Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Uncategorised. Show all posts
Showing posts with label Uncategorised. Show all posts

11 Mar 2014

Misteri MH370 Yang Masih Belum Terungkai

Misteri Kehilangan MH370 Yang Masih Belum Terungkai |

Assalamualaikum..

Sana sini pergi mesti semua dok cerita pasal pesawat #MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan. Sehingga hari ni, dah masuk hari keempat tetapi masih jugak menemui jalan buntu. Pasukan penyelamat masih berusaha mencari, mengesan dan menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku keatas pesawat boeing 777-200 ni. 


Risau, gelisah, susah hati.. hanya Dia yang Maha Mengetahui. Kita doakan agar semuanya dipermudahkan. Moga semuanya selamat dan dalam perlindungan Yang Esa. 

Mohon kepada semua, jangan tambahkan kesusahan dan kegelisahan hati mereka-mereka yang sedang berduka. Sama-sama kita membantu agar jangan menyulitkan lagi keadaan dengan menyebarkan berita-berita dan maklumat yang tidak sahih.. #prayforMH370


24 Sep 2013

2014 Kawasaki Ninja 250

Assalamualaikum..

Tetiba je aku tampal gambar motor besar.. Pelik kan, haah.. memang pelik.. Ada cerita tentang ni pastinya nanti =)
Ingat lagi masa kecik-kecik dulu kalau nampak gambar-gambar gini mesti masing-masing dok berebut dan main cop-cop "ini aku punya" kan..

Tapi tu dulu la, alaaa.. masa zaman kita tak reti apa. Sekarang ni bila tengok, walaupun hebat camne pun...... takde pe yang menarik. Sungguh! Tapi...(Tunggu kalau abang pedas aka Tuan Ebrahim yang bawak okey aku setuju yang motor ni memang canggih, hebat, hot dan sungguh-sungguh pedas berapi) hahaha..




Tengok motor besar ingat apa?? Bak kata Melur Jelita dan diva-diva Jelita "Mestilah ingat abang pedas...." Siapa abang pedas ni? Errrk, mohon baca I Love You Stupid! dan My Precious Iris ye..


"Ada dua pemburu yang tidak akan kenyang. Pemburu ilmu dan pemburu harta."

30 Aug 2013

Kongsi Gelap, Gangster dan Ops Cantas

Assalamualaikum..



Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang. Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram (tidak sah disisi undang-undang) bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa-bangsa lain seperti India dan Melayu.

Gangster atau samseng merupakan penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng. Samseng biasanya terbabit dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugut sehingga lah ke jenayah bersentaa yang melibatkan jutaan ringgit. Kegiatan samseng telah dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan samseng di Amerika Syarikat yang memainkan peranan utama dalam ekonomi negara pada dekat 1920-an hingga 60-an.

Terbaru Kementerian Dalam Negeri mendedahkan sebanyak 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara memiliki 40,313 ahli berdaftar. Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah. Polis kini memburu dan menangkap mereka-mereka yang terlibat dalam kegiatan ini menerusi Ops Cantas yang sedang dilancarkan.

Individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak.


"Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam itu, dan Kami angkat mereka dengan kenderaan di darat dan di laut sert Kami beri mereka rezeki dengan yang baik-baik. DanKami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami jadikan, dengan kelebihan (yang sempurna)"
-Al-Isra' : 70

19 Aug 2013

R4BIA dan Simbol 4 Jari

Assalamualaikum..

Mesir Kini

R4BIA dan Simbol 4 Jari. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa Simbol 4 Jari dengan kaler kuning ni tiba-tiba melekat di media sosial dan #R4BIA menjadi popular. Trend sekarang ke? Apa maksud disebalik Simbol 4 Jari dan #R4BIA yang cuba disampaikan tu sebenarnya??

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdagon mulai Sabtu (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumaat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yan dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran oran ramai supaya lebih prihatin mengenai krisis di Mesir kini.

Erdagon ketika melancarkan R4BIA

#apa peranan kita?

20 Jul 2013

Baju Melayu Aaron Aziz Di Jakel Seluruh Malaysia

Assalamualaikum..

Hai semua.. Amacam puasa okey? Dah shopping untuk raya? Ahha, bagi kaum Adam yang masih belum terfikir nak bershopping raya apa kata mencuba pilihan Baju Raya Aaron Aziz dari Jakel ni. Baju Melayu siap yang memang ekslusif dari Jakel.


"Mak aku kata kalau pakai baju ni macam Aaron Aziz.."  Amacam, cantik kan Baju Melayu Aaron Aziz dari Jakel ni. Haa, jangan lupa dapatkan Baju Melayu siap Aaron Aziz di cawangan Jakel di seluruh negara.

Jom layan video iklan Baju Melayu Aaron Aziz by Jakel ni. Comel..

video