Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label 1Gram 1Bulan 1Keluarga. Show all posts
Showing posts with label 1Gram 1Bulan 1Keluarga. Show all posts

8 Mar 2016

Hadiah Harijadi Sarah

Assalamualaikum..

"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Sarah mama, Allah selamat kan kamu....."
Hadiah dari Maksu & CikNa
Alhamdulillah, 3minggu lalu Sarah dah pun setahun. Jom baca SINI. Mama lah orang yang paling happy sebab budak kecik ni dah besar! Hahaha, tapi saiz dia tetap kecik gitu jugak. Asal jumpa orang je, mesti tanya berapa bulan Sarah tu. Ramai yang terkejut bila mama bagitahu Sarah dah setahun. Kecik.. hihi,

Hadiah hari jadi? Ni la mama nak share sikit ni. Hadiah kecik je dari mama, memang kecik  dan ringan sangat. Sarah pun agaknya bukan paham pun kan. Takpelah, janji hadiah tu untuk masa depan budak Sarah ni. Memang tak berguna masa sekarang ni, tapi InsyaAllah berguna satu masa nanti.

Ni jelah yang mampu mama bagi untuk anak tercinta, almaklumlah mama ni penganggur kan. Takde income sendiri. Jadinya.. cukuplah 1gram1bulan. Cuma untuk hadiah harijadi Sarah ni mama upgrade sikit jadi 1gram syiling emas + 0.5gram syiling emas 999. (Buat tambahan koleksi sebab sebelum ni takde lagi syiling emas ni). Jadi total hadiah untuk Sarah adalah 1.5gram syiling emas.

Yang paling best, malam tu mama serah hadiah ni kat dia... suka betul dia nak pegang. Lagi best bila tidur pun tak mahu lepas. Hihi, anak emas betul Sarah ni. Okey, mama sayang awak ye Sarah! Semoga terus membesar dengan baik. InsyAllah tahun mendatang ada rezeki mama bagi besar lagi ye...

~takde alasan lagi sebenarnya untuk menyimpan emas ni. Mahal? Sekarang sekecik 0.5g tau. Bulan lepas mahal, minggu lepas mahal, semalam mahal, esok-esok lagi mahal! Ok, byeee..
Boleh 0125466547 kalau berminat nak beli emas murah harga kilang

27 Feb 2016

Kami Pencinta Emas

Assalamualaikum..

Kalau dulu, tak pernah tau pun pasal emas ni. Tak pernah ambil tahu pun tentang dia. Selepas 27 tahun baru pertama kali pakai barang kemas itu pun cincin tunang. Hahaha, kesian kan. Kalau cerita pasal goldbar, dinar lagi lah tak tahu apa. Sungguh!
Tapi tu semua dulu la... masa tu memang buta emas. Sekarang bila celik emas ni, semuanya nak emas sesaje. Terasa ruginya tak kenal emas dari awal-awal dulu. Takpelah, biar lambat dari langsung tak ambil tindakan pape kan. Jangan salah anggap ye, kita bukannya materialistik. Just nak secure, in case apa-apa yang berlaku masa akan datang paling kurang emas dapat membantu memberi kita sedikit dengan menggadaikan ia.


Boleh je korang nak simpan duit, tapi RM1 juta yang korang simpan hari ni dah tentu nilai dia takkan sama dengan masa akan datang tu kan. Tapi dengan RM1juta nilai emas hari ni Allahuakbar, korang akan dapat berganda-ganda nilai emas tu masa akan datang.

Sebab tu pesanan orang-orang yang berjaya 'ada duit je, simpanlah emas' dalam berbisnes apa-apa pun, jangan lupakan emas. InsyaAllah, biar sikit-sikit lama-lama berbukit. Gram to kilo insyaAllah.

Tak tahu nak mulakan macamana simpanan emas? Bermula dengan 1gram dulu pun dah cantik dari tak mula langsung tau. Sungguh, aura tu lain macam je bila kita dah rasa feeling emas tu.


Masih tak tahu nak dapat kat mana 1gram tu? Jomm.. nak emas murah tapi dijamin ketulenan dan diperakui oleh banyak pihak?? Whatsapp mama Sarah ni ye 0125466547 / 0175040585  atau feel free to visit SINI

29 Oct 2015

Jom Celik Emas | Kenapa Perlu Simpan Emas?

Jom Celik EMAS | Kenapa Perlu Simpan Emas?


Assalamualaikum.

Banyak sangat yang bertanya. Kenapa Perlu Simpan Emas??? Apesal nak simpan emas?? 

Tak nak ulas panjang-panjang. Baca point-point mudah kat bawah dan hadamkan.

  • Keuntungan Modal kenaikan harga emas 20-30% setahun
  • Melindungi nilai harta & kekayaan anda
  • Kalis inflasi tidak susut nilai
  • Simpanan yang tidak dimamah usia
  • Bernilai tinggi dan menjadi kebanggaan pemiliknya
  • Diiktiraf di seluruh dunia sebagai logam yang amat berharga
  • Mudah ditukarkan kepada wang tunai
  • Simpanan terbaik untuk masa depan
  • Aset terunggul selain rumah dan hartanah
Jom simpan EMAS! 1Gram1Bulan1Keluarga 

Nak beli emas goldbar dinar harga murah? Meh cepat Whatsapp 0175040585

Haa.. yang penting beli emas dapat emas fizikal ye. Jangan labur tapi akhirnya lebur! lagi satu yang paling penting lengkapkan diri dengan ilmu emas supaya kita tak mudah ditipu. Okey, tu je setakat hari ni.
#Powergold pilihan terbaik!

13 Aug 2015

1Gram 1Bulan 1Keluarga Powergold

1Gram 1Bulan 1Keluarga Powergold |

Assalamualaikum..
Nilai matawang Ringgit kita semakin hari makin jatuh. Semakin hari makin kecil nilainya. Kalau dahulu RM50 macam-macam barang boleh dibeli tetapi hari ini dengan nilai yang sama mungkin 2 atau 3 barang sahaja yang dapat diperolehi dengan not RM50 tu. Nampak tak kita yang keadaan ekonomi segara semakin membimbangkan. Inilah hakikat yang harus kita terima.
Untuk menunggu pihak berkuasa kerajaan melakukan sesuatu mungkin agak memakan masa. Tapi untuk memastikan kita terus berada di landasan yang selesa di kemudian hari, perubahan itu yang perlu kita sendiri lakukan.

KENAPA PILIH SIMPAN EMAS??

Kenapa mesti EMAS? Ada apa dengan EMAS
Mudah sahaja penceritaan dia. Perkhabaran yang mudah untuk difahami dan perbandingan yang jelas nyata bakal diperolehi.
Kita SIMPAN DUIT RM200 tiap-tiap bula..
Cukup 10 tahun dapat RM24,000 kan..
RM24,000 sekarang dengan yang akan datang agak-agak sama nilai tak??
Mesti tak kan.. sebab nilai matawang makin lama makin mengecil.

Tapi EMAS??
Cuba tukar RM200 kepada SIMPANAN EMAS..
Maksudnya kita beli dan simpan EMAS setiap bulan.. (cukup untuk bermula dengan 1gram sebulan)
10 tahun akan datang dah tentu dapat 120gram kan..
Nilai emas sekarang dengan nilai emas akan datang sama tak??
For sure tak kan sama! Sebab nilai emas tu makin berlipat kali ganda tingginya.

Cuba kita flashback masa zaman kita kecik-kecik dulu..

Dulu mak, nenek kita beli EMAS dengan harga RM36 per gram..
Sekarang tengok la harga dah jadi RM170++ per gram.
Masih tak nampak lagi ke UNTUNG nya kalau kita SIMPAN EMAS??

Kenapa Pilih 1Gram??
*Mudah, murah dan mampu milik. 
-Kebanyakkan orang fikir kalau emas je mesti mahal. Mesti orang berduit je yang mampu untuk beli emas ni. Memanglah, kalau fikir untuk beli berkilo-kilo emas tentulah harganya ratus-ratus ribu. Mind set ni yang perlu kita kikis. Dalam waktu kita menunggu nak mencukupkan duit yang beratus-ratus ribu tu sedar tak kita sebenarnya dah kerugiaan. Sebab emas semakin hari makin tinggi nilainya. Kecilkan skop, mulakan dengan 1gram sebulan dan teruskan istiqamah dalam menyimpan emas. Paling tidak setahun kita sudah ada 12gram. Buat masa sekarang harga 1gram boleh diperolehi bawah harga RM180. Semua orang mampu milik insyaAllah.

*Kegunaan semasa kecemasan.
-Kita tidak tahu mungkin ada ketika kita mempunyai krisis kewangan yang memerlukan wang. Mungkin nilai yang diperlu itu tidaklah terlalu besar. Cuba bayangkan kita mungkin memerlukan RM500, perlu ke kita untuk menjual emas yang beratnya 20gram? Dah tentu rugi kan. Ada baiknya kita jual emas yang kecil-kecil ini dari terpaksa mengorbankan emas yang besar nilainya. 

*Istiamah dalam menyimpan.
-Dengan 1gram insyaAllah kita mampu berterusan menyimpan kerana tidak memerlukan modal yang besar. Biar sikit-sikit kerana lama-lama membukit juga. Yang penting usaha kita untuk terus menyimpan kerana pastinya Simpanan Emas Menguntungkan.

Jom tukar Ringgit kepada simpanan EMAS! Powergold pilihan terbaik. Murah baq hang!

Saya sudah, Nur Sarah Alya sudah. Kami sudah. Anda bila lagi?

012-5466547 / 017-5040585