Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

31 Oct 2013

Lenyap

Assalamualaikum..



Lenyap ditelan bumi?

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 21

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 21 |


Drama ni dah nak sampai ke penghujung dah nampaknya.. Irham dan Zaara lari sehingga ke Pulau Pinang. Nak enjoy-enjoy katanya. Semart lah kau wahai Mr. Arrogant. Sedih pulak bila tengok moment kakak Irham Zafrina tu meluah rasa. Sweet jugak eh suami dia, suka pulak tengok kebaikan hati suami kak Zaf tu..

Dan untuk Sherry si sotong tu, padan muka =) kekeke,

Jom layan drama ni, boleh tonton online menerusi link dibawah eh.

Love You Mr. Arrogant Episode 21


Love You Mr Arrogant E21 by Movie6v

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..


30 Oct 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 20

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 20 |


Kena kahwin paksa dan akhirnya pengantin lelaki lari? Itulah yang jadi dekat Mr. Arrogant kita. Tapi takpe, dah papa sendiri yang suruh buat macamtu kan.... Jom tonton Love You Mr. Arrogant Episode 20 melalui link berikut :

Love You Mr. Arrogant Episode 20


Love You Mr Arrogant E20 by Movie6v

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..


29 Oct 2013

Video Fizo Omar Melamar Mawar Fareeda

Assalamualaikum..

Video Rasmi Fizo Omar Melamar Mawar Fareeda |


Akhirnya.. Pelakon Fizo Omar bakal bernikah dengan Mawar Abdul Karim yang merupakan anak kepada pengasas Tudung Fareeda. Tahniah diucapkan kepada pasangan ni. Mereka akan bertunang pada 9 November nanti dan memilih 10 November sebagai tarikh pernikahan.

Semalam, Fizo telah membuat gimik lamaran kepada Mawar dan Video Wedding Proposal Fizo Omar itu boleh ditonton dibawah. Sama cantik, sama padan mereka ni. Suka tengok..



Tahniah, semoga urusan mereka dipermudahkan. Semoga beroleh kebahagian berkekalan. 

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 19

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 19 |


Sweet kan kali ni Zaara meluah rasa.. "I Love You Mr. Arrogant!" Fuhh, lega rasanya. Tapi punyalah poyo Mr. Arrogant kita ni. Sabar je lah ye Zaara.. Yang penting Abang Am awak pun sebenarnya sayang jugak kat awak..

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 19 melalui link di bawah berikut.

Love You Mr. Arrogant Episode 19


Love You Mr Arrogant E19 by Movie6v

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..


27 Oct 2013

Motivasi Pagi Ahad

Assalamualaikum..




26 Oct 2013

Bajet 2014 : GST Bakal Dilaksana 2015

Assalamualaikum..

Bajet 2014 : GST Bakal Dilaksana 2015 |

Kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus. Menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, ia adalah sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata GST akan dikuatkuasakan 17 bulan daripada hari ini dengan kadar enam peratus itu antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara ASEAN.

"Perlu saya tegaskan bahawa GST bukanlah cukai tambahan baharu," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan. Sebaik dilaksanakan, Najib berkata cukai tunggal atau GST itu akan membolehkan kerajaan menangani kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada.

"Lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST. Ini jelas menunjukkan bahawa GST terbukti sebagai satu sistem cukai yang telus, berkesan dan adil.

"Majoriti negara-negara dunia itu tidak akan melaksanakan GST jika ia memudaratkan rakyat dan negara," kata beliau.

Beliau berkata kerajaan percaya ini adalah masa terbaik untuk melaksanakan GST dengan kadar inflasi yang rendah dan terkawal. Pada masa ini, kadar inflasi adalah rendah pada dua peratus. Beliau berkata GST tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung serta bekalan air paip.

Ia juga tidak akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dan 200 unit pertama bekalan elektrik sebulan untuk pelanggan domestik.
Sementara itu, perkhidmatan pengangkutan, tol lebuh raya, pelajaran serta perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada GST.
Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih dikecualikan daripada GST.

"Dengan pelbagai pakej istimewa yang disediakan oleh kerajaan, tentunya tiada pihak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan
perkhidmatan sewenang-wenangnya. Harga barang akan sentiasa dipantau. Kerajaan akan menerbitkan risalah harga barang dan perkhidmatan yang boleh digunakan untuk membuat perbandingan harga," jelas Najib.


Motivasi Pagi Sabtu

Assalamualaikum..




25 Oct 2013

Intipati Belanjawan 2014 (Bajet 2014)

Assalamualaikum..

Intipati Belanjawan 2014 (Bajet 2014) |

Berikut ialah intipati Belanjawan 2014 (Bajet 2014) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat. Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksana Janji"

Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, Mengukuh pengurusan fizikal, mengunggul modal insan mepergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

  • Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksana langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
  • Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.
  • RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.
  • Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.
  • Rm10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  • RM3.9 bilion digunakan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar negara.
  • Kutipan hasil diunjurkan Rm224.1 bilion, naik RM4 bilion.
  • Defisit fisikal Kerajaan persekutuan berkurangan kepada 3.5% berbanding 4% pada 2013.
  • Kerajaan memperuntukkan Rm1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelajaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan sasaran 28juta pelancong.
  • Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.
  • Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksana program dan projek.
  • Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala Rm46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
  • Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan Rm224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013
  • Defisit fisikal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.
  • Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pengangkutan dan pembangunan hartanah.
  • Pelaburan awam dianggar mencecah Rm106 bilion.
  • Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316kilometer.
  • Projek pembinaan landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke padang Besar, Gemas ke Johor Bharu.
  • Projek-projek yang dilaksana oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang, projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji reasifikasi di Lahad Datu dan RAPID, Pengerang.
  • Kerajaan akan memperuntukkan Rm1.6 bilionvbagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
  • Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.
  •  Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.
  • Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan. 
  • Memperuntukkan peinjaman mudah Rm3 bilion dubawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
  • Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang, pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos Rm700 juta akan dibina di KLIA.
  • Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.
  • Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.  
  • Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
  • Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.
  • GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
  • Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST. 
  • Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.
  • Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran 2016.
  • Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1 hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.
  • Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.
  • Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.
  • Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai.
  • Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.
  • Kadar cukai maksimum semasa pada 26 peratus akan dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.
  • Langkah-langkah ini akan berkuat kuasa mulai tahun 2015.
  • Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST akan diberi potongan cukai tambahan bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
  • Geran latihan RM100 juta akan disediakan kepada perniagaan yang menghantar kakitangan menjalani latihan GST pada 2013 dan 2014.
  • RM150 juta bantuan kewangan bagi PKS untuk membeli perisian perakaunan pada 2014 dan 2015.
  • Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan GST.
  • RM2.9 bilion diperuntukkan bagi projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan kemudiannya dilanjutkan ke Johor Baharu serta menaik taraf landasan kereta api seluruh negara.
  • RM62 juta bagi kemudahan 'park and ride’ di stesen LRT, KTM Komuter dan ERL.
  • RM15.3 juta bagi Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat bagi memastikan pengagihan teksi kepada penumpang dengan lebih cekap.
  • RM28 juta bagi membina hentian akhir bandar dan menaik taraf perhentian bas serta kemudahan ‘drop-and-ride’.

Happy Weekend | Trip To Hatyai

Assalamualaikum..


Selamat berhujung minggu semua. Apa khabar? Pertamanya nak mintak maaf kepada semua. I'll be off for this weekend. Untuk sehari-dua tiga ni tak dapat nak berblogwalking nampaknya. Ada company trip ke Hatyai. I'm leaving tonight. Maafkan saya ye. Errr, mintak maaf jugak campur-campur bahasa. Tak sengaja.

InsyaAllah, tentang trip ke sana ni balik nanti kita akan cuba tulis. Nak kongsikan jugak pengalaman pertama nak ke sempadan sana tu. Excited? errm, tak jugak. Takut adalah, mana tau satgi kang orang jual aku kat sana tak pasal-pasal je. *hehehe, joking okey =)

Kepada kawan-kawan, sahabat dan teman perjuangan... jaga diri, hati-hati ye. Jenayah sekarang ni ada je dimana-mana. Mohon jaga diri kalian. Tolong juga doakan keselamatan adinda selamat pergi dan selamat pulang ye.. Terima kasih, lots of LOVE :)

Faizal Ismail (FBI) Letak Jawatan Sebagai Penyampai Radio Hot FM

Assalamualaikum..

Faizal Ismail FBI Letak Jawatan Sebagai Penyampai Radio Hot FM |

                Faizal Ismail Letak Jawatan Serta Merta
Faizal Ismail atau lebih dikenali dengan FBI mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan sebagai penyampai radio Hotfm dengan notis berkuatkuasa semalam 24 Oktober 2013. Perkara tersebut dimaklumkan beliau ketika bersiaran pagi semalam kira-kira jam 8.45 (Hot FM AM Crew) yang ketika itu bersama-sama dengan rakan setugas AG. Ternyata berita yang diterima sebagai satu kejutan besar.

"Banyak kenangan dan kejayaan telah saya perolehi sepanjang berada di Hot FM. Oleh itu, saya Faizal Ismail hari ini akan meletakkan jawatan sebagai penyampai Hot FM," katanya dalam siaran pagi itu.  


Ternyata bukan sahaja peminat terkejut malah rakan sekerja seperti Fara Fauzana, AG dan Sharifah Aleya juga terkejut dengan keputusan FBI itu.

Faizal Ismail Letak Jawatan Serta Merta
Faizal Ismail Letak Jawatan Serta Merta
Faizal Ismail Letak Jawatan Serta Merta

Dengarnya FBI mahu memberi fokus kepada syarikatnya sendiri FBI Entertainment. FBI Entertainment merupakan syarikat event management Faizal Ismail yang menguruskan dan menyediakan perkhidmatan untuk sebarang acara syarikat seperti makan malam tahunan, hari keluarga, video korporat, persembahan pentas dan banyak lagi.

Semoga penghijrahan ini membawa lebih banyak kebaikan serta meningkatkan taraf ekonomi beliau, keluarga, pekerja, dan orang-orang disekeliling beliau. Kalau peningkatan kerjaya itu memberi kehidupan yang lebih baik, peluang itu perlu direbut sebaiknya kan. Semoga beliau terus berjaya. 

Pengawal Tembak Mati Pegawai Bank Mungkin Warga Asing

Assalamualaikum..

Gambar suspek menerusi CCTV
Pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank dipercayai merupakan warga asing. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan bahawa suspeck menggunakan kad pengenalan palsu. Laporan awal juga mendedahkan suspek mungkin warga Indonesia.

Pihak polis juga menafikan spekulasi bahawa suspek sudah ditahan dan percaya dia masih berada di Selangor. Timbalan Ketua Polis Selangor juga menegaskan orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu yang tersebar. Katanya beberapa jam selepas kes rompakan itu, khabar angin menerusi SMS tersebar mengenai suspek ditahan ketika cuba untuk menaiki pesawat di lapangan terbang.

mstar.

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 18

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 18 |

Jahat kan Sherry tu tolak Zaara lemas dalam swimming pool. Dah la dia yang nak rampas suami Zaara, dia pulak ada hati busuk camtu. Kesian kan Zaara, bersabar betul dia. Comel.. Dah lemas, malam demam pulak. Aduhaii, time-time camni lah nak tau suami tu sanggup dan sudi tak jaga kita kan.

Berkali-kali Irham tu jatuh cinta tapi nak buat camne kan, dah namanya Mr. Arrogant haruslah dia ego dan poyo dengan perasaan sendiri. Tak, the time will come... Pasti ada cahaya dipenghujung jalan nanti InsyaAllah =)

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 18 menerusi link di bawah berikut ye

Love You Mr. Arrogant Episode 18


Love You Mr Arrogant E18 by Movie6v

Terlepas episod-episod terdahulu? Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode 

24 Oct 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 17

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 17 |


Untuk episode kali ni, sedih! Takde pun moment-moment lawak antara mereka. Tertunggu-tunggu jugak kan. Yang ada hanyalah laluan getir bagi Zaara. Dan dah tunjuk dah belang Sherry tu. Wah dah seronok-seronok berlibur dengan lelaki lain boleh pulak ada hati nak kawin dengan Mr. Arrogant ye. Ish, ish..

Di penghujung episod, Datin Maryam membuat pengumuman dan memperkenalkan Sherry sebagai menantu beliau yang baru. Sekali lagi terasa kesiannya Zaara.. Bersabarlah ye, Jom Tonton Online melalui link dibawah berikut eh.

Love You Mr. Arrogant Episode 17


Terlepas menonton episod-episod lepas? Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode

Setulus kasih ucapan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat banjir lumpur di Ringlet, Cameron Highland

23 Oct 2013

Banjir Lumpur Di Ringlet, Cameron Highland

Assalamualaikum..

Banjir lumpur di Ringlet, Cameron Highland |

3 individu disahkan maut (setakat siang tadi) selepas empangan di Ringlet, Cameron Highland melepaskan air melalui pintu kawalannya. Difahamkan air terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7petang semalam. Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi  dan seterusnya pada 2.45pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat.

Pihak Tenaga Nasional berhad yang menjadi pemilik empangan hidroelektrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.

Melihatkan gambar-gambar kejadian yang berlaku dibawah.. moga mereka yang terlibat bertabah dan moga-moga tidak melibatkan kemalangan jiwa yang  lebih tragis.












Mr. Arrogant Punya Pasal

Assalamualaikum..

Asyik-asyik Mr. Arrogant. Sana pergi Mr. Arrogant, sini pergi pun Mr. Arrogant. Rimas? Owh, tak!tak! Suka bahagia lagi adalah. hehehe, Aku pun tak terkecuali jugak nampaknya. Selagi tak abis full episode rasanya tetap lah menjadi kegilaan ramai.

Photo: "terima kasih sebb buat impian saya jadi kenyataan.." - Zaara. #loveyoumrarrogant #episod15

Photo: Irham & Zaara  #loveyoumrarrogant  -admin 1-

Bukan apa, semalam punya episod errmm sedih la pulak. Sampai terbawak-bawak la rasa sedih Zaara tu ke malam. Irham dalam dilema bila terpaksa membuat keputusan untuk berkahwin dengan Sherry atas permintaan terakhir mama dia yang konon-konon sakit. Kita pulak sakit hati tengok.. Fuhh, nampak tak betapa beremosinya aku.

Photo: Kenapa dua-dua muka sedih, muka geram? Jom dating dengan #LYMA 7mlm ini baru boleh tahu apa jadi!

Kalau semalam sweet2x, hari ni kita sad2x  jangan lupa kejap lagi episod 16 #loveyoumrarrogant   :)    -admin 1-

Zaara dengan aku kan lebih kurang sama. Kekekeke.

Image source LYMA page.

Diana Amir Bakal Bernikah Jumaat

Assalamualaikum..

Diana Amir Bakal Bernikah Jumaat |

gambar kahwin diana amir

Diana Amir dan tunangnya, Habib akhirnya bakal mengakhiri zaman bujang mereka dan memilih Jumaat sebagai hari bersejarah tersebut. Menurut Diana, majlis pernikahan dirancang secara sederhana.

"Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.. dalam keadaan yang cukup sederhana. Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya hantaran beg, kasut dan sebagainya. Cukup senaskhah Al-Quran dan cincin pernikahan kami," -Diana Amir

Suka dengan cara pasangan ni. Sederhana itu yang terbaik. Semoga secara urusan mereka dipermudahkan. Tahniah kepada bakal pengantin ini =)

Love You Mr. Arrogant Episode 16 Online

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 16 Online |


Irham dan Zaara masing-masing tak boleh tidur malam, maklumlah dah terpisah bilik tidur.. Kesian kan,
Lepastu pulak mama Irham dah mulakan Operasi penyamaran dia. Ish, nak suruh Mr. Arrogant kahwin dengan Paris Hilton Malaya tu. Menyampah....

Boleh tengok Love You Mr. Arrogant secara online melalui liink berikut eh:

Love You Mr. Arrogant Episode 16


Love You Mr Arrogant E16 by Movie6v

Terlepas episode lalu? Jom ke sini boleh tengok Love You Mr. Arrogant Full Episode

22 Oct 2013

Kenapa Perlunya Servis Miyak Enjin Secara Berjadual

Assalamualaikum..

Kenapa Perlu Servie Minyak Enjin Secara Berjadual |
cegah sebelum parah
Minyak enjin mempunyai kelikatan tertentu mengikut gred yang dikhaskan yang mana fungsi minyak adalah sebagai pelincir bagi komponen bergerak yang terdapat dalam sesebuah enjin seperti piston, crankshaft, connection rod, camshaft dan lain-lain. Apabila enjin dihidupkan maka minyak enjin akan bertindak sebagai pelinciran di antara komponen dalam enjin.

Semakin lama enjin bekerja atau kenderaan bergerak maka tahap kelikatan minyak enjin akan menurun. Minyak pelincir hilang daya pelincirannya sedikit demi sedikit apabila digunakan kerana didedahkan pada haba enjin dan tahap oksida minyak itu sendiri. Pelinciran minyak diantara komponen akan berkeadaan panas (menhasilkan haba) atau terbakar serta mengubah sifat kelikatan minyak tersebut malah warna minyak juga akan berubah dari cerah ke hitam. Kerana itulah kebiasaan kita menyebutnya minyak hitam.


Haba juga mengubah struktur molekul minyak menyebabkan ia kehilangan daya pelinciran. Minyak juga menjadi kotor kerana ia bercamppur dengan baha logam yang haus apabila enjin beroperasi. Kehausan logam ini tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi ia wujud dan ditakung dalam takungan minyak (oil sump).
Jika minyak enjin terus digunakan tanpa diganti secara berkala dengaan minyak yang baru sementara daya pelinciran masih berada pada tahap yang boleh diterima kerana minyak pelincir mengandungi bahan pembersih untuk mencuci enjin.

Minyak pelincir menyumbang kepada penyejukan enjin dan daya penyejukan ini berkurangan mengikut masa. Minyak lama (minyak hitam) menyebabkan enjin beroperasi lebih panas dari biasa dan menyebabkan kehuasan melampau.

Kehausan komponen yang paling ketara ialah kerosakan terhadap piston ring menjadi haus, kesannya enjin mengeluarkan asap putih yang banyak dan minyak enjin cepat kurang kerana minyak enjin masuk melalui piston ring yang haus ke ruang pembakaran serta ia turut terbakar semasa lejang kuasa dan exhuast yang keluar menjadi asap putih dan berbau minyak enjin terbakar (pembakaran tidak sempurna).

Kebiasaanya terdapat 3jenis minyak di pasaran. Mineral, Semi-Synthetic dan Fully Synthetic mengikut gred-gred tertentu. Untuk menukar minyak enjin, kenal pasti dahulu jenis minyak yang sesuai untuk digunakan terutama mengikut cadangan ataus spesifikasi daripada pengeluar kenderaan. Ini kerana mungkin memberi kesan ke atas prestasi enjin semasa beroperasi jika menggunakan minyak yang tidak sesuai.

Pentingkan keperluan minyak enjin ini ditukar secara berjadual. Secara ringkas ianya bertindak sebagai bahan pelincir, bahan pembersih dan bahan penyejukan untuk komponen enjin bergerak. Cegah dan rawat kenderaan sebelum ianya sakit. Kalau dah parah nanti nak cari ubat bukan senang.

Terima kasih kerana membaca. Tolong betulkan mana-mana yang salah ye,

Kereta anda tersekat banjir? Jom baca SINI

Love You Mr. Arrogant Episode 15 Online

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 15 Online


Love You Mr. Arrogant
Zaara dan Irham alahai.. makin sweetnya bila bersama. Bahagianya tengok dalam masa yang sama kita rasa jeles pulak. Yelah, sebab kita tak dapat Mr. Arrogant tu. Hehehehe, gedik! =P  Dah duduk rumah baru, alahai.. jiwang jugak eh Zaara ni kan.

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 15 melalui link berikut eh

Love You Mr. Arrogant Episode 15

Love You Mr Arrogant - Episod 15 by Fazleyismail90

Terlepas menyaksikan episod-episod lepas?
 Jom jenguk Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode

21 Oct 2013

Tetap Menantimu (Piano Instrumental Cover)

Assalamualaikum..


Aku kan tetap menantimu..



#Piano Instrumental Cover by Z Qusyairi..

Gayat Air

Assalamualaikum..

Gayat biasanya dikaitkan dengan ketinggian. Takut pada tempat tinggi dan akan rasa semacam bila berada pada sesuatu ketinggian dan tak sanggup nak melihat ke bawah. Atau senang ceria mungkin juga fobia dengan tempat tinggi.


Tapi yang aku nak cerita hari ni adalah, my fear factor adalah aku 'Gayat Air'. Yeah, memang aku gayat dengan air atau bahasa orang putihnya 'Water' atau bahasa cun nya aqua. hehehe. Eh, korang jangan salah faham pulak, takut air tu bukan bermakna aku takut nak mandi ke apa. Cuma aku fobia dengan air especially laut dalam. Tak dalam pun aku still fobia. Sebab tu aku jaranglah ke water park dan seumpama dengannya sebab takut nanti bila ada dalam air tu aku akan lemas. Padahal kolam tu untuk budak je pun.. Poyo kan aku ni.

Bila berada dalam air je mesti aku rasa tak selamat. Seolah-olah air tu akan membenamkan aku ke dalam. Mungkin kejadian dekat di Air Terjun Ulu Chepor kira-kira 15tahun lalu tu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri aku. Mana taknya masuk hutan, rentas air terjun dengan mata yang tertutup. Pastu bila langgar batu-batu dalam air tu mula lah aku terkapai-kapai pastu aku anggap aku lemas. Padahal mungkin air terjun tu bawah paras lutut je pun.

Dan aku takdelah sampai langsung tak dekat dengan air. Tapi aku akan pastikan ada orang-orang disekeliling yang akan taking care aku, malah aware kalau sesuatu terjadi. Jalan-jalan tepi pantai ok lagi, tapi kalau kau ajak aku masuk dalam air, main banana boat, jet ski or seumpama dengannya jangan harap okey! Naik bot atau kapal or feri aku selamat. Hehehehe,

Kalau aku gayat air, korang pulak ada fobia apa-apa tak? Aku tak gayat tempat tinggi ye sebab cita-cita aku nak jadi pilot tau.. (cita-cita yang takkan padam sampai bila-bila) tapi bila turun tanggan aku akan pastikan kaki aku mendarat baik-baik je kat anak tangga tu. takut kang terjatuh (eh, tu bukan fobia jugak ke) kekeke.

Cer cerita sikit gayat versi korang pulak =)

Gara-gara Mr. Arrogant

Assalamualaikum..

Love You Mr Arrogant? Of course la I Love You Mr. Arrogant!.. Semuanya gara-gara Mr. Arrogant habis semua adik-adik, akak-akak, makcik-makcik, nenek-nenek jatuh cinta lagi. Kali ni setiap hari Isnin sampai ler ke Khamis berkali-kali jatuh cinta. Heiish, tak boleh jadi ni!


Aduhaii, dari kuda ke katak. Lepas ni entah apa lagi la ayat-ayat si Mr. Arrogant ni kan. Paling best dan paling dihafal ayat si Mr. Arrogant ni 'memang tak arrrrr' kan.. kan.. Comel kan bila dia sebut camtu. Laa ni, dah menjadi-jadi trending Mr. Arrogant ni. Kat fesbuk, twitter, blog tak payah cakap ler. Heyyy, bertuah la awak ye Mr. Arrogant sebab jadi pujaan hati ramai. Aku jugak salah seorangnya. kekeekek



Saje nak bawak korang bergelak ketawa refresh episode minggu lepas. Reaksi yang bersahaja dari Mr. Arrogant berlagak bagus ni. Hehehe, tak pasal-pasal kau Zaara dahi kena jentik =)


20 Oct 2013

Kontes Review Klinik Cinta

Assalamualaikum..

