Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

28 Feb 2014

Kemaskini Bloglist

Kemaskini Bloglist |

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang berbahagia untuk semua, hari ni masih lagi blur-blur. Bloglist masih lagi kosong nampaknya. Maklumlah, semua senarai blog yang sering diikuti dah hilang dari pandangan. Pendek kata bloglist dah takde, hanya kotak kosong je. 

Ada yang memang Aima ingat url blognya. Ada yang blur-blur. Maklumlah dah beberapa hari tak dapat nak fokus kat blog ni. Dan kesempatan ni aima nak mintak bantuan semua, kalau sapa-sapa nak masuk dalam bloglist Aima, silakan lah untuk bagitau  eh. Tinggalkan komen kat bawah ruang an ni disertakan sekali dengan alamat url blog korang eh. InsyaAllah Aima akan update. 

Terima kasih banyak-banyak.. Alhamdulillah, dah berani ambil langkah setapak ke hadapan. Terima kasih kepada sifuku yang dah banyak membantu menaiktaraf blog ni. Syukur...

27 Feb 2014

Drama Yes Boss TV3 Episode 4 Online

Drama Yes Boss TV3 Episode 4 Online |

Assalamualaikum..

YES BOSS EPISODE 4

<<YES BOSS EPISODE 3                                                          >>YES BOSS EPISODE 5

<YES BOSS TV3 FULL EPISODE>


Drama Yes Boss TV3 Episode 3 Online

Drama Yes Boss TV3 Episode 3 |

Assalamualaikum..

YES BOSS EPISODE 3


<<YES BOSS EPISODE 2                                                      >>YES BOSS EPISODE 4


26 Feb 2014

Jika Itu Takdirku Episode 7 Online

Jika Itu Takdirku Episode 7 Online |

Assalamualaikum..

JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 7


<<JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 6                        >>JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 8


<Tonton Online Drama Jika Itu Takdirku Full Episode>


Tonton Projek Memikat Suami Episode 10 Full Online

Tonton Projek Memikat Suami Episode 10 Full Online |

Assalamualaikum..

PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 10


25 Feb 2014

Jika ItuTakdirku Episode 6 Tonton Online

 Jika Itu Takdirku Episode 6 Tonton Online |

Assalamualaikum..

JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 6

Projek Nikah Kahwin -Selesai Langkah Pertama

Projek Nikah Kahwin -Selesai Langkah Pertama |

Assalamualaikum..
Syukur Alahmdulillah, dalam kekusutan menanti akhirnya dapat jugak tarikh kenduri secara rasminya. Lega, tu yang boleh digambarkan.Bila dah confirm tarikh ni, barulah boleh mula melangkah untuk step pertama. Berat rupa-rupanya proses kahwin ni eh.

Langkah pertama terus pergi book wedding planner. Hahaha, nampak benar kerja last minit kan. Padahal dah terang-terang kena booking selewat-lewatnya 7bulan. Dah la betul-betul last minit baru sibuk nak bayar deposit. Tapi, alhamdulillah masih diberi ruang kepada kami untuk ambil pakej tu walaupun masa dah suntuk.

Dan, masih banyak lagi perkara yang perlu dibuat dan difikirkan untuk menyempurnakan Projek Nikah Kahwin ni. Yang pasti time-time macam ni kedua-dua pihak kena banyak bersabar. Perbezaan pendapat dah tentunya, berbeza citarasa for sure memang ada, dan yang paling baik fahamilah sebenarnya masing-masing sebenarnya mahukan yang terbaik. Give and Take InsyaAllah boleh capai kata sepakat. Ya, Allah moga kau permudahkan urusan kami..

Terima Kasih yang tak terhingga kepada Wedding Planner kami,


Tonton Jika Itu Takdirku Episode 5 Online

Tonton Jika Itu Takdirku Episode 5 Online |

Assalamualaikum..

JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 5

<< Jika Itu Takdirku Episode 4                                                       >> Jika Itu Takdirku Episode 6   



21 Feb 2014

Giler Kejar Trafik?

Giler Kejar Trafik? 

Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang penuh kemuliaan untuk semua sahabat ku. Hari ni nak cerita sikit pasal gejala 'giler kejar trafik' 

Alaaa... yang macam kita kat jalan raya nampak je lampu isyarat dah color kuning/oren pun masih jugak pecut. Pulak tu siap tekan pedal minyak kuat-kuat lagi adalah. Haaa, cer ngaku sape yang selalu buat camtu. Bukan ke sepatutnya bila lampu hijau bertukar kuning tu persediaan untuk kita berhenti.. kan =)

Okey untuk hal yang atas ni selalu tak selalu, jarang tak jarang jugak saya buat. Bermaksud saya pun buat jugak la, hehehe. Tapi insyaAllah,  pasni akan elakkan buat camtu.. Baikkkk,

Dan, lagi satu nak cerita pasal giler kejar trafik kat blog ni. Untuk pengetahuan semua,  aima mintak maaf sangat sebab jarang sangat berupdate blog. Macam ni, menulis, menaip camni. Kalau semua perasan lately aima banyak je post pasal drama tv kan. Drama tu, drama ni. Kau ni dah kenapa? Giler trafik ke apa ni?? Haaa, dapat sebijik soklan camtu. 

Aima masih ingat dan masih berpegang pada keperluan asas blog ni yang berstatus blog peribadi. Cuma, aima betul2 nak elakkan cerita hal peribadi sebab aima mesti akan kalah dengan emosi sendiri. Dah berhari-hari emosi menguasai diri yang mana akhirnya makan diri sendiri. Memang sakit bila kita terpaksa pupuk hati untuk 'membenci' orang yang pernah baik dengan kita, orang yang kita sayang. Fuhhh, jahat betul perasaan ni kan.

Back to topic, sungguh bukan niat nak kejar trafik nak pv/uv banyak ke atau giler glamor ke. I'm just lost. Lost word, lost world, lost everything. Dan yang pasti sebenarnya tak berkesempatan tengok drama tu semua kat tv. Sebab tulah kena create online punya, atleast mereka yang punya masalah seperti aima masih ada kesempatan nak tengok drama-drama tempatan terbaik masa kini.

Hoyehhhh, im back ready! Menghitung hari nak berhenti kerja ni, hohohoho..


20 Feb 2014

Jika Itu Takdirku Episode 4 Online

Jika Itu Takdirku Episode 4 Online |

Assalamualaikum..



<<Jika Itu Takdirku Episode 3                                                >> Jika Itu takdirku Episode 5        


Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 33

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 33 |

Assalamualaikum..

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA EPISODE 33

SINI
Abang Jebat.. really fall in love with U,


Tonton Jika Itu Takdirku Episode 3 Online

Tonton Jika Itu Takdirku Episode 3 Online |

Assalamualaikum..



<<Jika Itu Takdirku Episode 2                                                >>Jika Itu Takdirku Episode 4      




19 Feb 2014

The Return Of Superman

The Return Of Superman |

Assalamualaikum..
Peminat rancangan korea? atau khususnya runningman? Hahahaha, kalau tanya confirm jawapan aku tak minat. Walaupun adik-adik kat rumah ni dok mengekek ngekek bila tengok Running Man, aku tak layan..

Cuma satu je yang memang aku suka dan layan serta terhibur. "The Return Of Superman' yeahhh suka betul tengok realiti show ni. Semangat kekeluargaan yang alahaiii.. sangat lah buat aku terharu dan betul-betul rasa mereka adalah superhero terhebat untuk keluarga mereka. Owhh,

The Return of Superman Episode 13 (Latest)


Bila daddy menjadi hero..

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 32 (Latest)

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 32 |

Assalamualaikum..

BUKAN ERANA AKU TAK CINTA EPISODE 32
p/s : semangat betul Mas ni pertahankan suami dia. haha, so cute...


Tonton Online Drama Jika Itu Takdirku Full Episode

18 Feb 2014

Drama Jika Itu Takdirku Episode 2 Online

Drama Jika Itu Takdirku Episode 2 Online |

Assalamualaikum..

JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 2

<<Jika Itu Takdirku Episode 1                                       >>Jika Itu Takdirku Episode 3

Coklat Langkawi, Mana Satu Pilihan Anda??

Coklat Langkawi, Mana Satu Pilihan Anda?? |

Assalamualaikum..
Semua orang tahu kan kalau pergi Langkawi paling yang diingat mesti coklat kan. Maklumlah pulau bebas cukai, jadinya coklat pun memang murah kan. Betul, memang murah compare to tanah besar ni!
Hari ni nak buat survey sikit. Nak tahu dalam banyak-banyak pilihan coklat yang ada ni mana satu pilihan korang?? Sibuk je Aima nak tau kan, heheheh jangan la marahh.. Ada projek sikit nak buat. 




Korang boleh senaraikan je seberapa banyak jenis coklat yang memang korang suka even yang memang takde dalam gambar ni. Pepero ke, kinder bueno ke, coklat bar ke bagitau je eh okey..
Terima kasih atas kerjasama..


