Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

30 Sep 2013

Novel | SUAMIKU, Encik Perfect 10!

Assalamualaikum..

SUAMIKU, Encik Perfect 10! | Shamnuriezmil
"Entah dari mana dia datang, aku tidak pasti. Yang aku pasti, dia membawa cintanya sekali!"

Terbitan : Karya Seni 
Penulis : Syamnuriezmil
ISBN : 978-967-0246-30-7
Harga : RM23.00 (SM) / RM26.00 (S/S)
Suamiku, Encik Perfect 10!

Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyalamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang nertakhta dalam hati.

"Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni." -Aleeya Azmeen

"Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap." -Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar bekas kekasih Aleeya cuba menagih semula kasih. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

"Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?" -Zarief Danial

"Dah, tapi dia milik orang," -Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperolehi cinta dari encik perfect 10, sepertimana yang dia harapkan?


Ulasan hasil pembacaan:
Cerita ni agak sedikit complicated la. Serius, ada macam-macam rasa manis, pedih, ceria, blur-blur pun ada. Dan rasanya cerita ni berat sikit. Berat camne tu? Haaa, kena lah baca then paham kan. hehehee.
Dan nampaknya cerita ni bakal muncul di kaca tv nanti. Gandingan Aaron Aziz dan Lisa Surihani.. pastinya satu yang sangat sweet =) kan,kan..


"Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?"
-Al Hujurat : 12

29 Sep 2013

Bila Diserang Malware

Assalamualaikum..


Kawan-kawan semua.. hampir 20jam rasanya blog pinggiran aku ni diserang si kudis Malware. Kedatangan dia buat aku stress, memang betul-betul stress. Serius bangun pagi tadi aku menangis dan at last give up sebab dah tak tau nak buat apa. Sampai lah aku rasa, mungkin ni lah balasan tuhan untuk aku dosa-dosa yang aku dah buat dalam berblog ni.

Nampak tak, dugaan tu kecil je, tapi rupanya aku memang tak kuat. Aku sayang blog ni, sayang semua kawan yang ada kat sini, sayang apa sahaja yang berkaitan blog la. Menangis pun kalau tak usaha tak guna jugak kan. Dan memang betullah sebab aku ni tak pandai, memang tak reti tentang blog, memang takde ilmu tentang ni. Tarik nafas panjang-panjang... hembus pelan-pelan... (bukan mengeluh, cuma cari kekuatan).

Jutaan terima kasih (mungkin lebih dari berjuta) kepada SIFU aku yang sentiasa menolong aku tanpa mengira penat lelah, tanpa sebarang rungutan, tanpa... (bayangkan anda sedang menyanyi lagu Tanpa oleh 6th Sense tu).. Aku tau penat nak melayan kerenah orang yang tak reti apa-apa macam aku ni. Terima kasih sebab bersabar dan maaf sebab dah banyak menyusahkan beliau. Terima kasih kepada blogger-blogger yang buat entri tentang cara nak remove malware, satu-satu aku try google.

Kalau lah... i'm just leave it like that and never turn back.... (hakikat yang susah aku nak terima ialah aku sangat takut untuk ambil sesuatu tindakan sebab aku takut aku akan buat salah tentangnya. Dan kesilapan tu akan sentiasa menghantui hidup aku selagi ianya tak diperbetulkan.Dan yang paling aku takut ialah aku akan buat kesilapan yang sama buat kali kedua)..

Untuk awak-awak awak semua.. terimalah, Seal with a kiss... I Love You Stupid!





Perumpamaan orang beriman sesamanya, cinta-mencinti, sayang-menyayangi dan bantu-membantu antara sesamanya, seumpama satu tubuh. Apabila salah satu anggota sakit, anggota yang lain akan turut merasainya sama."
-hadis riwayat Muslim

Lagu Tema Love You Mr. Arrogant -Tetap Menanti (Nomad)

Assalamualaikum..

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Tapi semua itu ku yang merindukan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang mmebawa dalam hatiku
Bagai mata yang terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu





"Dalam hati mereka terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), oleh itu Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka berdusta."
-Al-baqarah:10

28 Sep 2013

Agrofest Perak 2013

Assalamualaikum..

