Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

16 Feb 2014

Sinopsis Drama Yes Boss TV3

Sinopsis Drama Yes Boss TV3 |

Assalamualaikum..
Yes Boss! satu lagi drama adaptasi novel karya penulis Areila Sahimi yang kini dah memulakan siarannya bermula 15Februari 2014. Drama ini disiarkan setiap Sabtu dan Ahad jam 6petang berdurasi 30minit. Menampilkan gandingan Fahrin Ahmad dan Emma Maembong selaku teraju utama.   

Sinopsis Drama Yes Boss! TV3

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald's. Tak sesuai di McDonald's dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu.. tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temuduga pegawai kerajaan.

Berkat kabel mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya stok edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiusaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas 'tak rasmi' seorang setiausaha. Kena coverline untuk bosnya setiap kali bosnya meng'ular', juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajb dijawab dengan 'Yes, boss!' Pening kepala Aryana melayani setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati dan perasaan... siapalah yang dapat mengawalnya.. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryaan yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupu mat rempit otai yang telah berubah mejadi ikon belia berjaya di kampungnya itu? 

p/s : hahahaa, kelakar tengok Emma yang memang super cute tu. Kelam kabut giler dia


1 comment:

  1. CITERNYA SETENGAH JAM JE..RAMAI YANG TAK PUAS HATI..KAN??AKAK TAK TENGOK PUN..HEHEH

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih