Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

29 Apr 2012

Aku Sayang kerja aku, tapi..

Salam,
Huhu.. lamanye tak menulis. Baru je baik demam hari jumaat aritu.alhmdulillah sihat dah.. tapi busy sgt dengan kerja la ni. maklumlah, hujung bulan bos mula la meroyan nak kejar target. aku yg awal2 lagi dah apply cuti esok sbb ingat nak sambungla cuti lama sikit (selasa kan cuti hari pekerja), tapi semalam bos duk pujuk soh postpone cuti tu gi hari rabu. alahai.. padahal dia sendiri awal2 dah approve cuti tu. apela bos ni. then aku pun lepas dia slow talk, termakan la pujukan bos aku yg sorang tu. "Okeylah, bos punya pasal saya tukar la cuti. kalau orang lain ampun byk2 tau" tu la ayat aku kt bos india aku yg baru kahwin 3bulan lepas. bos pulak cakap "siapa la bos yg bengong sgt approve cuti end of month ni" Dalam hati aku jawab 'bos la yg bengong'
Bos, bos..

Erm, aku bukan nk cerita pasal bos sebenarnya, tapi dah melalut pasal kerja ni aku nk kongsikan la sikit apa yg aku alami kat ofis 2-3menjak ni. kat ofis skg ni mcam-macam hal tau. lagi2 pulak la ni dah ada orang baru yang hot or lebih hangat dari biasa. then orang2 kat disekeliling aku dah mula nak membandingkan aku dengan budak baru tu. ni yang aku naik angin ni.
Taulah budak tu (umur baru 19 masih budak lg la tu kan) seksi. eh, aku takde niat pun nak mengata dia or sapa-sapa kat sini. aku professional.. sungguh, aku buat kerja aku je. gosip-gosip ni aku pantang lagi2 kalau jenis yg suka bawk mulut. nk gurau-gurau aku no hal, tapi jaga lah hati orang sikit kan. kalau budak baru tu seksi, pakai baju tuck in, butang atas saje biar terbuka, mekap tebal-tebal, pakai high heels 4inci (kelik sebelah kanan aku cakap macam kerja kt kelab malam) ada ke patut orang kat ofis tu soh aku buat benda yang sama. Gila apa!

Selama 4thn aku kerja ni tak pernah pulak aku tengok pempuan2 yang kerja kat company besar ni pakai baju tuck in, tiba2 bila budak ni datang pakai mcamtu boleh pulak 'makcik' yang jenis suka bawak mulut tu soh aku buat benda yang sama. 'makcik' tu aku penah cite sblm ni. jenis sana sini dok cite pasal hal orang. then 4 ur info, 'makcik' tu boleh dikatakan 'mummy' budak baru tu. sbb makcik tu yg recommend budak tu kat bos aritu. alahai, macam-macam la hal nye skg.

Kalau dia buat hal dia je takpe la jugak, ni bila nak kait2kan aku tu yang aku panas hati. Pulak tu, budak baru datang, bos panggil aku yang ajar dia. Ya Tuhan.. tp sbb kan aku ni professional, aku ajar jugak. tp kan.. budak ni tak sabar betul. baru 2hari kerja ko nak suruh aku ajar semua benda. Weh, aku bukan tak pernah ajar orang sebelum ni ok. sabar-sabar la sikit. aku yang kerja 4tahun pun masih anggap aku ni baru & still dalam proses pembelajaran. then dia mengadu kat mummy dia yang aku ni susah sikit. konon2 macam tak mahu ajar dia. then aku garang susah dia nak terima. pastu dia cakap kat bos dia lebih senang belajar dgn kelik aku yang lagi sebelah-chinese guy. Baguslah macam tu.. Sekurang2nya taklah aku rasa terbeban sgt & yg paling aku takut-aku tak ikhlas nak ajar dia. elok jugak dia belajar dgn org lain. Cumanya.. dia betul2 tak hormat aku, sebab dia mengata aku. baru kerja berapa hari ko dah pandai mengata orang.

Last but not least, ada ke patut mummy dia tu cakap "takpelah, dia muda remaja-biarlah pakai seksi-seksi macam tu," then yg paling aku tak tahan (tak tahan nak gelak) bila kelik aku yang sebelah kanan (indian lady) balas balik apa yg makcik tu cakap "haah muda remaja, tapi bukan ke korang kena sembahyang, tutup aurat, boleh ke tunjuk2 camtu kat orang? tak malu ke bila customer datang tengok?"  hahahaha..
terus terdiam makcik tu. orang bukan muslim pun tahu, sedangkan yang beragama islam ni buat2 tak kisah je..
Awak awak semua rasa apa yg patut aku buat? buat tak tahu jelah eh? Janji aku buat kerja aku & tak kacau sapa2. tu jalan yang paling baik.. aku sayang kerja aku walaupun environment dia kadang2 menyesakkan kepala otak aku.

Okey guys.. thank u very much sebab sudi jadi pendengar yang baik. (eh, pembaca yang sabar sebab cita aku ni panjang sgt kan)
Dadaaa..  

(Apa-apa nanti aku update kat korang eh)

1 comment:

  1. hye..nice blog! come follow me and i will follow u back. =)

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih