Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

31 Dec 2013

Sampai Ke Penghujungnya

Assalamualaikum..

Disember 2013 melabuhkan tirainya kini. Pejam celik pejam celik dan terus pejam celik, dah masuk tahun baru pun. Dua Ribu Tiga Belas berlalu, Dua Puluh empat Belas menjengah pula.. Pasti kenangan sepanjang tahun 2013 tersemat kukuh dihati semua kan. Tak kira lah kenangan itu indah atau sebaliknya. Yang pasti, setiap dari kita pasti punya rasa yang berbeza.


Ini merupakan entri terakhir ku untuk tahun ini... Ringkas, tapi aku rasa bahagia. Terasa terlalu banyak perkara yang mahu dikongsi bersama tetapi mungkin tidak mampu ku luahkan sepenuhnya (takut terlebih emosi nanti). Kepada semua rakan blogger, tiada kata selain terima kasih yang tak terhingga dan mohon maaf yang tak terkira.

Terima kasih kerana sentiasa sudi menerima kehadiran baby comel di sini, saat dan ketika ini. Maaf kerana +baby comel tidak mampu menjadi sahabat yang baik dan kadangkala diriku mungkin tidak menyenangkan hati kalian.. Moga pertalian, persabahatan dan perhubungan yang terjalin ni akan terus kukuh, abadi selamanya.

I am Blogger and I Love Blogging!... Errk, terasa macam SY, KE dan Krill tanya "Popular ke??" Agak-agak korang pe jawapan yang patut aku jawab eh? Hehehehe, "Hanya insan Biasa"

Semoga tahun baru membawa kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah untuk semua. Bahagia dicari, kesihatan diutamakan..


ARIANA ROSE Episode 2 Tonton Online

ARIANA ROSE Episode 2 Tonton Online |

Assalamualaikum..


Jom Tonton Online ARIANA ROSE Episode 2 melalui link berikut :


ARIANA ROSE EPISODE 2

Terlepas episode yang lepas? Jom..




Tonton Online Drama Projek Memikat Suami Episode 2

Tonton Online Drama Projek Memikat Suami Episode 2 |

Assalamualaikum..

Jom tonton online Projek Memikat Suami Episode 2 melalui link berikut :

PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 2

Suami E02 by babycomel87

Terlepas menonton aksi yang lepas? Jom....




Tak Boleh Pakai Kasut

Assalamualaikum..

Kasut tu penting kan. Tapi macamana dengan orang yang kakinya tak boleh pakai kasut. Okey, jangan salah faham. Orang tu sempurna jari kaki tangannya, kurniaan yang Allah bagi tu cukup segalanya. Cuma, bila bab memakai kasut ni.... failed!


Belilah kasut camne canggih pun, cantik walau mahal sekalipun bila pakai takkan kekal lama. Adalah paling lama pun sebulan dua. Kalau kasut yang sama dicompare kan dengan orang lain mungkin boleh tahan berbula-bulan lamanya, tapi bagi si pemilik kaki ni terasa macam tak sempurna pulak. Asal pakai je, terkoyak. Asal pakai 3,4 minggu je dah tercabut tapak, asal sarung je sekejap dua dah berlubang. 

Kesian kan.. korang ada petua tak yang boleh dikongsi agar sipemilik kaki ni rasa diri dia sempurna walau hanya dengan memakai kasut (biar murah, tapi selesa dan boleh pakai tanpa rasa ragu-ragu lagi).. Terima kasih kerana membaa luahan hati beliau yang mungkin kurang sesuai ni,



30 Dec 2013

Tonton Online Drama ARIANA ROSE Episode 1

Tonton Online Drama ARIANA ROSE Episode 1 |

Assalamualaikum..

Jom tonton online ARIANA ROSE Episode 1 melalui link berikut :

ARIANA ROSE EPISODE 1

ariro.e01 by riptheworld


Jom tonton ARIANA ROSE Episode 2 di SINI


Ikan Masuk U

Assalamualaikum..

Ikan masuk U? Iye, serius nak habaq ni. Ikan masuk U.. glamer betul #ikan terubuk masin tu tau..





Hehehehe.. #hanya di Sarawak

Tonton Online Drama Ariana Rose Full Episode

28 Dec 2013

Drama Ariana Rose Pengganti Playboy Itu Suami Aku

Drama Ariana Rose Pengganti Playboy Itu Suami Aku |

Assalamualaikum..

Sebuah lagi drama terbaru yang diadaptasi dari novel terhebat The Wedding Breaker karya penulis Evelyn Eve bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula 30 Disember 2013 nanti. Drama yang berjudul ARIANA ROSE ini menggantikan drama popular Playboy Itu Suami Aku yang melabuhkan tirainya Jumaat yang lalu.

Drama ARIANA ROSE mengisahkan seorang gadis yang cukup sempurna pada zahirnya bernama Ariana Rose telah mencetuskan kekecohan ketika berlangsungnya majlis pernikahan Tengku Adam Kamil. Ariana Rose mengaku yang dirinya telah dinodai dan kini sedang mengandungkan zuriat lelaki itu. Pengakuannya itu menyebabkan majlis tersebut terpaksa dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil tercalar.


Ariana Rose tidak menyangka perbuatannya itu menyebabkan dia diburu melalui media mahupun Tengku Adam Kamil sendiri. Lelaki itu mengupah spy peribadi mencari kebenaran diatas perbuatan Ariana Rose. Niat Ariana Rose berlakon sedemikian yang hanya ingin membantu sahabat baiknya, Juwita akhirnya memakan diri bila Tengku Adam Kamil benar-benar meragut kesucian dirinya.


Nak tahu apa yang terjadi seterusnya? Jom ikuti Drama Ariana Rose Slot Akasia TV3 bermula 30 Disember 2013 bermula 7malam Isnin hingga Khamis. Drama Ariana Rose dilakonkan oleh Nur Fathia selaku Ariana Rose bergandingan dengan Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil. Antara pelakon handalan lain Arja Lee, Hisham Hamid, Nabila Huda,

Tonton Online Drama Projek Memikat Suami Full Episode

Tonton Online Drama Projek Memikat Suami Full Episode | 

Assalamualaikum..


Drama adaptasi novel terbaru terbitan Astro Ria, PROJEK MEMIKAT SUAMI mula bersiaran setiap Isnin jam 10malam bermula 23 Disember 2013. Drama rantaian 13 episode hasil karya penulis novel handalan Hanina Abdullah ini pastinya sangat dinanti-nanti oleh peminat dan penggemar drama tv negara.
Jom Tonton Online Drama Projek Memikat Suami Full Episode melalui link-link dibawah berikut :














Serius drama ni menghiburkan!! Suka Zahrain, Sayang Una!!!


27 Dec 2013

Amalan Sunat Hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat |

Assalamualaikum..

1. Perbanyakkan Selawat kepada Rasulullah saw pada malam Jumaat dan siang hari Jumaat. Sabda Baginda saw, maksudnya : "Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaar. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali." (Riwayat al-Baihaqi).

2. Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi)

3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Daripada Ibn Abas, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak." (Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4. Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah, yang diringkaskan seperti berikut :

Waktu masuk ke masjid....    --------->     Seolah-olah berkorban.....
* awal waktu                        --------->      seekor unta
* waktu kedua                      --------->      seekor lembu
* waktu ketiga                      --------->      seekor kambing kibas
* waktu keempat                  --------->      seekor ayam
*waktu terakhir                     -------->       sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat Jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah  saw sabda baginda yang bermaksud: "Hadirilah khutbah dan dekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya disyurga meskipun ia memasukinya." (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)


26 Dec 2013

Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 28 (Episod Akhir)

Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 28 (Episod Akhir) | 

Assalamualaikum..

Jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Episode 28 (Episod Akhir) melalui link berikut :



Terlepas episod-episod yang lalu? Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode


Playboy Itu Suami Aku Episode 26 | 27 | 28 Tonton Online

Playboy Itu Suami Aku Episode 26 |27 |28 Tonton Online

Assalamualaikum..



Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 26 & 27 & episode akhir melalui link berikut :

&

Playboy Itu Suami Aku Episode 27

PISA.KB.E27 by mytonton02

&

Playboy Itu Suami Aku Episode 28 (Episod Akhir)


p/s: sori lambat update, internet problem, laptop rosak :(


24 Dec 2013

Playboy Itu Suami Aku Minggu Akhir

Playboy Itu Suami Aku Minggu Akhir |

Assalamualaikum..

Hari berganti hari, episod bersilih ganti.. Rupanya dah masuk minggu terakhir drama Playboy Itu Suami Aku ni. Drama yang biasa-biasa je, tak lah terlalu istimewa tapi masih ramai yang nak mengikuti perkembangan pasangan suami isteri Afina Aulia dan Raja Adrian Benjamin ni..


Kalau ditanya apa yang menarik tentang cerita ni? Errm, susah jugak nak jawab sebab aku sendiri pun terlepas nak mengikuti drama bersiri ni secara tetap. Hanya mampu ulangan secara online je. Drama berdurasi 28 episode ni bakal ke penghujungnya minggu ini. Jadi, kalau nak tau apa kesudahan kisah-kisah wanita penggoda dalam drama ni, jangan lupa Isnin hingga Khamis ni jam 7malam di TV3. Kalau terlepas jangan risau, jom ke Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode.