Orang Perak jom kita meriahkan Agrofest Perak 2013 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perak 2013 yang kini sedang berlangsung di Ladang Infoternak Sg.Siput.

Agrofest Perak 2013. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

Berbagai aktiviti dan jualan dijalankan selama 4hari berlangsung. 28 September (Sabtu) hingga 01 Oktober 2013 (Selasa). Macam-macam info dan ilmu tentang pertanian terutamanya akan anda perolehi nanti. Rugi kalau tak pergi. Jumpa anda disana,


Love You Mr. Arrogant Episode 2

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 2 | Drama bersiri yang sekarang ni dah jadi fenomena nampaknya. Makin menarik dan menghiburkan. Zaara sudah pun menjadi tunangan Zafriel Irham walaupun dalam keadaan terpaksa. Sweet sangat cerita ni. Dan... Zara Zye, she's a good actress! Lagi best lakonan dia dari Jannah hehehehe.

"Aku nak kau panggil aku "Bro", dalam erti kata lain "Abang" kekekeke..

Selamat menonton Love You Mr. Arrogant Episode 2


Love You Mr. Arrogant - Episode 2


"Kesihatan adalah nikmat tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit."

27 Sep 2013

Tragedi Motor Besar

Assalamualaikum..

Pertamanya ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Ramlan Ludin,37 yang maut digilis setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Taman Malim, Tanjung Malim kelmarin. Al-fatihah,

Terbaca berita semalam di Harian Metro, beliau baru sahaja sebulan membeli motosikal besar tersebut.. Tapi, tragedi pula yang berlaku.. Malang tu memang tak berbau kan..


Gambar dibawah antara tragedi maut lain yang berlaku melibatkan motosikal berkuasa tinggi ni (lain-lain tempat berlaku kemalangan).. 







(Google image)

Takziah untuk mereka yang telah pergi akibat kemalangan-kemalangan begini. Kepada kita yang lain, mohon berhati-hati terutama diatas jalan raya. 

Persoalan yang selalu bermain dalam kepala, ada apa dengan motor besar? Berbaloikah dengan harga yang tinggi dan risiko yang kita ambil ye?? Okey, ye faham kalau nak jadi malang tu kat mana-mana pun boleh jadi kan. Tapi, dengan harga yang begitu tinggi, errrm... Asyik tertanya-tanya, apa yang menarik sangat dengan motosikal berkuasa tinggi sebenarnya ni ye?? Kepuasan?? Owh, begitu...



"Untunglah orang yang dari tangannya mengalir kebaikan dan celakalah orang yang dari tangannya mengalir keburukan."

Gambar Majlis Pernikahan Adam AF dan Fiza Elite

Assalamualaikum..

Gambar Majlis Pernikahan Adam AF dan Fiza Elite | Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan Adam AF dan Fiza Elite yang melangsungkan majlis pernikahan semalam (26 September 2013).
Alhamdulillah, sebuah lagi masjid dibina.


Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32 atau dikenali dengan nama Fiza Elite sah menjadi isteri kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30 dengan sekalli lafaz. Mas kahwin RM300 beserta hantaran sepersalinan lengkap. Jelas terpancar senyuman bahagia di wajah kedua mempelai ini. 

Jom tengok Gambar Majlis Pernikahan Adam AF dan Fiza Elite
 adam af


#79 Adam AF Selamat Bergelar Suami Kepada Fiza Elite - ROTIKAYA

#14 Adam AF Selamat Bergelar Suami Kepada Fiza Elite - ROTIKAYA

#16 Adam AF Selamat Bergelar Suami Kepada Fiza Elite - ROTIKAYA

#22 Adam AF Selamat Bergelar Suami Kepada Fiza Elite - ROTIKAYA

#25 Adam AF Selamat Bergelar Suami Kepada Fiza Elite - ROTIKAYA

#27 Adam AF Selamat Bergelar Suami Kepada Fiza Elite - ROTIKAYA

Semoga kebahagian sentiasa mengiringi perjalanan hidup mereka sekeluarga. Jutaan tahniah..




"Keimanan memiliki lebih dari 70 cabang ada hal yang paling sederhana dari keimanan itu adalah menyingkirkan duri di jalanan."

26 Sep 2013

Penenang Jiwa

Assalamualaikum..

"Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati."


Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Suatu hal yang pasti bahawa pada setiap jiwa manusia terjadi pergelutan dan peperangan yang dasyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi binatang yang berbadan manusia. Itulah peperangan antara rayuan syaitan dan seruan agama, Antara kebatilan dan kebenaran.

Memang, sebuah nafas panjang ditarik dan dihembuskan. Bersama berjuta jeritan. Menanti suatu kepuasan. Dunia menawarkan kenikmatan. Kaki, hendak ke mana melangkah? Antara syaitan dan malaikat bergelut. Berebut menguasai diri. Tapi, hendak ikut siapa...?Demikianlah peperangan itu berlaku.

Kedua-dua belah pihak bertarung dalam kancah peperangan, iaitu hati. Jika iblis menangm manusia akan kehilangan kemanusiaan. Dan apabila agama yang menang, ia akan menjadi manusia yang luhur, arif dan bijaksana.

Setiap kemaksiatan yang dilakukan seseorang, ia bagaikan bintik-bintik hitam yang mengotori dan mengeraskan hatinya. Semakin ia berani melakukan maksiat, kedudukan iblis bertambah kuat. Dan.. Iblis mengibarkan benderanya. Maka ketika itulah hati akan menderitai penyakit. Suatu penyakit yang berbahaya namun tidak dapat dirasai. Penyakit yang sukar ditemukan doktornya. Penyakit yang akan menghantar seseorang ke Neraka!

~Mohon bantu diriku mencari ketenangan hati, dalam kekalutan mencari arah mana yang patut ditujui.. (Dalam proses membaca buku Penenang Jiwa ini)... InsyaAllah akan berkongsi hasil pembacaan. Terima kasih kerana membaca.


  "Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis."

Pelancaran Kawasaki Z250 di Malaysia

Assalamualaikum..


Kepada peminat motosikal superbike yang berskala sederhana dengan kapasiti enjin yang sederhana, Kawasaki Z250 adalah model terbaru keluaran Kawasaki telah dilancarkan 24 September 2013 yang lalu untuk pasaran Malaysia. Kawasaki Z250 dengan spesifikasi enjin 250cc dengan bentuk yang menarik sesuai digunakan oleh penunggang di Malaysia dimana pemegang lesen ketagori B2 masih boleh mennunggang motosikal ini.


Harga jualan untuk Kawasaki Z250 di Malaysia adalah bermula dari RM21,589 harga di atas jalan. Penggemar superbike rata-rata mengatakan harganya berpatutan. Eh?

Ni ke entrinya? Bukan, bukan.. bukan ni kisahnya berkenaan motor besar ni. Tunggu eh,



"Orang mukmin terhadap orang mukmin lainnya ibarat bangunan yang satu, setegahnya menguatkan yang lain."

25 Sep 2013

Love You Mr. Arrogant Episode 1

Assalamualaikum..


Love You Mr. Arrogant Episode 1 | Drama yang diadaptasi dari novel Love You Mr. Arrogant ini sudah pun memulakan episod pertamanya lewat petang tadi. Bersiaran menerusi Slot Akasia TV3 ini nampaknya begitu menarik hati untuk terus diikuti..

Bermula dengan kemalangan kecil antara Zaara Amirah dan Zafriel Irham yang mana Irham menuntut ganti rugi sebanyak RM5000. Pheww, mamat berlagak ni memang betul muka berlagak. Zaara pulak takde pilihan terpaksa bagi telefon bimbit dia sendiri sebagai cagaran sebab tak mampu nak bayar segera. Comel plus kelakar giler masa Zaara melepaskan marah dia pada bisnes kad si Zafriel Irham. Hahahaha,

Tempoh sebulan yang diberi masih tidak mampu buat Zaara. Kesian dia tau, ada ke patut Irham sms ibu Zaara bagitahu yang Zaara sedang mengandung anak dia. Gila Kau si Irham ni! Manalah tak mengamuk Zaara bila dapat tahu. Apa lagi terus la dia serang pejabat Irham. Yeah, di sinilah bermula segalanya nanti bila Tan Sri Zahir memberi kata dua kepada anak lelakinya itu samaada berkahwin dengan Zaara ataupun Sherry.

