Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Harga Minyak RON95 dan Diesel. Show all posts
Showing posts with label Harga Minyak RON95 dan Diesel. Show all posts

1 Oct 2015

Bila Minyak Naik Seposen

Bila Minyak Naik Seposen |

Assalamualaikum..

Minyak petrol dan diesel naik 10sen bermula 01 Oktober 2015 hari ni. Macam biasa la naik turun tu semua orang boleh agak dah kan. Satu kali turun, 3,4 kali akan naik lepas tu. Bila benda yang paling asas ni naik, macam-macam benda lah yang akan menyusul naik pulak lepas ni kan. Hurmmm, dunia dunia.

Nak sakit hati pun tak guna, hidup tetap kena teruskan. Perut tetap perlu diisi. Hutang bil isi rumah tetap perlu dibayar. Jadi, takde apa yang berubah. Duit je kena keluar lebih sikit ye dari biasa walaupun nampak je kecik -ala sekupang je kot. Kalau yang kerja jauh kena travel 60-70km sehala sehari tu tak ke terasa kesannya.

InsyaAllah kita semua doa banyak-banyak moga Allah permudahkan perjalanan hidup kita di dunia dan di akhirat sana nanti. 
Jom Simpan Emas Kalis Inflasi

Minyak naik, moga kita tak naik minyak ye.... Salam Oktober!

2 Sep 2013

Harga Minyak Petrol RON95 dan Diesel Naik 20sen

Assalamualaikum..

Harga Minyak Petrol RON95 dan Diesel Naik 20sen. Rasanya semua dah tahu kan mulai tengah malam ini (03/09/13) harga minyak petrol RON95 dan Diesel akan naik sebanyak 20sen seliter. Maknanya RON95 adalah RM2.10 per liter dan Diesel RM2.00 seliter.


Tak sangka kan... 2kupang tu. Geleng kepala aku dengar. Bukan sikit-sikit okey. Sekali isi bukan seliter dua. Nak buat camne, nak tak nak kena isi jugak. Dan lepas ni.... tunggu jelah ye macam-macam benda akan naik.

(Ayam naik harga ----> jangan makan ayam) 
(minyak naik harga? ----> duduk rumah diam-diam eh) 

Apa kata anda??


"Sesungguhnya kamu tidak akan bertemu dengan apa yang kamu sukai melainkan dengan kesabaranmu terhadap sesuatu yang kamu benci"