Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Karya Syamnuriezmil. Show all posts
Showing posts with label Karya Syamnuriezmil. Show all posts

30 Sep 2013

Novel | SUAMIKU, Encik Perfect 10!

Assalamualaikum..

SUAMIKU, Encik Perfect 10! | Shamnuriezmil
"Entah dari mana dia datang, aku tidak pasti. Yang aku pasti, dia membawa cintanya sekali!"

Terbitan : Karya Seni 
Penulis : Syamnuriezmil
ISBN : 978-967-0246-30-7
Harga : RM23.00 (SM) / RM26.00 (S/S)
Suamiku, Encik Perfect 10!

Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyalamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang nertakhta dalam hati.

"Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni." -Aleeya Azmeen

"Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap." -Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar bekas kekasih Aleeya cuba menagih semula kasih. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

"Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?" -Zarief Danial

"Dah, tapi dia milik orang," -Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperolehi cinta dari encik perfect 10, sepertimana yang dia harapkan?


Ulasan hasil pembacaan:
Cerita ni agak sedikit complicated la. Serius, ada macam-macam rasa manis, pedih, ceria, blur-blur pun ada. Dan rasanya cerita ni berat sikit. Berat camne tu? Haaa, kena lah baca then paham kan. hehehee.
Dan nampaknya cerita ni bakal muncul di kaca tv nanti. Gandingan Aaron Aziz dan Lisa Surihani.. pastinya satu yang sangat sweet =) kan,kan..


"Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?"
-Al Hujurat : 12