Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

31 Jul 2013

Silence Day of The Wednesday | Kotor

Assalamualaikum..

Silence Day of The Wednesday | Cuba Teka Apa Benda Ni?

Assalamualaikum..


29 Jul 2013

Panduan Penyusuan Bayi Ketika Ramadhan

Assalamualaikum..

Berpuasa ketika Ramadhan wajib bagi semua warga Muslim. Namu, tatkala Ramadhan menjelang tiba sudah pasti ibu yang menyusukan anak kecil akan terdetik kebimbangan di hati. Bukan tidak mampu untuk menunaikan ibadah yang tercatat dalam Rukun Islam tetapi kegusaran mengenangkan cara menyusukan bayi sedangkan terikat dengan ibadah puasa.

Tips berikut mungkin boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.

Tips Penyusuan Bayi Ketika Ramadhan :

Jangan Abaikan Bersahur
~Sahur yang sempurna membekalkan nutrien dan tenaga yang secukupnya untuk kita bergerak aktif sepanjang hari. Ia merupakan pemakanan yang utama semasa Ramadhan. Amalkan pengambilan air kosong, susu dan jus. Kurangkan pengambilan minuman berkafein dan minuman berkarbonat kerana akan menybabkan rasa dahaga pada siang hari. Dalam pada itu, ia juga dapat membantu mengelakkan dehidrasi dan mengurangkan rasa lapar.

Pemakanan Seimbang.
~Bagi ibu-ibu yang menyusukan disarankan mengambil bijirin, karbohidrat yang mencukupi dan makanan berserat seperti oat, buah-buahan kering, soya, roti gandum penuh, jagung, sayur-sayuran hijau dan bubur nasi untuk mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama. Jangan lupa makan buah kurma sebagai sumber gula yang baik. Selain daripada itu, pengambilan gula, garam dan lemak juga perlu dikurangkan.

Rehat Secukupnya
~Dari segi psikologi, kepercayaan bahawa susu ibu masih terhasil semasa berpuasa harus kekal. Kepercayaan ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Penghasilan susu ubu tidak akan terjejas selagi anak masih menyusu. Kadang-kadang tuntutan kerja menyebabkan stres tetapi ibu mestilah bertenang dan tangani masalah dengan bijak.

Berdoa, Membaca Al-Quran dan Ibadat Lain.
~Ketahuilah berpuasa adalah ibdat dan seperti disebut dalam surah al-Baqarah 185, yang bermaksud "Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menganggung kesukaran."

Ramadhan ialah bonus kepada ibu yang menyusu dan seharusnya sentiasa berdoa semoga diberikan kesihatan yang baik dan mendapat keberkatan-Nya. Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika si ibu tidak mengambil mudah tentang puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Seboleh mungkin cuba elakkan berbuka puasa jika tiada sebarang masalah ketika menyusukan bayi.

Jangan jadikan Ramadhan sebagai satu alasan untuk memberhentikan penyusuan ibu, mahupun berbuka puasa sewenang-wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Perkara yang utama ialah kesedaran tentang gaya pendidikan pemakanan sihat harus disemai dalam diri para ibu yang menyusukan bayi agar dapat menjalani bulan puasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah.

Atasi Masalah Bibir Kering & Pecah

Assalamualaikum..

Bibir merupakan sebahagian daripada keindahan wajah yang mengulit perhatian. Bibir yang menarik dan sihat akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Namun, kita perlu tahu bahawa kesihatan bibir juga haruslah selalu dijaga. Pernahkah anda mengalami bibir kering atau pecah lebih-lebih lagi ketika bulan puasa ini? Bibir yang kering kelihatan pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering, contohnya berada dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk dalam jangka masa yang lama.

Bibir yang pecah biasanya akan mudah terluka dan menybabkan rasa sakit. Apabila keadaan ini tidak boleh dirawat, boleh menyebabkan jangkitan bibir. Bibir kering, pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan kekurangan air. Namun tahukah anda bahawa air tidak semestinya penyebab bibir kering, pecah dan mengelupas?

FAKTOR PENYEBAB:

  • Pencemaran udara dan debu.
  • Makanan yang terlalu masam datau masin.
  • Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat giri yang mengandungi detergent berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir.


LANGKAH PENCEGAHAN:

1. Madu.
~Madu dikenali sebagai pelembab alami yang sangat baik.Madu membantu pengelupasan kulit dan merangsang sel kulit baru yang membuat kulit lebih sihat.

2. Mentimun.
~Mentimun dapat melembabkan bibir. Hancurkan atau kisarkan mentimun kemudian sapukan pada bibir. Bibir akan mudah menyerap jus mentimun yang melembabkan dan menenangkan kulit.

3. Minyak Zaitun.
~Minyak zaitun juga bermanfaat untuk mengatasi kulit kering dan pecah. Campurkan satu sudu teh minyak zaitun dan sedikit gula pasir. Sapukan campuran tersebut pada bibir dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Selain melembutkan, bibir juga akan sihat menawan.

4. Air Kosong.
~Minum air kosong lapan gelas sehari kerana kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi dan membuatkan bibir menjadi kering.