Kontes Review Klinik Cinta |

Kontes Review Klinik Cinta

Dah hampir sebulan kontes ni berlangsung (nak sampai ke penghujung dah pun) dan hari ni baru tergerak hati nak meneruskan menulis tentangnya (padahal dah berada dalam draf hampir 3minggu). Maaf, mungkin diatas kekangan masa dan idea terbantut di situ. Ahha, Contest Review KlinikCinta dot com.. Fuhh, garu kepala sat sebab bab review mereview ni serius aku memang failed!

Sebagai seorang perempuan yang memang sentiasa bermasalah 'Cinta' ni.. memang ku akui sedikit sebanyak aku memerlukan bimbingan, nasihat serta semangat dan pastinya klinik sebegini yang menjadi salah satu hala tuju. (Selalu juga ke sana tapi serius wehh nak komen sebab aku takut aku terlebih beremosi nanti bila melontarkan pandangan perihal perhubungan cinta ni)

jom ke www.klinikcinta.com
Cuma maaf, yang pertamanya bila aku masuk KlinikCinta ni.... my first impression ia seakan tak memanggil saya untuk masuk dan selongkar apa yang ada dalam klinik ni. Mungkin tentang tema kalernya. Dan mungkin juga sebab saya seorang perempuan, jiwa lemah plus lembut... kaler-kaler yang saya harapkan mungkin seperti pink ke, purple lembut ala-ala jiwang gitu. Hijau nice cuma.. terasa seperti bila saya buka main entrance masuk berjalan ke kaunter pendaftaran dan si dia bertanya "Ye cik, sakit ke?" dan jawapan yang mungkin saya beri "taklah, saya sihat. Hamster saya yang sakit," -Apa yang aku merepek ni? Sorri. Pendek cerita, macam buah-buahan dalam mangkuk di atas meja tu tak berjaya nak menarik aku untuk makan atau bantal dan cadar atas katil tu tak berjaya menggamit aku untuk landing dan tidur diatasnya walau tilam tu sangat empuk sebenarnya.

Tentang menu yang terpapar dibahagian atas, rasanya mungkin ada persamaan. Macam yang ditandakan merah di bawah. Klinik-Luahan-Masalah. Sekali pandang nampak ianya sama. Mungkin menu dan column tu boleh dilabelkan dengan tajuk lain yang masih lagi berkaitan dengan cinta. Cadangan seperti Keibubapaan mungkin, mertua-menantu juga mungkin boleh.


Dah cuba selongkar apa yayng ada di dalamnya. Suka, suka aku dengan hasil penulisan yang dipaparkan. Ada yang memang kena dengan batang hidung sendiri, ada yang aku rasa nak argue je. Ada yang memang aku sokong 100percent. Kiranya apa yang doktor-doktor klinik cinta cuba berikan tu ada untuk keperluan "PenCinta' ni. Cuma, kebanyakkan bahan bacaan 'Cinta' yang aku baca kebanyakkan banyak fokus kepada perhubungan cinta yang belum tentu menjadi. Maksudnya, blog KlinikCinta ni banyak memfokus kepada sebuah percintaan antara aku dan dia. Bukankah perkaitan CINTA itu luas, terlalu luas.. Sebelum berkahwin cinta, selepas berkahwin juga Cinta kan.. Hubungan beribubapa juga cinta, hubungan bersama Tuhan juga cinta, hubungan bersaudara juga cinta kan.. Harapnya dapatlah diluaskan fahaman cinta tu.

Sebolehnya, jangan terlalu memokuskan cinta remaja sahaja. Atau senang cakap, bukan hanya bila sakit je baru nak pergi klinik jumpa doktor. Tak sakit pun tetap nak pergi juga untuk terus menyemai rasa cinta yang ada. Menyiram, membaja, mencantas rerumput.. Jangan pulak meracun, kang layu dan terus terkubur pulak rasa cinta tu.

Mencadangkan KlinikCinta juga mengaitkan kisah, isu dan permasalahan remaja masa kini yang rasanya makin menjadi-jadi. Mencuba mencari solusi dalam permasalahan yang menjadi duri dalam daging dalam kehidupan masyarakat kita. Sekurang-kurangnya kita cuba menbentuk dan mendidik masyarakat, adik-adik yang masih lagi segar dari terjebak dengan perkara yang boleh merosakkan mereka. Mungkin juga boleh dapat bimbingan dari mereka yang benar-benar pakar. Sedikit ulasan atau petikan dari mereka yang layak seperti ustaz, pakar motivasi juga.

Okey, rasanya dah terlalu panjang. Saya memang tak reti nak review (bab templete, widget dan sebagainya memang tak reti saya nak ulas). Maaf, mohon maaf kalau tulisan saya di atas ni menyinggung mana-mana pihak secara sengaja mahupun tidak. Semoga KlinikCinta terus maju dan terus menjadi bahan rujukan yang hebat untuk pencinta di luar sana.

Terima kasih semua.

Kontes Review Klinik Cinta ini dianjurkan oleh Klinik Cinta dan di taja oleh Sweetkurma, Beautiful Places to VisitKongsiBersamaNora, Blogger Lelaki, Fuh.My, Khairul Zamri, Pondok KecilHasrulHassan, Aku PenghiburNurmujahidah, Nabila BielaIrwan Alessa, Shida Radzuan, Asyrof Asri, Eyma Lydia,  dan Mohd Ridzwan dot com.

"Jika engkau ingin melihat indahnya Fajar.. maka engkau harus melalui gelapnya malam,"
-Habib Syech Abdul Qadir Assegaff- 

18 Oct 2013

Arwah Datang

Assalamualaikum..

Dah terlalu lama rasanya tak cerita tentang arwah. Rindu, rindu sangat kat dia.. Mak kata bila dah rindu, cepat-cepatlah sedekahkan Al-Fatihah untuknya. Doakan untuk dia. Siapa arwah tu? Ermm, kalau nak tau nanti korang boleh baca kat entri SINI ye lepas habis baca entri ni. *maaf entri agak panjang kali ni

Sehari sebelum raya Aidiladha baru ni, aku jumpa arwah. Sungguh! Dia datang berjumpa masuk dalam mimpiku malam tu. Dalam mimpi aku tak faham sangat ceritanya. Yang aku nampak, dia seronok sangat tidur dekat lantai dalam keadaan bogel macam yang selalu dia buat masa dulu-dulu. Dengan tak berbaju, syok je dia tidur. Memang stail dia dari dulu, elok-elok tidur atas tilam bila bangun pagi tengok dah atas lantai. Pandai je dia cari tempat sejuk tau. Teringat masa kat Cameron Highland beberapa bulan sebelum dia pergi, kitorang punya lah sejuk menggigil-gigil sampai terpaksa berstokin, bersweater bagai dia sedap je landing tidur beralaskan lantai yang memang sejuk macam ais beku tu.. Erm, rindunya!

Okey, berbalik pada kedatangan arwah dalam mimpi ku haritu.. Arwah langsung tak bercakap walau sepatah. Not even one word. (mak memang ada pernah cakap, kalau mimpi dan dia berkata-kata biasanya gangguan syaitan). Terasa perjalanan mimpi yang panjang. Tapi kalau ditanya apa yang berlaku dalam mimpi tu, sungguh aku tak tahu nak describe macamana. Bayangan samar-samar apa yang terjadi tapi aku nampak itu arwah. Tak pernah berubah wajah dan pandangan mata terhadap arwah.

Masa dia kecil dulu, sejak lahir sampailah masa Allah tarik bawa dia pergi dari kami muka dan wajah arwah sentiasa berubah-ubah. Ubah-ubah tu maksudnya sekali pandang lain, bila tengok betul-betul lain, bila bergambar nampak lain, macam banyak versi tau.. Kalaulah arwah masih ada sekarang ni, tak tahu nak gambarkan macamana rupa dia. Mesti jadi anak dara yang comel (umur dia sepatutnya 11 tahun).

 Mak cakap, mungkin masing-masing dah terlupa arwah. (bila semuanya sibuk meneruskan hal dunia) tu yang arwah datang mungkin untuk menyedarkan kita. Dia mintak kita berdoa untuk dia, ingatan untuk diriku sendiri yang memang dah lama tak berniat mengaji untuk dia) -walau dah tentu-tentunya syurga menanti untuk bidadari kecil ni. Masa lalu dekat tanah kubur haritu, dah banyak rupanya yang menjadi peneman arwah (arwah antara 2 orang terawal yang ditempatkan di tanah perkuburan baru itu).

Sungguh, rindu sangat kat dia.. Ya Allah mohon ampunkan dosa-dosaku terhadap adik Farah -tak boleh nak hilangkan dekat otak saat-saat mandikan dia, cuci berak kencing dia, saat dia menangis bila aku marah-marah dia dulu... tak mampu,

Untuk pengetahuan, my mum mengandung 11 kali, bersalin 10x (satu gugur) dan kini hanya tinggal 9 orang anak yang menjadi madu dan racun kepada beliau kerana Allah hanya meminjam sekejap sahaja iaitu arwah adik Farah.


Terima kasih kerana sudi membaca luahan rasa yang tidak seberapa ini.

Love You Mr. Arrogant Episode 14

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 14 |



Comelnya hari ni tengok Irham bawak Zaara makan dekat kedai mamak dan lauk pilihan dia adalah ikan keli. Ikan yang konon-kononnya sebelum ni geli sangat kan, cehh sekarang dah suka pulak. Dan seronoknya bila Irham bawak Zaara pergi tengok rumah baru mereka... phewww =)

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 14 melalui link berikut :

Love You Mr Arrogant Episode 14



17 Oct 2013

Pilihan Di Hentian Ini

Assalamualaikum..

Pernah terfikir kenapa hidup kita begini? Naik turun, jatuh bangun.. yang baik, yang indah pastinya membuatkan kita tersenyum. Tapi bagaimana pula andai sebaliknya yang terjadi? Menangis, meraung, meratap hiba kah kita?


Ada apa dengan hentian ini? Hentian yang sering membuatkan kita berada di dalam dilema. Mahu meneruskan perjalanan atau berhenti seketika sekadar mengambil angin atau terus hilang dalam keasyikan sebuah mimpi andai diri sudah selesa.. Ye, hakikatnya Tuhan Sedang Menguji Kita. Mana satu pilihan yang dilakukan pun pasti akan menghasilkan satu akibatnya. Baik buruk semuanya atas pilihan kita.

Dan.. hentian ini sangat menyakitkan sebenarnya. Tersedar dari sebuah mimpi yang sangat panjang yang akhirnya menghancurkan diri sendiri.



I made mistake & saya tak tahu bagaimana untuk memperbaikinya.. Pilihan itu tidak terletak ditangan saya..

Love You Mr Arrogant Episode 13

Assalamualaikum..

Love You Mr Arrogant Episode 13



Hai semua..semalam, sedihnya tengok Zaara. Menangis je dia dari awal sampai akhir. Kebaikan hati Zaara tak dapat nak disangkal lagi. Bila dah macam tu barulah Irham nak rasa bertuah sebab memilih Zaara dulu. Sekarang dah muncul wanita bernama Safiya yang merupakan kekasih lama Irham dahulu..

Makin menarik cerita ni nanti.. Jangan lupa Tonton Online Love You Mr Arrogant Episode 13 melalui link dibawah berikut ye.. Terlepas menyaksikan episode lain? Jom klik SINI

Love You Mr Arrogant Episode 13


Love You Mr Arrogant E13 by Pencuridrama

16 Oct 2013

Silence of The Wednesday | Bukan Diminta

Assalamualaikum..




"The time will come..."

15 Oct 2013

Love You Mr Arrogant Episode 12

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 12


Episod kali ni secara terang-terangan Zaara digasak oleh mak mertua dan kakak ipar beliau. Nasib lah Zaara masih lagi menghormati mereka, hanya mampu berdiam tanpa berlawan kata. Sayu pulak hati bila tengok Zaara macam tu.. Kesian Zaara,

Jom Tonton Onlie Love You Mr. Arrogant Episode 12 ni melalui link dibawah berikut eh..

Love You Mr. Arrogant Episode 12


Love You Mr Arrogant E12 by Pencuridrama

Filem Bencinta

Assalamualaikum..

Ada Apa Dengan Filem BenCinta?

Baru je selesai tengok Filem BenCinta ni kelmarin. Kalau ditanya apa hasil yang aku dapat dari cerita ni... errrm, serius aku tak faham. Tak faham langsung dengan cerita ni. Tak faham kenapa si suami memilih untuk membenci dalam pada masa yang sama menyinta. Mungkinkah sebab tu ianya dinamakan BenCinta

Apa motif sebenarnya si suami berperangai seperti binatang macam tu, itu yang aku confuse sangat-sangat. Sebab aku rasa kalau lelaki yang memang azalinya panas baran, tak perlu nak tunggu 5tahun kemudian baru dia nak tunjuk belang sebenar. Dan selepas 5tahun baru terbongkar segala yang dirancang di suami. Serius aku tak faham tentang yang ni.

Sinopsis Filem BenCinta yang aku ambil dari Google
Dan yang paling aku tak faham... cerita ni mengisahkan penderaan rumah tangga oleh si suami terhadap isteri. Kena pukul, belasah, jerit maki.. yeahh, kisah ni secara realiti nya memang wujud dan terjadi dalam kehidupan masyarakat. Memang tak dinafikan, tapi apa motif asal cerita ni?

Adakah nak mendidik masyarakat khususnya kaum hawa supaya belajar seni mempertahankan diri untuk menentang suami sendiri? Kena menuntut ilmu demi menuntut hak sebagai seorang isteri? Itu yang aku tak faham. Bukan ke negara kita ni ada undang-undang.  Dalam agama pun ada garis panduan hak sebagai seorang wanita dan juga isteri kan..

Maaf, bukan niat aku nak menjatuhkan filem Melayu sendiri.. cuma, pengajaran yang aku dapat bila tengok ni... entahlah sebagai orang yang masih belum bersuami.. errrm okey, single is simple. double is trouble!

Terima kasih kerana sudi membaca.


#okey, fine! Dah nama pun cerita kan.. lakonan semata

14 Oct 2013

Love You Mr. Arrogant Episode 11

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 11


Owh, episod kali ni.... memang rasanya Love You Mr. Arrogant! Memang betul-betul jatuh cinta ni. Mr. Arrogant yang berlagak ego melangit tu dah terkenang-kenang dah terbayang-bayang isterinya Zaara. Phewww, bahagia sungguh kita tengok. Terkedek-kedek ketawa tak sudah-sudah...

Semoga bahagia menjadi milik mereka. Jom tonton Love You Mr. Arrogant Episode 11 melalui link berikut dibawah ye.. Kalau terlepas menyaksikan episode yang lalu, boleh je klik SINI

Love You Mr. Arrogant Episode 11

video