Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

29 Jan 2014

Ariana Rose Episode 19 Online

Tonton Online Ariana Rose Episode 18

Tonton Online Ariana Rose Episode 18

Assalamualaikum..






28 Jan 2014

Projek Memikat Suami Episode 6 Tonton Online

Projek Memikat Suami Episode 6 Tonton Online

Assalamualaikum..

Ariana Rose Episode 17 Tonton Online

Ariana Rose Episode 17 Tonton Online 

Assalamualaikum..





24 Jan 2014

Ariana Rose Episode 16 Online

Ariana Rose Episode 16 Tonton Online |

Assalamualaikum..

ARIANA ROSE EPISODE 16

23 Jan 2014

Kehidupan Untuk Seminggu Dua

Assalamualaikum..

Salam sejahtera untuk semua sahabat. Aima nak mintak maaf banyak-banyak untuk seminggu dua ni terlalu busy dengan kerja dan juga persiapan tugas-tugas khas. Tak tahu nak cakap camne tapi memanglah tak sempat-sempat nak bukak blog sendiri pun. Mohon maaf ye kawan-kawan.
InsyaAllah, lepas habis je majlis nanti, Aima akan rajinkan balik diri macam dulu. Kalau boleh buat marathon, Aima akan cuba. Apa-apa pun, moga korang tak lupa Aima kat sini ye.. Jaga diri,


p/s : betulkah perkahwinan itu suatu perjudian??


22 Jan 2014

Tonton Online Ariana Rose Episode 15

Tonton Online Ariana Rose Episode 15 |

Assalamualaikum..
Jom tonton online Ariana Rose Episode 15 melalui link berikut :

ARIANA ROSE EPISODE 15
Terlepas aksi menarik Ariana Rose? Jom..



Hadiah dari Mialiana.com

Assalamuapaikum..

Pertama-tamanya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada pemilik Mialiana.com iaitu kak Mia, seorang blogger hebat dan terkenal yang dah bagi hadiah kepada ku. Alhamdulillah, hadiah tu selamat diterima pada pagi semalam. Sepatutnya dah receive minggu lepas lagi, tapi mungkin hari yang abang posmen tu datang takde orang kat rumah terpaksalah ambil surat tu kat pejabat pos.

Wahh, rezeki dapa pendrive 8G =) senyum lebar pulak daku. Bab-bab beli pendrive ni memang biasanya Aima tak buat la, sebab Aima memang jarang nak simpan-simpan fail ni. Bila dah dapat hadiah ni, boleh lah dimanfaatkan sebaiknya.

Kenapa Aima dapat hadiah dari kak Mia?? Hehehe, setakat hari ni tak pernah la ada rezeki nak menang hadiah dari contest or segmen or giveaway dan sebagainya. Memang belum ada rezeki lagi. Cuma rezeki kali ni sebab menduduki Carta Top 10 Pengkomen Tegar 20113 di blog Mialiana.com. Alhamdulillah,

Untuk kak Mia, terima kasih banyak-banyak atas penghargaan ni. Aima suka dan rasa terharu sangat sebab terpilih walaupun hanyalah ditangga ke 10 =)  Dan, ucapan Selamat Hari Lahir untuk kak Mia, semoga terus dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur diberi kesihatan yang baik dan dipermuahkan segala urusan. Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kak Mia.


Ariana Rose Episode 14 Tonton Online

Ariana Rose Episode 14 Online |

Assalamualaikum..
Ariana Rose nak bertunang? Alahai....mesti cantikkan dia. Such a perfect women (tapi dalam novel la).. hehehe, Jom kita tonton Online Ariana Rose Episode 14 melalui link dibawah berikut :

ARIANA ROSE EPISODE 14

Terlepas aksi menarik Ariana Rose? Moh kite...



21 Jan 2014

Projek Memikat Suami Episode 5 Online

Drama Projek Memikat Suami Episode 5 Online |

Assalamualaikum..
Alahaiii, makin sweet pulak tengok Una dan Zahrain ni. Geram tengok kan.. Eiii, tak leh jadi ni. Hehehehe, Abis kau YTMO. Sabar jelah ye. Jom tonton online Drama Projek Memikat Suami Episode 5 melalui link berikut :
PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 5

Dah terlepas menyaksikan babak-babak romantik Una dan suami dia? Jom..

20 Jan 2014

Ariana Rose Episode 13 Tonton Online

Ariana Rose Episode 13 Tonton Online |

Assalamualaikum..
Ariana Rose dah lari balik kampung? Ariana pergi setelah kecewa dengan tindakan Tengku Adam yang mahu merogolnya buat kali kedua. . jom tonton online Ariana Rose Episode 13 melalui link berikut :

ARIANA ROSE EPISODE 13

Terlepas menonton aksi-aksi menarik Ariana Rose dan Tengku Adam? Jom..


Terima Kasih Atas Doa Kalian

Assalamualaikum..

Terharu sangat bila sahabat-sahabat yang jauh dimata tapi tetap dekat dihati ni mendoakan kesejahteraan diriku. Ya Allah, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi berada di sini walau diriku menyepi.

Alhamdulillah,  demam dah pun kebah. Tapi, selsema tetap dan masih lagi tak mau lari. Batuk pulak yang bertandang sekarang ni. Perit? Fuhhh, memang perit lagi-lagi bila hidung berair je. Dah la gatal pulak tu, memang paling tak tahan bila diserang selsema.  Batuk, boleh tahan kuat jugak. Tekak pun mula lah mengada-ngada.

Apa-apa pun, sejak kena sound tempoh hari... terpaksa lah aku diam je. Maklumlah, bila kita sakit kita sendiri yang tanggung kan. Pasni, pape hal insyaAllah aku belajar hadapi sendiri. Terima kasih semua,

Ujian yang Allah bagi ni, memang terlalu kecil untuk aku mengeluh. Dan mintak maaf kepada mereka-mereka diluar sana yang mungkin tidak senang dengan segala perilaku ku selama ini. Mohon ampun dan maaf.

Terima kasih semua....


18 Jan 2014

Demam Selsema

Demam Selsema |

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Selamat bercuti, selamat berhujung minggu semua sahabat sekalian. Maaf, lama tak berkesempatan nak jengah kalian. Terlampau busy, dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.. dengan perkara-perkara yang berbangkit. Hurrrm, susah nak kata.

Dah beberapa hati deman beserta selsema. Aduhaiii, ujiam yang Allah bagi ni kecik je, tapi.... Ya Allah, rasa berat sangat. Baru ujian demam selsema. Pening kepala, hidung berair, bersin tak sudah-sudah. Tapi, still kena kerja. Pagi sampai ke petang. Ya Allah... walaupun berat, alhamdulillah masih mampu bekerja.

Terima kasih Ya Allah, ujian nikmat yang kau beri ni. Putus asa, adalah sikit tapi diri ku kuat kan sebenarnya... kan,

16 Jan 2014

Ariana Rose Episode 12 Online

Ariana Rose Episode 12 Online |

Assalamualaikum..
Jom tonton online Drama Ariana Rose Episode 12 melalui link berikut :

ARIANA ROSE EPISODE 12

Terlepas aksi-aksi menarik bersama Ariana Rose? Jom..



15 Jan 2014

Drama Ariana Rose Episode 11 Tonton Online

Drama Ariana Rose Episode 11 Tontn Online |

Assalamualaikum..
Jom tonton online Drama Ariana Rose Episode 11 melalui link berikut :


Terlepas menyaksikan babak-babak menarik dalam Ariana Rose? Jom..



New Toyota Corolla Altis 2014

New Toyota Corolla Altis 2014 |

Assalamualaikum..

Dah masuk showroom.










Variant yang ditunjukkan adalah Toyota Corolla Altis 2.0G


14 Jan 2014

Drama Ariana Rose Episode 10 Tonton Online

Drama Ariana Rose Episode 10 Tonton Online |

Assalamualaikum..
Jom tonton online Ariana Rose Episode 10 melalui link berikut :

ARIANA ROSE EPISODE 10

Terlepas menonton episod yang dah berlalu?  Jom..



Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Nikah Mac

Syamsul Yusof, Puteri Sarah Nikah Mac |

Assalamualaikum..

Tahniah diucapkan Pengarah terkenal Syamsul Yusof yang bakal bernikah dengan pilihan hatinya Puteri Sarah Liyana insyaAllah bulan Mac nanti. Puteri Sarah telah pun dirisik oleh keluarga Syamsul Ahad lalu dikediaman keluarga Puteri Sarah selepas Zohor.

Syamsul mengambil keputusan untuk mengahwini Puteri Sarah selepas pulang dari menunaikan umrah Disember lalu. Beliau mengakui dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan meyakini bahawa Puteri Sarah adalah pilihan terbaik untuknya.

Alhamdulillah, semoga urusan mereka dipermudahkan. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini.
Untuk berita penuh, Klik SINI

GA Pertama 2014 PariPariPutih

GA Pertama 2014 PariPariPutih |

Assalamualaikum..

Permulaan tahun 2014 ni, nak join Terbaru GA yang dah pun dilancarkan oleh PariPariPutih. Diberi nama GA Pertama 2014 PariPariPutih. (asal macam skema je ayat daku ni wehh?) hehehe, Haa hadiah pun macam best je, macam menarik je. Jadi pe lagi. Jom klik je banner kat bawah tu sat gi untuk join eh.

Nampak t-shirt yang deme semua pakai tu?? Pergggh, jeles pulak daku tengok. Ekceli memang dari dulu dah jreles pun. Jeles sebab tak pernah sekali pun aku dapat masuk dalam gambar-gambar bersama tuan punya blog PariPariPutih ni. Dah la blog beliau happening, dapat pulak geng-geng yang confirm la happening jugak. Teringin wehh nak bersama-sama mereka beraksi. Cewahhh, ayat kemain. Tapi sungguh, tak rugi mengenali PariPariPutih dan geng-geng mafia beliau ni sebab depa memang best!! Kekekeke,

Haa, berbalik pada GA yang beliau anjurkan ni, masih punya masa lagi untuk korang join. Akan berakhir 07 Februari 2014 jam 12pm. Then slow-slow buat lah. Tapi jangan pulak sampai terlupa (selalu sangat jadi kat aku, last minit langsung terlupa).

Nak tau syarat-syarat penyertaan, mohon lawati GA Pertama 2014 PariPariPutih atau klik je banner kat atas tu nanti ye. All the best untuk semua, Jom kita support kawan-kawan kita. Yang pastinya Sharing is Caring, and I Love U more Than U Think.

Projek Memikat Suami Episode 4 Tonton Online

Projek Memikat Suami Episode 4 Tonton Online |

Assalamualaikum..
Episod minggu ni menyaksikan permulaan Una berjuang demi kebahagian rumah tangga. Ahh, sayang sungguh kat Una... Jom tonton Online Projek Memikat Suami Episode 4 melalui link berikut :

PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 4
Dah terlepas episod yang lepas? Jom lah..


13 Jan 2014

Drama ARIANA ROSE Episode 9 Tonton Online

Drama ARIANA ROSE Episode 9 Tonton Online |


Assalamualaikum..
Jom Tonton Online ARIANA ROSE Episode 9 melalui link berikut :

ARIANA ROSE EPISODE 9

Terlepas aksi menarik bersama ARIANA ROSE? Jom..



12 Jan 2014

Tazkirah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah Yang Menyentuh Hati

Tazkirah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah Yang Menyentuh Hati |

Assalamualaikum..

Menonton Mimbar Akhir Pencetus Ummah beberapa malam yang lepas di saluran Astro Oasis pastinya membuka hati-hati kita. Penampilan istimewa pengacaranya Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyampaikan tazkirah benar-benar menyentuh hati kita yang mendengarnya. Kisah perjalanan hidup beliau diceritakan sebaiknya. Bagaimana beliau cuba berdakwah dikalangan ahli keluarga dengan cara menunjukkan contoh-contoh yang baik..

Berubah tanpa meninggalkan keluarga... sedih, sebak mendengarnya. Jom kita dengar tazkirah yang beliau sampaikan. Moga, kita juga diberi kekuatan sedemikian..


Islam itu indah kan...

ARIANA ROSE Minggu Ke3

ARIANA ROSE Minggu Ke3 |

Assalamualaikum..

Drama Ariana Rose rupanya dah nak masuk minggu ke3 dah. Amacam? best tak? Korang follow tak drama bersiri slot Akasia TV3 ni? Kalau tanya kat aku, memang jarang aku dapat ikut. Maklumlah, kerja. Susah nak mengadap tv time-time maghrib ni. Aku faham kepada mereka yang juga mengalami masalah yan sama. Jangan risau, anda masih boleh menontonnya ssecara online =)


Memasuki minggu ketiga, babak Ariana Rose makin mendebarkan rasanya. Lakonan Keith Foo dah mula menyerlah sebagai Tengku Adam Kamil (hakikat yang sukar aku nak terima sebab Tengku Adam such a perfect guy -tapi dalam novel la). Dan aku makin benci serta menyampah dengan watak Liyana bersama abangnya Ramzul. Serius, tak suka!


Layan...

10 Jan 2014

Ustaz Hafiz Juara Pencetus Ummah Astro Oasis Musim Pertama

Ustaz Hafiz encetus Ummah Juara Astro Oasis Musim Pertama |

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang penuh barakah. Tahniah kepada Pencetus Ummah Ustaz Hafiz yang berjaya dinobatkan sebagai Juara Pencetus Ummah musim pertama yang berlangsung malam tadi. Memang terbaik tazkirah yang disampaikan. Sememangnya pemmilihan beliau sebagai juara sangatlah tepat. Begitu juga finalis yang lain, setiap dari mereka punya kehebatan dan kekuatan masing-masing.

Tempat kedua dimenangi oleh PU Shahul, Ketiga oleh PU Yeop manakala PU Rahmat mendapat tempat keempat.

Jom kita dengar Tazkirah Pertama yang disampaikan oleh Juara Pencetus Ummah Astro Oasis Musim Pertama yang bertajuk, Untung Dunia Untung Akhirat.


Post by GuaTv Dot Com.


Tazkirah kedua bertajuk Cinta Rasulullh Kehidupan Rasulullah sehingga Kewafatannya 


Tonton Online ARIANA ROSE Episode 8

Tonton Online ARIANA ROSE Episode 8 |

Assalamualaikum..

Jom Tonton Online ARIANA ROSE Episode 8 melalui link berikut :

ARIANA ROSE EPISODE 8
Terlepas episod yang lalu? Jom..



9 Jan 2014

Mimbar Akhir Pencetus Ummah Astro Oasis

Mimbar Akhir Pencetus Ummah Astro Oasis |

Assalamualaikum..

Duniaku Dakwahku..
Jangan lupa menyaksikan Mimbar Akhir Pencetus Ummah malam ini di Astro Oasis saluran 105 bermula 9malam. 4 finalis terpilih berentap sesama sendiri untuk bergelar Juara. Siapakah pilihan anda diantara ke empat-empat mereka. PU Rahmat seorang anak muda yang sungguh berbakat dan sentiasa memukau penonton, PU Hafiz yang sememangnya hebat berbicara, PU Shahul yang sentiasa bertenaga dan PU Yeop yang tidak jemu-jemu membuatkan hati dan mata kita terpaku..

Siapa pilihan anda? Moh ler kita undi ye..

Yang penting ilmu yan disampaikan tu...


Drama ARIANA ROSE Episode 7 Tonton Online

Drama ARIANA ROSE Episode 7 Tonton Online |

Assalamualaikum..

Jom Tonton Online ARIANA ROSE Episode 7 melalui link berikut :

ARIANA ROSE EPISODE 7 
Terlepas babak-babak menarik dalam episod yang lepas? Jom...



8 Jan 2014

01.01.2014 - Al-Fatihah Untuk Arwah Al Aariff

Assalamualaikum..

Permulaan tahun baru 2014, kami dikejutkan dengan berita pemergian seorang yang begitu dekat dengan kami. Arwah Al Aariff bin Hamidi, seorang anak muda yang begitu disenangi semua pihak dijemput Ilahi untuk menemui Sang Pencipta petang 01 Januari 2014. Al-Fatihah..
Bersama arwah beberapa bulan lalu di Langkawi cable car
Tidak pernah disangka, tidak langsung terduga yang arwah akan pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Sangat terkesan dihati. Begitu terasa kehilangannya. Kadangkala rasa macam tak percaya sekelip mata je kehilangan salah seorang family member.

Ye, kami dah ibarat satu family. Family yang sangat kuat, teamwork yang sangat hebat. Tapi, Allah lebih menyayangi beliau. Allah mengambil kembali haknya dalam saat kami tak bersedia untuk kehilangan arwah. Tak terduga, tak terjangka gurauan dan gelak tawa kami sehari sebelumnya merupakan yang terakhir bersama arwah. Dan yang paling tak terkata, kenangan bergambar beramai-ramai petang 31 Disember 2013 bersama arwah juga merupakan saat dan moment terakhir bersamanya.

Sehari sebelum pemergian arwah
Seminggu dah berlalu, masih lagi terkesan tentang pemergian arwah, seorang sahabat dan teammate yang cukup baik hatinya, tenang, bersuara hanya bila perlu, sering menjaga tutur kata, suka menyakat kadangkala, mintalah tolong apa sahaja, pasti akan dibantu seadanya.. Ahh, rindu..

Kehilangan yang cukup besar bagi keluarga besar kami. Jaguh Runner, 2 kali sudah terbang ke Jepun melengkapkan larian. Membawa nama negara tercinta, company terkemuka, harapan ibu ayahanda tercinta kerana beliaulah satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semoga dirimu tenang di sana, ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah untuk arwah Al Aariff Bin Hamidi.

-Arwah meninggal dunia petang 01Jan2014 dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori 3tan di Venice,Lumut dan meniggal dunia ditempat kejadian.

caption : Gambar diatas Arwah berbaju hitam dengan kedua-dua gambar beliau menunjukkan isyarat 'thumbs up'

Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 Juta

Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 Juta |

Assalamualaikum..

Johan Raja Lawak menang kes saman RM1 Juta yang dibuatnya ke atas Juara Film Production Sdn Bhd dan Pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar. Johan mengemukakan saman tersebut setelah mendapat kecederaan di dahi dan muka akibat dibaling baling gelas kaca oleh pengarah tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku Jun 2010 lalu, Johan mengalami kecederaan tersebut ketika sesi perbincangan di sebuah restoran akibat dibaling gelas kaca. Berikutan itu, Johan mengambil keputusan untuk menyaman pengarah terbabit dan menuntut sejumlah RM1 juta sebagai ganti rugi.


Javed turut dituntut supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatua-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta mengenai berita palsu yang tersebar tentangnya.

Untuk cerita penuh, klik SINI


Tonton Online ARIANA ROSE Episode 6

Tonton Online ARIANA ROSE Episode 6 |

Assalamualaikum..


Jom Tonton Online Drama ARIANA ROSE Episode 6 melalui link berikut :

ARIANA ROSE EPISODE 6

ARose00006 by online_drama

Terlepas episod yang lalu? Jom..

7 Jan 2014

Zaara Amirah, Nawwal Husna dan Ariana Rose

Zaara Amirah, Nawwal Husna dan Ariana Rose |

Assalamualaikum..

Bila sebut nama mereka, ketiga-tiganya merupakan watak heroin yang menjadi sebutan dan bualan harian kini. Zaara yang merupakan isteri kepada Mr. Arrogant mencetus fenomena sebulan dua yang lalu. Semua sayang Zaara, semua orang nak punya hati yang baik macam Zaara. Zaara yang selamba, Zaara yang sengal... hahahhaa, semua ada.



Dan hari ni, watak Ariana Rose yang menghiasi hari-hari kita. Ariana Rose yang cukup sempurna, cantik bijak bergaya (kalau ikutkan sari gambaran novel, Ariana Rose memang cukup-cukup sempurna sebagai seorang wanita). Love her so much!! 



Nawwal Husna, owhh... saya jatuh hati pada awak. Pada kelembutan hati awak, pada semangat jati diri awak, pada sifat kemanusiaan awak, kasih sayang dan juga keperibadiaan awak. Teringin sangat nak jadi hati lembut macam awak. Seorang yang sentiasa memikirkan tentang perasaan orang lain. Yang sentiasa berkeinginan untuk menyenangkan hati orang lain. Really really admire this little girl. 



Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.. 


Tonton Online Drama Projek Memikat Suami Episode 3

Tonton Online Drama Projek Memikat Suami Episode 3 |

Assalamualaikum..

Jom Tonton Online Projek Memikat Suami Episode 3 melalui link berikut :

PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 3


Terlepas menyaksikan episod yang lepas? Jom..



6 Jan 2014

Tonton Online ARIANA ROSE Episode 5

Tonton Online ARIANA ROSE Episode 5 |

Assalamualaikum..


Jom Tonton Online Drama ARIANA ROSE Episode 5 melalui link berikut :


Terlepas menonton episod yang lepas? Jom...

<Tonton Online Drama ARIANA ROSE Full Episode>

5 Jan 2014

Clash Of Clans

Assalamualaikum..


Kalau sebelum ni permainan candy crash menjadi fenomena, nampaknya sekarang ni game Clash Of Clans pulak mengambil alih. Bermula dengan tak tahu apa, la ni dah pandai nak attack kubu orang pulak. Hehehehe,

Ada sesiapa yang memang main game ni? Best kan, best kan.. kumpul duit, jaga kubu, train troops pastu pergi attack kubu orang. Bila bosan-bosan, layan game ni pun cantik jugak. Jaga dan bina kubu sendiri. Upgrade level by level..


Tapi, yang penting jangan ketagih sampai lupa semua perkara. Main-main jugak kan.. okey,  thanks to sahabat ku Mia yang mengajar aku cara-cara nak main ni dulu. Kekele


3 Jan 2014

Felixia Yeap Yang Berhijab dan Berbusana Muslimah

Felixia Yeap Yang Berhijab Dan Berbusana Muslimah | 

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas, dengar cerita pasal seorang model yang sangat cantik, Felixia Yeap yang kini lebih selesa berhijab dan menggunakan busana muslimah. Kalau nak tahu beliau pernah menjadi model playboy bunny tau. Playboy tu.. Moga beliau terus diberi hidayah.




Cantik kan Felixia ni.. Suka dengar bila dia berbicara. Jom dengar temuramah Felixia Yeap bersama rancangan Assalamualaikum tv Alhijrah minggu lepas.