  

Nampaknya, lepas ni kena "Rindu-rindukanlah diriku"..

Permohonan Online Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2014

PERMOHONAN ONLINE BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BR1M 2014 |

Assalamualaikum..


Permohonan BR1M 2014 telah pun dibuka bermula 23 Disember 2013 sehingga 31 Disember 2014.Permohonan boleh dilakukan secara manual ataupun secara dalam talian melalui link berikut. <e-BR1M> 



Projek Memikat Suami Astro Ria Episode 1 Tonton Online

Projek Memikat Suami Astro Ria Episode 1 |

Assalamualaikum..

DRAMA PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 1 dah pun bermula semalam. Dah tengok drama yang bersiaran di Astro Ria dan Astro Maya HD ni? Memang comel betul Emma Maembong ni, Serius, suka tengok Una yang super cute dan Zahrain yang poyo tu.
Jom tonton Online Projek Memikat Suami Episode 1 melalui link berikut :

Projek Memikat Suami Episode 1

Selamat berberhibur dengan gelagat mereka yang comel ni..... =)

23 Dec 2013

Playboy Itu Suami Aku Episode 25 Tonton Online

Playboy Itu Suami Aku Episode 25 Tonton Online |

Assalamualaikum..


Jom Tonton Online Playboy  Itu Suami Aku Episod 25 melalui link berikut : 




Terlepas episod- episod yang lalu? Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode

Dah tengok Emma Maembong yang supercute, sweet dan menghiburkan?


22 Dec 2013

Terima Kasih Sifu, Terima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum..

Kalau korang tanya pasal Nuffnang, sungguh aku tak pernah ambil peduli pun pasal dia selama ni. Bila orang lain update pasal rezeki dari nuffnang ni, aku hanya mampu ucap tahniah. Untuk blog sendiri aku nak menaruh harapan bak kata Mr Arrogant dulu-dulu tu 'memang tak arrrr'

Tapi bila lama-lama, aku terfikir juga selepas SIFU aku brain wash kepala otak ku tempoh hari. Panjang lebar hujung jari beliau berkata-kata. Aku kira ini adalah pandangan, nasihat dan idea ikhlas dari beliau. Dan siapa tak suka bila mereka yang hebat memberi kata-kata perangsang begitu rupa kan. Ianya memotivasikan aku dan blog kerdil ni! Haa, jom baca kat bawah ni. (Boleh ke entri SINI juga)

Dan akhirnya.. aku mencuba jugak untuk tinjau-tinjau dekat wilayah incik Nuff tu. Benda-benda yang aku tak peduli selama ni aku cuba penuhi. Update apa yang patut. Hantar tiket, benda yang paling segan aku nak buat at last aku buat jugak. Kelakar kan sebab dalam tu aku asyik dok tanya soalan je (maklumlah orang baru, banyak sangat kemusykilan). Tapi sebelum tu aku nak ucap terima kasih bebanyak dekat kak @dikbe yang tolong bantu aku fix iklan Nuff ni atas bawah. Thanks akak...

Baru lah ternampak 'On Going' tu.. Alhamdulillah, terima kasih kepada Nuffnang sebab sudi jugak pandang blog ni. Total amount yang terpapar kat akaun nuffnang aku pun nampaknya dah makin bertambah dengan baik. Betullah orang kata, Sabar. Tapi tetap kena usaha juga kan. Mungkin bagi orang lain, dah tak heran sangat dengan benda ni tapi bagi aku yang baru bermula ni, ia adalah permulaan yang sangat baik.

Sekali lagi, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga untuk SIFU yang juga merangkap MENTOR aku selama berblog ni. Kak Dikbee, terima kasih bebanyak juga. Dan untuk semua, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang korang. Walaupun aku mungkin makin jauh, tapi aku harap sangat blog ni akan terus hidup. Selamat Maju Jaya untuk semua,


20 Dec 2013

Playboy Itu Suami Aku Episode 24 Tonton Online

Playboy Itu Suami Aku Episode 24 Tonton Online |

Assalamualaikum..


Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episod 24 melalui link berikut :




Terlepas episod-episod yang lalu? Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode



19 Dec 2013

Linda Onn Sah Bakal Bernikah Dengan Kerabat Diraja

Linda Onn Sah Bakal Bernikah Kerabat Diraja |

Assalamualaikum..


Akhirnya penyampai radio popular Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember nanti. Bagaimanapun pemilik nama Rozlinda Onn ini berkata majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Pasangan itu juga dilaporan sudah memdaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Agama Islam di daerah kampung halaman Linda Onn di Johor Baharu.

Linda memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini dalam masa terdekat nanti.

Tahniah diucapkan,

SUMBER


Playboy Itu Suami Aku Episode 23 Tonton Online

Playboy Itu Suami Aku Episode 23 Tonton Online |

Assalamualaikum..

