Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

20 Dec 2016

Rindu Sangat Sangat!

Assalamualaikum..

Allahuakbar! 8 bulan lebih blog ni langsung takde entri. Tuan dia langsung tak log in blogger.com pun sekian lama. Fuhhh, punyalah berhabuk bersawang takyah cerita lah kan. Haha kesiannya dia,
Ada yang rindu Sarah tak?? 

Rindu weiii nak menulis secara normal kat sini. Rindu nak meluah perasaan lagi kat sini. Rindu nak bercerekarama kat sini. Rindu sangat-sangat! Sebab tu malam ni, gigih daku capai dan on lappy, login blogger.com ni.

Ok, siap dah 1 entri. Susah ke susah? Tak, moga-moga tidak lah susah. Mula memasang niat, mulai esok nak terus istiqamah dan konsisten menulis walau kami tau yang takde orang pun yang datang baca kat sini. Hahaha, InsyaAllah esok kita nak cuba ye. Moga Allah permudahkan semua.

Haiii kawan-kawan!

2 Apr 2016

Ulang Tahun GST Yang Pertama

Assalamualaikum..

Semalam 1 April, selama hari ni kita dimomokkan dengan gelaran April Fool kan. Hari untuk memperbodohkan orang. Hahaha, dulu masa budak-budak tipu la kalau tak pernah mengenakan orang dengan April Fool ni. Tapi dah besar ni, dah tau sejarah April Fool tu jadi takde la buat perangai foolish tu lagi kan. Kah!
Tapi sejak-sejak kita berkenalan dengan Incik GST yang lahir setahun yang lalu tu, setiap hari kita rasa macam diperbodohkan. Lorr, awatnye pulak dah ni. Yelah! Asal keluar je banyak benda kena bayar lebih. Semua gara-gara incik GST ni. Aisssh

Dalam tempoh setahun ni entah berapa banyak la yang dah kita sumbang untuk dia eh. Okey, tak mahu fikir. Lagi banyak fikir lagi sakit jiwa!

Jadi, selamat menyambut ulangtahun yang pertama ye incik GST. Semoga... eh eh takyah nak semoga sangatlah!


-Tipu la cakap kalau tak terkesan dengan gst ni. kan...... but life must go on. Nak tak nak tetap kena HADAP & HADAM

15 Feb 2016

Selamat Hari Jadi Sarah!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni genap My Little Sunshine Nur Sarah Alya setahun. Pejam celik pejam celik setahun dah usia dia. Sekejap sangat masa berlalu sekarang ni kan. Rasa macam semalam baru beranak kan budak Sarah ni. Rupanya hari ni dah ulangtahun yang pertama.

Ni masa usia Sarah 4hari
Selamat Hari Jadi Sarah kesayangan mama, my best buddy, my bff dunia akhirat. Terus membesar jadi anak yang baik solehah, sihat sejahtera. Dah besar takleh nak cengeng cengeng lagi. Mama papa sayang Sarah sangat-sangat tau!

*mama rasa ni entri paling pendek mama. Tetiba mama jadi wordless tak tau nak tulis apa sebab mama rasa terharu, sayu sangat yang anak mama ni dah besar rupanya...

30 Jun 2015

Cecah 1000

Cecah 1000 |

Assalamualaikum..
1000. Tak sangka cecah dah 1000 entri bagi blog yang hidup segan mati tak mau ni. 1000 entri yang dah ter publish dah 30 entri dalam draf. Haaa, kemain banyak eh dalam draf tu. Yelah, idea menulis tu punyalah banyak tapi akhirnya terbiar sepi gitu. Terlalu lama masa yang diambil. 2012 bermula, 2015 baru nak cecah 1000. Huhu.. nampak sangat tak rajinnye kita kan. Hehe,
Moga dengan angka 1000 ni menguatkan lagi semangat untuk terus berblog. Blog pun dalam proses menukar wajah pasti penuh dengan iltizam dan azam baru nak memajukan lagi diri dalam bidang ni. InsyaAllah moga-moga Allah permudahkan. Yang penting kena konsisten. Dah tak nak cuti-cuti banyak. Kemudahan semua ada lappy, tab, internet wifi semua ada. Cuma nak dengan tak nak je kan.

Untuk Sarah, terimalah. Nanti Sarah besar bolehlah menyelusuri perjalanan hidup mama bersama Sarah dari awal ni. Mama sayang Sarah!

Terima kasih semua. 

18 Jun 2015

Under Construction - Renovate Hati

Under Construction - Renovate Hati | 

Assalamualaikum,,
Bila dah terlalu lama rumah ni dibiarkan sepi, rasanya dah sampai masa ia perlu diberi perhatian. Sedih jugak sebab biarkan tak berpenghuni macamni. Rumah ni perlu jiwa, perlukan kasih sayang dan yang paling penting belaian. 
Dan inilah masa dan ketika yang sesuai untuk melakukan pengubahsuaian dan perbaiki segala kelemahan dan menutup segala kebocoran yang ada. Dan.... mulakan hidup baru. 
InsyaAllah, terima kasih Allah. dan terima kasih kepada yang sedia membantu.

3 Nov 2014

Hari Pertama Sebagai Penganggur

Hari Pertama Sebagai Penganggur |

Assalamualaikum..
24jam yang berlalu Alhamdulillah berjaya dilalui dengan kata lainnya, lega.. 10 Muharram permulaan yang agak baik walaupun dah bergelar penganggur. Maklumlah, dah biasa selama hari ni kerja kat ofis tetiba jadi penanam anggur pulak.
Hurrrmm, senyum sahajalah walau dalam hati tak siapa yang tahu. Tak biasa, sungguh memang rasa kekok nak melalui proses pengngguran ni, tapi cuba juga la..
Satu sumber pintu rezeki tertutup, insyaAllah pintu rezeki lain terbuka luas untuk kita. Yakin dan percaya dengan rezeki Allah.
Kenapa kena berhenti kerja? Ermm, satu je alasan dia. Company tak benarkan suami isteri bekerja dibawah satu department yang sama. Atau mudahnya tak leh report pada bos yang sama. Okey,
Terima kasih kepada incik suami yang tenang menerima keadaan ni. Teruskan ketenangan tu ye bang... hehehehe, mungkin permulaan ni agak susah untuk kita nak adapt, tapi insyaAllah kita mohon agar semuanya dipermudahkan.. Amin,
Lepas ni dah boleh fokus apa yang patut difokus. InsyaAllah,  
  

24 Sep 2014

Suri Rumah Sepenuh Masa, Antara Dipaksa dan Terpaksa

Suri Rumah Sepenuh Masa, Antara Dipaksa dan Terpaksa |

Assalamualaikum..
Hidup ni takkan pernah terlepas dari diuji. Selepas satu-satu datang silih berganti. Kali ni cabarannya lebih hebat. Antara dipaksa dan terpaksa. Bukan lagi dalam dilema, bukan juga dalam situasi serba tak kena tapi dalam keterpaksaan keputusan itu terlahir juga.
Alhamdulillah, surat berhenti kerja dah pun dihantar kepada pihak yang sepatutnya. Lebih kurang sebulan je lagi untuk meneruskan kerjaya. Siapa yang tak sayang kerja yang dah bertahun bersama. Tapi, mungkin bukan rezeki saya dan baby untuk terus kekal disitu. Takpe lah, insyaAllah rezeki Allah luas. Pasti akan ada rezeki lain diluar sana.   
Alasan berhenti kerja? Terpaksa... kerana dipaksa. Itu je yang mampu diperkatakan. Bukan suami yang paksa ye, Kami berdua terpaksa menerima perkara ni sebaiknya. Alhamdulillah, keluarga masing-masing memahami. 
Perancangan? Masih belum ada lagi. Suri rumah sepenuh masa mungkin. Moga perjalanan hidup kami walau getir sekalipun dapat dilalui sebaiknya. Syukur kerana dikelilingi oleh mereka yang menyayangi. Terima kasih Allah!

8 Sep 2014

Ujian Besar Di awal Perkahwinan

Assalamualaikum..

Sekian kalinya setelah berbulan-bulan dapur sini tak berasap, malam ni jari jemari rasa nak menari atas keyboard pulak. Sedang memotivasikan diri sebenarnya ni. Ahha, kembali kepada cerita asal.. Aima dah selamat berkahwin beberapa bulan yang lalu, alhamdulillah dipermudahkan. Segan nak cerita banyak-banyak pasal kahwin ni. Sebab rasa macam......hurrmm okey,

Memula dulu menghilang sekejap sebab beri laluan kepada kerja-kerja kahwin. Maklumlah, waktu dah makin mendekat majlis. Sibuk lah katakan. Buat-buat sibuk pun ada jugak. Tapi syukur, alhamdulillah sampai jugak ke akhirnya projek kerja kahwin kita tu..

Ingatkan boleh la kembali berblog seperti dulu kala, rupanya didatangi ujian yang lebih besar. Allahuakbar! Segalanya serba tak kena. Dah mengalahkan orang angau bercinta. Makan tak kenyang, mandi dengan air paip confirm la basah, tidur memang tentu-tentu la tak lena. Perubahan yang begitu ketara sebenarnya. Tapi, percubaan pertama bila diperiksa 'negatif'. Walau tanda-tanda tu semua dah ada tapi keputusannya tak memberangsangkan. Okey... memang tak ada rezeki.

Dan sebulan lebih selepas kejadian tu, rasa macam semacam je. Ketidakpuasan hati masih ada, mencuba untuk kali kedua. 2 line! Tapi was-was pulak dah. Takut la tersalah baca arahan penggunaan ke. Ya Allah, besar betul cabaran masa tu. At last, pergi jugak kepada yang pakar. Alhamdulillah, kali ni positif. Sungguh, positif!

Apa perasaan masa tu?? Tak tahu nak kata apa. Tak terlalu awal ke? Kekadang tetiba rasa Ya Allah betul ke aku dah bersedia ni. Diri sendiri pun tak pandai urus lagi, ni pulak nak jaga satu nyawa lain dalam tubuh ni.. Memang ianya satu ujian besar buat diri ni diawal perkahwinan. Ujian nikmat, terima kasih Ya Allah. Terima kasih suamiku, terima kasih mak abah, terima kasih adik,abang,kakak ku semua.. Terima kasih sahabat.


15 May 2014

Perlu Dan Mahu Kembali

Perlu Dan Mahu Kembali |

Assalamualaikum..
Kehadapan semua saudaraku dan sekalian yang ada.. Terasa banyak benda nak dicoretkan di sini, dalam blog yang dah tak berpenghuni, blog yang memang dah terbiar sepi.. dah takde orang pun yang sudi jengah lagi. (keluhan demi keluhan terlepas jua... berat, dan sangat berat)..
Cup cakes comel untuk semua
Kepada semua, mohon maaf yang tak terhingga. Kekalutan yang melanda, ditambah pulak dengan diri yang tak reti nak urus masa.. (huh, satu lagi keluhan dilemparkan..) kadangkala cukup kecewa dengan diri sendiri. Cinta, tapi tak mampu memiliki..
Dan, ku tekadkan diri. Mahu kembali menyarung jersi. Luka lama pasti kan sembuh, yang terbaru jangan dirisaukan, dengan harapan yang mendatang andai jatuh jangan sampai terduduk. Jatuh tu pasti kan ada, siapa yang tak pernah jatuh kan, iye dak? Tapi.. pokok pangkal sepantas mana kita bangkit dari kekecewaan semalam.
Macam biasa, Oranges tetap kat hati!

"Penanda arasnya bukan berapa kali kita jatuh tapi seberapa pantas kita bangkit untuk terus menempuh cabaran mendatang" (tapi... ketakutan tu pasti kan ada.......) #love #JustOrdinaryPerson #HanyaInsanBiasa #MahuMenyerlahJauhDariYangBiasa

7 Apr 2014

Kehilangan Yang Tidak Dirancang

Kehilangan Yang Tidak Dirancang |

Assalamualaikum..

Pejam celik-pejam celik, rupanya dah masuk bulan April dah pun. Dah masuk suku kedua tahun 2014 nampaknya. Sekejap je masa berlalu kan. Alahaii, tinggal sebulan saje lagi untuk pegang tittle bujang ni. Esok-esok dah kahwin, dah ada suami. Cerita dah jadi lain kan..
Bunga-bunga cinta
Sebulan yang lalu, kita kalut pasal MH370, dan walau dah lebih 30 hari, kita masih lagi risau dan tetap tak putus berdoa untuk pesawat, penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 yang hilang ni. Apa, siapa, bagaimana, kenapa yang terjadi dengan pesawat ni sampai sekarang masih tiada siapa yang mampu menjawabnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
#Pray4MH370
Bercerita pasal kehilangan juga, kami di sini memohom ampun maaf banyak-banyak diatas kehilangan yang sememangnya tidak dirancang ni. Betul-betul takde niat nak menghilangkan diri. Tapi dengan bebanan tugas, kekalutan nak fikirkan majlis yang mendatang, keupayaan nak menghadap laptop dan blog secara serius terbatas, sangat terhad. 
Mohon doakan Aima yang terbaik. Doaku semoga semuanya dipermudahkan.. 


17 Mar 2014

Meniti Detik Berliku

Meniti Detik Berliku |

Assalamualaikum..

Kalau ditanya apa yang daku rasa, perasaan ni tak tergambar rasanya. Saat ni, detik dan ketika ni aku betul-betul lost. Semua perkara buat serba tak kena. Hilang, hilang... 

Kalau ikut kata hati, jiwa ku pasti akan mati. Andai ikut rasa, for sure aku akan binasa. Dan jika aku ikut akal, tak tahu berapa lama aku sanggup nak hadapi. 

Detik kian berliku, dah tak mampu nak berlawan, berjuang lagi. Kali ni, aku betul-betul give up.. Ya Allah, aku benar-benar berserah KepadaMu. Jangan Kau bolak balikkan hatiku.......... 

I am LOSER

15 Mar 2014

Pageview Seminggu Ini

Pageview Semiggu Ini |

Assalamualaikum..
First off all nak ucap syukur Alhamdulillah kerana dengan izinnya masih diberi peluang untuk mencoret sesuatu disini. Negara masih lagi dikejutkan dengan tragedi MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui. Kita doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui.
Pageview hari ni setakat 10pg
Tak pasti apa yang berlaku untuk minggu ni. Pageview secara tiba-tiba semacam je dia punya gaya. Serius semacam, totally different dari kebiasaan. (Kemain nak cakap omputih kannnn.., sorry dah merojakkan bahasa). Tiba-tiba,

Tapi sebelum tu nak mintak maaf sangat-sangat, memang nak bagitau awal-awal yang blog ni dah makin susah nak update secara baik dan konsisten. Kerja kat ofis yang makin memeningkan kepala, hal nikah kahwin yang masih belum sempurna, naik turun emosi yang entahpape. Esok lusa ni nak selesaikan kursus kahwin pulak. 
Pageview semalam dan hari sebelumnya
Terima kasih kepada yang datang, nanti kita kawin jangan lupa datang jugak ye... hehehe,  tergaru-garu kepala sebenarnya entri ni nak cerita apa ehh?? Aiyoooo :(

#prayforMH370

3 Mar 2014

Projek Nikah Kahwin -Tugas Makin Berat

Projek Nikah Kahwin -Tugas Makin Berat |

Assalamualaikum..

Salam Isnin yang penuh keriangan hari ni. Kawan-kawan di luar sana sihat? Alahmdulillah, moga urusan dan perjalanan kalian dipermudahkan.. amin,

Bila masuk bab hal kerja kawin ni, makin dekat makin garu kepala jadinya. Makin nak hari makin gigit jari la daku nampaknya. Makin dia datang hari, makin aku jadi pening kepala. Yelahh, terasa makin berat tugas, makin banyak benda nak diuruskan. Fuhhhhh, panjang cerita kalau nak diceritakan.

Bagi yang dah berkahwin, memang tentu dah faham la kan. Bagi yang baru nak kawin ni, terasa la kekalutan tu. Bagi yang belum dan mungkin bakal berkahwin akan datang, kena bersedia planning awal la. Bukan macam kami ni, hahahaha last minit baru nak buat semua :)

Baru terkial-kial nak g kursus kahwin, baru sibuk nak buat itu ini. Tema hari kahwin nanti? Alahaiii, xde lagi. 

Kesimpulannya, betul ke nak kahwin ni???? Betulll....


28 Feb 2014

Kemaskini Bloglist

Kemaskini Bloglist |

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang berbahagia untuk semua, hari ni masih lagi blur-blur. Bloglist masih lagi kosong nampaknya. Maklumlah, semua senarai blog yang sering diikuti dah hilang dari pandangan. Pendek kata bloglist dah takde, hanya kotak kosong je. 

Ada yang memang Aima ingat url blognya. Ada yang blur-blur. Maklumlah dah beberapa hari tak dapat nak fokus kat blog ni. Dan kesempatan ni aima nak mintak bantuan semua, kalau sapa-sapa nak masuk dalam bloglist Aima, silakan lah untuk bagitau  eh. Tinggalkan komen kat bawah ruang an ni disertakan sekali dengan alamat url blog korang eh. InsyaAllah Aima akan update. 

Terima kasih banyak-banyak.. Alhamdulillah, dah berani ambil langkah setapak ke hadapan. Terima kasih kepada sifuku yang dah banyak membantu menaiktaraf blog ni. Syukur...

21 Feb 2014

Giler Kejar Trafik?

Giler Kejar Trafik? 

Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang penuh kemuliaan untuk semua sahabat ku. Hari ni nak cerita sikit pasal gejala 'giler kejar trafik' 

Alaaa... yang macam kita kat jalan raya nampak je lampu isyarat dah color kuning/oren pun masih jugak pecut. Pulak tu siap tekan pedal minyak kuat-kuat lagi adalah. Haaa, cer ngaku sape yang selalu buat camtu. Bukan ke sepatutnya bila lampu hijau bertukar kuning tu persediaan untuk kita berhenti.. kan =)

Okey untuk hal yang atas ni selalu tak selalu, jarang tak jarang jugak saya buat. Bermaksud saya pun buat jugak la, hehehe. Tapi insyaAllah,  pasni akan elakkan buat camtu.. Baikkkk,

Dan, lagi satu nak cerita pasal giler kejar trafik kat blog ni. Untuk pengetahuan semua,  aima mintak maaf sangat sebab jarang sangat berupdate blog. Macam ni, menulis, menaip camni. Kalau semua perasan lately aima banyak je post pasal drama tv kan. Drama tu, drama ni. Kau ni dah kenapa? Giler trafik ke apa ni?? Haaa, dapat sebijik soklan camtu. 

Aima masih ingat dan masih berpegang pada keperluan asas blog ni yang berstatus blog peribadi. Cuma, aima betul2 nak elakkan cerita hal peribadi sebab aima mesti akan kalah dengan emosi sendiri. Dah berhari-hari emosi menguasai diri yang mana akhirnya makan diri sendiri. Memang sakit bila kita terpaksa pupuk hati untuk 'membenci' orang yang pernah baik dengan kita, orang yang kita sayang. Fuhhh, jahat betul perasaan ni kan.

Back to topic, sungguh bukan niat nak kejar trafik nak pv/uv banyak ke atau giler glamor ke. I'm just lost. Lost word, lost world, lost everything. Dan yang pasti sebenarnya tak berkesempatan tengok drama tu semua kat tv. Sebab tulah kena create online punya, atleast mereka yang punya masalah seperti aima masih ada kesempatan nak tengok drama-drama tempatan terbaik masa kini.

Hoyehhhh, im back ready! Menghitung hari nak berhenti kerja ni, hohohoho..


7 Feb 2014

KFC Golden Wrap Chicken

KFC Golden Wrap Chicken |

Assalamualaikum..

Lunch time semalam bersama incik tunang sempat la mencuba menu KFC yang baru tu. Dah lama jugak intai-intai jugak Golden Wrap ni tapi takut jugak nak try. Yelah, banyak yang kata ianya 'indah khabar dari rupa'. Tapi semalam tergerak jugak hati nak try then inilah hasilnya.... Tadaaaaa,


Komen semasa dan selepas makan "errmmm, not bad!" maksudnya..... sedap la tu kan. Kat tempat lain tak tahu lah pulak sedap ke tak, tapi tempat favourite Aima bila melibatkan KFC ni adalah di Giant Manjung, sedap sedap... 