5. Pelembab Bibir.
~Sapu pelembab bibir pada waktu malam sebelum tidur supaya bibir akan terus kekal lembap walaupun anda sedang lena dibuai mimpi indah.

28 Jul 2013

Senarai 20 Barangan Harga Terkawal Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013

Assalamualaikum..

Skim harga terkawal telah pun dikuatkuasakan bermula 26 Julai 2013 lalu hingga 11 Ogos 2013 di seluruh negeri di Malaysia bersempena perayaan Hari Raya Puasa. Sepanjang tempoh 17 hari pelaksanaan skim ini, pengguna dan orang ramai tidak perlu khuatir dengan kenaikan mendadak yang dilakukan oleh peniaga seperti yang terjadi baru-baru ini. Kenaikan harga ayam secara tak terkawal dan tidak munasabah.

Berikut adalah senarai 20 Jenis Barangan Harga Terkawal Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 :

1. Ayam hidup

2. Ayam standard (yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki kepala, hati dan hempedal)

3. Ayam super (yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)

4. Daging lembu tempatan

5. Daging lembu import (*Harga maksimum di Sarawak sahaja)

6. Daging kerbau import (India)

7. Telur ayam gred A (berat antara 65.0g hingga dan 69.9g sebiji)

8. Telur ayam gred B (berat antara 60.0g hingga 64.9g sebiji)

9. Telur ayam gred C (berat antara 55.0g hingga 59.9g sebiji)

10. Kubis bbulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)

11. Cili merah

12. Tomato

13. Kelapa biji (*Harga maksimum diperingkat borong sahaja)

14. Kelapa parut (*Harga maksimum diperingkat runcit sahaja)

15. Kacang tanah import

16. Bawang merah kecil (India)

17. Bawang besar import

18. Bawang putih (China)

19. Ubi kentang import (China)

20. Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor sekilogram)


Bagi barang kawalan ini, peniaga diwajibkan mempamerkan label tanda harga berwarna merah jambu. dan sebagai pengguna, gunakan hak kita sebaiknya. Jangan mudah ditipu ye.

Maafkan Saya..

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua. Pertamanya nak mohon ampun maaf kepada semua. Dah seminggu tak berupdate, seminggu tak balas kunjungan anda. Saya kurang sihat, kekurangan air, vitamin, protein..semuqnya kurang. Jadi dengan segala kekurangan ni mengakibatkan saya tak mampu dan tak lalu untuk mencoretkan semuanya di sini.

InsyaAllah sehari dua ni saya akan kembali. dah rindu sangat dengan semua. Mohon kalian pun sama jugak. Maafkan andai blog dan tuan punya blog ni terlalu banyak sangat kekurangan. Segala salah silap, terlebih terkurang, terlanjur semua perkataan, sengaja atau tidak mohon ampun dan maaf ye..

TerimaKasihUntukSegalanya...

22 Jul 2013

AuraLife : Aura Minda Pintar | Kelebihan Aura Minda Pintar

Assalamualaikum..

Aura Minda Pintar |

Produk Aura Minda Pintar adalah hasil gabungan tablet IQ + EQ + SQ & ditambah dengan perfume Aura Genius yang dihasilkan oleh ZZ Auralife Sdn. Bhd. Produk ini sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur. Formula ini membantu mempertingkatkan kecerdasan minda (IQ), mengimbangi emosi (EQ), konsentrasi & memori.



Kelebihan Produk Aura Minda Pintar
  • Mencergaskan minda & IQ serta mengatasi tekanan perasaan.
  • Memberi kesegaran berfikir serta menguatkan daya ingatan.
  • Memberi kesegaran akibat keletihan & kelesuan.
  • Mengharmonikan fizikal & mental.
  • Mengembalikan fungsi organ-organ yang telah lemah. 
  • Membantu meningkatkan penyaluran oksigen ke otak dengan sendirinya & seterusnya menjadkan minda pintar dan positif.
  • Memberikan minat serta kemahuan untuk belajar.

Testimoni : Alhamdulillah, sejak mak beri adik-adik makan Aura Minda Pintar ni (bermula awal tahun lalu) adik-adik berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Nurul Anis mendapat 8A PMR 2012 (kini form4 Sek Men Sains Muar)boleh klik entri SINI & Muhammad Amin dapat 11A SPM 2012 (kini sedang membuat persediaan untuk ke Amerika Syarikat under JPA Mara) boleh klik SINI
(berdasarkan pengalaman ahli keluarga sendiri).

Jualan 
1kotak  = RM60.00 (S/M),   RM63.00 (S/S)
(satu kotak bersamaan 40bj)

Jika berminat boleh menghubungi talian 019-3702204 / 012-5466547 (call/sms/watsapp)

Mahu Produk Ekslusif AuraLife yang lain? Boleh klik AuraLife Menyinari Kehidupan Anda

Entri lain berkaitan AuraLife :







Berusaha dan berikhtiar, insyaAllah Allah akan tunjuk jalan..


Tolong Jangan Saman...

Assalamualaikum..

