Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

29 Feb 2016

Sarah Di I-City Shah Alam

Assalamualaikum..

Throwback. Sebenarnya ni cerita 2 bulan yang lepas. Awal Januari dulu kami berkesempatan ke Shah Alam menemani papa Sarah sempena Annual Dinner company office dia. Merasalah Sarah tidur hotel malam tu. Jadi sementara papa Sarah makan-makan, kami pun makan angin lah jugak malam tu.

Seronok Sarah dapat berjalan-jalan tengok macam-macam warna lampu ada. Bukan main Sarah berposing bersama dengan Maksu Sarah yang baru je balik bercuti sem dari Beijing China dan Cik Ana dia selaku driver. Maklumlah Cik Ana kan duduk kat Shah Alam tu.
Hajat kami nak mencuba mainan kat sana tu tak berhasil sebab kena beratur panjang, malam minggu orang ramai kan. Pulak tu kami dimaklumkan kena ada clubcard. Entahlah,mama pun tak tau. Hurrmm, kami pun ambil keputusan tak jadila nak buat sebab bukan nak datang selalu. Ok takpe, takde rezeki. Next time maybe. Lagipun masa tu Sarah dah mula mengantuk, sebelum dia mengamuk better lah mama ambil langkah berjaga-jaga. Hahaha,

*mama maintain comel kan Sarah kan... Wawawawa...

Ukuran Rantai dan Gelang Bayi dan Dewasa

Assalamualaikum..

Jom hari ni kita ambil ilmu sikit tentang EMAS. Kita belajar ukuran untuk rantai tangan atau gelang tangan bagi dewasa dan kanak-kanak/bayi.

  1. Baby dan Kanak-kanak
  • Rantai Tangan - anggaran panjang 11cm -15cm
  • Rantai leher - anggaran panjang 38cm hingga 40cm
  • Bangle  - Diameter 3cm (12cm), Diameter 3.5cm (13cm), D 4cm(14cm), D 4.5cm (15cm)

Nak Tengok Barang Kemas Cantik-cantik?? Mehh cuci mata kat SINI
*pastu jangan lupa whatsapp kami ye mana yang berkenan tu. kami tolong kirakan harga dia berapa. 0125466547

     2.  Dewasa
  • Rantai Tangan - ukuran panjang 16cm hingga 20cm
  • Rantai leher - 45cm hingga 75cm
  • Bangle dewasa - Diameter 5cm (16cm), D 5.5cm(17cm), D 6cm(18cm), D6.5cm(19cm)  

Ukuran-ukuran diatas untuk rujukan andai kita nak buat belian barang kemas. Tapi untuk dapatkan ukuran yang tepat, ukurlah sebaiknya. Tak perlu bersusah payah. Guna kertas dan pembaris/teletape aje.

#SayaJualEmasMurah
www.taukeemas.com/aimacomel
0125466547 / 0175040585

27 Feb 2016

Kami Pencinta Emas

Assalamualaikum..

Kalau dulu, tak pernah tau pun pasal emas ni. Tak pernah ambil tahu pun tentang dia. Selepas 27 tahun baru pertama kali pakai barang kemas itu pun cincin tunang. Hahaha, kesian kan. Kalau cerita pasal goldbar, dinar lagi lah tak tahu apa. Sungguh!
Tapi tu semua dulu la... masa tu memang buta emas. Sekarang bila celik emas ni, semuanya nak emas sesaje. Terasa ruginya tak kenal emas dari awal-awal dulu. Takpelah, biar lambat dari langsung tak ambil tindakan pape kan. Jangan salah anggap ye, kita bukannya materialistik. Just nak secure, in case apa-apa yang berlaku masa akan datang paling kurang emas dapat membantu memberi kita sedikit dengan menggadaikan ia.


Boleh je korang nak simpan duit, tapi RM1 juta yang korang simpan hari ni dah tentu nilai dia takkan sama dengan masa akan datang tu kan. Tapi dengan RM1juta nilai emas hari ni Allahuakbar, korang akan dapat berganda-ganda nilai emas tu masa akan datang.

Sebab tu pesanan orang-orang yang berjaya 'ada duit je, simpanlah emas' dalam berbisnes apa-apa pun, jangan lupakan emas. InsyaAllah, biar sikit-sikit lama-lama berbukit. Gram to kilo insyaAllah.

Tak tahu nak mulakan macamana simpanan emas? Bermula dengan 1gram dulu pun dah cantik dari tak mula langsung tau. Sungguh, aura tu lain macam je bila kita dah rasa feeling emas tu.


Masih tak tahu nak dapat kat mana 1gram tu? Jomm.. nak emas murah tapi dijamin ketulenan dan diperakui oleh banyak pihak?? Whatsapp mama Sarah ni ye 0125466547 / 0175040585  atau feel free to visit SINI

26 Feb 2016

Isteri Vs Tunang Episod 16 (Episod Akhir)

ISTERI VS TUNANG EPISOD 16 (EPISOD AKHIR)



Credit : suarez-ynwa

Tundukkan Playboy Itu Episod 6

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU EPISOD 6



Credit : Dtny

25 Feb 2016

Tundukkan Playboy Itu Episod 5

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU EPISOD 5



Credit : Dtny

Isteri Vs Tunang Episod 15

ISTERI VS TUNANG EPISOD 15



Credit : suarez-ynwa

24 Feb 2016

Isteri Vs Tunang Episod 14

ISTERI VS TUNANG EPISOD 14



Credit : suarez-ynwa

Tundukkan Playboy Itu Episod 4

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU EPISOD 4



Credit : Dtny

23 Feb 2016

Aset Tanpa Hutang Dan Mampu Milik

Assalamualaikum..

Soalan cepu emas pagi ni kat gambar bawah ni.

Kome rasa agak-agak yang mana kome boleh beli tanpa berhutang?? Aset mampu milik. Orang muda budak-budak yang masih belajar atau anak-anak kecil yang ada tabungan pun masih mampu miliki. 


Jawapan Tun M kat atas ni dah cukup bagi kita guideline apa yang patut kita buat. Beli dan Simpanlah Emas. Kalau kita tak fikir pasal diri kita, kalau bukan untuk masa depan kita tapi fikirlah untuk masa depan anak-anak. Tak banyak pun, #1Gram1Bulan1Keluarga pun dah cukup dari takde langsung. 

Okey, Selamat Beramal! Sharing is caring. 
Opps sebelum terlupa, boleh msg/whatsapp 0125466547 / 0175040585 untuk kami bantu macamana nak beli Emas Goldbar, Dinar, Syiling Emas atau Barang Kemas Murah

Isteri Vs Tunang Episod 13

ISTERI VS TUNANG EPISOD 13

Tundukkan Playboy Itu Episod 3

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU EPISOD 3



22 Feb 2016

Pencapaian Setahun

Assalamualaikum..

Isnin lepas 15.02.16 Sarah genap setahun. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kurniaan ni. 12 bulan bersama Sarah, macam-macam benda dilalui bersama. Suka duka menangis ketawa semua dirasai. Banyak perkara yang mama tak mampu nak ungkap dengan kata-kata.

Seronok bila melihat anak membesar depan mata. Step by step dia berkembang. Meniarap menjulur merangkak duduk memanjat berdiri. Berjalan je belum lagi setakat hari ni. Alhamdulillah, sekali lagi syukur atas nikmat kesihatan yang Allah bagi. Setiap perkembangan dia buat kita ternanti-nanti tapi bila anak dah berjaya melepasi tahap tu kita pulak yang rasa rindu nak dia kecil semula. Kan..

Pencapaian Setahun Sarah.

  • Berat 6.8kg (zone kuning lagi -minggu depan kena jumpa dietician)
  • Tinggi 67cm
  • Gigi 4 batang (2 atas & 2 bawah) -Lagi 2 diatas baru keluar tunas
  • Pandai berdiri tapi belum berani nak melangkah lagi.
  • "Uppa" paling kerap yang di sebut. 
  • Bek (bird) -yang terbang semuanya bek. Lalat pun bek jugak.
  • Tak tau apa yang dia takut sebab semua benda dia relax je. 
  • Jenis "Malu tapi mahu"
  • Sayang -kalau datang time dia nak semua orang dia nak sayang (cium pipi &laga kepala) 
  • Masih lagi full breastfeed secara direct
  • Kuat merap @ ngempeng
  • Suka merajuk (nangis sambung-sambung)
  • Daya tahan sakit dia kuat -Alhamdulillah
  • Makan ikut mood dia. 
  • Liat masuk dan liat nak keluar bilik air untuk mandi
  • *lain-lain akan di update ye 

Takde apa yang mama harapkan selain Sarah terus membesar dengan baik, sihat sejahtera selalu. Mama bertuah sangat dapat bersama dengan Sarah anak solehah mama! 
*kadang mama termarah, semua sebab sayang tau... Dah besar nanti Sarah baca lablog mama  ni tau.

19 Feb 2016

Pencinta Drama Bersiri

Assalamualaikum..
Drama Bersiri Paling Diminati
Blog ni sekarang dah jadi blog drama lah pulak. Kan.. aduhhh, dah lari dari tajuk asal sebenarnya blog ni. Bila dikenang-kenang rasa aishhh, menyampah pulak dah penuh drama je. Tapi, buat masa ni tak terdaya pulak nak buat. Tu je yang termampu. Bulan Januari habis ke drama je. Huhuhu,

Drama Terbaru TV3


Nak buat camne, drama siri kat tv tu semuanya macam best je. Nak tengok kat tv terus terang cakap memang tak dan. Jadi solusinya adalah tonton online la. Sebab tu lah kami update drama episod ke episod kat sini, senang nak mencari untuk diri sendiri sebenarnya. Lagipun, nampak macam ramai jugak yang memilih untuk tonton secara online drama-drama kat tv ni. Kami pun cuba nak memudahkan bagi mereka-mereka yang mencari. Dan tak lupa credit diberi kepada owner video. Terima kasih ye.

Drama Terbaru Astro 

Sha & Shah

Isteri Vs Tunang

Sekarang InsyaAllah, sedang berusaha nak mempelbagaikan balik blog ni. Tak mahu lah asyik berdrama je. Banyak benda nak cerita, banyak perkara nak share. Drama tu selit-selit je okey. Cuma kadang bila sehari dua tak dapat nak berblog, terpaksa jugak bermarathon untuk update drama ni. Maaf ye.


*Nak buat camne, saya kaki drama melayu & penonton setia drama bersiri kat channel AXN  (yang best je la). Huhuhu,  

Budak Gigi Jarang

Assalamualaikum..

Budak Sarah ni jarang senyum. Pendek kata memang susah nak senyum, muka masam sokmo. Serius dan memang orang akan cakap aishhh sombong nau budak kecik Sarah ni. Tapi kalau ditenung-tenung, dirisik-risik sekali dia senyum... melting okey, boleh cair kome tau.

Dah masuk setahun ni, dah makin besar Alhamdulillah. Dah murah dengan senyuman. Mudah tersenyum persis malu tapi mahu tu. Yes, Malu tapi mahu!

Jangan tak tahu, gigi atas dia sekarang ni baru ada 2 batang. Gigi kapak okey. Dan yang  paling best, gigi kapak yang jarang! Mama rasa boleh muat satu lagi gigi kat tengah tu...

Tak percaye?? Try ler kome zoom gambor bawah ni. Hihihi, comei sangat la Sarah mama ni! Ok, bye..

Isteri Vs Tunang Episod 12

ISTERI VS TUNANG EPISOD 12



Credit : suarez-ynwa

18 Feb 2016

Tundukkan Playboy Itu Episod 2

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU EPISOD 2



Credit : Dtny

Drama Tundukkan Playboy Itu Full Episode

Tundukkan Playboy Itu Episod 1

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU EPISOD 1



 Credit : Dtny

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU FULL EPISODE

Isteri Vs Tunang Episod 11

ISTERI VS TUNANG EPISOD 11



Credit : suarez-ynwa

Isteri Vs Tunang Episod 10

ISTERI VS TUNANG EPISOD 10



Credit : suarez-ynwa

17 Feb 2016

Cinta Si Wedding Planner Episod 28 (Episod Akhir)

CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 28 (EPISOD AKHIR)



Credit : AhmadFarhan

16 Feb 2016

Isteri Vs Tunang Episod 9

ISTERI VS TUNANG EPISOD 9


Episod Akhir Cinta Si Wedding Planner

Assalamualaikum..

Drama bersiri Cinta Si Wedding Planner nampaknya dah sampai ke kemuncak hari ni. Bagi peminat drama rantaian 28 episod ni pastinya teruja dan tidak sabar menunggu pengakhiran cerita Zara dan Fariz kan. Mesti nak tahu apa yang terjadi dengan kisah Nadia dan kembar dia Shira yang psiko tu.
Dah hujung-hujung ni terasa pulak debaran dia kan. Zara kena langgar, mak Shira pulak lari ikut Heykal sebab nak selamatkan diri, dan tak sabar nak tunggu pendedahan mengenai watak Shira dan Nadia tu. Sabar ye, nanti petang kita tengok sama-sama okey.

Episod Akhir Cinta Si Wedding Planner

Credit : AhmadFarhan

Terlepas banyak episod? Jom

Watak Psiko Shira Dalam Drama Cinta Si Wedding Planner

Assalamualaikum..

Siapa yang tengok drama Cinta Si Wedding Planner mesti kenal kan dengan Shira dan Nadia si kembar yang sangat mental dalam drama bersiri ni. Serius, memang rasa psiko gila si Shira ni. Rasa macam nak sekeh-sekeh je minah tu. Haha, watak tu memang memberi kesan kot kat penonton kaki drama macam kami ni.
Memang sesuai sangat la Shiqin Kamal ni membawa watak perempuan psiko tu kan. Serius bagus sekali dengan mimik muka tu yang buat kita rasa 'gila betul pempuan ni' kan... Maksudnya, beliau membawa watak tu dengan cukup baik, sebab sangat terkesan kat hati kita ni. 