Gandingan Azlee Khairi dan Zara Zya

Semart pulak bila tengok si Faizal aka mamat psiko ni. Camne la kita nak benci kat dia kalau dia hensem ni. Alahai....  Best kan, best kan... Kena tunggu la esok pulak.. Yuhuu..  Selamat menonton,

Love You Mr. Arrogant Episode 1


Love You Mr Arrogant E01

 "Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air."

Kawasaki Ninja ZX-14R

Assalamualaikum..

Kawasaki Ninja ZX-14 | World-Class Performance Meets Real World Flexibility
Semuanya berkenaan Ninja ZX-14R sportbike adalah hebat. "Big displacement, big horsepower, big accolades."  1,441cc inline-four engine tentunya engine Kawasaki berkuasa tinggi yang pernah dihasilkan dalam arena sportbike di dunia.









Gambar dia... phew, serius cun la! Errr, saje bagi syok-syok tengok motor besar ni. Kalau anda tanya saya minat ke?? Owh please la... saya suka lagi engine diesel lori dengan jentera berat lain.. Cuma coming entri nak cerita sikit pasal motor berkuasa kuda yang tinggi-tinggi ni.


"Allah menjadikan orang jahat dan menyelimutnya dengan kebakhilan dan harta." 

Drama Love You Mr Arrogant TV3

Assalamualaikum..

Drama Love You Mr Arrogant Akasia TV3


Satu lagi novel bakal diadaptasi ke drama tv. Kali ini Novel Love You Mr. Arrogant terbitan Karya Seni yang juga merupakan hasil tulisan Aliesha Kirana. Drama ini menampilkan Azlee Khairi yang membawa watak utama selaku Zafriel Irham di samping heroin Zara Zya sebagai Zaara Amirah.

Kalau mengikut jalan cerita novel ini, kisah hidup Zaara Amirah hampir sama dengan perjalanan hidup Nur Jannah dalam Drama Cinta Jannah yang baru sahaja sampai ke penghujungnya semalam. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang sinopsis novel boleh klik SINI.

Kisah mereka bermula bila Irham dan Zaara terlibat dalam satu kemalangan yang mana Irham si jejaka kaya berlagak dan penuh kesombongan ni menuntut ganti rugi terhadap Zaara. Cehh, padahal kalau ikut law mamat poyo ni yang salah, tapi apa boleh buat... dah namanya orang kaya kan, semuanya betul pada dia. Irham pulak tersepit bila papa dia, Tan Sri Zahir (Mustapha Kamal) bagi kata dua sama ada menikahi Zaara Amirah atau Sherry calon menantu pilihan mama Irham, Puan Sri Maryam lakonan Norish Karman.

Jangan lupa menyaksikan drama Love You Mr Arrogant ni nanti ye. Bermula 25 September 2013 (hari ini) Slot Akasia jam 7malam.

Jom tengok Promo Love You Mr Arrogant. (Dari promo pun dah nampak mantap cerita ni)




"Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau itu tiada dapat menembus bumi dan tidak akan engkau sampai setinggi gunung."
-Al Isra : 37

24 Sep 2013

Pelumba Motosikal Negara Hafizh Syahrin Sujud Syukur di Litar

Assalamualaikum..

Pelumba Motosikal Negara Hafizh Syahrin Sujud Syukur di Litar.


Pelumba Motosikal negara Hafizh Syahrin Abdullah melakukan sujud syukur di Litar Navarra setelah memenangi perlumbaan Kelas Moto2 CEV Championship di Sepanyol. Beliau mencipta sejarah menjadi pelumba motosikal pertama Malaysia yang memenangi podium sekaligus mengharumkan negara apabila buat julung-julung kali lagu Negaraku dimainkan.

Hafizh yang berumur 19 tahun merupakan anak jati Selangor memulakan karier nya sejak berumur 9 tahun. Juga pernah diberi jolokan "King of The Pocket Bikes".. Tahniah diucapkan kepada jaguh muda Hafizh Syahrin. Semoga perjuanganmu demi Agama, Bangsa dan Negara.

Jom tengok Video Hafizh Syahrin Sujud Syukur di Litar ketika memenangi perlumbaan.





"Berlumba-lumbalah kamu kepada mendapatkan keampunan dari Tuhanmu!"