Jom tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 23 melalui link berikut :


Terlepas episod yang berlalu? Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode


Semakan Keputusan PMR 2013 Secara ONLINE dan SMS

Semakan Keputusan PMR 2013 Secara ONLINE & SMS |

Assalamualaikum..

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa Keputusan PMR 2013 akan diumumkan pada hari Khamis bersamaan 19 Disember 2013. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi atau secara ONLINE dan SMS.

Cara Semakan Keputusan PMR 2013 Secara ONLINE


Langkah 1 : Klik pautan ini : SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN
Langkah 2 : Masukkan nombor kad pengenalan ke ruangan yang disediakan
Langkah 3 : Klik pada 'SEKOLAH MENENGAH'
Langkah 4 : Pilih tahun peperiksaan -2013
Langkah 5 : Klik butang 'SEMAK LAPORAN'


Cara Semakan Keputusan PMR 2013 Secara SMS 


Taip :  PMR <jarak>No.KP<jarak>AngkaGiliran 

dan SMS ke 15888

Contoh Mesej Penghantaran :

PMR 971021145879 AZ1211221

dan SMS ke 15888

Selamat Maju Jaya untuk semua calon PMR 2013!


17 Dec 2013

Playboy Itu Suami Aku Episode 22 Tonton Online

Playboy Itu Suami Aku Episode 22 Tonton Online |

Assalamualaikum..

Jom tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 22 melalui link berikut :



Terlepas episod yang lalu? Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode


Bila Diberi Nikmat Kegagalan

Assalamualaikum..

Hari ni, saat ni dan detik waktu ni.. Tuhan memberi diriku satu ujian hebat. Ujian yang datang kali ni mungkin cukup mematangkan diri. Lahir dari hati yang serba kekurangan akhirnya aku sedar sejauh mana kita melangkah, sepantas mana kita bergerak, sehebat dan setinggi mana pun kita terbang kita tetap juga manusia yang takkan lari dari berbuat kesilapan, tak lari dari hakikat kehidupan yang masih dikelilingi oleh orang yang menyayangi malah yang turut membenci.

Terima kasih Allah dengan ujian ini. Sekurang-kurangnya aku tahu dimana tempat patut ku berpaut.. dan  kegagalan hati ku hari ni, insyaAllah akan membuat ku untuk lebih berhati-hati.. Dan aku bersyukur dengan nikmat kegagalan hari ini. Sememangnya Tuhan Sedang Menguji Kita.

p/s: maaf diatas kehilangan seminggu dua ni. Nanti aima buat marathon eh bermula hari ni. Doakan semuanya dipermudahkan. AMIN,



16 Dec 2013

Playboy Itu Suami Aku Episode 21 Tonton Online

Playboy Itu Suami Aku Episode 21 Tonton Online |

Assalamualaikum..
Jom tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 21 menerusi link dibawah berikut :

Playboy Itu Suami Aku Episode 21


Terlepas menyaksikan episod-episod lepas? Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode


p/s : seminggu dua yang memeritkan....

14 Dec 2013

Tonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5 Full

Tonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5 |


Boleh tonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5 menerusi link dibawah berikut :













kredit tu GuaTv.com

13 Dec 2013

Coklat AMP Dan Kismis Aura Genius

Assalamualaikum..

Coklat AMP dan Kismis Aura Genius |


Produl ini mengandungi nilai nutrien semulajadi untuk menampung kekurangan zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan khususnya untuk minda yang cerdas dan cergas. Nutrisi yang tepat boleh membantu untuk mempertingkatkan pencapaian.

Cabungan IQ + EQ + SQ dan ditingkatkan lagi kepada perkembangan fizikal dan dikuatkan dengan susu kambing, coklat, lotus seed, DHA, pegaga, Vitamin A,B dan C serta suntikan getaran tenaga aura.


Jom tengok video di bawah ni untuk lebih kefahaman dan lihat testimoni..


Cara makan : Bermula dengan Bismillah, Selawat dan disertai doa. Makan 2-4 biji setiap hari. Kita berikhtiar dan berusaha, InsyaAllah Allah akan tunjuk jalan.

Harga : RM 63.00 Sekotak (1botol Coklat + 1botol Kismis).

Berminat untuk mendapatkan Coklat AMP dan Kismis Aura Genius serta produk Ekslusif AuraLife yang lain? Hubungi  012-5466547 (call/sms/whatsapp).


12 Dec 2013

Playboy Itu Suami Aku Episode 20 Tonton Online

Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 20 |


Assalamualaikum..



Jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Episode 20 menerusi link berikut..



Terlepas menyaksikan episod- episod lepas jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Full Episode


Playboy Itu Suami Aku Episode 19 Tonton Online

Playboy Itu Suami Aku Episode 19 Tonton Online |


Assalamualaikum..

Jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Episode 19 melalui link dibawah berikut :



Terlepas episod lalu? Jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Full Episode


11 Dec 2013

Orang Lelaki ni Takde Benda Lain Ke Nak Fikir?

Assalamualaikum..

Kalau baca tajuk atas tu agak-agak korang aku ni terlebih emosi ke apa ni? Hehehhe, tak.. bukan macam tu. Sebenarnya isu kat atas ni adalah rentetan ketiadaan abah yang ada jauh sangat kat seberang laut sana. Kat Kuching Sarawak. Okey, abah tak hilang ye. Abah pergi atas tuntutan kerja, saje lah kot dah tinggal 2tahun lagi nak pencen depa hantar abah kat sana. Okey, hal tu kitorang anak beranak memang redha. Dont worry sebab rasanya Kuchiing tu macam best je, macam okey je. Aku suka! Serius kalau boleh tahun depan nak menetap kat sana jugak ikut abah =) hehehe,

Haa, back to the topik kat atas tu. 'Orang lelaki ni tak ada benda lain ke nak fikir ye?' nada marah je bila aku soal macam tu kat mak hujung minggu lepas. Asal anak isteri jauh je mula la nak mencemarkan kepala otak tu dengan benda-benda camni. eeerr, benda apa yang aku dok bebelkan dari tadi ni?

Macamni... orang lelaki ni kalau cerita bab kawin lebih dari satu memang suka sangat eh? Walaupun hal-hal camni depa buat gurau. Haa, jangan salah faham dehh, bukan abah ku nak kahwin lain tapi orang-orang disekeliling, kawan-kawan abah tu la dok mengusik camtu bila dapat tau hanya abah je yang bertukar kat sana. (Yelah, mak pun kerja jugak. ingat senang ke nak mintak tukar-tukar ni??) Ishhh, 'ada 3 kuota kosong la' 'takde orang nak jaga makan pakai la' apa la.. ish, itu semua poyo!!

Kalau nak buat, dari dulu pun dah buat. Tak payah nak tunggu selepas 30tahun lebih ni. Kan abah kan.. Sebenarnya, aku bukan lah marah ke, emosi terlebih ke. Saje je nak tunjuk yang aku pun sebenarnya poyo jugak sebenarnya. Heeeeee...... jangan marah ye,


Playboy Itu Suami Aku Episode 18 Tonton Online

Playboy Itu Suami Aku Episode 18 Tonton Online | 


Assalamualaikum..

Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 18 melalui link berikut :



Terlepas episod lepas? Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode


10 Dec 2013

Rindu Abah

Assalamualaikum..

Masuk hari ni genap seminggu ketiadaan abah disisi. Bukan abah tiada, ada.. tapi jauh nun di Kuching sana. Kalau tanya rindu ke? Oof course la rindu sangat kat abah! Dah biasa selama ni ada je abah kat rumah. Walaupun sebelum ni dalam seminggu 2-3 kali abah selalu je outstation, tapi dalam pada beliau outstation pun selalu balik hari. Jadi, boleh kata memang selalu nampak abah.

Tapi, sekarang dan akan datang dah tak boleh nak harapkan abah dah untuk semua benda. Kadangkala malam-malam lepas ke surau mesti abah belikan makanan. La ni dah takde dah. Nak makan kena pandai-pandailah cari atau masak sendiri..

Dulu selalu je tanya mak 'abah balik tak malam ni?' bila time abah keluar outstation (biasanya ke Putrajaya lah kan). Sekarang ni dah tak boleh nak tanya sebab kalau tanya pun dah tentu-tentu abah takkan balik dalam tempoh terdekat sehari dua ni.

Hurrrm, rindu sangat. Semoga abah kat Kuching sana sihat-sihat selalu. Haa, permintaan abah untuk anak dia yang comel ni tolong bayar kan bil Celcom dah ditunaikan (katanya tak jumpa kaunter celcom untuk bayar bil kat Kuching sana) lorrrr, kemain besar Kuching tu boleh tak jumpa ye abah....

Jaga diri,  psstt.. terasa macam umur aku baru 7tahun je nak mengadu rindu kat abah ni. Padahal dah nak masuk 2 kat depan 7 tu. Hehehehhe,


Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2014 Secara Online

Semakan Keputusan Tawaran Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Secara Online |

Assalamualaikum..


Maklumat rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi 2014 boleh mula disemak bermula hari ini 10 Disember 2013. Boleh diperiksa secara online menerusi link dibawah berikut :

Semakan Keputusan Tawaran ke Tingkatan Satu SBP 2014 Online

Bagi calon yang dah berjaya dan bersetuju menerima tawaran tersebut, surat dan lampiran tawaran Mesti Dicetak Segera dan dibawa semasa hari pendaftaran. 

