Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

3 Feb 2016

Bersabarlah Duhai Hati

Assalamualaikum..
Bersabarlah wahai hati. Sesungguhnya rezeki Allah itu luas. Pelbagai cabang kan Allah beri. Yang penting berusahalah, teruskan berusaha moga-moga Allah sentiasa mendengarnya. Jangan pernah mengalah, insyaAllah pasti ada.

Keep fighting!

9 Oct 2014

10 Keajaiban Sedekah

10 Keajaiban Sedekah |

Assalamualaikum..
"The more we give, the more we get back!" InsyaAllah..

Tidak akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah melainkan Allah akan menggantikannya dengan berlipat ganda. Subhanallah, itu janji Allah.
Banyak dari kita sebenarnya takut nak memberi. Saya sendiri pun berfikir banyak kali sebelum nak menghulur. Takut dengan huluran itu akan mengurangkan apa yang kita ada. Tapi kita lupa, lagi banyak kita memberi, lagi banyak sebenarnya yang kita akan perolehi. Kita menambah apa yang kita ada hakikatnya. Itulah The Power of Sedekah.

Nak mendidik hati ni bukannya senang. Dugaan, cabaran dan rujuk rayu syaitan ni takkan pernah habis. Sama-sama kita pupuk hati untuk sentiasa belajar memberi supaya mudah untuk kita menerima. InsyaAllah,
Pasni, jom berzakat pulak...



11 Sep 2014

Segmen Ben Ashaari : Impianku Seorang Blogger

Segmen Ben Ashaari : Impianku Seorang Blogger

Assalamualaikum..
Blogger Ben Ashaari buat segmen! Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk turut serta walaupun dah betul-betul dipenghujung-(Baru balik kerja je). Seronok bila tengok ramainya pengikut setia beliau yang join. Hebat aura abg Ben ni..Like!

Kena cerita sikit tentang latar belakang diri..
Okey, senang cerita Aima orang kampung je anak jati Perak, Kecik sampai besar masih disini. Bergelumang dalam bidang Automotif kereta hampir 10tahun. Baru je berkahwin melepasi 4bulan yang lepas. Alhamdulillah, sedang dikurniakan rezeki mengandung anak sulung 17 minggu. Syukur dikelilingi dengan mereka-mereka yang menyayangi.

Cerita Kelebihan pasal Blog?
Ahha, blog www.babyaimacomel.com ni sebenarnya dah lama menyepi. Dekat 4bulan sejak-sejak sibuk menguruskan projek nikah kahwin sendiri. Ingatkan boleh la kembali aktif, tapi diuji pulak dengan gelombang besar. Mengandung, apa lagi alahan muntah-muntah,loya, mual.. Pakat tak dan la nak tengok blog sendiri. Sehari dua ni baru la ada kekuatan nak kembali menulis. InsyaAllah akan cuba bertahan dan kentalkan diri untuk menulis dan terus menulis di sini. InsyaAllah.
Jadi, agak-agak korang bila baca ni, takde lah nampaknya kelebihan blog ni sejujurnya. Kan...

Impian Sebagai seorang Blogger..
Kalau ditanya tentang impian, harapan dan angan-angan dalam berblog ni,memang sungguh tak tinggi pun. Cukuplah sekadar orang tahu yang blog ni wujud. Kalau mahu yang lebih pun, mungkin belumsampai masanya lagi. Setiap orang rezekinya berbeza-beza. Lagi pulak aima belum cukup usaha nak capai sesuatu yang boleh dibanggakan seperti blogger hebat diluar sana. Semoga sahabat-sahabat blogger yang lain akan terus menyerlah bersinar dan maju jaya.



15 May 2014

Perlu Dan Mahu Kembali

Perlu Dan Mahu Kembali |

Assalamualaikum..
Kehadapan semua saudaraku dan sekalian yang ada.. Terasa banyak benda nak dicoretkan di sini, dalam blog yang dah tak berpenghuni, blog yang memang dah terbiar sepi.. dah takde orang pun yang sudi jengah lagi. (keluhan demi keluhan terlepas jua... berat, dan sangat berat)..
Cup cakes comel untuk semua
Kepada semua, mohon maaf yang tak terhingga. Kekalutan yang melanda, ditambah pulak dengan diri yang tak reti nak urus masa.. (huh, satu lagi keluhan dilemparkan..) kadangkala cukup kecewa dengan diri sendiri. Cinta, tapi tak mampu memiliki..
Dan, ku tekadkan diri. Mahu kembali menyarung jersi. Luka lama pasti kan sembuh, yang terbaru jangan dirisaukan, dengan harapan yang mendatang andai jatuh jangan sampai terduduk. Jatuh tu pasti kan ada, siapa yang tak pernah jatuh kan, iye dak? Tapi.. pokok pangkal sepantas mana kita bangkit dari kekecewaan semalam.
Macam biasa, Oranges tetap kat hati!