Novel | Love You Mr. Arrogant

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant | Aliesha Kirana
"Aku memang gila sebab cintakan kau yang berlagak gila! Tapi apa lagi nak dikata, kalau hati dah cinta..."


Terbitan : Karya Seni
Penulis : Aliesha Kirana
ISBN : 978-967-0246-18-5
Harga : RM18.00 (SM) / RM21.00 (SS)

Love You Mr. Arrogant

"Itu harga yang kau patut bayar sebab tak kitakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." -Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi.Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh... tapi..." -Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...


Ulasan hasil pembacaan :
Errm, rasanya novel ni gedik-gedik je. Hahahahaa, joking je tau. Okeylah, lain orang lain penerimaan dia. Bagi saya novel ni biasa, biasa tu dalam erti kata kebiasaan yang terjadi dalam kehidupan harian kita. Berjumpa dengan orang kaya yang sombong, berlagak tak ingat dunia. Orang kaya yang berlagak ni mesti kena cakap kasar-kasar ke?? Cuma, sesekali mengharapkan sombong dalam versi lain. Alaaaa.... macam sombong + poyo si hero Boys Over Flowers tu.. Sombong dan berlagak tapi dalam kelasnya yang tersendiri. Tak perlu bercakap kasar, tak perlu bercakap banyak. I like that way!

Novel ni juga akan menghiasi kaca tv tidak lama lagi. Satu lagi drama yang diadaptasi dari novel. Ahha, tak sabar menanti. Tahniah kepada penulis Aliesha Kirana.



"Sesungguhnya manusia telah dibentuk oleh Allah sedemikian baik, maka perbaikilah akhlakmu."

2014 Kawasaki Ninja 250

Assalamualaikum..

Tetiba je aku tampal gambar motor besar.. Pelik kan, haah.. memang pelik.. Ada cerita tentang ni pastinya nanti =)
Ingat lagi masa kecik-kecik dulu kalau nampak gambar-gambar gini mesti masing-masing dok berebut dan main cop-cop "ini aku punya" kan..

Tapi tu dulu la, alaaa.. masa zaman kita tak reti apa. Sekarang ni bila tengok, walaupun hebat camne pun...... takde pe yang menarik. Sungguh! Tapi...(Tunggu kalau abang pedas aka Tuan Ebrahim yang bawak okey aku setuju yang motor ni memang canggih, hebat, hot dan sungguh-sungguh pedas berapi) hahaha..




Tengok motor besar ingat apa?? Bak kata Melur Jelita dan diva-diva Jelita "Mestilah ingat abang pedas...." Siapa abang pedas ni? Errrk, mohon baca I Love You Stupid! dan My Precious Iris ye..


"Ada dua pemburu yang tidak akan kenyang. Pemburu ilmu dan pemburu harta."

23 Sep 2013

Alahai Cinta Jannah

Assalamualaikum..

Hyep semua.. korang layan tak Drama Cinta Jannah di TV3 tu? Drama yang dah hampir ke penghujungnya. Amacam, best tak korang rasa? Ahha, aku nak cerita sikit ni pengalaman aku tonton drama ni.


Jujur aku cakap, dari awal lagi aku dah mula blur-blur tentang drama ni. Tapi mata masih jugak layan (biasanya aku tengok dekat tonton.com.my tak pun melalui aplikasi dekat smartphone ni je. Aku tengok tau dan jarang missed cerita ni (adalah sekali dua episod tertinggal) tapi sampai ke sudah aku masih tak faham. Cerita dia belit-belit dan banyak sangat terkait. Yang pasti, sampai lah ke hari ni, komen aku.. "ish, lebih-lebih pulak cerita ni!"

"Lebih-lebih" tu maksud aku sepatutnya cerita tu simple je. Tak perlulah sampai tergolek, luka, berdarah-darah, masuk hospital semua tu. Cukuplah sekadar "dah jatuh ditimpa tangga je". Hahahaha, nampak tak aku sendiri yang over kan. Tapi betul, aku tak faham ler cerita ni.

Banyak sangat hal-hal lain. Kejap Aril, Datuk Khalid, Tengku mummy tu, Supian, Razak, Damia, hurmmm dengan perangai kakak dia si Balkis yang semacam tu... Ish, aku tak faham.

