Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Amalan Hidup Sihat. Show all posts
Showing posts with label Amalan Hidup Sihat. Show all posts

3 Feb 2016

Bersabarlah Duhai Hati

Assalamualaikum..
Bersabarlah wahai hati. Sesungguhnya rezeki Allah itu luas. Pelbagai cabang kan Allah beri. Yang penting berusahalah, teruskan berusaha moga-moga Allah sentiasa mendengarnya. Jangan pernah mengalah, insyaAllah pasti ada.

Keep fighting!

30 Sep 2015

Tips Pencegahan Penyakit Akibat Jerebu

Tips Pencegahan Penyakit Akibat Jerebu |

Assalamualaikum..

Jerebu mengundang bahaya kepada tubuh badan kita


Nasihat dibawah boleh diikuti bagi mencegah penyakit akibat jerebu :
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam Kumpulan Berisiko Tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua pengguna motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin (acond) sekiranya menaiki kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

31 Dec 2013

Tak Boleh Pakai Kasut

Assalamualaikum..

Kasut tu penting kan. Tapi macamana dengan orang yang kakinya tak boleh pakai kasut. Okey, jangan salah faham. Orang tu sempurna jari kaki tangannya, kurniaan yang Allah bagi tu cukup segalanya. Cuma, bila bab memakai kasut ni.... failed!


Belilah kasut camne canggih pun, cantik walau mahal sekalipun bila pakai takkan kekal lama. Adalah paling lama pun sebulan dua. Kalau kasut yang sama dicompare kan dengan orang lain mungkin boleh tahan berbula-bulan lamanya, tapi bagi si pemilik kaki ni terasa macam tak sempurna pulak. Asal pakai je, terkoyak. Asal pakai 3,4 minggu je dah tercabut tapak, asal sarung je sekejap dua dah berlubang. 

Kesian kan.. korang ada petua tak yang boleh dikongsi agar sipemilik kaki ni rasa diri dia sempurna walau hanya dengan memakai kasut (biar murah, tapi selesa dan boleh pakai tanpa rasa ragu-ragu lagi).. Terima kasih kerana membaa luahan hati beliau yang mungkin kurang sesuai ni,



13 Nov 2013

Berani Kau Berbohong?

Assalamualaikum..

Dalam sebuah hadis, Luqman bin Hakim menceritakan pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu Rasulullah kerana ingin memeluk Islam. Lelaki berkenaan memang terkenal dengan kejahatannya, sering merompak, berjudi dan meminum minuman keras.

Dihadapan Rasulullah, dia memeluk Islam dan kemudian berterus terang, "Ya tuan, sebenarnya saya selalu berbuat dosa dan sukar meninggalkannya."

Lantas balas Rasulullah, "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" dan si lelaki menjawab, "Ya, saya janji."

Dalam perjalanan pulang selepas bertemu Rasulullah, lelaki itu berfikir-fikir, "Alangkah beratnya aku hendak meninggalkan kebiasaany jahat ayng telah aku lakukan sebelum ini seperti yang dikehendaki Rasulullah."

Bagaimanapun kata hatinya itu memberikan hikmah kerana setiap kali dia terdorong untuk melakukan kejahatan, akan ada suara hatinya yang mengejek, "hei! Berani kau buat jahat? Kalau Rasulullah bertanya, apa hendak dijawab? Berani kau berbohong dengannya?"

Begitu juga setiap kali hatinya cenderung melakukan kejahatan, dia akan ingat pesanan Rasulullah dan hatinya segera berbisik, "Kalau aku berbohong pada Rasulullah beerti aku mengkhianati janji padanya. Sebaliknya, jika aku bercakap benar aku akan menerima hukuman sebagai seorang Muslim. Tuham memang dalam pesanan Rasulullah itu ada hikmah sangat berharga!"

Sejak itu, kehidupan lelaki itu berubah. Dia membuat hijrah besar dalam meninggalkan semua tabiat buruk dan melakukan amalan kebajikan.

29 Jul 2013

Atasi Masalah Bibir Kering & Pecah

Assalamualaikum..

Bibir merupakan sebahagian daripada keindahan wajah yang mengulit perhatian. Bibir yang menarik dan sihat akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Namun, kita perlu tahu bahawa kesihatan bibir juga haruslah selalu dijaga. Pernahkah anda mengalami bibir kering atau pecah lebih-lebih lagi ketika bulan puasa ini? Bibir yang kering kelihatan pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering, contohnya berada dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk dalam jangka masa yang lama.

Bibir yang pecah biasanya akan mudah terluka dan menybabkan rasa sakit. Apabila keadaan ini tidak boleh dirawat, boleh menyebabkan jangkitan bibir. Bibir kering, pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan kekurangan air. Namun tahukah anda bahawa air tidak semestinya penyebab bibir kering, pecah dan mengelupas?

FAKTOR PENYEBAB:

  • Pencemaran udara dan debu.
  • Makanan yang terlalu masam datau masin.
  • Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat giri yang mengandungi detergent berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir.


LANGKAH PENCEGAHAN:

1. Madu.
~Madu dikenali sebagai pelembab alami yang sangat baik.Madu membantu pengelupasan kulit dan merangsang sel kulit baru yang membuat kulit lebih sihat.

2. Mentimun.
~Mentimun dapat melembabkan bibir. Hancurkan atau kisarkan mentimun kemudian sapukan pada bibir. Bibir akan mudah menyerap jus mentimun yang melembabkan dan menenangkan kulit.

3. Minyak Zaitun.
~Minyak zaitun juga bermanfaat untuk mengatasi kulit kering dan pecah. Campurkan satu sudu teh minyak zaitun dan sedikit gula pasir. Sapukan campuran tersebut pada bibir dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Selain melembutkan, bibir juga akan sihat menawan.

4. Air Kosong.
~Minum air kosong lapan gelas sehari kerana kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi dan membuatkan bibir menjadi kering.

5. Pelembab Bibir.
~Sapu pelembab bibir pada waktu malam sebelum tidur supaya bibir akan terus kekal lembap walaupun anda sedang lena dibuai mimpi indah.

13 Jul 2013

Hikmah Mengapa Kita Sering Bertemu Dengan Orang Yang Salah

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan.. Sekadar perkongsian kata-kata hikmah yang mungkin boleh menyentuh hati kita bila membacanya.

"Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar yang kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita, dia bukan pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita masa hadapan.

Memang Allah sengaja  menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang mengalaminya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan  orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal"

~Perkongsian dari hasil pembacaan buku motivasi

11 Jul 2013

Tips : Menarik Kejayaan dan Kebahagian

Assalamualaikum..

Setiap pagi, sebelum keluar mencari rezeki pejam mata sebentar dan niat supaya sentiasa berfikiran positif dan berwajah ceria. Ini kerana getaran positif sentiasa menarik perkara-perkara positif mendekati kita.

Perkara ini sesuai dengan seruan Nabi Muhammad "Elakkan terlalu membebani jiwamu dengan semua kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan membahagiakan kerana apabila hati terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia menjadi buta."


Selamat berpuasa..

10 Jul 2013

Mengapa Doa Ditolak?

Assalamualaikum..

Terdapat banyak kisah dan dalil menceritakan halangan-halangan yang menyebabkan doa tidak diterima oleh Tuhan. Antaranya adalah berkenaan kisah Ibrahim bin Adham. Ketika Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Antara mereka ada yang bertanya,

"Mengapa doa kami tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan kami bermohon kepadaNya?"

Ibrahim menjawab, "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara."

  • Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhanNya.
  • Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
  • Kamu membaca al-Quranm tetapi tidak beramal dengannya.
  • Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
  • Kamu berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  • Kamu berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  • Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  • Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan semua keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri. 
  • Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Doa juga tertolak apabila seseorang memutuskan persaudaraan dan sering berbuat dosa. Rasulullah berkata yang bermaksud, 
Tiada seorang Muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa ataupun memutuskan silaturahim, melainkan Allah memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara, samada dia itu dimakbulkan segera ataupun disimpan dan diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengan doa tadi." -direkodkan oleh Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya'la dengan sanad yang sahih. 

Rasulullah berkata yang bermaksud,
Tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak adalah pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang teraniaya." -Direkodkan oleh Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah.

2 Jul 2013

Kebaikan Susu Ibu

Assalamualaikum..


  • Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.
  • Sebaik selepas melahirkan, sus pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
  • Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-birit, selsema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama untuk bayi.
  • Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
  • Selain itu, ia juga bersih dan bebas bakteria serta mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel arah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria.
  • Susuibu tersedia bila-bila masa dan sentiasa steril, susu ibu tidak pernah rosak dan sentiasa segar. 
  • Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi.
  • Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.

30 Jun 2013

Tips Atasi Sakit Mata


Assalamualaikum..

Mata merah, bengkak, gatal dan ada ketikanya mengeluarkan selaput mata. Berhati-hatilah jika anda mengalami penyakit mata kerana ia mudah menular kepada mereka yang berada di sekeliling anda. Penularan ini adalah melalui benda-benda yang dipakai atau bersentuhan dengan mata seperti sapu tangan, tuala, cermin mata atau tangan anda sendiri. Jadi tidak hairanlah jikalau anda terkena penyakit mata, keluarga anda adalah antara yang terawak sekali dijangkiti.



Ketika sedang sakit mata, biasa nya anda akan berasa seolah-olah ada benda asing yang masuk ke dalam mata, lalu tangan mulalah menyapu mata. Lama kelamaan, tangan mula menggosok mata hingga timbul rasa gatal-gatal dan mata memerah. Seterusnya mata mulai membengkak dan akhirnya selaput mata mula keluar. Mata juga terasa seperti berat dan sensitif terhadap cahaya. Sakit mata atau konjungtivitis ini boleh disebabkan oleh virus, bakteria atau alahan terhadap sesuatu seperti debu, asap atau bahan kimia, Sekiranya anda mengalami tanda-tanda penyakit mata seperti ini cuba ikuti beberapa panduan di bawah :

  • Tekap mata anda dengan menutup kelopak mata dan gunakan tuala yang direndam dengan air suam. Tekapkan antara 5-10 minit dan ukangi sehingga bengkak surut. 
  • Gunakan antibiotik yang disarankan oleh doktor anda selama dua hari atau sehingga gejalanya mereda.
  • Elakkan menggunakan pelbagai ubat titis mata selain yang disarankan oleh doktor. Elakkan juga dari menggunakan kosmetik seperti pensel mata, pembayang mata atau maskara.
  • Elakkan menggunakan kanta lekap selama dua hari setelah ubat mata digunakan.
  • Pastikan orang lain terutama ahki keluarga tidak menggunakan barang yang sama yang telah anda gunakan seperti baju, tuala, sarung bantal, cermin mata dan sebagainya.
  • Jauhi dari aktiviti renang ketika sedang sakit mata agar bakteria yang terdapat pada air tidak memudaratkan lagi sakit mata anda.
  • Elakkan bersentuhan dengan orang lain seperti bersalam dan sebagainya ketika anda sedang sakit.
  • Jauhi daripada menggunakan ubat mata orang lain yang diberi oleh doktor. Jumpa doktor atau pergi ke farmasi untuk mendapatkan ubat khas untuk diri sendiri.
Jom amalkam hidup sihat. Mata adalah anugerah, jom kita jaga sebaiknya..

