Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Info Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Info Keibubapaan. Show all posts

7 Aug 2015

Dah Besar Baru Sibuk Nak Berbedung

Dah Besar Baru Sibuk Nak Berbedung |

Assalamualaikum..

Nur Sarah Alya usianya lebih kurang seminggu lagi bakal mencecah 6 bulan. Alhamdulillah, membesar dengan sihat nampaknya. Sekejap je kan masa tu berlalu. Yang pasti seronok bila tengok anak kecik ni membesar depan mata sendiri. Penat... siapa kata tak bekerja dan duduk rumah saje tak penat. Dengan Sarah yang masih menyusu badan sepenuhnya lagi. 
Bedung Baby
Sebelum ni hanya selimut Pureen je yg dia nak
Okey, banyak-banyak hal tentang Sarah ni sehingga hari ni tidur mesti kena berbedung. Tak kisah la siang malam pagi petang mesti kena bedung. Kalau tak bedung tepuk la macamana pun, tak mahunya dia pejam mata tu walau dah ngantuk. Dah besar-besar ni sibuk pulak dia nak berbedung. Kalau nak tahu masa kecik dulu kemain dia mengamuk bila kita bedungkan dia. Dari dalam pantang lagi si Sarah ni tak berbedung. Tapi semenjak sebulan dua ni wajib pulak berbedung. 

Masa nak membedungkan Sarah memang dia akan meronta sikit la. Tapi siap je bedung elok dia senyap, tak melawan pun. Tu yang suka dengan sinonet ni. Tepuk-tepuk sikit senang je dia lelap. 

Pulak tu sedap je dia tidur dan alhamdulillah, tempoh tidur dia sejak berbedung ni panjang sikit. Kalau dulu jenuh berjam kita mendodoikan dia tapi tidurnya alahai 10-15minit je pejam mata tu. Sekarang sebab dah boleh tau rutin harian tidur dia, jadi dah nampak bila masanya dia mengantuk. Bersambung-sambung tidurnya bila berbedung ni. Asal terjaga dan kita tepuk-tepuk balik dia pun elok sambung tidur semula. 
Bedung Baby
Skg guna kain cotton tak panas dan biar free leher
Lagi satu, dengan berbedung ni takde la dia dok garu-garu. Sebab Sarah dah ada habit baru iaitu menggaru. Walaupun kuku pendek tapi nipis kan jadi tajam la. Kesian tengok kadang sampai luka kulit dia dok garu-garu tu. Sarung tangan? Hurrmm, pakai pun dia tolong cabut. Budak dah pandai, 

Sarah makin besar, kain bedung pun sikit hari lagi tak muat la tu. Kaki tak kisah sangat tak tutup pun. Hehehe,  

29 Jun 2015

Perkembangan Baby Sarah 4 Bulan

Perkembangan Baby Sarah 4 Bulan |

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur. 15 June 2015 yang lalu genap Nur Sarah Alya 4 bulan. 2 hari selepas tu rutin kebiasaan setiap bulan melawat klinik kesihatan untuk check up. Result kali ni tak berapa nak memberangsangkan. Graf perkembangan Sarah tak cantik. Border line je. Masih ada peningkatan cuma tak berapa nak naik berat si Sarah ni.

Bulan lepas (3 bulan) berat Sarah 4.7kg dan dah 4 bulan ni bila timbang alahaii hanya 5kg je. Naik 300gram je sedangkan Sarah fully breastfeeding. Pulak tu kuat menyusu, kejap kejap nak susu je. Seharusnya berat tu naik banyak la kan.

*Berat-5kg *Tinggi-58cm *Lilitan kepala-38cm

Nak kata frustrated tu idakkk ler. Tapi sedikit sebanyak terasa la jugak kan. Bila tengok anak orang amboi kemain montel chubby je. 2-3bulan pun dan semangat naik berat badan. Anak kita macam tak cukup makan pulak. Macam-macam la hinggap kat kepala otak ni. Tapi pastu cuba think positive way. 

