Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

29 Apr 2012

Aku Sayang kerja aku, tapi..

Salam,
Huhu.. lamanye tak menulis. Baru je baik demam hari jumaat aritu.alhmdulillah sihat dah.. tapi busy sgt dengan kerja la ni. maklumlah, hujung bulan bos mula la meroyan nak kejar target. aku yg awal2 lagi dah apply cuti esok sbb ingat nak sambungla cuti lama sikit (selasa kan cuti hari pekerja), tapi semalam bos duk pujuk soh postpone cuti tu gi hari rabu. alahai.. padahal dia sendiri awal2 dah approve cuti tu. apela bos ni. then aku pun lepas dia slow talk, termakan la pujukan bos aku yg sorang tu. "Okeylah, bos punya pasal saya tukar la cuti. kalau orang lain ampun byk2 tau" tu la ayat aku kt bos india aku yg baru kahwin 3bulan lepas. bos pulak cakap "siapa la bos yg bengong sgt approve cuti end of month ni" Dalam hati aku jawab 'bos la yg bengong'
Bos, bos..

Erm, aku bukan nk cerita pasal bos sebenarnya, tapi dah melalut pasal kerja ni aku nk kongsikan la sikit apa yg aku alami kat ofis 2-3menjak ni. kat ofis skg ni mcam-macam hal tau. lagi2 pulak la ni dah ada orang baru yang hot or lebih hangat dari biasa. then orang2 kat disekeliling aku dah mula nak membandingkan aku dengan budak baru tu. ni yang aku naik angin ni.
Taulah budak tu (umur baru 19 masih budak lg la tu kan) seksi. eh, aku takde niat pun nak mengata dia or sapa-sapa kat sini. aku professional.. sungguh, aku buat kerja aku je. gosip-gosip ni aku pantang lagi2 kalau jenis yg suka bawk mulut. nk gurau-gurau aku no hal, tapi jaga lah hati orang sikit kan. kalau budak baru tu seksi, pakai baju tuck in, butang atas saje biar terbuka, mekap tebal-tebal, pakai high heels 4inci (kelik sebelah kanan aku cakap macam kerja kt kelab malam) ada ke patut orang kat ofis tu soh aku buat benda yang sama. Gila apa!

Selama 4thn aku kerja ni tak pernah pulak aku tengok pempuan2 yang kerja kat company besar ni pakai baju tuck in, tiba2 bila budak ni datang pakai mcamtu boleh pulak 'makcik' yang jenis suka bawak mulut tu soh aku buat benda yang sama. 'makcik' tu aku penah cite sblm ni. jenis sana sini dok cite pasal hal orang. then 4 ur info, 'makcik' tu boleh dikatakan 'mummy' budak baru tu. sbb makcik tu yg recommend budak tu kat bos aritu. alahai, macam-macam la hal nye skg.

Kalau dia buat hal dia je takpe la jugak, ni bila nak kait2kan aku tu yang aku panas hati. Pulak tu, budak baru datang, bos panggil aku yang ajar dia. Ya Tuhan.. tp sbb kan aku ni professional, aku ajar jugak. tp kan.. budak ni tak sabar betul. baru 2hari kerja ko nak suruh aku ajar semua benda. Weh, aku bukan tak pernah ajar orang sebelum ni ok. sabar-sabar la sikit. aku yang kerja 4tahun pun masih anggap aku ni baru & still dalam proses pembelajaran. then dia mengadu kat mummy dia yang aku ni susah sikit. konon2 macam tak mahu ajar dia. then aku garang susah dia nak terima. pastu dia cakap kat bos dia lebih senang belajar dgn kelik aku yang lagi sebelah-chinese guy. Baguslah macam tu.. Sekurang2nya taklah aku rasa terbeban sgt & yg paling aku takut-aku tak ikhlas nak ajar dia. elok jugak dia belajar dgn org lain. Cumanya.. dia betul2 tak hormat aku, sebab dia mengata aku. baru kerja berapa hari ko dah pandai mengata orang.

