Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Karya Aliesha Kirana. Show all posts
Showing posts with label Karya Aliesha Kirana. Show all posts

24 Sep 2013

Novel | Love You Mr. Arrogant

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant | Aliesha Kirana
"Aku memang gila sebab cintakan kau yang berlagak gila! Tapi apa lagi nak dikata, kalau hati dah cinta..."


Terbitan : Karya Seni
Penulis : Aliesha Kirana
ISBN : 978-967-0246-18-5
Harga : RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)

Love You Mr. Arrogant

"Itu harga yang kau patut bayar sebab tak kitakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." -Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi.Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh... tapi..." -Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...


Ulasan hasil pembacaan :
Errm, rasanya novel ni gedik-gedik je. Hahahahaa, joking je tau. Okeylah, lain orang lain penerimaan dia. Bagi saya novel ni biasa, biasa tu dalam erti kata kebiasaan yang terjadi dalam kehidupan harian kita. Berjumpa dengan orang kaya yang sombong, berlagak tak ingat dunia. Orang kaya yang berlagak ni mesti kena cakap kasar-kasar ke?? Cuma, sesekali mengharapkan sombong dalam versi lain. Alaaaa.... macam sombong + poyo si hero Boys Over Flowers tu.. Sombong dan berlagak tapi dalam kelasnya yang tersendiri. Tak perlu bercakap kasar, tak perlu bercakap banyak. I like that way!

Novel ni juga akan menghiasi kaca tv tidak lama lagi. Satu lagi drama yang diadaptasi dari novel. Ahha, tak sabar menanti. Tahniah kepada penulis Aliesha Kirana.



"Sesungguhnya manusia telah dibentuk oleh Allah sedemikian baik, maka perbaikilah akhlakmu."