Projek Memikat Suami Episode 9

Projek Memikat Suami Episode 9 |

Assalamualaikum..

PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 9

[crazyscreen.biz]PMS.E09 by riptheworld

17 Feb 2014

Tonton Drama Jika Itu Takdirku Episode 1

Tonton Drama Jika Itu Takdirku Episode 1 |

Assalamualaikum..
Jom tonton Drama Terbaru Slot Akasia TV3, Jika Itu Takdirku..

JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 1

p/s : not bad cerita ni, tak sabar nak tunggu esok...

16 Feb 2014

Drama Yes Boss TV3 Episode 2 Online

Drama Yes Boss TV3 Episode 2 Online |

Assalamualaikum..
YES BOSS EPISODE 2

     <YES BOSS EPISODE 1                                                                 YES BOSS EPISODE 3>


Drama Yes Boss TV3 Episode 1 Online

Drama Yes Boss TV3 Episode 1 Online |

Assalamualaikum..

Sinopsis Drama Yes Boss TV3

Sinopsis Drama Yes Boss TV3 |

Assalamualaikum..
Yes Boss! satu lagi drama adaptasi novel karya penulis Areila Sahimi yang kini dah memulakan siarannya bermula 15Februari 2014. Drama ini disiarkan setiap Sabtu dan Ahad jam 6petang berdurasi 30minit. Menampilkan gandingan Fahrin Ahmad dan Emma Maembong selaku teraju utama.   

Sinopsis Drama Yes Boss! TV3

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald's. Tak sesuai di McDonald's dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu.. tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temuduga pegawai kerajaan.

Berkat kabel mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya stok edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiusaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas 'tak rasmi' seorang setiausaha. Kena coverline untuk bosnya setiap kali bosnya meng'ular', juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajb dijawab dengan 'Yes, boss!' Pening kepala Aryana melayani setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati dan perasaan... siapalah yang dapat mengawalnya.. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryaan yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupu mat rempit otai yang telah berubah mejadi ikon belia berjaya di kampungnya itu? 

p/s : hahahaa, kelakar tengok Emma yang memang super cute tu. Kelam kabut giler dia


14 Feb 2014

Malaysia Kuih Punya Pasal

Malaysia Kuih Punya Pasal |

Assalamualaikum..
 Mana satu pilihan korang?? Hehehe,

Tonton Episod Akhir Ariana Rose Online

Tonton Episode Akhir Ariana Rose Online |

Assalamualaikum..

ARIANA ROSE EPISODE 28 (AKHIR)


13 Feb 2014

Episod Akhir Drama Ariana Rose

Episod Akhir Drama Ariana Rose |

Assalamualaikum..
Drama Ariana Rose yang diadaptasi dari Novel 'The Wedding Breaker' bakal berakhir hari ini. Drama yang dibintangi oleh Keith Foo selaku Tengku Adam Kamil dan Fathia sebagai terjaju utama Ariana Rose ini nampaknya memang begitu banyak pengikut. Banyak yang terkesan melalui drama ini.
Kalau dah jodoh, larilah kita sejauh mana insyaAllah Allah tetap akan permudahkan cara. Kita hanya perlu yakin dan berusaha serta bertawakkal. Mungkin ending cerita ni tak dapat nak diagak dengan baik kerana banyak dari jalan cerita drama ni tersasar dari bahan novel tu sendiri. Tak mampu nak mengagak apa yang bakal terjadi dengan watak jahat Liyana, hero sebaik dan sekacak Harith dan apa yang terjadi kepada ibu tiri Ariana Rose itu sendiri. Berat jugak cerita ni sebenarnya. Bab bunuh membunuh ni yang paling aku tak suka sebenarnya.. 


Tapi, kekuatan cinta hati Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil begitu mengujakan. Walau dalam pelat-pelat, ku akui aku juga jatuh cinta dengan watak pembawakan Tegku Adam. Bila beliau menitiskan airmata, haa part ni aku memang surrender. Tak sanggup dan aku, pipi sendiri pun basah jugak. He's soo sweet! 

Mungkin kehebatan cinta dalam drama yang dilakonkan tak seindah realiti tapi apa yang kita boleh ambil adalah kekuatan cinta yang sebenar. Dan yang paling penting, cinta kita yang real kat alam nyata ni sebenarnya kita boleh lagi hebat dari yang mereka lakonkan. Percayalah! 

Jom layan lagu tema Drama Ariana Rose oleh Dayang NurFaizah..


Jom tonton Ariana Rose Episode Akhir



Keputusan Liga Perdana Inggeris Arsenal vs Manchester United | 13 Februari 2014

Keputusan Liga Perdana Inggeris Arsenal vs Manchester United 13 Februari 2014 |

Assalamualaikum..

Perlawanan penting dan menarik berlangsung awal pagi ini. Arsenal vs Manchester United. Hebat pastinya. Keputusan penuh akan diupdate tamat perlawanan. 

ARSENAL (0) VS (0) MANCHESTER UNITED



12 Feb 2014

Ariana Rose Episode 27 Tonton Online

Ariana Rose Episode 27 Tonton Online |

Assalamualaikum..

ARIANA ROSE EPISODE 27



Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com |

Assalamualaikum..


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tonton Online Ariana Rose Episode 26

Tonton Online Ariana Rose Episode 26 |

Assalamualaikum..

ARIANA ROSE EPISODE 26

11 Feb 2014

Tonton Online Projek Memikat Suami Episode 8

Tonton Online Projek Memikat Suami Episode 8 |

Assalamualaikum..

PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 8

10 Feb 2014

Tonton Online Ariana Rose Episode 25

Tonton Online Ariana Rose Episode 25 |

Assalamualaikum..

ARIANA ROSE EPISODE 25

Ariana Rose Yang Menyentuh Hati

Ariana Rose Yang Menyentuh Hati |

Assalamualaikum..

Bila tengok episod terakhir minggu lalu, rasa macam sedih sangat. Betul-betul tersentuh hati bila tengok detik-detik Ariana Rose dan Tengku Adam diijabkabulkan. Sampai bergenang airmata lagi-lagi bila tengok Ariana Rose menitiskan airmata. Syahdu betul moment tu kan.


Bila masuk part-part macamni, terus terang saya lemah sangat. Sebab Ariana Rose too perfect tapi dia diuji dengan kenikmatan. Menikmati rasa cinta, nikmat kecantikan, nikmat kekayaan itu semua ujian dan the best part adalah dia berjaya mengharungi pelbagai rasa tu. Mungkin membaca novel dan menonton drama perasaan tu lain. Memang lain sebab bila novel, kita bebas berimaginasi apa yang kita mahu. Tapi bila menonton drama, ianya mungkin tak seindah yang kita angankan.

Cuma apa yang boleh disimpulkan, drama Ariana Rose aka novel The Wedding Breaker dah menyentuh hati saya... dan buatkan saya rasa sebak, dalam masa yang sama tawa dalam tangisan. Mereka sweet sangat!  Eeeii, geram..... heheehehe, 


Yeo's Pilihan Kami Seiring Bersama

Yeo's Pilihan Kami Seiring Bersama |

Assalamualaikum..

yeos-minicontest-468x60


<Detik Bermula>
Sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah hampir 27 tahun rupanya diriku. Teringat kali pertama mula-mula berlari merentas desa di sekolah lebih 10 tahun yang lalu. Ketika itulah aku diperkenalkan dengan dia. Dia, dia, dia.. Hanya 2 rupa tapi memang menggiurkan rasa, nikmat yang tak terkata. Ahhh, bahagia menjadi anak cikgu disekolah yang sama. Boleh meminta extra rupanya. Free... Senyum bahagia diriku.
Sejak itu, aku memang memilih dia. Mungkin bukan setiap masa tapi mudah kata 'selalu'. Ahh, ruginya umur sudah dewasa baru berakal memilih untuk bersama dia. Tapi, bak kata orang berilmu 'tidak ada istilah terlewat bagi mereka yang berusaha mencapai kebahagiaan'. Hakikat yang tak mampu ku sangkal "Aku bahagia memilih dia"
<Keluarga Besar>
Kalau dah bersama selalu takkan masih tak mengenali kan.. Yes, YEO'S namanya.Sekali lagi ku tepuk dahi bila mengetahui punyalah besar famili Yeo's ni. Bukan setakat Chrysanthemum Tea (Teh bunga), Soya dan Cincau saja malah bermacam-macam lagi rupanya. Tu belum termasuk 'Asian drink' yang berbagai perisa. Laici, tebu, teh kundur, rose bandung. Fuhhh, dapat minum satu-satu ni confirm nikmat tak terkata.
                                                          