Last but not least, ada ke patut mummy dia tu cakap "takpelah, dia muda remaja-biarlah pakai seksi-seksi macam tu," then yg paling aku tak tahan (tak tahan nak gelak) bila kelik aku yang sebelah kanan (indian lady) balas balik apa yg makcik tu cakap "haah muda remaja, tapi bukan ke korang kena sembahyang, tutup aurat, boleh ke tunjuk2 camtu kat orang? tak malu ke bila customer datang tengok?"  hahahaha..
terus terdiam makcik tu. orang bukan muslim pun tahu, sedangkan yang beragama islam ni buat2 tak kisah je..
Awak awak semua rasa apa yg patut aku buat? buat tak tahu jelah eh? Janji aku buat kerja aku & tak kacau sapa2. tu jalan yang paling baik.. aku sayang kerja aku walaupun environment dia kadang2 menyesakkan kepala otak aku.

Okey guys.. thank u very much sebab sudi jadi pendengar yang baik. (eh, pembaca yang sabar sebab cita aku ni panjang sgt kan)
Dadaaa..  

(Apa-apa nanti aku update kat korang eh)

24 Apr 2012

Demam hari ni.. ;(

Salam,
hari ni demam. siap kena flu lg. dari bangun pgi lagi badan dah rasa cam lemah je. tapi still gak kuatkan semangat g kerja jugak. kat ofis punyalah sejuk. duk dalam acond, manalah tak sejuk. tangan dah cam ais batu. badan panas tapi rasa sejuk sgt. Ingat nak halfday je, tapi punchcard petang kul 6.30pm gk. dlm dok demam2 pun larat gak aku ni kerja eh. patutlah aku nak berhenti kerja aritu bos tak bagi.. sayang gak bos kat aku ni eh.. Huhu..
Tak tahu nk cite pe sgt sbb badan masih lemah lagi. Harap2 esok oklah. sebab aku tak mahu lah amik mc. Last year pecah rekod sbb takde mc langsung.. Doakan i sihat walafiat eh.. sayang awak semua..
Dadaaaa..

22 Apr 2012

Ape-ape je aku ni..

Dh nak abis dah cuti hari ahad ni, esok dah kena kerja balik. Biasanya isnin cam slow je-monday blues.. Erm, apa yang aku dah buat hari ni eh? Rasa mcm hari ni berlalu dengan sia-sia je. Rugi,rugi..
Aku takde cite la hari ni (penat dh perah otak-tapi tak kuar gk).. Tunggu esok eh, dadaa..

21 Apr 2012

Awak ni Comel la.. Hakhakhak..

Salam,
Hari ni aku kerja half day je.. Hujan lebat jugak pagi tadi. tp okeylah, seronok jugak kadang2 main hujan ni. Huhuu.. Sejak akhir-akhir ni mulut aku cam makin laser je. Orang cakap sikit dan2 tu jugak aku balas, senang je aku patahkan ayat2 orang tu. Langsung tak ada kesian dlm hati aku ni, mybe jugak sebab aku dah lama sgt bersabar kot dengan perangai2 org tu. (org tu yg aku maksudkan tu ada kat ofis aku).
Bukanlah aku marah or sakit hati pun, cuma sesekali nak lah jugak ajar orang yang suka sgt bercerita aka suka bawak mulut ni. walaupun mulut orang kita tak boleh tutup, tapi sesekali bila kita ajar dia, tertutup jugak lah mulut tu untuk 1-2hari. tapi pastu mula lah balik. aku pulak bukan suka sgt kalau dengar gosip2 & cite hal orang ni. sebab kalau kat aku dia boleh cite macam2 pasal orang lain, tak mustahil hal aku pun dia boleh jaja kat orang lain jugak. tu yang aku betul-betul tak suka..
Dalam dok aku membebel tadi, datang lah 1 guy ni.. dia senyum je kat aku. then terus dia cakap 'awak ni comel la, cam anak patung'  hakhakhak.. terus bulat mata aku. terkejut! walaupun dalam hati  tu berbunga-bunga kembang setaman tapi aku buat2 cool aje. Balas je senyum dia. then mulut pulak terus cakap 'terima kasih, dah tau lama dah'  ceh, perasan betul aku ni kan. nasib baiklah that guy tu okey sbb dia anggap aku buat lawak antarabangsa kot. tp aku pun lupa dah sape org yang tegur aku tu. sebab aku ni jenis cepat lupa orang. I'm Sorry..
Tenang sikit hati, dari aku marah2,dalam hati asyik nak sakit tak sudah-sudah, ada jugak hamba Allah ni yang buatkan aku senyum balik. Comel jugak eh aku ni rupanya.. Hohoho.. (siapa lg nak puji kalau bukan diri sendiri kan)
To kawan-kawan enjoy ur weekend..

20 Apr 2012

Sayu je Hati..

Salam,
Entah apa nak cerita hari ni pun tak tahu. fizikal ok, tapi mental out. Byk sgt masalah, byk sgt benda nak kena fikir. Sakit,sakit.. sakit jiwa macam ni. Pasal kerja, pasal teman hidup lagi. aduh, sakit kepalaku..
Kat ofis, org nampak aku okey je tapi dalam hati takde sape pun yg tau. Sedih, sebab sarat sgt dengan masalah. Owh tuhanku berikanlah ketenangan abadi untuk ku menghadapi...
 Tapi time2 jiwa kacau ni lah aku byk sangat idea nak menulis. Maklumlah, takde kawan nak sembang- jadi terluah melalui tulisan laa.. kepada orang-orang disekeliling yang menyayangi & yg tak berapa suka kt aku ni, terima kasih byk2. tlg maafkan segala salah silap ku.
(Alahai, sedih je rupanye kan)   Huhu..

19 Apr 2012

Hari Keputeraan Sultan Perak

Hari ni adalah hari keputeraan Sultan Perak, jadi aku pun cuti la. Bosan juga bila cuti ni, sbb tak tahu nak buat apa. Novel dah abis baca, betul-betul tak tahu nak buat apa. Nak sambung menulis, idea masih sangkut-sangkut lagi.
Aku pun bosan-bosan search la kt google pasal Sultan Perak. Yelah, dah jadi anak jati Perak tapi masih la tak amik tahu pasal hal2 negeri ni. Setakat tahu Sultan Perak-Sultan Azlan Shah. Bila dah baca, banyak lah owh, wah, then macam-macam lagi la. sebab baru tahu macam-macam yang selama ni tak pernah tahu. 
Anyway, Selamat Hari Keputeraan kpd DYMM Paduka Seri Sultan Perak-Sultan Azlan Shah.

Allah Berkati Perak Ridzuan, Allah Selamatkan Negeri & Sultan..

14 Apr 2012

Hawaii 5-0

gandingan yg mantap



 

Kenapa aku suka tengok cerita ni??
Tak tahu nak jawab apa.. Yang pasti memang aku gila sangat tengok cite ni. Sgt2 Suka!!! Ulang tengok 10x pun takpe sebab tak pernah bosan. Dh abis download season 1 sampai la skg ni dh season 2 episod 20. I Love this tv series.. Very interesting & menghiburkan. Cerita lain aku tengok jugak, tapi Hawaii 5-0 tak boleh kata xnak. mesti nak.  

Omg, Mcgarrett tu cool sangat.. So sweet, I Love this guy very much, huhu - tu agaknya the main reason i love this tv series =)

hensemkan dia
Hensem kan Mcgarrett ku..

13 Apr 2012

Kite penat la..

Dah lama sgt tak tengok blog ni. Tapi sebab tak de kawan nak sembang terpaksa lah meluah melalui tulisan. Letih sgt kerja hari ni. Kepala otak ni lagi la letih nak berfikir. Penat, tu je yang terluah.
Apalah, asyik mengeluh je. Penat..penat..penat... tu belum membanting padi lagi. Muda2 lagi dah mengeluh. Esok cuti, macam2 perancangan dalam kepala ni nak buat. Huhu..  Okeylah, Selamat Berhujung Minggu :)