Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Diari Seorang Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Diari Seorang Lelaki. Show all posts

23 Sep 2013

Salah Ibu Mengandung

Assalamualaikum..


Salah ibu? Ibu mertuaku salah ke? Bukan.. bukan.. masih belum ada lagi. Dan rasanya dah takde keinginan kot nak beribu bapa mertua ni. Okey-okey kita lupakan tentang nak tak nak ni. Cuma nak huraikan sedikit tentang ayat dalam image kat atas tu.

"A man who treats his woman like a princess is proof that he was born and raised in the arm of a queen"

Ye, serius rasa setuju sangat dengan frasa atas ni. Seorang lelaki yang menyanjungi dan menghargai, melindungi wanitanya pasti lahir dari perut seorang wanita lain bergelar ibu yang begitu penyayang. Dididik dengan penuh kasih, dilentur dengan penuh sayang.. Meletakkan taraf wanita itu tinggi walau siapa pun dia. Benarlah pepatah kata 'sejuk perut ibu mengandung.'

Tapi, bagaimana dengan lelaki yang bersifat sebaliknya. Tidak tahu menghargai, melayani wanita dengan penuh kejam. Menindas, memukul, menghina, mencerca wanita semahu hatinya.. pendek kata tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Apatah lagi mahu bersifat melindungi kannnn...

"Tercipta wanita dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindungi,
Dekat jua di hati untuk dikasihi"

Jadi, perlukah salah itu dihalakan kepada ibu yang mengandung? Salah ibu kah andai anak itu membesar menjadi seorang yang pemarah, baran, kaki pukul, panas hati menindas? Ibu kah punca anak ini bersifat sedemikian? Salah didikan ibu ke bila si anak lelaki begitu?

Bukan ke Lelaki itu Sifatnya Melindungi??

Manusia diberi akal.. Andai sekalipun dari kecil si ibu terlebih atau terkurang perhatian terhadap kita, seharusnya anak itu bila besar tahu dan mampu berfikir mana yang baik, mana yang buruk kan... Setiap tindakan kita adalah hasil dorongan kita sendiri. Jadi jangan pernah sesekali menyalahkan orang lain terutama ibu-ibu yang pernah mengandung dan melahirkan kita. (Ingatan untuk diri sendiri juga)


"Ketika seorang lelaki berjalan dengan sombong dengan pakaiannya berbangga diri, maka Allah akan melenyapkannya ke bumi dan dia akan menjerit di situ sampai hari Kiamat."

21 May 2013

Diari Seorang Lelaki

Assalamualaikum..

Orang lelaki ada diari?? Errm tu soalan first yang aku nak tanya. Soalan kedua, diari personal ke diari kerja punya? Haa, soalan yang paling best.. korang orang lelaki tulis pe sebenarnya dalam diari tu?? Hehehehehe, amacam. gempak tak soalan aku ni? Agak-agak korang yang lelaki ni boleh jawab tak =)


Ahha, bagi aku mereka yang punya blog, menulis dan mencoret sesuatu didalamnya masih boleh dianggap diari. Tak kisahlah apa yang ditulis. Sebab ada je blog lelaki yang berkisar tentang kisah hariannya, liku-liku dan perjalanan hidupnya. Walaupun jarang sebenarnya seorang lelaki ni nak mencoretkan sesuatu yang agak personal.

Tapi hakikatnya.. lelaki yang berdiari ni sebenarnya mungkin lebih matang, lebih menghargai hidup.. kerana dia menulis, mencoret sesuatu yang berlaku tak kisah dalam hidupnya atau perjalanan hidup orang disekelilingnya. Dan yang penting dia belajar melalui pengalaman dan pengamatan yang dimiliki. (Jadi aku agak mereka ni hebat! lalalalala aku agak je =)

Haaa, aku kira macamni kot diari seorang lelaki ni (cer baca kat bawah)

01 Jan 2010
~Happy New Year =) Mulakan hari ni dengan penuh keazaman.. Huwaaaa, energi aku berkobar2 semacam je ni.

02 Jan 2010
Takde cerita best pun. Jawatan masih sama, tapi kerja makin melambak. Aku masih seperti dulu. Cewaahhh :)

03 Jan 2010
Haaa, aku nak cerita best ni. Mama aku nak g umrah! Haa, tu je? Best sangat ke? Mestilah best best at last aku berjaya jugak sponsor parents aku g umrah okey. Alhamdulillah. Katanya nak berdoa untuk jodoh aku. Yelahh mama.. Aku tak gi sama? Tak kot. Esok-esok aku g dengan bini aku eh.

04 -10 Jan 2010
Sorry, out of coverage. Hahaha, aku outstation okey. Kerja! Kerja! Kerja!

then bla bla bla bla..

05 Mac 2010
Mama aku dah sampai Mekah dah katanya. Sunyi lah pulak aku lagu ni. Sorry, takde cerita for today.

06 Mac 2010
Aku berdebar-debar saat terpandang seorang gadis. Fuhh, jantung aku macam nak tergolek jatuh kat bawah. Aku je pun yang terpandang dia, tapi dia tak pandang aku pun. Orangnya lagi cantik dari neelofa tau. Korang jangan jeles okey. Jatuh cinta lagi, lagi lagi ku jatuh cinta. Jatuh cinta pada seorang wanita... *mesti la dgn wanita. takkan dgn sama spesis kot. adoiii


Apa pendapat awak semua tentang Lelaki dan Diari atau senang cerita Diari Seorang Lelaki
Sebelum tu boleh layan kat bawah ni. Aku suka lagu ni =)



~Benar dikau ku cinta, setiap detik ku puja kau sering perhati ku sambil belai rambutmu.. tak ingin aku lupa kenangan yang tercipta berikan aku diari tulis setiap hari...

****ikuti sambungan diari lelaki ku untuk entri akan datang ye =) kehkehkeh..