Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Blog Diserang Malware. Show all posts
Showing posts with label Blog Diserang Malware. Show all posts

29 Sep 2013

Bila Diserang Malware

Assalamualaikum..


Kawan-kawan semua.. hampir 20jam rasanya blog pinggiran aku ni diserang si kudis Malware. Kedatangan dia buat aku stress, memang betul-betul stress. Serius bangun pagi tadi aku menangis dan at last give up sebab dah tak tau nak buat apa. Sampai lah aku rasa, mungkin ni lah balasan tuhan untuk aku dosa-dosa yang aku dah buat dalam berblog ni.

Nampak tak, dugaan tu kecil je, tapi rupanya aku memang tak kuat. Aku sayang blog ni, sayang semua kawan yang ada kat sini, sayang apa sahaja yang berkaitan blog la. Menangis pun kalau tak usaha tak guna jugak kan. Dan memang betullah sebab aku ni tak pandai, memang tak reti tentang blog, memang takde ilmu tentang ni. Tarik nafas panjang-panjang... hembus pelan-pelan... (bukan mengeluh, cuma cari kekuatan).

Jutaan terima kasih (mungkin lebih dari berjuta) kepada SIFU aku yang sentiasa menolong aku tanpa mengira penat lelah, tanpa sebarang rungutan, tanpa... (bayangkan anda sedang menyanyi lagu Tanpa oleh 6th Sense tu).. Aku tau penat nak melayan kerenah orang yang tak reti apa-apa macam aku ni. Terima kasih sebab bersabar dan maaf sebab dah banyak menyusahkan beliau. Terima kasih kepada blogger-blogger yang buat entri tentang cara nak remove malware, satu-satu aku try google.

Kalau lah... i'm just leave it like that and never turn back.... (hakikat yang susah aku nak terima ialah aku sangat takut untuk ambil sesuatu tindakan sebab aku takut aku akan buat salah tentangnya. Dan kesilapan tu akan sentiasa menghantui hidup aku selagi ianya tak diperbetulkan.Dan yang paling aku takut ialah aku akan buat kesilapan yang sama buat kali kedua)..

Untuk awak-awak awak semua.. terimalah, Seal with a kiss... I Love You Stupid!





Perumpamaan orang beriman sesamanya, cinta-mencinti, sayang-menyayangi dan bantu-membantu antara sesamanya, seumpama satu tubuh. Apabila salah satu anggota sakit, anggota yang lain akan turut merasainya sama."
-hadis riwayat Muslim