Calon juga boleh mengemukakan permohonan E-Rayuan SBP Tingkatan 1 tetapi diingatkan e-rayuan hanya untuk mengsi jumlah kekosongan di SBP bagi pelajar yang layak setelah hari pendaftaran.

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan belajar kerana proses pembelajaran tu takkan pernah terhenti walau dimana kita berada.. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi www.moe.gov.my


9 Dec 2013

Tonton Playboy Itu Suami Aku Episode 17 Online

Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 17 |

Assalamualaikum..

Episod kali ni serius menyampah ada, tak suka, sayang semua ada. Esok? errrm, tak tahu apa yang akan jadi. huhu, best ke? Haah best bila playboy ni jawab 'mana de' haahahaa. 'tu la pakai subang besar-besar, tak dengar!' cehhh, lawak betul.....

Jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Episode 17  melalui link berikut :



Terlepas menonton episod-episod lepas? Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode


Kahwin Tak Semudah ABC 123

Kahwin Tak Semudah ABC 123 |

Assalamualaikum..

Pagi semalam berkesempatan mendengar bicara dari Ustaz Taha dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah. Alhamdulillah, banyak jugak ilmu yang beliau sampaikan. Suka dengar bila Ustaz yang femes dengan panggilan Ustaz To'ha ni bercerita. Tajuk semalam yang beliau pilih adalah Kahwin Tak Semudah ABC 123.. Ye, setuju sangat dengan ustaz cakap tu!

Ni antara intipati yang beliau sebarkan semalam. Mungkin bagi yang dah berumah tangga tu lebih memahami. Dan untuk yang mahu dan bakal berumah tangga seperti ku ini, adalah baik untuk kita jadikan iktibar dan panduan supaya kita tak lah silap ambil langkah nanti. Yelah, kahwin tu bukan untuk sehari dua kan..

Bukan hanya hal 2 orang.

-Itulah hakikat perkahwinan, perkahwinan bukan hanya melibatkan hal dua hati. Bukan hanya setakat I Love You, You Love Me. Bukan hanya sekadar I suami, you isteri bila dah berumah tangga. Ia melibatkan banyak pihak. Perkahwinan bukan untuk memisahkan ibu dengan anak, tapi perkahwinan mengembangkan silaturrahim yang ada. Kaum keluarga kerabat dibesarkan. Sebab tu orang kata, bila berkahwin kita bukan hanya berkahwin berdua sahaja, tapi sekali dengan ahli keluarga, ibu bapa, adik beradik, saudara mara yang lain. 

Elakkan cerai urban.
-Macam kata Ustaz To'ha, mungkin mengikut kajian mereka yang berada dibandar lebih banyak yang mengalami masalah cerai urban ni. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Kalau dahulu sebelum kahwin boleh je kita kata kita terima diri dia seadanya. Kenapa bila dah lama-lama, bak kata ayat sebelum tadi "zaman dah berubah, dunia dah maju" kita pun nak berubah sama. Kita jadi cepat bosan, menyampah.. Masing-masing dah mula memaling muka kearah lain. Pastu bila dah takde persefahaman mula lah nak berpisah. Hurrrrm takutnya nak hadapi macam ni. 

Yang penting, dalam kesibukan dunia yang bergerak pantas, kekangan masa yang kadangkala tak bisa dikawal belajarlah untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kita. Ye, suami dan isteri. Kadangkala kuantiti tidak menjamin kualiti. Kualiti masa itu yang diharapkan. Biar masing-masing sibuk tetapi bila masa yang ada itu digunakan sebaiknya bersama... pasti indahkan..  

Jangan taat buta tuli.
-Pesanan ni khusus untuk para isteri kata Ustaz To'ha lagi. Jangan terlalu mengikut kata atau taat andai perintah suami itu melanggar fitrah atau berpaling dari perintah Allah. Isteri memang wajib taat kepada suami kerana sesungguhnya syurga seorang isteri terletak ditelapak kaki suaminya. Redha isteri adalah redha suaminya. Nak jadi isteri derhaka? Tak nak kan... Tapi kalau dah arahan si suami terang-terang membelakangkan agama, pesanan ustaz tadi jangan taat buta tuli.

Terima kasih kerana membaca, sekadar berkongsi. Mohon betulkan andai ada yang tersalah sampai.


Bila Periksa Status PR

Bila Periksa Status PR |

Assalamualaikum..

Apa Status PR korang? Hehehe, Status PR lah sangat kan.... Bukan PR yang penduduk tetap tu tapi Page Rank (PR). Baru-baru ni kan Page Rank dah update. Ekceli aku pun baru je tau dalam sehari dua yang lepas. Baru je check pun. Alhamdulillah, skala rank aku bertambah dari satu kepada dua.

Lega setelah masuk tahun kedua ni berblogging, naik lah jugak skala tu. Tapi kalau ditanya apa fungsi Page Rank ni, susah gak aku nak jawab. OKey, nanti balik kerja aku google pasal Page Rank ni. Kalau tak nampak sangat ler aku ni sengal sangat kan..

Haa, kalau ditanya apa yang aku dah usahakan untuk tingkatkan PR ni, serius ni lah soalan yang paling susah nak dijawab. Sebabnya aku tak tahu. Senang cerita aku nak panjangkan ucapan terima kasih kepada sifu yang juga my big brother yang sentiasa susah payah menolong, membantu dan sentiasa ada untuk blog ni. Siapa beliau? Korang pi tanya kat kaunter Sudut Informasi kat sebelah tu ye.. Terima kasih Tuan banyak-banyak atas pertolongan dan sumbangan terbesar untuk blog ni. Comel tak kak ton?? Salah, comel tak blog baby tak comel ni?? =)

Terima kasih untuk semua jugak sebab sentiasa sudi bersama diriku di sini.. Blog ni blog biasa-biasa saje. Setiap masa aku terfikir, orang kenal ke blog aku ni? Tak pun kan...


8 Dec 2013

Contest SEO Eridy

Contest SEO Eridy |


Sana sini pergi boleh kata kebanyakannya cerita pasal Contest SEO Eridy ni. Hebat sangat ke? Dah tentu hebat contest ni. Hujung-hujung tahun begini, turut serta dalam contest pun menarik juga kan. Lagi pulak hadiah yang ditawarkan tu macam cantik je, macam comel je, macam menarik je..

Hadiah keseluruhan yang ditawarkan oleh penganjur Contest SEO Eridy ni ialah sebanyak RM500. Jom tengok pecahan untuk hadiah kat bawah ni.

Tempat pertama : RM 200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Fuhh, nampak tak? bukan macam lagi dah kan. Tapi memang hebat pun. Okey, kita cerita pulak camne pemenang dipilih dan bagaimana contest ni berjalan ye. Seperti yang semua tahu, kalau dah namanya SEO tentulah -mengikut kata tuan penganjur Eridy.com

"Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword "Contest SEO Eridy" dan Carian akan dilakukan menggunakan private browsing jadi walaupun carian dilakukan banyak kali ianya masih adil"

Maklumat ni paling penting, entri penyertaan mestilah dihantar sebelum atau pada 11.12.13 (hari Cik Ta kawin ni) hehehe dan contest ni akan berlangsung bermula 12 Disember hingga 31 Disember 2013. Mana-mana yang belum berkesempatan nak join tu boleh lah turut serta selagi ada masa dan ketika ni. Dan kalau nak tau, pergggh ramainya mereka yang hebat-hebat turut serta. Serius memang ramai! Klik je gambar atas tu untuk join.

Kalau ditanya soal menang kalah (siapa yang tak nak menang kan), tapi mungkin kalah yang akan saya pilih. Bukan mengalah, tapi orang kata kalau nak ukur baju ukurlah di badan sendiri. Kalau nak bercerita tentang pembelajaran SEO ni, blog ni memanglah terlalu jauh. Tak terkejar. Lemah sangat bab SEO dan blog ni. Tapi untuk kali ni, sesekali mencabar diri takpe kan. Turut serta dalam Contest SEO sebegini sekurang-kurang kita taulah tahap kita kat mana.

Untuk semua, tahniah. Selamat maju jaya & moga google.com sayang kat kita =)


KONTES U-BLOGGER

PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
      *sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Sila backlink banner U-blogger ke entri ini.
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".


  SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?


6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]



Senarai Fanpage U-Blogger
 




Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

7 Dec 2013

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 4 Full

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu  4 Full |



Jom tonton Online Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 4 melalui link-link berikut :














kredit to GuaTv.com


6 Dec 2013

Meninggal Dalam Perut

Assalamualaikum..

Semalam, setelah beberapa hari cuti aku dikejutkan dengan beberapa berita yang agak menyedihkan. Tak tahulah kenapa dengan semalam, semuanya buat aku rasa semacam je. Bila balik pulak hujan turun mencurah sangat-sangat lebat, guruh kilat semua ada. Dan yang pasti emosi aku tentunya mengikut cuaca yang kelam tu.

