Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Maaf Bila Ku Tak Sempurna. Show all posts
Showing posts with label Maaf Bila Ku Tak Sempurna. Show all posts

11 Sep 2013

Silence of The Wednesday | Maaf & Memaafkan

Assalamualaikum..




"Dan jika kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya."
-Surah Ibrahim (14) :34

13 May 2013

Maaf, Ku Memang Tak Sempurna

Assalamualaikum..

Ku pandang kanan, ku pandang kiri dan menoleh semula ke kanan.. Eh, apa yang cuba ku lakukan ni sebenarnya?? Nak melintas jalan la.. kan kena toleh kiri dan kanan. Ingat jangan melintas macam ayam okey! hehehehe, jenaka yang tak lawak sebenarnya. Mohon jangan gelek ye :)


Nak cerita sesuatu malam ni.. cerita satu kesedihan yang tak mampu kubendung lagi. Very painful. Penuh dengan derita, derita bergelar seorang perempuan..Tak tahu nak gambarkan apa yang sedang ku alami, kepayahan yang sedang ku lalui, penderitaan yang sedang ku hadapi. Sakit, terlalu sakit kan bila orang yang mengaku menyayangi diri kita tetapi tak mampu menerima kita seadanya..

Kadangkala terdetik juga dihati, apa lagi yang tidak ku lakukan untuknya.. ku tahu ku tak sempurna, memang tak pernah  sempurna tetapi tolonglah bantu diriku agar menjadi sesempurna yang dirimu mahukan.. Sedih, sedih sangat. menangis sendiri.. ketawa pun sendiri.. lama-lama masuk hospital bahagia sebab otak dah biol.

Kenapa dengan aku sebenarnya ni?? Hahahaha, sorry.. ni semua hanya lakonan semata. Takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah lama pergi meninggalkan kita. Jangan sakit hati okey :)



Owh, rugi.. rugi.. Okeylah, bangkit dan teruskan berjuang. Ingat, perjuangan tu takkan pernah terhenti. Berjuang untuk bahagia.. Moga ada sinar dihujung sana.. **tetiba je kan** selamat malam semua......