Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Kelakar. Show all posts
Showing posts with label Kelakar. Show all posts

14 Feb 2014

Malaysia Kuih Punya Pasal

Malaysia Kuih Punya Pasal |

Assalamualaikum..
 Mana satu pilihan korang?? Hehehe,

30 Dec 2013

Ikan Masuk U

Assalamualaikum..

Ikan masuk U? Iye, serius nak habaq ni. Ikan masuk U.. glamer betul #ikan terubuk masin tu tau..





Hehehehe.. #hanya di Sarawak

1 Dec 2013

Lawak Sengal | Gol Keeper

Assalamualaikum..

Masih lagi mood bola. Penjaga gol dengan aksi lawaknya..



Kalau masuk lawak Super Spontan confirm menjadi ni.. eh silap, la ni Maharaja Lawak Mega lerrr. hehehe,

Kalender Kuda

Assalamualaikum..

Hai semua.. "Kalender Kuda? Haa, apa benda tu?"-ni lah soalan yang aku tanya. Serius bila fikir-fikir balik benda paling asas pun aku tak tahu. Ya Allah, boleh pulak aku tak tau yang selama ni kalender yang biasa kita tengok tu kalender kuda. Serius aku tak tahu! Maklumlah sekarang ni jarang dah pun nampak kalender kuda-kuda camni. (Sejak ada satu customer bagi tu yang aku baru belajar belek-belek benda alah tu).


Owh, sebab banyak kuda eh dalam dia.. Ok, fine. Nampak sangat aku ni bukan pemerhati yang bijak. Kekekeke, Dah nak masuk tahun baru kan.. Hidup aku macamni jugak, kesiann....

29 Nov 2013

Kenapa Dengan Biodata Peribadi YB Kesavan Subramaniam?

Assalamualaikum..

Kenapa dengan biodata peribadi YB Kesavan? |

Bila bercerita pasal keyword ni... Ada satu keyword untuk beberapa hari yang lepas yang buat aku tergelak dan garu kepala sekejap. Yelah, blog ni hanyalah blog peribadi je. Bukan blog politik, blog masakan atau blog yang seumpama dengannya. Tetiba ada satu keyword ni dah berbaur politik sikit pulak. Serius nak habaq kat korang ni.


Sape yang cari pasal YB Kesavan ni?? Kalau satu dua tu takpelah, mungkin dia tersilap masuk kan. Ni banyak pulak tu. Agak-agak korang apa yang aku nak jawab eh bila orang dok cari pasal ni??

Yang aku boleh jawab ialah YB Kesavan ni adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang yang mewakili PKR. Itu jelah yang aku tau. Pernah jumpa beliau beberapa kali secara berdepan, dan beliau kelihatan okey je..


20 Nov 2013

Lawak Sengal | Prank Call

Assalamualaikum..

Aku tak tahan sungguh bila dengar budak kecik ni buat prank call nak demolish sekolah dia. Kelakar plus sengal. Sabar jelah. Jom dengar perbualan depa ni.


Terkekek-kekek aku dengar budak kecik ni bercakap. Sound very confident. Hahahaha,
Terhibur, so funny.....

21 Aug 2013

Silence Day of The Wednesday | Untuk Mereka Yang Buncit Sahaja

Assalamualaikum..



#jangan raba-raba perut pulak =)

Silence Day of The Wednesday | I Don't Care

Assalamualaikum..



#feeling POYO =)

9 Jun 2013

Dia Tak Gatal, Dia Hensem..

Assalamualaikum..

"Dah, dah.. Jangan nak menggatal!"
"Dia tak gatal.. Dia hensem....."

Hekhekhek.. hekhekhek..
(sampai ke hari ni aku dok ingat lagi si dia ketawa hekhekhekhek tu. Alaaa, ketawa yang lebih kurang tersengguk-sengguk tu) nampak sangat ketawa dia tu seolah-olah suka benar dia bila orang kata dia hensem =)


Hai semua sahabat ku... selamat malam.
Tetiba terasa nak berkongsi cerita dengan korang. Malam Jumaat aritu aku dengan family pergi la makan ikan bakar dekat Teluk Muroh, Lumut dekat dengan Teluk Batik tu. Haa, pe pulak kaitannya gatal dengan hensem ni eh?? Hahaha, for sure sebenarnya aku pun tak pasti apa motif aku cakap si dia ni hensem. Sesungguhnya semua ni berlaku secara spontan dan memang terjadi sungguh.

