Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Motosikal Berkuasa Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Motosikal Berkuasa Tinggi. Show all posts

27 Sep 2013

Tragedi Motor Besar

Assalamualaikum..

Pertamanya ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Ramlan Ludin,37 yang maut digilis setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Taman Malim, Tanjung Malim kelmarin. Al-fatihah,

Terbaca berita semalam di Harian Metro, beliau baru sahaja sebulan membeli motosikal besar tersebut.. Tapi, tragedi pula yang berlaku.. Malang tu memang tak berbau kan..


Gambar dibawah antara tragedi maut lain yang berlaku melibatkan motosikal berkuasa tinggi ni (lain-lain tempat berlaku kemalangan).. 







(Google image)

Takziah untuk mereka yang telah pergi akibat kemalangan-kemalangan begini. Kepada kita yang lain, mohon berhati-hati terutama diatas jalan raya. 

Persoalan yang selalu bermain dalam kepala, ada apa dengan motor besar? Berbaloikah dengan harga yang tinggi dan risiko yang kita ambil ye?? Okey, ye faham kalau nak jadi malang tu kat mana-mana pun boleh jadi kan. Tapi, dengan harga yang begitu tinggi, errrm... Asyik tertanya-tanya, apa yang menarik sangat dengan motosikal berkuasa tinggi sebenarnya ni ye?? Kepuasan?? Owh, begitu...



"Untunglah orang yang dari tangannya mengalir kebaikan dan celakalah orang yang dari tangannya mengalir keburukan."