Yang aku nak tengok adalah Cinta Jannah dan suami dia Aril!  Okey, tu je nak cakap... Nak tengok sampai habis, kalau aku tak paham jugak (maksudnya... aku lah yang lampi) hehehehe, Maaf, takde niat nak kondem ke apa. Cuma, serius aku tak faham cerita ni..............

Selamat menonton.. dan menanti selepas ni Love You Mr. Arrogant


"Sedikit amal disertai ilmu lebih baik daripada banyak amal dalam kebodohan."

Salah Ibu Mengandung

Assalamualaikum..


Salah ibu? Ibu mertuaku salah ke? Bukan.. bukan.. masih belum ada lagi. Dan rasanya dah takde keinginan kot nak beribu bapa mertua ni. Okey-okey kita lupakan tentang nak tak nak ni. Cuma nak huraikan sedikit tentang ayat dalam image kat atas tu.

"A man who treats his woman like a princess is proof that he was born and raised in the arm of a queen"

Ye, serius rasa setuju sangat dengan frasa atas ni. Seorang lelaki yang menyanjungi dan menghargai, melindungi wanitanya pasti lahir dari perut seorang wanita lain bergelar ibu yang begitu penyayang. Dididik dengan penuh kasih, dilentur dengan penuh sayang.. Meletakkan taraf wanita itu tinggi walau siapa pun dia. Benarlah pepatah kata 'sejuk perut ibu mengandung.'

Tapi, bagaimana dengan lelaki yang bersifat sebaliknya. Tidak tahu menghargai, melayani wanita dengan penuh kejam. Menindas, memukul, menghina, mencerca wanita semahu hatinya.. pendek kata tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Apatah lagi mahu bersifat melindungi kannnn...

"Tercipta wanita dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindungi,
Dekat jua di hati untuk dikasihi"

Jadi, perlukah salah itu dihalakan kepada ibu yang mengandung? Salah ibu kah andai anak itu membesar menjadi seorang yang pemarah, baran, kaki pukul, panas hati menindas? Ibu kah punca anak ini bersifat sedemikian? Salah didikan ibu ke bila si anak lelaki begitu?

Bukan ke Lelaki itu Sifatnya Melindungi??

Manusia diberi akal.. Andai sekalipun dari kecil si ibu terlebih atau terkurang perhatian terhadap kita, seharusnya anak itu bila besar tahu dan mampu berfikir mana yang baik, mana yang buruk kan... Setiap tindakan kita adalah hasil dorongan kita sendiri. Jadi jangan pernah sesekali menyalahkan orang lain terutama ibu-ibu yang pernah mengandung dan melahirkan kita. (Ingatan untuk diri sendiri juga)


"Ketika seorang lelaki berjalan dengan sombong dengan pakaiannya berbangga diri, maka Allah akan melenyapkannya ke bumi dan dia akan menjerit di situ sampai hari Kiamat."

22 Sep 2013

Benci vs Cinta Astro Ria

Assalamualaikum..

Benci vs Cinta drama terbaru yang dah pun bersiaran di Astro Ria bermula minggu lalu.. Sesiapa yang dah tengok mesti rasa best kan. Suka sangat dengan watak Alisa yang dibawa oleh Nora Danish, pergggh garang dan tegas sungguh! Lagi best dari Elfira Loy dalam Mimpi Sampai ke Bintang dulu.


Drama Benci vs Cinta ini mengisahkan Alisa (Nora Danish) yang mempunyai sebuah gerai menjual ayam di pasar dan memiliki pekerja dari Indonesia bernama Anang (Randy Pangalila). Anang ni memang pemalas dan selalu curi tulang dengan tidur. Alisa memang selalu marah dengan sikap Anang ni.

Randy Pangalila pula seorang pelakon terkenal Indonesia yang sedang buat penggambaran di Malaysia. Walaupun terkenal, tapi Randy rasa tertekan dengan kehidupan dia. Nak dijadikan cerita, muka Randy dan Anang saling tak tumpah dan  satu hari mereka terserempak dan mereka membuat keputusan untuk bertukar identiti.

Selain Nora Danish dan Randy Pangalila drama ni dibintangi juga oleh Marsha Milan, Didie Alias, Hefny Sahad, Amyza Adnan, Faralyna ramai lagi.


