Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

7 Jul 2015

Drama M.A.I.D Episod 15

Drama M.A.I.D Episod 15 |

Assalamualaikum..
MAID EPISOD 15


6 Jul 2015

Drama MAID Episod 16

Drama MAID Episod 16 |

Assalamualaikum,,
MAID EPISOD 16

Cara Melegakan Batuk Dan Selsema Bayi

Cara Melegakan Batuk Dan Selsema Bayi |

Assalamualaikum..

Tiada seorang ibu pun yang sanggup bila tengok anaknya menderita sakit. Lebih-lebih lagi bayi yang masih kecil. Walaupun penyakit 3sekawan demam, batuk dan selsema tu boleh dikatakan menjadi kebiasaan dikalangan bayi tetapi kita sebagai ibu tetap rasa susah hati dan sanggup ikhtiar merawatnya.

Baby Sarah beberapa hati lalu hidung mula berair. Sebelum tu memang dah pergi klinik dan doktor dah bagi bermacam-macam ubat untuk Sarah. Tapi sungguh nak cakap yang mama tak sampai hati nak bagi ubat doktor sebab Sarah too young! Baru 4bulan dan nak paksa Sarah untuk telan ubat-ubat tu?? Owh, no no no! Mama pun google, google dan google. Walaupun bergaduh jugakla dengan papa Sarah sebab katanya mama lebih percayakan doktor google dari doktor sendiri yang bagi ubat tu.

Ni antara alternatif atau cara untuk melegakan batuk dan selsema bayi yang mama dah cuba pada Baby Sarah :

1. Kunyit Hidup
-Percubaan pertama yang mama lakukan ialah dengan menggunakan kuniy hidup. Kunyit tu mama asah/tumbuk dan sapukan kat atas hidung Sarah sekali dengan kapur (kapur ni nenek Sarah yang cakap). Alhamdulillah, ada perkembangan baik sebab esoknya selsema Sarah dah reda. 

Tapi esok-esoknya batuk pulak. Walaupun bukan batuk teruk (nenek dia cakap batuk mengada-ngada). Pada mama Sarah sebenarnya memang batuk dan nampak yang tekak dia sebenarnya tak selesa lebih-lebih lagi masa tidur. Selalu terjaga dan Sarah keluarkan bunyi 'aaa-aaa-aaa'. Macam kita orang dewasa kan bila kita nak legakan tekak. Sarah bagi mama sign yang dia sakit tekak. Kahak la tu kan.
2. Teknik fisiologi (Tepukan percussion) -lakukan 30minit sebelum menyusu ye.
Teknik ni mama cuba beberapa kali bila tengah main-main dengan Sarah. Beberapa minit, takde lah lama sangat. Yang ni Sarah memang bagi respon yang baik (mungkin dia ingat kita nak sendawakan dia kot). Teknik mudah dengan bagi baby meniarap (letak lah bantal lembut kat bawah). Condongkan sikit kepala kebawah, kaki keatas dan pastikan kaki bayi lurus. Bentuk tapak tangan seakan cupping (lubang ditengah) dan guna kekuatan pergelangan tangan untuk menepuk lembut belakang bayi.
Tepuk di kiri dan kanan belakang bayi selama 10-15minit. Teknik ni untuk melonggarkan kahak didalam paru-paru bayi. Kebiasaannya bayi akan batuk atau bersin untuk membuang kahak/hingus. Tapi kalau tertelan pun tak mengapa sebab ianya akan keluar melalui najis.
Hasil yang dilakukan pada Sarah nampaknya keluar melalui najis. Sebab semalam sahaja beberapa kali dia berak nampaknya najis dia belendir.

3. Teknik Percussion (Sedut wap air panas)
Teknik ni sama je dengan teknik tepukan percussion tu. Cuma menggunakan wap air panas yang dicampurkan dengan bawang putih yang dicincang dan ditambah dengan olive oil. Tadahkan muka bayi menghala ke wap air panas tu. Jangan lupa lakukan beserta tepukan cupping tadi tu. Teknik ni kena berhati-hati sikit la. Air panas kan. Sebab bayi dan tentu akan menangis meraung serta meronta-ronta untuk dilepaskan. Hati mama-mama kena kental lah ye. Hasilnya boleh dilihat bila berbuih/berbelon hingus keluar dari hidung bayi. Yang terbatuk pun ada. InsyaAllah boleh baik. Jangan lupa lapkan hingus tu ye. 
At last, upahnya susu la. Dan Sarah tidur lena sungguh lepas buat rawatan ni. Penat agaknya. Mungkin juga dah selesa sikit dari sebelumnya. Alhamdulillah, mama sayang Sarah!

Mama-mama boleh cuba ye rawatan ni. Sekurang-kurangnya kita usaha nak menyembuhkan sakit anak-anak kita. Ubat doktor? Itu mungkin pilihan terakhir kot..  

1 Jul 2015

#Cabaran 20Hari | Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

#Cabaran 20Hari - Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa |

Assalamualaikum.. (Day 5)
Pengalaman Pahit di bulan puasa. Tahun ni rasanya takde lah lagi pengalaman pahit tu. Sebab tahun ni berpuasa bersama anak kecil yang menemani sepanjang masa. Jadinya pahit kelat tu tak muncul pun. Yang ada hanyalah keriangan dan penuh dengan kasih sayang.
Tapi bila difikir-fikirkan semula.. nak kata pahit tu tak lah sangat, cuma sedikit sebanyak meninggalkan kesan juga masa tu. Kesan psikologi yang agak kuat, Masa tu la,, Setahun yang lalu. Berpuasa dalam keadaan mengandung. Masa tu baru first trimester, Kandungan masih terlalu awal. Bukan masalah pada kandungan tapi kerana alahan yang tak sudah-sudah.

Mengandung dan alahan. Tak lalu makan. Makan je muntah. Tak makan dah tentu-tentu la perut masuk angin, lagi lah tak lalu nak makan. Kan? Perkara biasa la tu bagi ibu mengandung kan. Betul, tapi bila orang yang terdekat dengan kita sendiri tak memahami agak-agak apa yang mampu kita buat? Psikologi confirm drop until zero, betul tak, 

Tapi tu semua cerita setahun yg dah berlalu. Biarkan lah.. Sarah Alya pun dah keluar dan mama bahagia sangat dengan kehadiran secilik ni. Yang penting sekarang susah senang kita bersama ye.

Pahit? hurmmm.. Buang yang keruh, ambil yang jernih,