Tengok gambar tu dah macam apa dah kan... kekekek,

2 Feb 2014

Kata Hati Mati

Kata Hati Mati |

Assalamualaikum..

Ada ketika kita merasakan diri begitu istimewa. Istimewa pada siapa? Diri sendiri dah tentunya. Ada ketika, kata hati meraguinya malah sebagai manusia kita membenarkan sahaja. Dan kala hati mula merintih, segalanya pasti menjadi 360darjah berbeza dari biasa. Akhirnya, hati itu mati dan kata itu menjadi. Berusaha menjaga hati orang lain, sudah penat sama sekali...

Walau apa pun yang terjadi, hidup perlu diteruskan. Make it simple tapi berharga! (Sekadar nak pujuk hati sendiri nampaknya)...


1 Feb 2014

Alhamdulillah, Selesai sudah

Alhamdulillah, Selesai Sudah..

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama terasa kesusahan hati, akhirnya semua yang diusahakan berakhir juga. Lega.. Sekian lama juga blog ni dibiarkan kesepian. Sepi tak berpenghuni. Maaf, kesibukan melanda untuk sebuah majlis ni. Alhamdulillah, semalam dah pun menjadi tunangan orang..


Tunangan orang? Haah, perkara yang paling nak dielakkan tapi tulah yang akhirnya terpaksa ditempuhi. Tapi syukur Alahmdulillah, banyak hikmah yang terjadi. Belajar erti sabar, dalam kepayahan nak memuaskan hati semua orang, akhirnya sampai jugak ke penghujung. Maaf andai terlebih atau terkurang kata.

Kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak, terima kasih banyak-banyak. Terima kasih yang tak terhingga. Errm nanti majlis yang betulnya, insyaAllah Aima jemput semua ye. Tak lama dah insyaAllah =)

Yeahhh, dah boleh fokus pada blog.....


23 Jan 2014

Kehidupan Untuk Seminggu Dua

Assalamualaikum..

Salam sejahtera untuk semua sahabat. Aima nak mintak maaf banyak-banyak untuk seminggu dua ni terlalu busy dengan kerja dan juga persiapan tugas-tugas khas. Tak tahu nak cakap camne tapi memanglah tak sempat-sempat nak bukak blog sendiri pun. Mohon maaf ye kawan-kawan.
InsyaAllah, lepas habis je majlis nanti, Aima akan rajinkan balik diri macam dulu. Kalau boleh buat marathon, Aima akan cuba. Apa-apa pun, moga korang tak lupa Aima kat sini ye.. Jaga diri,


p/s : betulkah perkahwinan itu suatu perjudian??


22 Jan 2014

Hadiah dari Mialiana.com

Assalamuapaikum..

Pertama-tamanya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada pemilik Mialiana.com iaitu kak Mia, seorang blogger hebat dan terkenal yang dah bagi hadiah kepada ku. Alhamdulillah, hadiah tu selamat diterima pada pagi semalam. Sepatutnya dah receive minggu lepas lagi, tapi mungkin hari yang abang posmen tu datang takde orang kat rumah terpaksalah ambil surat tu kat pejabat pos.

Wahh, rezeki dapa pendrive 8G =) senyum lebar pulak daku. Bab-bab beli pendrive ni memang biasanya Aima tak buat la, sebab Aima memang jarang nak simpan-simpan fail ni. Bila dah dapat hadiah ni, boleh lah dimanfaatkan sebaiknya.

Kenapa Aima dapat hadiah dari kak Mia?? Hehehe, setakat hari ni tak pernah la ada rezeki nak menang hadiah dari contest or segmen or giveaway dan sebagainya. Memang belum ada rezeki lagi. Cuma rezeki kali ni sebab menduduki Carta Top 10 Pengkomen Tegar 20113 di blog Mialiana.com. Alhamdulillah,

Untuk kak Mia, terima kasih banyak-banyak atas penghargaan ni. Aima suka dan rasa terharu sangat sebab terpilih walaupun hanyalah ditangga ke 10 =)  Dan, ucapan Selamat Hari Lahir untuk kak Mia, semoga terus dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur diberi kesihatan yang baik dan dipermuahkan segala urusan. Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kak Mia.