Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Proses Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Proses Kehamilan. Show all posts

9 Feb 2015

39 Minggu Berlalu

39 Minggu Berlalu |

Assalamualaikum..
Usia kandungan kini dah memasuki 39 minggu++. Sekejap je masa tu berlalu. Terasa macam baru je semalam alahan muntah-muntah tak selera makan. Kalau mengikut anggaran doktor insyaAllah due pada 15 Februari 2015 ni. Jadi tinggal beberapa hari sahaja lagi nampaknya. Buat masa ni belum ada lagi tanda-tanda baby ku nak keluar.
Melalui pengalaman 38 minggu mengandung ni macam-macam perkara yang dilalui. Sakit pening perit masam manis semua ada. Sabar tak sabar, marah sakit hati bermacam la yang ditempuhi. Kuat tak kuat je hati untuk semua tu. Alhamdulillah, dalam kesusahan tu pasti ada kemudahan kan lepas tu.

Dah penghujung ni, apa yang diharapkan moga semuanya akan dipermudahkan InsyaAllah. Tu doa dan harapan Aima. Moga baby yang bakal dilahirkan ni nanti sihat walafiat selamat dan sejahtera. Kerisauan hati tu masih tetap ada. Tak boleh lari dari memikirkannya. Bila baca pengalaman bersalin sahabat-sahabat lain, Ya Allah gerun nya rasa hati ni. Mula lah berfikir mampu ke tidak diri ni nak melalui saat-saat genting tu nanti.

Nervous!

29 Sep 2014

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Tanda-tanda Awal Kehamilan |

Assalamualaikum..
Bagaimana nak ketahui yang kita sedang berbadan dua? Lagi-lagi bagi mereka yang pertama kali mengandung. Pastinya tak ada pengalaman lagi. Pulak tu jika kehamilan tu berlaku di awal tempoh perkahwinan. Macam yang berlaku pada Aima dan suami. 
Dan kenapa pentingnya untuk kita mengetahui dan prihatin dengan tanda-tanda kehamilan ni. Sebab ada je yang tak tau diri tengah mengandung tup-tup tetiba keguguran. Makan tak jaga, badan tak jaga buat kerja berat, aktif dan sebagainya. 
Boleh baca kat bawah ni apa yang kebiasaannya terjadi dan menjadi tanda-tanda seseorang itu hamil. Apa yang dikongsi ni banyak terjadi kepada Aima sendiri, berdasarkan pengalaman yang ditempuhi baru-baru ni.
Lewat atau Tak Datang Haid
Yang ni memang ketara sangat. Maklumlah Aima jenis yang kitaran haidnya tetap setiap bulan. Sebelum berkahwin elok je datang period ni. Paling teruk pun lari sehari dua dari tarikh biasa. Tapi bila berkahwin, haid tak datang-datang. Memang susah hati waktu tu, Aima ambil masa lebih sebulan jugak la untuk pengesahan mengandung ni. Sebaiknya, bila dah terlewat beberapa hari dari tarikh period tu, dah boleh buat pregnancy test dah untuk kesahihan.
Payudara Sakit dan Bengkak
Haa, yang ni memang akan dirasai oleh hampir keseluruhan ibu mengandung. Payudara akan mula rasa sakit, tegang dan berdenyut-denyut. Rasa sensitif sangat kat bahagian tu lagi-lagi bahagian puting. Maklumlah badan mula nak menyedia dan mempersiapkan bekalan yang cukup untuk pengeluaran susu nanti.
Kerap Buang Air Kecil
Memang boleh rasa sangat perubahan bila mengandung ni. Sekejap-sekejap nak buang air kecil. Lagi-lagi waktu tidur malam. Perkara ni berlaku sebab bilamengandung ni dia akan menekan pundi kencing kita, tu yang kerap dan mudah sangat nak buang air.Jadi, kena la selalu minum air untuk menggantikanbalik air yang dah hilang dari badan tu. Aima memang prefer minum air suam (walaupun dalam tempoh tak sampai sejam selepas minum akan melawat tandas sampai 3-4kali).
Rasa Lesu dan Kerap Letih
Masa mengandung ni, tubuh si ibu memang mudah letih, kadangkala lesu je. Kalau boleh rasa nak tidur je sepanjang hari. Aima sendiri awal-awal dulu memang macamni. Waktu bekerja siang aktif sangat, tapi bila balik rumah..rasa nak baringdan tidur sepanjang masa. Tapi ada je ibu-ibu mengandung yang aktif, tak rasa penat sangat sepanjang mengandung. Benda-benda bergantung pada setiap individu. Takkan pernah sama.
Sensitif dan Emosi Berubah-Ubah
Ahha, yang ni seringkali terjadi dikalangan kita. Macam bila kita datang bulan tu. Sekejap okey,sekejap nak marah je kerjanya. Yang merajuk tak payah cerita la. Tau-tau je dah menangis meleleh airmata. Emosi tak stabil kan. Suami-suami mungkin boleh perasan tentang perubahan ni. Tapi, dalam keadaan apa pun si suami kenalah bersabar dengan ketakstabilan emosi isteri. Prihatin dengan keadaan isteri, insyaAllah akan dapat membantu menambaik mood isteri mengandung ni.
Masalah Sembelit
Awal-awal mengandung dulu Aima pernah la jugak merasa masalah sembelit ni. Tapi takde la kritikal. Kalau sebelum ni biasa buang air besar setiap hari,bila dah mengandung ni agak susah sikit nak membuang. Alhamdulillah bila dah masuk trimester kedua, dah back to normal. Cuma mungkin perkara ni akan berulang lagi nanti lagi-lagi biladah makan ubat.
Loya dan Muntah/Mual
Kebanyakkan ibu mengandung akan merasa loya dan mual. Rasa nak muntah je. Perkara ni normal bagi proses kehamilan ni. Jangan takut nak makan sebab risau akan muntah-muntah. Cuba sedaya upaya makan juga. Jangan biarkan perut kosong. Bila perut kosong lagilah kita akan rasa loya dan mual. Kebiasaannya loya dan muntah-muntah ni akan berkurangan bila memasuki trimester kedua. Jadi bersabarlah, insyaAllah kita dan baby kuat nak tempoh alahan ni.
Suhu Badan Tinggi
Perubahan yang ni memang berlaku pada tubuh badan Aima. Suami sendiri selalu tegur bila sentuh badan panas sedangkan diri dia sejuk. Benda ni memang tak mampu nak dikawal la. Dah dia nak panas kan, nak buat lagu mana. 
Mungkin ada banyak lagi tanda dan perubahan yang berlaku bila diri seorang wanita ni mengandung. Aima sekadar berkongsi pengalaman dan perubahan yang Aima sendiri rasai masa awal-awal mengandung dulu. Sama-sama kita jaga diri,jaga kandungan insyaAllah semuanya akan okey. 
Kepada yang dah mula merasai perubaha-perubahan yang disebutkan tu, cepat-cepatlah ke klinik untuk pengesahan. Jangan lupa buat kad merah jambu sekali ye. Jangan jadi macam Aima yang kena bebel dengan nurse sebab 14minggu baru terkedek-kedek nak jengah Klinik Kesihatan.
Wassalam.
   