Nurse suruh ubah rutin Sarah ni. Sebab dah menjadi kebiasaan Baby Sarah aktif sangat-sangat disiang hari ditambah dengan ketidakmahuan dia untuk tidur secara baik waktu siang. Menurut nurse, baby perlu tidur waktu siang sekurang-kurangnya 2jam untuk membentuk jisim otot bayi. Waktu yang disarankan tengahari. Start dalam pukul 11 dan keatas tu dah cantik sangat la. Wajib tidur katanya. No wonder la Baby Sarah ni tak naik berat pun sebab asyik nak main je waktu siang. Tidur tak nak, asal suruh baring je mengamuk sedangkan mata dah mengantuk.

Alhamdulillah, sejak balik dari klinik (untuk seminggu awal puasa ni) mama cuba ubah rutin Sarah. Cuba ikut apa yang disarankan pihak klinik. Nampaknya berjaya. Berjaya buatkan Sarah tidur siang dan lebih dari 2jam yang sepatutnya. Mama nak maintain supaya Sarah berjaya seimbangkan waktu tidur dan waktu main dia. Menyusu tetap pasti la. 

9 Jun 2015

Like Father Like Daughter

Like Father Like Daughter |

Assalamualaikum..
Syukur padamu Ya Allah dengan kesempatan yang diberi. Sikit hari lagi Nur Sarah Alya dah nak cecah 4bulan. Cepat betul kan masa berlalu. Makin hari makin banyak ragam dia yang dipersembahkan kat mama. Macam-macam color ada. Tapi semua tu buat mama bahagia. Bahagia bila melihat anak membesar depan mata mama.

Tapi yang paling mama buat mama rasa nak senyum ketawa je bila rupa Baby Sarah saling tak tumpah dengan papa dia masa kecil dulu. Serius! Dua-dua muka bulat, Kening hidung dagu semua sama. Memang anak papa sungguh! Dominan betul DNA papa dia eh. Kekeke,
Gambar kiri tu Sarah dan yang sebelah kanan tu papa dia 34tahun yang lepas. Comelkan depa berdua ni. Tak sangka mama yang papa Sarah ni comel sangat masa kecik dulu.. Sarah dah tentu-tentulah comel! (Siapa lagi nak puji anak sendiri kan kalau tak kita -lagipun tu kan satu doa, Aminn) 

8 Jun 2015

Formula Menidurkan Baby Sarah Siang Hari

Formula Menidurkan Baby Sarah Siang Hari |

Assalamualakum..

Alhamdulillah. Syukur diri ini masih lagi diberi kekuatan untuk menjaga buah hati Nur Sarah Alya ni. Satu perkara yang agak memenatkan bila sikecik ni payah sangat nak tidur siang. Buat lah macamana pun, tetap jugak dia nak berlawan mata tu walau hakikat memang dah mengantuk sangat. Dan akhirnya terpaksa melayan kisah mengamuk dia. Uhukkk, bila jadi camni benda penting yang selalu sematkan dalam kepala 'Sabar!'
Ni gambar minggu lepas. Lady Boss!
Hari ni, lepas zohor ni saja bawak Sarah tidur dalam bilik dan On Acond. Macam biasa la, mengantuk tu memang dah siap ada. Tapi energy si Sarah ni memang luar biasa. Mengantuk pun tetap tak mahu pejam mata tu. Owh anakku, mama penat sayang. Cuba selimutkan dia, maklumlah sejuk kan. Habis ditendangnya selimut tu. Bawah kaki la selimut tu mendarat akhirnya. 

Toing! tiba-tiba mama dapat idea. Mama nak bungkus anak mama ni. Bedung kaki tangan dia dengan selimut yang sedia ada tu. Terkebil-kebil jugak si comel Sarah ni mula-mula. Yelah dah berbulan-bulan maa tak bedung dia sejak dalam pantang lagi. Dari dulu dia bukan suka kena bedung. Kalau bedung pun sekejap je, elok pastu tangan dah keluar. 

