Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Pesta Bola Merdeka 2013. Show all posts
Showing posts with label Pesta Bola Merdeka 2013. Show all posts

14 Sep 2013

Pertembungan Final Pesta Bola Merdeka 2013 Malaysia vs Myanmar

Assalamualaikum..

Skuad Bawah 23tahun negara malam ini menggalas misi unuk menggondol kejuaraan Pesta Bola Merdeka 2013. Bakal beraksi di pentas Final Pesta Bola Merdeka menentang Myanmar.



Gudluck & all the best to team Malaysia.. 

12 Sep 2013

Keputusan Malaysia vs Thailand Pesta Bola Merdeka

Assalamualaikum..

Skuad Bawah 23Tahun negara melakar kemenangan ketiga berturut-turut dalam perlawanan Pesta Bola Merdeka menentang Thailand sekaligus menempah tiket ke final Sabtu ini. Skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee ini mara dengan penuh bergaya dengan kemenangan 3gol tanpa balas.

Pemain-pemain negara jelas menunjukkan permainan yang terbaik dan penuh kental biarpun keputusan dua kemenangan lalu telahpun melayakkan mereka ke pentas akhir.

Gol pertama Malaysia hadir seawal minit kesebelas selepas Mohd Nasir Basharuddin menyempurnakan bola cuba dikeluarkan oleh penjaga gol Thailand, Arikhan Same. Pasukan muda negara terus mempamerkan aksi menarik dengan mengasak pintu gol Thailand dengan beberapa percubaan bahaya selepas itu. Penyerang Mohd Rozaimi Ab Rahman berjaya menambah gol kedua negara pada minit ke-27 selepas menewaskan penjaga gol di dalam kotak penalti.

Rozaimi sekali lagi menambah keceriaan skuad negara dengan merembat kencang dari luar kotak penalti pada masa minit ke-80 melengkapkan gol ketiga negara.

Skuad muda negara bakal beraksi di perlawanan pentas akhir menentang Myanmar Sabtu ini selepas Myanmar layak ke final menewaskan Singapura 2-0 malam tadi. Myanmar mara setelah kelebihan gol berpihak kepada negara tersebut.

Tahniah Malaysia!


Keputusan Penuh Malaysia 3-0 Thailand

9 Sep 2013

Jadual Penuh Perlawanan Pesta Bola Merdeka 2013

Assalamualaikum..
logo rasmi PESTA BOLA MERDEKA 2013

Pesta Bola Merdeka 2013 merupakan edisi ke 41 akan berlangsung bermula 07 hingga 14 September 2013 bertempat di Kuantan, Pahang. Perlawanan 4 penjuru melibatkan Malaysia selaku tuan rumah, Thailand, Singapura dan Myanmar.

Jadual penuh Perlawanan Pesta Bola Merdeka 2013 seperti berikut :




Semua perlawanan akan ditayangkan secara langsung menerusi Astro Arena, Astro Supersport dan TV9.


"Bagi pemenang, kekalahan memberi mereka inspirasi. Bagi orang yang kalah, kekalahan menghancurkan mereka."