Baby meninggal dalam perut. Berita yang ni aku terkilan sangat sebab aku baru je tau semalam. Padahal anak kecil tu dah pergi meninggalkan semua Sabtu yang lepas. Cerita penuh memang aku tak tahu. Kenapa aku rasa sedih sangat, mana lah tak sedih.. boleh kata setiap hari aku dok tanya kat abang tu pasal baby dia (office mate). Jangan kata ibu bapa dia, aku sendiri orang luar yang takde pertalian darah walau sedikit pun ni rasa eksited nak tunggu cahaya mata pertama mereka berdua. Tapi....

Kalau ditanya camne perjalanan cerita yang betul, serius aku tak tahu.. Yang aku faham mungkin baby dah terlebih hari sebab kalau mengikut kiraan sepatutnya due 25hb yang lepas. Tapi doktor bagi tempoh seminggu lagi sebab tak buka-buka. Okey, cerita penuh memang aku tak tahu. Bagaimana, kenapa, bila semua memang aku takde jawapan dia.

Semalam balik rumah, aku cerita dengan mak dalam keadaan yang entah aku sendiri tak tahu nak kata apa. Rasa sayu sangat dengan berita ni. Besar ujian yang diterima oleh kedua ibu ayah muda ni. Anak yang belum pun sempat lahir ke dunia, tapi dah dipilih Allah untuk menemui sang Pencipta. Dan yang pasti tentul lah Allah lebih menyayanginya.

Nak ucapkan takziah kepada pasangan ni, moga mereka tabah. Insyallah,  anak kecil tu dah tentunya masuk syurga dan insyaAllah si kecil ni akan tarik ibu bapanya ke syurga juga, insyaAllah..

Jangan bersedih,


Playboy Itu Suami Aku Episode 16 Tonton Online

Assalamualaikum..

Playboy Itu Suami ku Episode 16 Tonton Online |


Jom tonton Playboy Itu Suami Aku Episode 16 melalui link berikut :



Terlepas menonton episode yang berlalu? Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode

5 Dec 2013

Aura CEO Coffee

Assalamualaikum..

Aura CEO Coffee | 


Aura CEO Coffee terkenal dengan getaran tenaga aura. Disuntik dengan izinNya bacaan Al-Quran, ayat-ayat Ruqyah, Al-Muawizat dan Selawat Syifa.

Kandungan 4 dalam 1 :
Kopi biji Arabica, Roselle, Red Yeas, Lotus Seed @ Lotus Teratai.

Kelebihan dan Khasiat Aura CEO Coffee :

  • Menenangkan fikiran.
  • Membantu keyakinan diri.
  • Membantu menambah tenaga.
  • Membantu mengurangkan kolestrol.
  • Membantu mengurangkan berat badan dan rasa lapar.
  • Menghilangkan rasa mengantuk.
  • Membantu melawaskan pembuangan air besar. 

Testimoni Pengguna :


Harga Sekotak (mengandungi 15 paket kecil) :  RM 32.00

Nak cuba mendapatkan Aura CEO Coffee? Boleh hubungi 012-5466547 (call/sms/watsapp).


Playboy Itu Suami Aku Episode 15 Tonton Online

Assalamualaikum..

Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 15 | 

Ishhh, menyampah dan tak suka sungguh aku dengan laki bini ni. Serius! Poyo je dua-dua depa ni. But so far walau tak suka aku still nak tengok jugak perkembangan diorang yang poyo sangat ni. Heheheh, tak tahu nape

Jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Episode 15 melalui link berikut :


Terlepas menonton episod yang lepas? Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode..

4 Dec 2013

OP Murni Bantu Mangsa Banjir di Pahang, Johor dan Terengganu

Assalamualaikum..

OP Murni Bantu Mangsa Banjir di Pahang, Johor dan Terengganu |


Banjir yang semakin buruk melihatkan Operasi Khas yang dikenali sebagai Ops Murni digerakkan untuk membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu. Kementerian Pertahanan melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa terlibat banjir di kawasan terbabit serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Operasi menerusi Angkatan Tentera Malaysia melibatkan beberapa trup dan aset di bawah kawasan tanggungjawab tiga divisyen. Di Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan Jerantut Pahang, trup yangterlibat ialah 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanise, satu Kor Armor Diraja (KAD) dengan kekuatan 12 pegawai dan 178 anggota lain-lain Pangkat (LLP) serta ddua pegawau dan 33LLP dari trup Gerup Gerak Khas (GGK).

Di Batu Pahat, Muar, Kota TInggi, Kluang, Segamat dan Mersing di Johor, satu trup Rejimen Renjer Diraja (RRD) dengan kekuatan seorang pegawai dan 31 LLP manakala aset terlibat ialah dua bot, dua kenderaan 3 tan serta dua buah kenderaan TATRA 7 tan.

Sehubungan itu, Kementerian menasihatkan orang awam supaya berhati-hati semasa banjir dan sentiasa mendengar nasihat pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.

Untuk berita penuh klik SINI