9 Sep 2014

Hati-Hati Mengandung Anak Pertama

Hati-Hati Mengandung Anak Pertama|

Assalamualaikum..
Saat mengetahui yang diri sedang hamil tentunya adalah saat yang paling menggembirakan. Pastinya banyak perubahan yang berlaku dalam diri seseorang wanita yang mengandung. Alahan, sakit muntah, loya, kurang selera makan.. Walaubagaimana pun, setiap individu wanita mengandung mempunyai pengalaman yang mungkin berbeza dari yang lain.
Bila kandungan dah mula memasuki bulan ke 4 ni, ramai yang dah mula menegur. Almaklumlah, perut dah mula kelihatan. Jalan pun dah macam orang mengandung 7-8bulan. Bila dah mengandung ni, automatik jalan dah tak macam biasa, semacam anak dara dulu dah tak mampu dah. Takde nak catwalk-catwalk lagi dah. 
Dan hari ni sahaja hampir 3 ke 4 orang yang memberi nasihat baik. "Hati-hati mengandung anak pertama ni". "Hati-hati berjalan" "Jaga baik-baik" Alhamdulillah, masih ramai yang prihatin sebenarnya. Sekurang-kurangnya dalam mereka memberi nasihat, mereka juga ada cerita pengalaman yang lepas. Terima kasih. InsyaAllah, akan cuba sebaik yang mungkin. 
Walaupun hakikatnya, daku sendiri pun tak tahu nak berjaga-jaga dari segi apa, mana, dimana... Mengandung kali petama, tentunya tidak ada pengalaman dan tidak pernah melalui proses kehamilan dan kelahiran itu sendiri.

8 Sep 2014

Ujian Besar Di awal Perkahwinan

Assalamualaikum..

Sekian kalinya setelah berbulan-bulan dapur sini tak berasap, malam ni jari jemari rasa nak menari atas keyboard pulak. Sedang memotivasikan diri sebenarnya ni. Ahha, kembali kepada cerita asal.. Aima dah selamat berkahwin beberapa bulan yang lalu, alhamdulillah dipermudahkan. Segan nak cerita banyak-banyak pasal kahwin ni. Sebab rasa macam......hurrmm okey,

Memula dulu menghilang sekejap sebab beri laluan kepada kerja-kerja kahwin. Maklumlah, waktu dah makin mendekat majlis. Sibuk lah katakan. Buat-buat sibuk pun ada jugak. Tapi syukur, alhamdulillah sampai jugak ke akhirnya projek kerja kahwin kita tu..

Ingatkan boleh la kembali berblog seperti dulu kala, rupanya didatangi ujian yang lebih besar. Allahuakbar! Segalanya serba tak kena. Dah mengalahkan orang angau bercinta. Makan tak kenyang, mandi dengan air paip confirm la basah, tidur memang tentu-tentu la tak lena. Perubahan yang begitu ketara sebenarnya. Tapi, percubaan pertama bila diperiksa 'negatif'. Walau tanda-tanda tu semua dah ada tapi keputusannya tak memberangsangkan. Okey... memang tak ada rezeki.

Dan sebulan lebih selepas kejadian tu, rasa macam semacam je. Ketidakpuasan hati masih ada, mencuba untuk kali kedua. 2 line! Tapi was-was pulak dah. Takut la tersalah baca arahan penggunaan ke. Ya Allah, besar betul cabaran masa tu. At last, pergi jugak kepada yang pakar. Alhamdulillah, kali ni positif. Sungguh, positif!

Apa perasaan masa tu?? Tak tahu nak kata apa. Tak terlalu awal ke? Kekadang tetiba rasa Ya Allah betul ke aku dah bersedia ni. Diri sendiri pun tak pandai urus lagi, ni pulak nak jaga satu nyawa lain dalam tubuh ni.. Memang ianya satu ujian besar buat diri ni diawal perkahwinan. Ujian nikmat, terima kasih Ya Allah. Terima kasih suamiku, terima kasih mak abah, terima kasih adik,abang,kakak ku semua.. Terima kasih sahabat.