Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Pelakon Benci vs Cinta Astro Ria. Show all posts
Showing posts with label Pelakon Benci vs Cinta Astro Ria. Show all posts

22 Sep 2013

Benci vs Cinta Astro Ria

Assalamualaikum..

Benci vs Cinta drama terbaru yang dah pun bersiaran di Astro Ria bermula minggu lalu.. Sesiapa yang dah tengok mesti rasa best kan. Suka sangat dengan watak Alisa yang dibawa oleh Nora Danish, pergggh garang dan tegas sungguh! Lagi best dari Elfira Loy dalam Mimpi Sampai ke Bintang dulu.


Drama Benci vs Cinta ini mengisahkan Alisa (Nora Danish) yang mempunyai sebuah gerai menjual ayam di pasar dan memiliki pekerja dari Indonesia bernama Anang (Randy Pangalila). Anang ni memang pemalas dan selalu curi tulang dengan tidur. Alisa memang selalu marah dengan sikap Anang ni.

Randy Pangalila pula seorang pelakon terkenal Indonesia yang sedang buat penggambaran di Malaysia. Walaupun terkenal, tapi Randy rasa tertekan dengan kehidupan dia. Nak dijadikan cerita, muka Randy dan Anang saling tak tumpah dan  satu hari mereka terserempak dan mereka membuat keputusan untuk bertukar identiti.

Selain Nora Danish dan Randy Pangalila drama ni dibintangi juga oleh Marsha Milan, Didie Alias, Hefny Sahad, Amyza Adnan, Faralyna ramai lagi.


"Permulaan kebaikan umat ini adalah dengan zuhud dan yakin dan akhir kehancurannya adalah sebab bakhil dan berangan-angan panjang."