Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Isu Download Full Movie KL Gangster 2. Show all posts
Showing posts with label Isu Download Full Movie KL Gangster 2. Show all posts

3 Sep 2013

Download KL Gangster 2 Full Movie Punya Pasal

Assalamualaikum..


Semuanya gara-gara Download KL Gangster 2 Full Movie punya pasal.. Tak sangka carian untuk KL Gangster 2 kali ni memang betul-betul menjadi. Hampir 20K pageview dalam tempoh 4 hari. Maklumlah, blog ni hanya blog sekadar di pinggiran je.

Terima kasih lah kepada semua yang sudi datang singgah. Maaflah kalau niat korang datang sebab nak cari link yang ada full movie ni, aku takde. Even aku tak download dan tak tengok pun.


Klik untuk tumbesaran

Bukan kaki wayang, cuma sekadar meluahkan rasa kesian bilamana hasil kerja yang berjuta-juta tu sekelip mata je orang nak rompak. Tak adil lah pada mereka yang dah bekerja keras kan.. Tentang KL Gangster, serius aku tak tau. Tapi bila tengok thriller dia yang banyak tembak-tembak, pukul-pukul tu..... jawabnya memang aku tak tengok la. Even yang first pun aku tak tengok. Hehehe

Cetak rompak pun dah banyak maaa....



"If you do what you're always done, you'll get what you're always gotten."
-Tony Robbins

29 Aug 2013

Filem KL Gangster 2 dan Isu Download Full Movie

Assalamualaikum..


Rasanya seluruh Malaysia kecoh dengan penyebaran filem KL Gangster 2 menerusi internet dan laman media sosial. Download KL Gangster 2 Full Movie rasanya menjadi tajuk carian terhangat pastinya. Terbaru pihak penerbitan filem iaitu Skop Productions Sdn Bhd telah mengambil langkah dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membendung supaya penyebaran filem ini tidak meluas.

Penat lelah mereka bekerja, berkorban wang, masa dan tenaga tapi belum pun keluar panggung terjadi pula ketirisan begini kan. Dahsyat kan.. entah siapalah yang punya angkara dan tidak bertanggungjawab ni kan. Diharap perkara ini dapat disiasat sebaiknya. Tak adil rasanya kepada mereka yang bekerja keras untuk filem ni kan.

KL Gangster 2 merupakan filem arahan pengarah Syamsul Yusof dan dijadualkan menenui penonton di pawagan pada 3 Oktober 2013 nanti. Difahamkan pihak penerbitan akan membuat sidang media berkenaan isu ini pada esok hari (30/08/13).





"Bukanlah mukmin yang sempurna imannya orang yang tidak menganggap bala/ujian itu nikmat dan kesenangan itu musibah." Lalu para sahabat bertanya : Kenapa ya Rasulullah? Jawab Baginda "Kerana suatu bala/ujian itu tidak datang selepasnya kecuali kesenangan dan begitu juga kesenangan tidak datang selepasnya melainkan bala dan musibah"     
 -Riwayat Imam At-Tahabrani dari Ibnu 'Abbas r.a