Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Segmen Khas Ben Ashaari. Show all posts
Showing posts with label Segmen Khas Ben Ashaari. Show all posts

18 Sep 2013

BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN

Assalamualaikum..

Selamat malam semua.

BEN ASHAARI

Blogger otai Ben Ashaari ada buat segmen singkat malam ni. Kali ni beliau suruh kita berkongsi pendapat atau pengalaman tentang "Blog Sebagai Pendapatan Sampingan" Ahha, buat masa ni belum lah ada betul-betul rezeki lagi untuk mendapat pendapatan secara betul melalui blog. Jadi, mungkin pengalaman dan pendapat tu tak cukup kuat dan memang belum kuat pun.

Cuma masa bulan puasa dan raya Aidilfitri baru-baru ni alhamdulillah merasa jugakla dapat duit raya yang berganda-ganda bila jual kuih/biskut raya dan mengiklan kan dekat blog sendiri. (selama ni tak pernah dapat banyak macamni). Alhamdulillah, dengan hasil jual tu boleh la beli Samsung Note 8.0 masa nak dekat raya hari tu. (Dan yang penting tak ada alasan lagi untuk tidak berblog kan)..

Sesungguhnya saya sangat percaya, jika kita betul-betul fokus dan buat dengan bersungguh-sungguh, dengan berblog sahaja bukan sekadar pendapatan sampingan tapi pasti akan lebih bergaya dan berjaya dari mereka yang makan gaji yang tidak sabar-sabar menunggu bila lah hujung bulan nak kunjung tiba..

Sekian, rasa lapang dada bila dapat menulis.. (jom join, sebelum jam 11 malam ye).


"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan oang-orang yang kafir."
-Surah Yusof : 87

20 Apr 2013

BEN ASHAARI dan WEECLICKS

Assalamualaikum..

Segmen kedua yang disertai hari ni. Hope korang pun sempat join jugak sebabnya segmen khas dari abg Ben Ashaari ni bakal berakhir jam 5petang ni (20/04/2013).

BEN ASHAARI
klik banner untuk join ye

Soalan yang perlu korang jawab :
Kenapakah anda nak menjana pendapatan melalui internet ini?

Jawapan terbaik ku :
Menjana pendapatan melalui internet, kelihatan mudah mungkin juga sangat mudah tetapi kalau kita terus fokus pasti ianya hanya dihujung jari. Semua orang mahu menjadi kaya, semua orang mahu ada perniagaan yang berjaya. Matlamat itu yang penting. Tanpa matlamat hidup tidak akan kemana-mana. Sekadar bercakap, omong kosong dan hanya angan-angan mat jenin.
Kenapa gagal? Silapnya hanya kerana Tidak Menulis. Ramai yang tidak menulis matlamat mereka kerana itu matlamat tidak padat. Kerana itu saya disini. Menulis di sini, menulis untuk memenuhi tuntutan matlamat diri yang meyakini berbisnes dan berpendapatan di internet mampu memberi khidmat, menyelesaikan masalah orang lain di luar sana dalam masa yang sama menambah nilai hidup orang lain..

Menjana pendapatan di internet + menambah nilai hidup orang lain

"Tanda arasnya bukan berapa kali anda jatuh tetapi berapa pantas anda bangun dengan keazaman yang lebih hebat untuk belajar dan bertindak demi menjadi lebih baik dari semalam"