Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Kawasaki Ninja. Show all posts
Showing posts with label Kawasaki Ninja. Show all posts

26 Sep 2013

Pelancaran Kawasaki Z250 di Malaysia

Assalamualaikum..


Kepada peminat motosikal superbike yang berskala sederhana dengan kapasiti enjin yang sederhana, Kawasaki Z250 adalah model terbaru keluaran Kawasaki telah dilancarkan 24 September 2013 yang lalu untuk pasaran Malaysia. Kawasaki Z250 dengan spesifikasi enjin 250cc dengan bentuk yang menarik sesuai digunakan oleh penunggang di Malaysia dimana pemegang lesen ketagori B2 masih boleh mennunggang motosikal ini.


Harga jualan untuk Kawasaki Z250 di Malaysia adalah bermula dari RM21,589 harga di atas jalan. Penggemar superbike rata-rata mengatakan harganya berpatutan. Eh?

Ni ke entrinya? Bukan, bukan.. bukan ni kisahnya berkenaan motor besar ni. Tunggu eh,



"Orang mukmin terhadap orang mukmin lainnya ibarat bangunan yang satu, setegahnya menguatkan yang lain."

25 Sep 2013

Kawasaki Ninja ZX-14R

Assalamualaikum..

Kawasaki Ninja ZX-14 | World-Class Performance Meets Real World Flexibility
Semuanya berkenaan Ninja ZX-14R sportbike adalah hebat. "Big displacement, big horsepower, big accolades."  1,441cc inline-four engine tentunya engine Kawasaki berkuasa tinggi yang pernah dihasilkan dalam arena sportbike di dunia.









Gambar dia... phew, serius cun la! Errr, saje bagi syok-syok tengok motor besar ni. Kalau anda tanya saya minat ke?? Owh please la... saya suka lagi engine diesel lori dengan jentera berat lain.. Cuma coming entri nak cerita sikit pasal motor berkuasa kuda yang tinggi-tinggi ni.


"Allah menjadikan orang jahat dan menyelimutnya dengan kebakhilan dan harta." 

24 Sep 2013

2014 Kawasaki Ninja 250

Assalamualaikum..

Tetiba je aku tampal gambar motor besar.. Pelik kan, haah.. memang pelik.. Ada cerita tentang ni pastinya nanti =)
Ingat lagi masa kecik-kecik dulu kalau nampak gambar-gambar gini mesti masing-masing dok berebut dan main cop-cop "ini aku punya" kan..

Tapi tu dulu la, alaaa.. masa zaman kita tak reti apa. Sekarang ni bila tengok, walaupun hebat camne pun...... takde pe yang menarik. Sungguh! Tapi...(Tunggu kalau abang pedas aka Tuan Ebrahim yang bawak okey aku setuju yang motor ni memang canggih, hebat, hot dan sungguh-sungguh pedas berapi) hahaha..




Tengok motor besar ingat apa?? Bak kata Melur Jelita dan diva-diva Jelita "Mestilah ingat abang pedas...." Siapa abang pedas ni? Errrk, mohon baca I Love You Stupid! dan My Precious Iris ye..


"Ada dua pemburu yang tidak akan kenyang. Pemburu ilmu dan pemburu harta."