Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com. Show all posts
Showing posts with label Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com. Show all posts

10 Nov 2013

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Assalamualaikum..

Pertama, terima kasih kepada Tuan HasrulHassan yang memberi ruang kepada blogger Malaysia menyalurkan bantahan menerusi cara ini. Untuk maklumat lanjut boleh ke SINI

Sekali terjebak, pasti sesal tak sudah dikemudian hari.. Jangan sesekali menghampiri zina, jangan sesekali pernah terfikir berniat kearahnya. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Ye, betul.. dunia dah maju. Tapi jangan sesekali lupa, asas agama kita, Al-Quran, Sunnah Nabi tak pernah berubah mengikut masa.

Ada apa dengan AshleyMadison.com? Kenapa kita perlu membantah kehadiran web tersebut?

"AshleyMadison.com -sebuah laman web yang menjurus kepada aktiviti penzinaan di rantau ini bakal dilancarkan pada 17 November 2013.Walaupun terdapat tentangan daripada orang ramai dan penguatkuasa undang-undang di Singapura, laman web tersebut telah berjaya mendapatkan sebanyak 26 ribu like di laman sosial Facebook." 


Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Mahukah kita melihat anak-anak kita berjerumus dalam kancah penzinaan ini? Sudahlah dunia kini makin pantas bergerak ke depan. Takkan modal insan kita makin terkebelang pulak kan. Kehidupan kita umat Islam hari ni yang terlalu terdedah kepada masalah sosial dan ketahuilah gelaja negatif makin berleluasa di kalangan. Harap kita dapat membenteras permasalah ini dari terus membelenggu dan mempengaruhi kehidupan kita kelak. 

Walau tak mampu nak mengubah dunia, sekurang-kurangnya inilah tanggungjawab kita, inlah sumbangan kecil kita sebagai Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com!!