Assalamualaikum..
"Orang miskin & kelas pertengahan bekerja untuk wang, Orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka" - Robert T. Kiyosaki
 |
Ada Edisi Bahasa Melayu jugak |
 |
English Version |
Hai.. ni adalah mukadimah untuk menulis hari ni.. korang mesti pernah baca buku ni sebelum ni kan.. aku je yang ketinggalan zaman. baru je beli buku ni dlm 3minggu lepas tapi baru abis baca je sbb asyik takde ruang je.. dalam buku ni, aku rasa banyak sgt benda yang terkena batang hidung aku.. Pasal masalah duit, masalah kewangan, hal gaji, hutang semualah yg berkaitan dengannya.
Sungguh, buku ni betul-betul bukak mata aku macamana orang kaya berfikir, dan macamana orang kaya menggandakan kekayaan mereka.. banyak yang aku belajar & banyak kata-kata dalam buku ni menyedarkan aku tentang pentingnya mengurus kewangan dengan betul.
Pelajaran 1 :
Orang Kaya Tidak Bekerja untuk Wang..
'Hidup manusia selamanya dikawal oleh 2 emosi iaitu takut & tamak.
"emosi menguasai fikiran mereka. perasaan takut menjerat mereka dgn rutin yg sama iaitu bekerja demi wang. ramai orang kaya berjaya menjadi kaya bukan disebabkan kemahuan tetapi disebabkan mereka takut. bagi mereka wang dapat melenyapkan rasa takut pada kemiskinan yang ada dlm diri mereka.
Pelajaran 2 :
Pentingnya Belajar Pendidikan Kewangan..
"bukan berapa banyak wang yang kita dapat, tetapi berapa banyak wang yang kita simpan.
orang kaya mengumpul aset sedangkan orang miskin & pertengahan mengumpul liabiliti yang mereka sangka adalah aset. mesti tahu membezakan antara aset & liabiliti dan menbeli aset.
Aset menambah wang ke dalam poket kita. Liabiliti mengambil wang dari poket kita.
Okey, ni sahaja untuk hari ni.. InsyaAllah akan disambung lagi pelajaran ni sebab sangat-sangat penting untuk kita menguruskan kewangan dgn betul & bijak.
Semoga kita semua kaya & berjaya!!
p/s : my big boss dr HQ tegur aku aritu masa diorang dtg regional meeting kat branch aku.
"wah, sangat bagus la awak ni sbb baca buku macam ni"
aku just jawab "saya tak mampu nak jadi orang kaya, tapi saya nak berfikir cara orang kaya"
dia senyum then tunjuk thumb up kat aku. pastu dia soh aku baca buku
Azizi Ali pulak pasni.
Thank U very much boss sbb sgt motivate people..