25 Jun 2013

Jerebu Mengancam Kesihatan Tubuh Kita

Assalamualaikum..

source image -mstar.com.my

Keadaan jerebu yang kian berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :
    *Kanak-kanak
    *Orang tua
    *Mereka yang mengalami penyakit
           -asma
           -bronkitis
           -radang paru-paru
           -penyakit paru-paru yang kronik
           -jantung
           -alahan
    *Perokok
    *Mereka yang sentiasa bekerja di luar premis atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
         # Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
         # Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas
         # Mata terasa pdih dan berair
         # Hidung berair dan kerap bersin
         # Kulit badan terasa gatal-gatal
         # Terasa sakit dada

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

~mengharapkan keadaan berjerebu ini hanya seketika dan cepat-cepat kembali pulih seperti biasa.

SOURCE

15 Jun 2013

Kata Tak Percaya, Tapi..

Assalamualaikum..

Salam penuh bahagia untuk semua. Kata tak percaya, tapi.... Tapi apa? Percaya tak korang yang situasi ni selalu terjadi dalam kehidupan manusia. Disekeliling kita, dalam kelompok dan dalam kalangan kita. The Real situation is -Awak kata awak tak percaya dia, tapi segalanya awak cerita dan bagitahu dia-


Anda tak percayakan saya tapi bagaimana semua cerita tentang anda saya boleh terima dengan mudah? Tanpa perlu melalui orang lain, tanpa perlu tol. Tanpa perlu traffic light bagai. Semua terlalu smart seolah-olah smart tag tanpa perlu touch n go. Terasa terlalu mudah, senang dan selesa bila ianya terjadi.

Ahha, korang semua dapat tak apa yang aku cuba sampaikan kat sini?? Tak kisahlah siapa pun 'awak', siapa pun 'dia', siapa pun 'saya'. Bukan isu siapa tapi bagaimana hal ni boleh terjadi. Kenapa mesti begitu ye? Korang rasa kisahnya kita percaya dia ke tidak sebenarnya? Sangat-sangat confuse..


Kenapa kepercayaan tu penting?


psssss..... dah 3 orang aku tanya tentang ni, tapi ketiga-tiga juga tak mampu nak jawab soalan ni. Mereka faham tapi tak mampu nak berkata apa. Aku juga faham kerana berat isu Percaya ni.. Apa pula kata anda? Entri ni terlakar sekadar untuk mengisi masa sebab aku baru je mula membaca sebuah buku tentang nilai kepercayaan.

9 Jun 2013

Panduan Diet Rendah Lemak

Assalamualaikum..

Bagi anda yang ingin berdiet menggunakan kaedah Diet Rendah Lemak, anda boleh ikuti beberapa panduan dibawah :


  • Buat catatan di atas segala perbelanjaan anda dengan terperinci.
  • Pastikan setiap kali anda membeli barangan dapur atau makanan, anda turut memasukkan sayur, buah-buahan dan beras.
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. Cuba imbanginya dengan melebihkan makanan yang mengandungi rendah lemak.
  • Buang kulit dan lemak dari ayam dan daging.
  • Elakkan dari memakan makanan dari organ dalaman haiwan seperti limpa, hati dan sebagainya. 
  • Jika anda penggemar keju, pastikan anda hanya mengambil keju yang rendah lemak.
  • Kaedah memasak anda perlu ditukar. Jika dahulu lebih banyak menggunakan kaedah menumis atau menggoreng, biasakan pula kaedah memasak yang tidak menggunakan minyak yang banyak seperti merebus, membakar, memanggang atau mengukus.
  • Amalkan tabiat membaca label pada setiap makanan yang dibeli. Mungkin makanan tersebut makanan yang sihat tetapi siapa tahu kandungan lemaknya pula masih tinggi.
  • Kurangkan makanan lemak tambahan seperti yang terdapat pada mentega, minyak sawit dan minyak kelapa. 
  • Untuk mengelakkan anda daripada bosan dengan menu tersebut, sentiasa mencuba dan memperbaharui menu anda setiap hari. Ini akan membantu diet anda menjadi lebih berkesan dan tahan lama.

Jom amalkan cara hidup sihat. Sihat-sihat selalu..