"Permulaan kebaikan umat ini adalah dengan zuhud dan yakin dan akhir kehancurannya adalah sebab bakhil dan berangan-angan panjang."

21 Sep 2013

Adam Pelajar SK Pantai Nyanyi Lagu Hanya Aku

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua.. Awak semua happy? Harap-harapnya semua okey, sihat, bahagia dan dalam perlindunganNya. Korang dah tengok Video Pelajar SK Pantai yang Comel nyanyi lagu Hanya Aku? Tadi tengok video adik Adam ni nyanyi. Hehehe, serius comel dan cool betul. Adik Adam ni memang semart la nyanyi. Bersemangat dan menghayati sungguh. Tapi memang betul, adik Adam ni best, Bobo pun memang boleh kalah la.. peace!

Jom kita tengok adik Adam Comel ni nyanyi.. memang terhibur. (kalau diasah betul-betul bakatnya... fuhhh! cayalah!)






"Emas ada dimana-mana. Ramai orang tidak dilatih melihatnya."

19 Sep 2013

Memang Tuhan Sedang Menguji Kita

Assalamualaikum..

Hai semua, ujian dugaan dan cabaran takkan pernah terhenti selagi denyut nafas ni.. apa yang perlu kita buat, terima dengan hati yang lapang. Begitu ke? Tapi semuanya takkan semudah ABC, tak sekelip 123..

Ujian kali ni terasa sungguh berat. Tak semua orang bertindak untuk memahami sebelum menjatuhkan hukuman. Bukan semua orang punya kekuatan untuk belajar menahan nafsu, amarah dan kekecewaan. Kenapa mesti kita memilih untuk berdendam. Kenapa dendam menjadi pilihan hati?? Adilkah jiwa pengalaman lalu yang dialami, kita menghukum mereka yang ada disekeliling hari ni? "Belajar dari pengalaman dan tidak mengulangi kesilapan untuk kali kedua" itu yang seharusnya terjadi.. kan..

Dan fahamilah, ujian itu memang bahasanya bisu. Datang tanpa kita pinta, dan pergi sekiranya kita sabar dalam proses menanganinya.


Ye, tuhan memang sedang menguji kita... diriku.. tidak ku tahu berapa lama harus ku bertahan.
Sekian...


"Aku heran pada orang yang mencari kerana kehilangan sesuatu namun tidak memperhatikan untuk menemukan dirinya yang hilang."
-Imam Ali

18 Sep 2013

BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN

Assalamualaikum..

Selamat malam semua.

BEN ASHAARI

Blogger otai Ben Ashaari ada buat segmen singkat malam ni. Kali ni beliau suruh kita berkongsi pendapat atau pengalaman tentang "Blog Sebagai Pendapatan Sampingan" Ahha, buat masa ni belum lah ada betul-betul rezeki lagi untuk mendapat pendapatan secara betul melalui blog. Jadi, mungkin pengalaman dan pendapat tu tak cukup kuat dan memang belum kuat pun.

Cuma masa bulan puasa dan raya Aidilfitri baru-baru ni alhamdulillah merasa jugakla dapat duit raya yang berganda-ganda bila jual kuih/biskut raya dan mengiklan kan dekat blog sendiri. (selama ni tak pernah dapat banyak macamni). Alhamdulillah, dengan hasil jual tu boleh la beli Samsung Note 8.0 masa nak dekat raya hari tu. (Dan yang penting tak ada alasan lagi untuk tidak berblog kan)..

Sesungguhnya saya sangat percaya, jika kita betul-betul fokus dan buat dengan bersungguh-sungguh, dengan berblog sahaja bukan sekadar pendapatan sampingan tapi pasti akan lebih bergaya dan berjaya dari mereka yang makan gaji yang tidak sabar-sabar menunggu bila lah hujung bulan nak kunjung tiba..

Sekian, rasa lapang dada bila dapat menulis.. (jom join, sebelum jam 11 malam ye).


"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan oang-orang yang kafir."
-Surah Yusof : 87

14 Sep 2013

Pertembungan Final Pesta Bola Merdeka 2013 Malaysia vs Myanmar

Assalamualaikum..