Kali ni mama tak bagi peluang. Macam-macam eksperimen dah mama buat nak menidurkan dia siang hari. Semua tak jalan. Untuk hari ni alhamdulillah, menjadi pulak. Mama bedung dia dalam selimut, Ketat tak ketak la. Masih mampu jugak dia bergolek, maklumlah Sarah sekarang ni dah expert meniarap. Pelan-pelan mata dia mengecil. Dan elok pejam tidur sendiri, lagi mama tepuk montot dia lagi sedap dia tidur sambil alunan zikir munajat kat youtube. Alhamdulillah.   

Nanti mama nak cuba lagi. Masa main kita main,masa minum kita minum susu, masa tidur baby kenalah tidur.. okey sayang! 

29 Sep 2014

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Tanda-tanda Awal Kehamilan |

Assalamualaikum..
Bagaimana nak ketahui yang kita sedang berbadan dua? Lagi-lagi bagi mereka yang pertama kali mengandung. Pastinya tak ada pengalaman lagi. Pulak tu jika kehamilan tu berlaku di awal tempoh perkahwinan. Macam yang berlaku pada Aima dan suami. 
Dan kenapa pentingnya untuk kita mengetahui dan prihatin dengan tanda-tanda kehamilan ni. Sebab ada je yang tak tau diri tengah mengandung tup-tup tetiba keguguran. Makan tak jaga, badan tak jaga buat kerja berat, aktif dan sebagainya. 
Boleh baca kat bawah ni apa yang kebiasaannya terjadi dan menjadi tanda-tanda seseorang itu hamil. Apa yang dikongsi ni banyak terjadi kepada Aima sendiri, berdasarkan pengalaman yang ditempuhi baru-baru ni.
Lewat atau Tak Datang Haid
Yang ni memang ketara sangat. Maklumlah Aima jenis yang kitaran haidnya tetap setiap bulan. Sebelum berkahwin elok je datang period ni. Paling teruk pun lari sehari dua dari tarikh biasa. Tapi bila berkahwin, haid tak datang-datang. Memang susah hati waktu tu, Aima ambil masa lebih sebulan jugak la untuk pengesahan mengandung ni. Sebaiknya, bila dah terlewat beberapa hari dari tarikh period tu, dah boleh buat pregnancy test dah untuk kesahihan.
Payudara Sakit dan Bengkak
Haa, yang ni memang akan dirasai oleh hampir keseluruhan ibu mengandung. Payudara akan mula rasa sakit, tegang dan berdenyut-denyut. Rasa sensitif sangat kat bahagian tu lagi-lagi bahagian puting. Maklumlah badan mula nak menyedia dan mempersiapkan bekalan yang cukup untuk pengeluaran susu nanti.
Kerap Buang Air Kecil
Memang boleh rasa sangat perubahan bila mengandung ni. Sekejap-sekejap nak buang air kecil. Lagi-lagi waktu tidur malam. Perkara ni berlaku sebab bilamengandung ni dia akan menekan pundi kencing kita, tu yang kerap dan mudah sangat nak buang air.Jadi, kena la selalu minum air untuk menggantikanbalik air yang dah hilang dari badan tu. Aima memang prefer minum air suam (walaupun dalam tempoh tak sampai sejam selepas minum akan melawat tandas sampai 3-4kali).
Rasa Lesu dan Kerap Letih
Masa mengandung ni, tubuh si ibu memang mudah letih, kadangkala lesu je. Kalau boleh rasa nak tidur je sepanjang hari. Aima sendiri awal-awal dulu memang macamni. Waktu bekerja siang aktif sangat, tapi bila balik rumah..rasa nak baringdan tidur sepanjang masa. Tapi ada je ibu-ibu mengandung yang aktif, tak rasa penat sangat sepanjang mengandung. Benda-benda bergantung pada setiap individu. Takkan pernah sama.
Sensitif dan Emosi Berubah-Ubah
Ahha, yang ni seringkali terjadi dikalangan kita. Macam bila kita datang bulan tu. Sekejap okey,sekejap nak marah je kerjanya. Yang merajuk tak payah cerita la. Tau-tau je dah menangis meleleh airmata. Emosi tak stabil kan. Suami-suami mungkin boleh perasan tentang perubahan ni. Tapi, dalam keadaan apa pun si suami kenalah bersabar dengan ketakstabilan emosi isteri. Prihatin dengan keadaan isteri, insyaAllah akan dapat membantu menambaik mood isteri mengandung ni.
Masalah Sembelit
Awal-awal mengandung dulu Aima pernah la jugak merasa masalah sembelit ni. Tapi takde la kritikal. Kalau sebelum ni biasa buang air besar setiap hari,bila dah mengandung ni agak susah sikit nak membuang. Alhamdulillah bila dah masuk trimester kedua, dah back to normal. Cuma mungkin perkara ni akan berulang lagi nanti lagi-lagi biladah makan ubat.
Loya dan Muntah/Mual
Kebanyakkan ibu mengandung akan merasa loya dan mual. Rasa nak muntah je. Perkara ni normal bagi proses kehamilan ni. Jangan takut nak makan sebab risau akan muntah-muntah. Cuba sedaya upaya makan juga. Jangan biarkan perut kosong. Bila perut kosong lagilah kita akan rasa loya dan mual. Kebiasaannya loya dan muntah-muntah ni akan berkurangan bila memasuki trimester kedua. Jadi bersabarlah, insyaAllah kita dan baby kuat nak tempoh alahan ni.
Suhu Badan Tinggi
Perubahan yang ni memang berlaku pada tubuh badan Aima. Suami sendiri selalu tegur bila sentuh badan panas sedangkan diri dia sejuk. Benda ni memang tak mampu nak dikawal la. Dah dia nak panas kan, nak buat lagu mana. 
Mungkin ada banyak lagi tanda dan perubahan yang berlaku bila diri seorang wanita ni mengandung. Aima sekadar berkongsi pengalaman dan perubahan yang Aima sendiri rasai masa awal-awal mengandung dulu. Sama-sama kita jaga diri,jaga kandungan insyaAllah semuanya akan okey. 
Kepada yang dah mula merasai perubaha-perubahan yang disebutkan tu, cepat-cepatlah ke klinik untuk pengesahan. Jangan lupa buat kad merah jambu sekali ye. Jangan jadi macam Aima yang kena bebel dengan nurse sebab 14minggu baru terkedek-kedek nak jengah Klinik Kesihatan.
Wassalam.
   

22 Sep 2014

Kenapa Perlu Baca Blog Parenting

Kenapa Perlu Baca Blog Parenting |

Assalamualaikum..
Perjalanan hidup kita ni berkembang dari satu tahap ke tahap yang berlainan. Senang cerita dari baby yang tak tahu apa-apa, berkembang menjadi kanak-kanak riang, kemudian mencapai tempoh akil baligh dan selepas itu mula membesar menjadi seorang dewasa. Dari sendiri mula berdua, bertiga dan seterusnya. 
Parenting Blog? 
Mengikut pemahaman Aima sendiri, Parenting Blog, blog yang berkisar tentang perjalanan hidup rumah tangga khususnya anak-anak yang merupakan permata pelengkap jiwa. Blog yang sentiasa berkongsi ilmu keibubapaan, tips-tips mendidik dan membesarkan anak-anak tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun. Ada yang menulis dari sudut pandang isteri, yang dari perspektik suami pun tak kurang juga. Ilmu dan pengalaman tu yang banyak menjadi ikutan dan rujukan kepada pembaca diluar sana. 
Kenapa Perlu Baca Blog Parenting?
Saat ni, Aima merasakan blog-blog begini sangat penting dalam mempersiapkan diri kita sebagai suami, isteri mahupun ibubapa. Ilmu keibubapaan bukan hanya untuk mereka yang dah berkahwin sahaja betul tak. Persediaan tu yang paling penting. Macam Aima sendiri dah agak lewat baru betul-betul nak mendalami dunia parenting ni. Dah disahkan mengandung 3-4bulan baru nak sibuk-sibuk google sana sini nak dapatkan ilmu tentangnya. 
Besar cabarannya zaman sekarang dalam membesarkan anak-anak. Mental, fizikal, moral, sahsiah, rohani segala macam aspek yang kita kena ambil tahu, ambil peduli dan pantau. Sebab tu ilmu ni keibubapaan ni sangat penting. Pengalaman mereka yang terdahulu juga kena ambil kira. Mana yang baik kita ikut, yang buruk jadikan tauladan. Betul tak?
Kadang-kadang rasa terhibur bila membaca kisah-kisah yang parenting blogger ni kongsikan. Yelah, anak-anak sekarang ni kan macam-macam ragam. 
Haa, sebelum terlupa ni antara blog parenting yang Aima suka baca lately..
*BabyCenter (dah 4bulan baru sibuk nak baca perkembangan baby dalam perut ni, hehehe)

