Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts

4 Sep 2013

Terima Kasih... dan Selamat Hari Jadi

Assalamualaikum..

Entri ni adalah entri penghargaan untuk seorang sahabat yang juga merupakan sifu aku dalam kewujudan blog ni. Seseorang yang aku mula kenal blognya setahun yang lalu sewaktu aku masih blur-blur apa itu blog (sehingga kini pun masih slow-slow menapak). Seseorang yang sehingga kini aku masih tidak mengenali siapa orangnya. Betul, kalau anda tanya siapa dia, aku tidak mampu menjawabnya. Aku hanya kenal beliau hanya melalui blog sahaja.



Aku anggap beliau seorang yang sangat hebat, seorang cikgu yang senang memberi tunjuk ajar kepada anak didik. Seorang yang tak lokek ilmu lebih-lebih lagi dalam bab-bab editing blog ni (aku lah salah seorang yang sampai sekarang hampeh, kalau pasal edit blog serius memang aku failed!)

Okey, just nak ucap Selamat Hari Jadi (yang ke berapa aku tahu) kepada pemilik SilenceBlogz. Semoga terus dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang berpanjangan.. Dan doaku semoga perjalanan hidup beliau di permudahkan..

(Mana dia? lamanya tak update blog..)


"Hidup manusia selamanya dikawal oleh dua emosi, iaitu takut dan tamak."