Ahha, cerita dia cenggini. Kejadian ni berlaku setelah habis makan, time tu baru nak gerak ke kereta untuk balik. Aku dengan kakak (my adik bongsu) berjalan sama. Terjumpalah 3 orang gentlemen kat tepi jalan ni. Ala-ala kutu rayau gitu =) Nak dijadikan cerita kitorang dihalang oleh seorang dari mereka. Si dia ni kemain lagi dok mendepa tangan kiri kanan tak bagi kitorang lalu. Aku pun cakap la "kitorang nak balik dah ni" tapi si dia ni tetap berjalan depan kitorang.

Pastu lagi sorang mamat yang paling besar (aku tengok secara visual) kat tepi jalan sambil duduk atas basikal sound la si dia yang menggedik depan kami tadi ni. "dah,dah.. jangan nak menggatal!" aku dengan kakak memang tak tahan langsung tergelak kat situ. Dalam pada tu jugak aku sempat memberi reaksi spontan "dia tak gatal, dia hensem la..."

Hekhekhekhek... si hensem boy ni kemain ketawa terhinjut-hinjut. Terdengar-dengar dia cakap "hensem" berselang seli dengan ketawa. Kelakar sungguh dia ketawa. Yang pasti menurut kakak, dia nampak macam suka betul bila orang puji dia lagu tu... lalalalalala... terasa bahagia bila kita berjaya seseorang ketawa walau hanya dengan sebaris ayat pendek.


**terasa aku pulak yang menggatal dengan si hensem boy tu tau.. kekekeke (memang sampai sekarang aku tak faham apa kaitan dia menggatal dengan kenyataan hensem aku tau.. Anyway, the truth is si dia yang aku ceritakan ini adalah seorang yang sangat sweet. Dengan tak berbaju dan berkaki ayam, memang comel giler =) Beliau adalah budak kecik yang aku agak umur dia 3 ke 4 tahun manakala yang besar sekali tu mungkin dalam 6-7tahun. Lagi sorang tu mungkin baya-baya Upin dan Ipin je.

19 May 2013

Funny Baby Video

Assalamualaikum..

Hai semua, baby-baby anda apa khabar? Hehehe, tetiba cerita pasal baby pulak kan. Takde pape pun, sebenarnya rajin godek-godek video kat Youtube. Then jumpa la video yang kelakar ni, Memang kelakar, asyik ketawa je tengok..

Jom layan video ni..



Video bawah ni jugak.. Aduhaiii.. 


Saje je tengok video-video ni.. sebab comel :) sian budak-budak kecik ni kan



24 Apr 2013

Silence Day of The Wednesday | Kita Bakor Je

Asslamualaikum..

api!api!

Silence Day of The Wednesday | Ada Hutang Ke??

Assalamualaikum..

Apa tengok-tengok??

source : perkongsian fb, terima kasih sayang..

19 Apr 2013

Gediknya Dia Mengekek Tak Sudah-Sudah

Assalamualaikum..

Terkekek gelak tengok video budak kecik ni. Video anak buah yang gedik sangat. Eeii, geram tau tengok. Hamim Wajdi yang dah pun memasuki 11bulan. Video ni direkod kira-kira 3bulan lepas kalau tak silap.

Jom layan budak kecik ni mengekek..

video


Memang gedik kan si budak laki Hamim Wajdi ni. Mengekek je tengok. Suka kucing? Fulaweiii, sabar jelah tengok Hamim ni. Maklumlah, aku kan takut sangat dengan kucin'


10 Apr 2013

Silence Day of The Wednesday | Cikgu & Tandas

Assalamualaikum..

Hahaha, sabo jelah

sumber : fb (terima kasih sayang)