-Rasa semangat pulak nak tulis entri dan join segmen yang dianjurkan Blog Melastik Bintang ni. Elok jugak untuk persedian diri sendiri kan. Nak jadi ibu ni bukan mudah oooo.. Kepada yang nak join, dipersilakan. Semua pun boleh turut serta kata Tuan MelastikBintang ni. 


23 Apr 2013

Cara Didikan Warnai Dunia Anak

Assalamualaikum..

Menjadi ibubapa bukan semudah ABC, mendidik mereka pula bukan seringkas 123. Didikan yang baik mampu mewarnai kehidupan mereka malah memudahkan kita untuk memerhatikan mereka. Tips-tips ini mungkin boleh memandu kita untuk merancang cara didikan kepada anak kita.

google image

#Kanak-kanak insan naif. Apa sahaja yang anda katakan kepada mereka akan dipercayai bulat-bulat. Berhati-hati dengan setiap tutur kata dan maklumat yang diberikan kepada mereka. Jangan biarkan mereka percaya kepada sesuatu yang tidak benar kerana keupayaan mereka mengingati lebih jauh dari sangkaan anda.

#Kanak-kanak gemar cabaran. Jika anda gemar melarang mereka membuat sesuatu maka mereka menganggap itu sebagai cabaran untuk melakukannya dan meloloskan diri dari hukuman. Jangan anggap itu sebagai tekanan, tanganinya dengan tenang dan rasional.

#Jangan gunakan rasuah sebagai ganjaran! Bimbang nanti mereka menganggap rasuah adalah salah satu cara untuk mendapatkan apa yang diingini.

#Jangan paksa mereka berjanji. Kanak-kanak tidak pandai berjanji, jadi jangan memberi tekanan kepada mereka dengan janji yang dibuat kemudian menghukum mereka jika tidak menunaikan janji. Beri mereka peluang untuk melakukan yang terbaik.

#Permudahkan sesuatu yang sukar. Jangan kelirukan kanak-kanak dengan menyuruh mereka membuat sesuatu yang banyak dalam satu masa.

#Jangan terlalu manjakan anak dengan memberi apa yang mereka mahukan. Mereka akan mula mengharapnya setiap masa.

#Jika anda mengadakan satu pertandingan bersama anak, jangan menukar aturan pertandingan sesuka hati. Mereka akan fikir aturan boleh ditukar bila-bila masa.

#Jangan biarkan mereka berasa bersalah. Mereka akan membesar dengan memaksa diri membuat keputusan sukar dan menyalahkan diri sendiri diatas kegagalan dialami.

#Berhati-hati dengan apa yang anda pinta anak anda lakukan. Beri arahan jika benar-benar penting. Jangan memberi arahan sebagai satu jenaka kerana mereka akan mengambil jalan endah tak endah walaupun pada perkara serius. 

#Jangan memberi arahan seperti anda pasukan tentera, memberi arahan dan mengharapkan tindak balas on the spot. Lebih baik jelaskan apa yang anda mahu dan biarkan mereka belajar membuat dan mencari sendiri cara untuk menyelesaikannya. Mungkin anda boleh memerhatikan mereka dari jauh.


~Anak-anak sekarang ni semuanya bijak-bijak kan,