Tengok Shira memang rasa sakit hati sungguh. Meluat sungguh bila dia kata dia pasti akan dapatkan jugak apa yang dia nak. Kalau aku jadi laki tak lalu aku nak hadap perempuan gini. Hihihi... Bila tengok Nadia pulak, rasa macam kesian pun ada kan.. rasa macam soft je dia. Hahaha, tak memasal je terkesian kat Nadia tu.

Apa pun, drama Cinta Si Wedding Planner ni best, sarat dengan mesej jugak tentang keluarga, tentang persahabatan, cinta kasih dan sayang. Orang kata air yang tenang jangan di sangka takde buaya. Haaa, sekali tengok Zara mengamuk.... I pun terkejut tau. Hihi.

Dah episod last pun esok...

Kalau rajin jangan lupa Tonton Online Cinta Si Wedding Planner

15 Feb 2016

Cinta Si Wedding Planner Episod 27

Ustazah Pilihan

Assalamualaikum..

Alahaiii, seronoknya bila tengok anak membesar depan mata ni. Nur Sarah Alya, kemain susah nak 'pakai' tudung ni. Apa saje benda yang kita letak atas kepala dia semua dia tepis, tarik dan rentap dan dan tu jugak. Tak tahu lah kenapa. Rimas agaknya.

jom wish happy besday kat Sarah... hihi

Tapi lately, alhamdulillah baik pulak respon dia bila dibagi pakai tudung. Siap bagi kerjasama nak berselfie lagi. Amboi anak dara ni, memang sungguh!

Tadaaa,,, senyum dia tu yang paling mahal. Sebab susah okey budak kecik ni nak senyum. Selalu buat muka sardin je.


InsyaAllah moga Sarah membesar jadi anak yang baik ye. Ustazah pilihan yang terus berjuang demi keteguhan Agama Islam kita, juga demi negara, keluarga tercinta..

*bakal Pilot yang bergelar hafizah (hafaz AlQuran) insyaAllah.

Selamat Hari Jadi Sarah!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni genap My Little Sunshine Nur Sarah Alya setahun. Pejam celik pejam celik setahun dah usia dia. Sekejap sangat masa berlalu sekarang ni kan. Rasa macam semalam baru beranak kan budak Sarah ni. Rupanya hari ni dah ulangtahun yang pertama.

Ni masa usia Sarah 4hari
Selamat Hari Jadi Sarah kesayangan mama, my best buddy, my bff dunia akhirat. Terus membesar jadi anak yang baik solehah, sihat sejahtera. Dah besar takleh nak cengeng cengeng lagi. Mama papa sayang Sarah sangat-sangat tau!

*mama rasa ni entri paling pendek mama. Tetiba mama jadi wordless tak tau nak tulis apa sebab mama rasa terharu, sayu sangat yang anak mama ni dah besar rupanya...

13 Feb 2016

Isteri Vs Tunang Episod 8

Isteri Vs Tunang Episod 6

Isteri Vs Tunang Episod 7

12 Feb 2016

Cinta Si Wedding Planner Episod 26

Biodata Pelakon Shiqin Kamal

Assalamualaikum..

Jom kita baca dan kenal sikit dengan pelakon watak antagonis Shira dalam drama bersiri Cinta Si Wedding Planner tu. Watak Psiko gila si Shira tu yang pastinya kan..

Biodata Shiqin Kamal


Nama penuh : Nur Ashiqin Binti Mohd Kamal
Tarikh Lahir : 25 November 1991
Umur : 25 tahun (2016)
Pendidikan : Sarjana Muda Sains Aktuari 
Kerjaya : Pelakon

jom tonton CINTA SI WEDDING PLANNER

Pembabitan beliau dalam drama antaranya Kepadamu Aku Bersujud, Melarik Awan, Seharum Rindu dan terbaru sudah pastilah drama Cinta SI Wedding Planner yang dah sampai ke penghujung ni.

pssss.. cantik jugak Shira dan Nadia ni kan...

11 Feb 2016

Cinta Si Wedding Planner Episod 25

CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 25


10 Feb 2016

Isteri Vs Tunang Episod 5

ISTERI VS TUNANG EPISOD 5



Credit : AhmadFarhan

Cinta Si Wedding Planner Episod 24

CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 24



Credit : Dtny

Cinta Si Wedding Planner Episod 23

CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 23



Credit : Dtny


8 Feb 2016

Drama Isteri Vs Tunang (Astro Ria) Full Episode

Drama Isteri Vs Tunang Episod 4 Astro Ria



ISTERI VS TUNANG EPISOD 4


Credit : AhmadFarhan

6 Feb 2016

Drama Isteri Vs Tunang Episod 3


ISTERI VS TUNANG EPISOD 3



Credit : AhmadFarhan

5 Feb 2016

Isteri Vs Tunang Episod 2

Assalamualaikum..

ISTERI VS TUNANG EPISOD 2



Credit : AhmadFarhan