stokin tu memang takkan dapat cam siapakah gerangan si durjana itu.. betul, cuba korang try pakai stokin tu- muka mesti jadi lain..
okey, aku doakan kita semua sentiasa derada dalam perlindungan Tuhan yang Maha Esa.. sungguh, aku sangat risau..
antara tips yang boleh diikuti :
**kalau boleh, elakkan bersendirian lebih-lebih lagi bila korang kuarkan duit (maybe penjenayah ni dah aim kita sebab dia tahu kita tengah ada duit)
**elakkan mengulang rutin yang sama setiap hari.. maksud aku bukan jangan buat, tapi elakkan or jangan jadikan ianya rutin harian.. contohnya kalau setiap hari kita keluar rumah masa & waktu yang sama, cuba kadang-kadang kita keluar awal or lewat sedikit.. lagi baik setiap hari kita ikut jalan yang sama, kalau ada jalan alternatif, tukar la.. biar orang tak boleh nak jangka apa yang kita akan buat..
**make sure kunci kereta lebih-lebih lagi pada kereta yang takde auto lock
**handbag jangan letak kat tempat duduk sebelah pemandu, ini sangat membahayakan..
**make sure cabut kunci kereta bila berhenti kat stesen minyak, hantar anak sekolah or tadika/taska.. ini memang sangat membahayakan..buatnya ada budak anak-anak kat dalam kereta, then si penyamun tu bawak lari kereta kita apa kita nak cakap lagi dah?? Orang kata, malang tu tak berbau.. jauhkanlah...
**err, ni je yang aku sempat berfikir buat masa ni.. sape-sape yang ada tips or panduan lain bolehla dikongsikan bersama.. Sama-samalah kita menjaga keselamatan diri, keluarga & masyarakat disekeliling kita..