Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Abang Pedas. Show all posts
Showing posts with label Abang Pedas. Show all posts

24 Sep 2013

2014 Kawasaki Ninja 250

Assalamualaikum..

Tetiba je aku tampal gambar motor besar.. Pelik kan, haah.. memang pelik.. Ada cerita tentang ni pastinya nanti =)
Ingat lagi masa kecik-kecik dulu kalau nampak gambar-gambar gini mesti masing-masing dok berebut dan main cop-cop "ini aku punya" kan..

Tapi tu dulu la, alaaa.. masa zaman kita tak reti apa. Sekarang ni bila tengok, walaupun hebat camne pun...... takde pe yang menarik. Sungguh! Tapi...(Tunggu kalau abang pedas aka Tuan Ebrahim yang bawak okey aku setuju yang motor ni memang canggih, hebat, hot dan sungguh-sungguh pedas berapi) hahaha..




Tengok motor besar ingat apa?? Bak kata Melur Jelita dan diva-diva Jelita "Mestilah ingat abang pedas...." Siapa abang pedas ni? Errrk, mohon baca I Love You Stupid! dan My Precious Iris ye..


"Ada dua pemburu yang tidak akan kenyang. Pemburu ilmu dan pemburu harta."

14 Aug 2013

Penangan Iris & Abang Pedas

Assalamualaikum..

Penangan Iris & Abang Pedas. Since kenal karya Melur Jelita yang bernama I Love You Stupid! dan My Precious Iris ni aku rasa hati ku makin ke laut tau. Tahap berangan tu dah makin tinggi.  Owh, aku tak tahu kali keberapa sebenarnya aku dok ulang baca My Precious Iris ni tau. Sebab serius awesome!

Korang kenal siapa Iris? Kenal siapa Abang Pedas?? Ni lah dia Iris dan Abang Pedas aka Firman Ebrahim.

teringat setiap patah surat-surat Firman =)

"Kaya raya sampai langit ketujuh sekalipun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!" -Firman

Ni lah momen-momen indah Iris bersama Abang Pedas.. 
photo kredit to Iris Firman Nur

Aku tak tahu nak gambarkan apa yang aku rasa bila membaca novel berdua ni. Hati tu berbunga-bunga je, gelak ketawa tak kira masa. Bila masuk scene yang sedih mula lah berair dan berhujan air mata ni.. Terlalu banyak perkara yang boleh diambil belajar dalam kedua-dua novel ni. Tak percaya? cuba baca..

Sungguh, mohon baca tanpa meninggalkan walau sebaris ayat seperti yang penulis sarankan! "Baca dengan mata hati dan mata akal. Anda akan mendapat kepuasan maksimum bila mengikut apa yang saya cakap. Tak ada trick. Semuanya ditulis terang benderang. Jawapan semua ada dalam ILUS dan MYPI"

Ada yang sound, ada ke orang sebaik Firman? Hot macam Abang Pedas? Segagah Tuan Ebrahim? dan sebaik sehebat (se se se dan se yang seumpama dengannya lah) Firman Ebrahim aka Abang Pedas ni??  Mungkin takde, memang semua tu khayalan dalam novel tu tapi tak mustahil kan kita boleh ambil kebaikan dalam setiap perangai, perbuatan, dan tutur kata yang dibawa dalam novel ni. Dan pastinya lebih indah andai realitinya kita mampu menjadi lebih hebat dari Firman Ebrahim tu. Begitu juga dengan watak Iris..

Apa dia 4 perkataan yang disebut tanpa menggerakkan bibir atas dan bawah? -Firman
Iris tak tahu? Geleng
"Ia adalah kalimah la ilaha ill allah"
Satu perkataan? -Iris
"Allah..."

(aku suka dengan bayangan penulis tentang Abang Pedas, Firman dan Tuan Ebrahim) Ananda Everingham terbaik lah =)


~semua polis yang aku jumpa semua aku panggil abang pedas.. tua muda semuanyalah. Tak caya cer tanya my mum =)  lalalala,

22 Jul 2013

Tolong Jangan Saman...

Assalamualaikum..

Kena saman dengan abang pedas? Wah, bulan-bulan puasa pun boleh kena saman eh? Adoiii, sabar jelah. Tapi kalau yang tukang saman tu sehebat dan secun abang pedas rasanya takde masalah kot. Hehehehe, tipu je. Mana de kena saman pun.. Harap-harap takde kena lagi lah, kalau dakk melayang lagi ler fulus-fulus ku..


Korang pernah kena saman? Saman speed trap, AES or even saman parking sekalipun? Cer cerita sikit pengalaman korang kena saman. Nak cerita pasal kena tahan abang polis aka abang pedas pun takpe. Yelah, kalaulah abang pedas tu sebijik macam Abang Pedas Iris rasanya 8,9kali dapat surat saman pun takpe kan. Kahkahkah.. (berangan tak sudah nampaknya)...

Yang pasti hakikat yang tak mampu dicerita memang sakit hati sangat bila kena saman ni. Betul tak kawan-kawan??

Jom layan bawah ni.. Sangat suka dengan lagu ni =)


Happy Monday Blues semua....

19 Jun 2013

Silence Day Of The Wednesday | Alahai Abang Pedas

Assalamualaikum..

source google image

#result : I love You Stupid! =)