"Penanda arasnya bukan berapa kali kita jatuh tapi seberapa pantas kita bangkit untuk terus menempuh cabaran mendatang" (tapi... ketakutan tu pasti kan ada.......) #love #JustOrdinaryPerson #HanyaInsanBiasa #MahuMenyerlahJauhDariYangBiasa

27 Dec 2013

Amalan Sunat Hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat |

Assalamualaikum..

1. Perbanyakkan Selawat kepada Rasulullah saw pada malam Jumaat dan siang hari Jumaat. Sabda Baginda saw, maksudnya : "Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaar. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali." (Riwayat al-Baihaqi).

2. Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi)

3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Daripada Ibn Abas, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak." (Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4. Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah, yang diringkaskan seperti berikut :

Waktu masuk ke masjid....    --------->     Seolah-olah berkorban.....
* awal waktu                        --------->      seekor unta
* waktu kedua                      --------->      seekor lembu
* waktu ketiga                      --------->      seekor kambing kibas
* waktu keempat                  --------->      seekor ayam
*waktu terakhir                     -------->       sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat Jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah  saw sabda baginda yang bermaksud: "Hadirilah khutbah dan dekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya disyurga meskipun ia memasukinya." (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)


3 Dec 2013

Kaya Harta, Kaya Jiwa

Assalamualaikum..

Kaya Harta, Kaya Jiwa |


Setiap kita mengimpikan kesenangan, hidup dalam limpahan harta dan kemewahan. Selalu juga kita menganggap bahawa kekayaan harta benda lebih bermakna daripada kekayaan hati dan jiwa. Disebabkan itu, selalu kita terlajak dalam perbuatan kerana lebih mengejar kekayaan dunia melebihi kekayaan akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya ialah kaa jiwa."
(Riwayat Bukhari)

Masih ingatkah kisah Qarun pada zaman Nabi Musa yang menjadi contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya? Dia bakhil, juga boros pasa perkara-perkara yang tidak kena tempat (perkara haram), sedangkan Islam memerintahkan umat-Nya bersederhana dalam membelanjakan harta disamping mengeluarkan zakat yang difardukan.

Mendapatkan kekayaan tidak salah sama sekali. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selagi seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Namun mana yang lebih utama? Hidup mewah tetapi kosong jiwa atau hidup sederhana seadanya tetapi kaya jiwa?? Mana satu pilihan kita?

2 Dec 2013

Kerana Lidah Badan Binasa

Assalamualaikum..

Kerana Lidah Badan Binasa |

Lisan atau lidah - anggota tubuh terpenting dan salah satu nikmat Allah yang wajib disyukuri. Dengan lidah manusia dapat bertutur dan berhubung sesama manusia, memberi arahan pada haiwan dan menxahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan pada Yang Esa. Namun kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur. Malah dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal. Kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.


Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan berdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik." -Riwayat Abu Daud.

Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang. Kerana besarnya bencana berpunca daripada lidah. Rasulullah menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, lebih baik dia mendiamkan diri.

Baginda bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka bercakaplah perkara baik atau mendiamkan diri." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

Berdiam diri adalah cara paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah, mengumpat dan meluahkan perkataan yang tidak perlu seperti peringatan Rasulullah yang diriwayatkan Ahmad, "Sesiapa yang diam, dia akan selamat."

Beruntunglah sesiapa yang mampu menjaga lidahnya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya. Sesiapa yang sentiasa berkata benar dan disenangi orang lain, hidupnya dalam kesejahteraan dan kedamaian.


29 Nov 2013

Petua Tidur Mengikut Sunnah Nabi

Assalamualaikum..

Petua Tidur Mengikut Sunnah Nabi |


  • Sebelum dan selepas tidur, baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa harian ini tetapi hakikatnya harga yang Allah janjikan adalah syurga.
  • Jangan tidur mengadap kaki arah kiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang meninggal dunia.
  • Sesiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, maka dia dianggap sebagai mati syahid. Tasbih Fatimah adalah amalan zikir -Subhanallah 33kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.
  • Baca 4 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Kaafirun, Al-Falaq dan An-Nas) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
  • Niat untuk bangun tahajud. Sekiranya tidak terjaga malam. Allah tetap mengira seolah-olah dia bertahajud sepanjang malam. Tahajud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. 
  • Ambil wuduk sebelum tidur dan solat sunat taubat sebanyak 2 rakaat.
  • Maafkan semua kesalahan orang lain terhadap kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur. Bangun tidur, boleh buka fail semula (kalau mahu).
  • Tidur cara Rasulullah adalah mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.


8 Nov 2013

Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum..

Jumaat yang berbahagia, doaku moga-moga kita diberkati Ilahi..
Kesinambungan dari entri yang sebelumnya. Maaf bila ku tak sempurna lama dulu (Ekceli dah lama sangat entri ni dalam draf) bila buat proses pembersihan mulalah menyambung kembali jejak kasih sepertinya. hehe,


Memang saya kerap menyakiti hati manusia lain. Memang di akui kadangkala aku tidak mampu mengawal mulutku dari berkata-kata. Seringkali tulisan ku menyinggung mana-mana pihak. Dan perbuatan ku sentiasa meresahkan mereka-mereka diluar sana. Maaf, tiada kata lain yang mampu ku ucapkan selain Maaf.. Merentasi masa, merubah segala-galanya. Aku yang dulu, aku yang sekarang. Dua-duanya masih tidak sempurna. Tiada yang terindah saat diri diterima dalam keadaan yang serba kekurangan.

Mohon ajari aku untuk mencari kesempurnaan diri..

7 Nov 2013

Never Give Up

Assalamualaikum..

Never Give Up |

Bila tengok video ni, betul-betul tersentuh hati. Awesome true story! Serius respek sangat ketabahan hati dan kecekalan semangat beliau. Memiliki bapa yang sangat supportive.. Terbaik!



Sumber inspirasi.. Never ever give up! Motivasi diri dikala "psychology drop until zero"

27 Oct 2013

Motivasi Pagi Ahad

Assalamualaikum..




26 Oct 2013

Motivasi Pagi Sabtu

Assalamualaikum..




12 Oct 2013

Motivasi Pagi | What Makes You Beautiful

Assalamualaikum..


Remember, setiap orang punya keistimewaan dan aura yang tersendiri.. 

10 Oct 2013

Motivasi Pagi | Masalah Adalah Peluang

Assalamualaikum..

Photo: 'Di dalam setiap masalah terkandung 1000 peluang bagi yang "melihat" dengan mata hatinya'
{like &share}

Daftar sekarang! Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan
di www.Magnet2013.com (100% percuma sekiranya daftar 3 orang) 
Dapatkan buku Magnet Kekayaan & Kajayaan secara percuma kepada mereka yang hadir sehingga sesi terakhir seminar!

admin fina

Photo: Tips4Berniaga
[Masalah adalah peluang]

Jika anda ingin memulakan bisnes atau mengembangkannya, anda perlu faham bahawa semua perniagaan adalah wujud kerana ADA MASALAH atau KEPERLUAN kepada manusia. Lebih bagus & cekap anda di dalam mengenalpasti 

1. MASALAH TERSEBUT 
2. SIAPA YANG ADA MASALAH TERSEBUT  
3. PENYELESAIAN atau PELUANG MENYELESAIKANNYA 

maka anda sebenarnya sedang membina sebuah perniagaan yang bakal berjaya.

www.Magnet2013.com

admin fina

26 Sep 2013

Penenang Jiwa

Assalamualaikum..

"Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati."


Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Suatu hal yang pasti bahawa pada setiap jiwa manusia terjadi pergelutan dan peperangan yang dasyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi binatang yang berbadan manusia. Itulah peperangan antara rayuan syaitan dan seruan agama, Antara kebatilan dan kebenaran.

Memang, sebuah nafas panjang ditarik dan dihembuskan. Bersama berjuta jeritan. Menanti suatu kepuasan. Dunia menawarkan kenikmatan. Kaki, hendak ke mana melangkah? Antara syaitan dan malaikat bergelut. Berebut menguasai diri. Tapi, hendak ikut siapa...?Demikianlah peperangan itu berlaku.

Kedua-dua belah pihak bertarung dalam kancah peperangan, iaitu hati. Jika iblis menangm manusia akan kehilangan kemanusiaan. Dan apabila agama yang menang, ia akan menjadi manusia yang luhur, arif dan bijaksana.

Setiap kemaksiatan yang dilakukan seseorang, ia bagaikan bintik-bintik hitam yang mengotori dan mengeraskan hatinya. Semakin ia berani melakukan maksiat, kedudukan iblis bertambah kuat. Dan.. Iblis mengibarkan benderanya. Maka ketika itulah hati akan menderitai penyakit. Suatu penyakit yang berbahaya namun tidak dapat dirasai. Penyakit yang sukar ditemukan doktornya. Penyakit yang akan menghantar seseorang ke Neraka!

~Mohon bantu diriku mencari ketenangan hati, dalam kekalutan mencari arah mana yang patut ditujui.. (Dalam proses membaca buku Penenang Jiwa ini)... InsyaAllah akan berkongsi hasil pembacaan. Terima kasih kerana membaca.


  "Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis."

13 Sep 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita

Assalamualaikum..

"YA ALLAH..
Janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah Kau bebankan kepada orang sebelum kami.

YA ALLAH..
Janganlah Kau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.

Ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami..."
-Al-Baqarah : 286

Jangan jadikan pandangan mata ini seperti mata lalat
yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk
yakni yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain.
Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah
yang hanya memandang kewangian dan keindahan
yakni yang memandang kebaikan orang lain 
sehingga melupakan keburukan orang lain....

"Ya ALLAH..
Bersihkanlah hatiku daripada berprasangka,
bersihkan amalanku daripada riak
bersihkanlah lidahku daripada dust
bersihkanlah mataku daripada kecurangan
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui
setiap jelingan mata yang curang 
dan segala sesuatu yang tersembunyi di qalbu..."


~dalam krisis kesusahan hati.. seakan tidak mampu nak melangkah lagi. Mohon maaf untuk sehari dua tiga ni ye..

"Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya... terlupa siapakah kita di sisi-Nya, Terlupa dari mana datangnya dan ke mana ula hala hidup kita. Terlupa yang kita sebenarnya tidak punya apa-apa.."

1 Sep 2013

Mencari Positif Bagi Sesuatu Yang Negatif

Assalamualaikum..

Sesungguhnya kita patut bersyukur..

  • Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana dia tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
  • Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
  • Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  • Untuk pakaian yang sudah tidak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
  • Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu di lap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunya tempat tinggal.
  • Untuk bunyi bising jiran-jiran kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
  • Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci atau digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
  • Untuk keletihan atau kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
  • Untuk tempat letak kereta yang jauh dari lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
  • Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut..


Oleh itu jika kita tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. 


"It is the mind that maketh good or ill, that maketh wretch or happy, rich or poor."
-Edmund Spenser

26 Aug 2013

Kenapa Diri Payah Berubah?

Assalamualaikum..


Sejujurnya, kita sering merasa terkilan pada diri sendiri apabila bercakap mengenai membuat perubahan. Kita sering berada di takuk lama dan copy paste pencapaian semalam untuk hari-hari mendatang di sepanjang laluan hidup. Kita seperti tidak punya api di dalam untuk mencipta perubahan bermakna. Kita sering didorong untuk menjadi lebih baik;
Sesiapa yang hari ini lebih baik dari semalam dia orang yang untung. Sesiapa yang hari ini sama sahaja dengan semalam dia orang yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia orang zalim,

Perubahan perlu pada setiap 24 jam. Hari semalam yang telah ditinggalkan dengan bekas yang samar perlu menjadi pemacu kecemerlangan hari ini. Cuba kita bayangkan berapa banyak peningkatan yang berjaya dilakukan sejak 365 hari yang sudah. Alangkah hebatnya seorang itu pad tahun ini! Pastikan bagi suruhan itu matlamatnya adalah takwa, tapaknya iman. Pelaksanaannya, dua perkara yang berjalan seiring; jangan buat maksiat dan bina ketaatan. Perubahan akan lengkap apabila pendorong dalamannya adalah cita-cita meraih keredhaan Allah. Pakej ini berupaya membina diri seorang Muslim.

Dengan pendekatan ini, Rasulullah SAW telah berjaya memacu para Sahabat daripada 'Zero to Hero' daripada masyarakat yang musnah tidak berharga kepada penguasa dunia henat selamat berzaman-zaman lamanya. Kita dapati, Rasulullah SAW memulakan usaha dakwahnya pada usia 40 tahun dan tamat apabila baginda wafat pada usia 63 tahun.

Rasulullah hanya mempunyai tempoh 23 tahun untuk membina suatu asas tamadun gemilang dengan pengikut berbilion jumlahnya hingga ke hari ini. Alangkah singkat masa tetapi hasil didikan Baginda tahan berkurun-kurun lamanya. Ia sesuatu yang benar-benar hebat!


#pilihan kita golongan yang mana?