Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Gambar Romantik Shila Amzah & Johan As'ari. Show all posts
Showing posts with label Gambar Romantik Shila Amzah & Johan As'ari. Show all posts

1 Sep 2013

Hubungan Istimewa Shila Amzah dan Johan As'ari

Assalamualaikum..

Shila Amzah dan Johan As'ari bercinta? Meskipun banyak gambar dirinya dan pelakon Johan As'ari dimuatnaik secara terbuka kepada umum melalui laman Instagram, namun Shila Amzah terus menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Johan.


Penafian itu dibuat menerusi portal GUA selepas bimbang dan risau dituduh sebagai perampas teman lelaki orang lain.

"Apabila timbul gosip yang kononya saya bercinta dengan Johan As'ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang. Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini."

"Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan Johan As'ari. Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi."

"Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham."






Nampak mereka seakan serasi bersama. Sama cantik sama padan. Kan...

SUMBER


"Sebaik manusia adalah orang yang bermanfaat bagi manusia dan seburuk manusia orang yang membahayakan manusia."