Siapa kata kuantiti tidak melahirkan kualiti? Buktinya Yeo's menawarkan banyak pilihan tanpa meminggirkan kualiti dan sentiasa mepertingkatkan mutu penghasilan produk. Dan yang lebih baik dan terbaik setiap produk minuman Yeo's menyumbang kepada kesihatan tubuh dan memaksimakan apa yang diperlukan oleh tubuh kita. Chrysanthemum tea misalnya kurang gula dan bertindak sebagai penyejukan semulajadi tubuh. Terasa kesegaran bila menikmatinya dalam sejuk mahupun suhu bilik. 
Susu Soya Yeo's? Tak perlu kata apa-apa kerana dah terbukti ianya terbaik. Rendah lemak, tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna malah bebas kolestrol. Apa lagi yang dimahukan?? Minum sahaja tanpa banyak bicara. Segar lagi menyegarkan. Bagi mereka yang mengandung, minum sambil berdoalah banyak-banyak moga niat untuk mendapatkan anak yang putih cerah bersih berseri dimakbulkan. Sungguh, itu antara usaha kita. 
<Bukan Aku Tapi Kami>
Dan hari ini, Yeo's masih tetap bersama. Kini, bukan hanya aku tapi KAMI. Ye, kami.. kerana Yeo's merupakan pilihan kami sekeluarga. Walau berbagai pilihan seumpamanya di pasaran, Yeo's tetap menjadi keutamaan. Kualiti dijaga, mutu terpelihara, kesegaran dinikmati bersama. Mahu sihat, segar dan bertenaga pilihlah Yeo's! Yang penting jangan meragui statusnya kerana sudah tentu Yeo's halal. 
Nak tahu lebih lanjut mengenai Yeo's boleh lawati 
<Yeo's dan Door Gift>
Tersenyum bila mengenang kembali musim Raya Cina yang baru berlalu. Majlis pertunanganku berlangsung dengan baik sekali. Thanks Yeo's for being part of my big day on that day. Jangan tak percaya Yeo's ada dalam beg door gift yang kami sediakan. See, nampak tak berharganya Yeo's pada kami =)

Saya sudah lama bersama Yeo's, anda bila lagi? 
Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014
(dengar-dengarnya kuota dah penuh)

Jom sama-sama bagi sokongan untuk entri ni. Mohon SHARE di Google+ dan di FB ye. 
Terima kasih banyak-banyak.. 

8 Feb 2014

Debaran Anugerah MeleTOP ERA

Debaran Anugerah MeleTOP ERA |

Assalamualaikum..
Anugerah MeleTOP ERA yang bertemakan "Yang Hit Yang Meletop" julung kali diadakan dengan beberapa kategori dipertandingkan. 14 kategori kesemuanya. Anugerah yang memperlihatkan penguasaan oleh penyanyi hebat Siti Nurhaliza dan Hafiz Suid dimana mereka berdua tercalon untuk beberapa kategori utama. Saingan sengit pastinya. 
Anugerah MeleTOP ERA ini boleh disaksikan secara langsung malam ini 8 Februari 2014 di saluran 104 Astro Ria bermula jam 9malam ataupun boleh ditonton melalui link berikut. Klik SINI
Peminat diberikan kuasa penuh sebelum jam 6petang ini untuk membuat undian memilih siapakah yang berhak menggondol anugerah bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Bagi mereka yang dah mengundi, bersabarlah menunggu artis pilihan hati anda menang ye. Kalau tak menang takpelah, tak ada rezeki namanya tu. Cuba lagi tahun mendatang okey.. All the best untuk semua.

Senarai calon-calon TOP 5 bagi setiap kategori boleh dilihat senarai dibawah berikut :

LAGU MELETOP
1. Bahagiamu Deritaku - Hafiz Suip
2. Galau - Dato’ Siti Nurhaliza
3. Infiniti Cinta - Zizan Razak & Kaka Azraff
4. Muara Hati - Dato’ Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
5. Kita - Forteen

PENYANYI MELETOP
1. Akim
2. Dato’ Siti Nurhaliza
3. Hafiz Suip
4. Najwa Latif
5. Stacy

GRUP/ DUO MELETOP
1. Dato’ AC Mizal
2. Forteen
3. Dato’ Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
4. Najwa Latif feat Syamkamarul & Sleep
5. Zizan Razak & Kaka Azraff

PROGRAM RADIO MELETOP
1. Carta Era 40
2. Carta Fulamak Sinar
3. Carta Meletop 40 Era
4. Johara Pagi Era
5. Sinar Pagi

PENYAMPAI BARU RADIO MELETOP
1. Aril Era fm
2. Feeya Iskandar Sinar fm
3. Nabil Era fm
4. Shasha Al Khred Era fm
5. Zahid Era fm

FILEM MELETOP
1. Highland Tower
2. KL Gangster 2
3. KL Zombie
4. Lawak Ke Der?
5. Sepah the Movie

BINTANG FILEM MELETOP
1. Aaron Aziz - KL Gangster 2
2. Jep - Sepah the Movie
3. Siti Saleha - KL Zombie
4. Yana Samsudin - Minyak Dagu
5. Zizan Razak - KL Zombie

PROGRAM TV MELETOP
1. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
2. Love You Mr. Arrogant
3. Maharaja Lawak Mega 2012
4. Masterchef Selebriti Malaysia 2013
5. Super Spontan 2013

BINTANG TV MELETOP
1. Azlee Khairi - Love You Mr Arrogant
2. Jep - Super Spontan 2013
3. Johan - Maharaja Lawak Mega 2012
4. Zara Zya - Love You Mr. Arrogant
5. Zizan Razak - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

BINTANG SIBER MELETOP
1. Aaron Aziz
2. Dato’ Siti Nurhaliza
3. Emma Maembong
4. Najwa Latif
5. Zizan Razak

COUPLE MELETOP
1) Aeril Zafrel & Wawa Zainal
2) Diana Amir & Habib
3) Fizo Omar & Mawar
4) Izzue Islam & Awin Nurin
5) Nabil Ahmad & Zira

ARTIS BARU MELETOP
1) Azhael
2) Faizul
3) Risteena Munim
4) Syafiq Kyle
5) Zara Zya

FESYEN MELETOP
1) Elfira Loy
2) Nora Danish
3) Nur Fazura
4) Shila Amzah
5) Zizan Razak

ARTIS SERANTAU MELETOP
1) Afgan
2) Randy Pangalila
3) Sleeq
4) Smash
5) Tegar

ANUGERAH WECHAT MELETOP
ZIZAN RAZAK

ANUGERAH TOP TOP MELETOP (WANITA)
ZARA ZYA

ANUGERAH TOP TOP MELETOP (LELAKI)
ZIZAN RAZAK

Pemenang adalah yang dibold hitam. Pilihan korang menang takk??Hehehehe, 

(Tahniah) Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013 |

Assalamualaikum..

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sepahtu yang telah menjadi juara di final Maharaja Lawak Mega malam tadi. Mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi Astro. Keputusan undian sebanyak72% memihak kepada kumpulan yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Rahim untuk menggelarkan mereka sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).
Kumpulan Shiro mendapat naib johan sekaligus membawa pulng hadiah RM250,000 beserta trofi hanya dibezakan sedikit sahaja undian dari penonton iaitu sebanyak 69%. Shiro memang best!! Tahniah kepada Ajak dan Sharul yang berjaya membuat persembahan yang terbaik malam tadi.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Kumpulan Bocey yang dianggotai 3 anak muda. Mereka memberikan saingan sengit dengan keputusan 68% memihak kepada mereka dan memperolehi hadiah wang tunai Rm150,000. Persembahan Bocey? Takde apa lagi dah nak komen sebab memang tip top hebat sehat dan bertenaga!!

Kumpulan Jambu dan Nabil masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000. 

Persembahan mereka semua  memang superb! Kelakar dan tetap menghiburkan. Tapi... "Man of The Match" BOCEY lagi hebat!! Wa memang respect habis sama lu 3 orang. Terbaik! dan semoga perjalanan korang yang masih panjang ni akan terus mencipta kejayaan okey....



7 Feb 2014

KFC Golden Wrap Chicken

KFC Golden Wrap Chicken |

Assalamualaikum..

Lunch time semalam bersama incik tunang sempat la mencuba menu KFC yang baru tu. Dah lama jugak intai-intai jugak Golden Wrap ni tapi takut jugak nak try. Yelah, banyak yang kata ianya 'indah khabar dari rupa'. Tapi semalam tergerak jugak hati nak try then inilah hasilnya.... Tadaaaaa,


Komen semasa dan selepas makan "errmmm, not bad!" maksudnya..... sedap la tu kan. Kat tempat lain tak tahu lah pulak sedap ke tak, tapi tempat favourite Aima bila melibatkan KFC ni adalah di Giant Manjung, sedap sedap... 

Tengok gambar tu dah macam apa dah kan... kekekek,

Segmen Jom Beramah Mesra

Segmen Jom Beramah Mesra |

Assalamualaikum..
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam