Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Panduan Berjimat Di Bulaan Puasa. Show all posts
Showing posts with label Panduan Berjimat Di Bulaan Puasa. Show all posts

9 Jul 2013

Panduan Berjimat Di Bulan Puasa

Assalamualaikum..

Salam untuk semua.
Menjelang Ramadhan, tiba masanya bagi umat Islam untuk menjalankan Rukun Islam ketiga iaitu ibadah puasa. Dengan berpuasa, kita dapat mengawal pemakanan dan secara tidak langsung soal belanja makan harian pada waktu siang dapat dijimatkan. Maka peluang sebegini ramai yang menabung atau mengumpul bajet untuk persiapan hari raya.
Namun sejauh manakah kos perbelanjaan dijimatkan dan bagaimana mereka menguruskan kewangan pada bulan yang penuh cabaran ini? Panduan berikut mungkin boleh diguna pakai.

  • Rancang kos perbelanjaan untuk jangka pendek dan panjang sama ada untuk membeli bahan mentah bagi memasak atau makanan siap.
  • Pilih dua atau tiga jenis lauk (seperti ikan, sayur dan sambal) cukup untuk membuka selera. Sebaik-baiknya pilih jenis masakan yang boleh dibawa ke sahur. Ia juga boleh menjimatkan masa untuk membuat persediaan. Cuma panaskan lauk dan masak nasi sahaja.
  • Duit selebih bagi kos perbelanjaan pada hari itu hendaklah disimpan terus dalam tabung. Pastikan tabung yang boleh masukkan duit tapi susah hendak keluarkan seperti tabung ayam atau tabung berkunci.
  • Elakkan berbuka puasa di tempat-tempat makan yang menawarkan bufet. Harga dibayar adakalanya tidak berbaloi dengan jumlah makanan yang diambil. Tapi sekali sekalan apa salahnya untuk mencuba masakan pelbagai menu.
  • Tentukan pilihan makanan yang hendak di beli sebelum memasuki Bazar Ramadhan. Jadi anda tidak perlu melihat makanan lain yang membuka selera lebih besar lagi. Esok masih ada lagi.
  • Jika membeli makanan, pastikan gerai atau tempat makan itu menawarkan makanan yang enak-enak. Takut-takut kalau tidak sedap. terasa membazir duit sahaja. Tapi kekadang kena terima juga. Maklumlah puasa, tukang masak tak boleh nak merasa.
  • Rajin-rajinlah ke dapur untuk memasak lauk walaupun ringkas. Selain menjimatkan duit, kebersihan dan keselamatan makanan pun terjamin. Jika tidak tahu memasak, banyak resipi sepanjang bulan Ramadhan tersiar di media. Apa lagi, kutip resepi dan cuba sendiri.
  • Bawa wang secukupnya, jangan berlebih-lebih. Takut kalau bawa wang lebih, kuasa membeli meningkat dan akhirnya terborong satu pasar. Tapi kalau bawa wang secukupnya, tapi masih tak mencukupi tak patutlah berhutang terutama tentang makanan yang hendak dibawa berbuka puasa.
  • Jika hendak berjimat tahap serius, bolehlah datang ke berbuka puasa di masjid atau surau. Biasanya ia disediakan makanan untuk berbuka puasa. Tapi lepas itu, jangan pula angkat kaki. Buatlah solat berjemaah untuk Maghrib, Isyak dan solat Terawih. Dari sini, hubungan silaturrahim sesama umat Islam bertambah erat. 
  • Buat kuih banyak-banyak kemudian hantar kepada jiran-jiran seawal petang. Kalau bukan hari ini, mungkin esok atau lusa pasti pinggan berisi dipulangkan oleh jiran anda. Tapi kata orang, jangan terlalu berharap balasan. Beri secara ikhlas dan niat kena betul. Sekurang-kurangnya memberi makanan kepada orang lain itu merupakan sedekah. 
  • Bagi wanita yang bekerja, mungkin boleh ambil inisiatif untuk menjadi pembekal makanan seperti nasi goreng, biskut atau roti bagi mereka yang uzur dan tidak boleh berpuasa. Tapi ia mesti dilakukan secara 'underground'. Jangan pula bersubahat dengan orang yang tidak sepatutnya membeli. 
Membazir itu amalan syaitan. Puasa mengajar kita mengawal nafsu. Selamat berpuasa ye..