Skuad Bawah 23tahun negara malam ini menggalas misi unuk menggondol kejuaraan Pesta Bola Merdeka 2013. Bakal beraksi di pentas Final Pesta Bola Merdeka menentang Myanmar.



Gudluck & all the best to team Malaysia.. 

Lagu Tugasan Konsert Pertama Akademi Fantasia 2013

Assalamualaikum..

Konsert Pertama Akademi Fantasia 2013 berlangsung malam ini bertempat di Auditorium Cempaka Sari. Disiarkan secara langsung melalui Astro Ria... Jangan lupa untuk AFUNDI calon bintang pilihan anda ye.

Jom tengok aksi mereka ketika menggambarkan lagu tugasan yang diberikan.

Photo: Menusuk jiwa betul #suhadaAF2013 bercerita gambaran lagu dia.Jom tengok instagram suhadaaf2013 dan jangan lupa AFUNDI (3/5/10) hantarkan ke 32777.
SUHADA - Apa Saja (KRU)
Photo: Apa yang #darrenAF2013 gambarkan lagu dia ya?Mari tengok instagram darrenaf2013 dan AFUNDI (3/5/10) DARREN hantarkan ke 32777.
DARREN - Sedetik Lebih
Photo: Bersungguh-sungguh #nonaAF2013 terangkan gambaran yang dilukis,jom tengok instagram nonaaf2013 untuk gambaran penuh.Teruskan AFUNDI (3/5/10) NONA hantar ke 32777.
NONA - Tiada Kepastian (Ziana Zain)

Photo: Jom tengok instagram irmisaaf2013,nampak series menerangkan lagu mereka.AFUNDI (3/5/10) IRMISA dan hantarkan ke 32777.
IRMISA - Cinta di Akhir Garisan
Photo: #nabilaAF2013 menggambarkan lagu yang akan disampaikan di #KonsertAF nanti.Untuk tengok gambarannya jom ke instagram nabilaaf2013 .Teruskan AFUNDI(3/5/10) NABILA dan hantar ke 32777.
NABILA - GEMILANG (Ella)
Photo: Apa yang #saniAF2013 gambarkan lagu dia sampai #CikguShafi tutup mata?Mari tengok instagram saniaf2013 dan teruskan AFUNDI (3/5/10) SANI hantarkan ke 32777.
SANI - Gemilang (Jaclyn Victor)

Photo: Amboi #imanAF2013 senyum lebar nampak,siap ada lukisan Hati lagi.Nak tengok gambar penuh apa yang Iman lukis jom tengok kat instagram imanAF2013.AFUNDI(3/5/10) IMAN ke 32777.
IMAN - Kejoraku Bersatu (Search)
Photo: Nampak macam menarik lukisan yang #indahAF2013 gambarkan tentang lagu dia kan?Nak tengok apa yang Indah lukiskan tengok di Instagram indahaf2013.AFUNDI(3/5/10) INDAH ke 32777.
INDAH - Ku Akui (Hafiz)
Photo: #amiraAF2013 tunjuk apa tu?nak tahu?Jom tengok di Instagram amiraAF2013 dan teruskan AFUNDI(3/5/10) AMIRA hantarkan ke 32777.
AMIRA - Ratuku (Awie)
Photo: Apa yang difikirkan #aisyahAF2013?macam susah dia nak gambarkan tentang lagu dia?Jom tengok instagram aisyahaf2013
dan jangan lupa AFUNDI (3/5/10) AISYAH hantarkan ke 32777.
AISYAH - Coba (Faizal Tahir)
Photo: Apakah yang #CikguShafi katakan kepada #azhaelAF2013 dan apa agaknya yang Azhael gambarkan tentang lagu mereka?Jom kita tengok di instagram azhaelaf2013 .Teruskan AFUNDI(3/5/10) AZHAEL dan hantarkan ke 32777.Layari www.af.com.my .
AZHAEL - Bukan Cinta Biasa (Siti Nurhaliza)
Photo: Lukisan yang digambarkan #faizulAF2013 tentang lagunya.Nak tahu?mari tengok di instagram faizulAF2013 .Teruskan AFUNDI(3/5/10) FAIZUL dan hantarkan ke 32777.
FAIZUL - Yang Sebenarnya (Yuna)