Kena saman dengan abang pedas? Wah, bulan-bulan puasa pun boleh kena saman eh? Adoiii, sabar jelah. Tapi kalau yang tukang saman tu sehebat dan secun abang pedas rasanya takde masalah kot. Hehehehe, tipu je. Mana de kena saman pun.. Harap-harap takde kena lagi lah, kalau dakk melayang lagi ler fulus-fulus ku..


Korang pernah kena saman? Saman speed trap, AES or even saman parking sekalipun? Cer cerita sikit pengalaman korang kena saman. Nak cerita pasal kena tahan abang polis aka abang pedas pun takpe. Yelah, kalaulah abang pedas tu sebijik macam Abang Pedas Iris rasanya 8,9kali dapat surat saman pun takpe kan. Kahkahkah.. (berangan tak sudah nampaknya)...

Yang pasti hakikat yang tak mampu dicerita memang sakit hati sangat bila kena saman ni. Betul tak kawan-kawan??

Jom layan bawah ni.. Sangat suka dengan lagu ni =)


Happy Monday Blues semua....

21 Jul 2013

Asia Tour 2013 Malaysia vs Chelsea

Assalamualaikum..


Malaysia vs Chelsea? Sepak mula yang akan berlangsung jam 9.45malam nanti pastinya menjanjikan satu perlawanan yang menghiburkan. The Blues sebelum ini berjaya menewaskan pasukan Thailand, Singha All Stars pada 17 Julai 2013 lalu dengan 1 gol tanpa balas. Memilih Malaysia sebagai pasukan kedua Jelajah Asia untuk pra musim 2013/2014 sebelum mengakhiri jelajah mereka dengan menentang BNI Indonesia All Stars pada 25 Julai nanti.

Tiada apa yang mampu kucoretkan. Semoga Team Malaysia XI bermain sehabis baik untuk pertemuan kali ini. Tunjukkan pada dunia kita mampu menyaingi pasukan hebat seperti Chelsea. Ingat, awak-awak (ditujukan kepada player-player hebat kita) mampu mengubahnya. Kepada The Blues, selamat datang and please enjoy ur night here okey..

~Chelsea, minat gitu-gitu je.. hehehe, counting untuk Barca next month =)

Maher Zain dan Ramadhan

Assalamualaikum..


Tadi jalan-jalan kat youtube then tersangkut pulak tengok Maher Zain. Suka dengan lagu-lagu nyanyian beliau. Bahasa Melayu ke, orang putih sekalipun memang sedap dan menjadi halwa telinga. Mendengar lagu Ramadhan Maher Zain versi Melayu ni terasa ada sesuatu yang terkesan di hati.



Best kan bila dengar.. moga dikuatkan hati. Dengar dan ambil manfaat darinya.. Salam Ramadhan hari ke12 =)

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya

Assalamualaikum..

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!

Nak menang duit Raya? Haa, join kita join contest ni. Mana tau ada rezeki dapat duit raya =)

contest mega raua Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!
Agak-agak korang berapa duit eh syiling atas ni??

Tekaan ku ------> RM 328.78

Contest ini akan tamat pada 5 Ogos 2013 jam 11.59 mlm. Penyertaan yang dihantar selepas time tu akan terus direject tanpa sebarang notis. Sebaiknya masukkan blog fuh.my, media-siber dan gempak.org kedalam bloglist awak-awak untuk mengetahui update terkini dan secara tak langsung dapat mengetahui info pelik-pelik serta isu terkini (Atas kerelaan hati)..

Hadiah menarik, gempak dan hebat pastinya menanti pemenang bertuah.
Terima kasih dan all the best untuk semua.. 
Jomlah kita mencuba. Mungkin ini rezeki awak-awak kan...


"Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.my, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanti.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrul, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net"

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

GA Ramadhan Raya By Emas Putih


Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)

GA ini disponser oleh Emas Putih , Mialiana , Fuh.my, Media Cyber , Eizzyana , Dedeq De WishesMahamahu , Mahagosip , Baby Comel , Aik.my , Dua Qaseh , Hakimie Putra , Fiey Ahmad , Syan ,  Haryati , Kyle Kesha , Sha Dhira , LilyScaft Wall MakeOver By Na , MiszNadea , Shida Radzuan , Farhan Choco .

20 Jul 2013

Baju Melayu Aaron Aziz Di Jakel Seluruh Malaysia

Assalamualaikum..

Hai semua.. Amacam puasa okey? Dah shopping untuk raya? Ahha, bagi kaum Adam yang masih belum terfikir nak bershopping raya apa kata mencuba pilihan Baju Raya Aaron Aziz dari Jakel ni. Baju Melayu siap yang memang ekslusif dari Jakel.


"Mak aku kata kalau pakai baju ni macam Aaron Aziz.."  Amacam, cantik kan Baju Melayu Aaron Aziz dari Jakel ni. Haa, jangan lupa dapatkan Baju Melayu siap Aaron Aziz di cawangan Jakel di seluruh negara.

Jom layan video iklan Baju Melayu Aaron Aziz by Jakel ni. Comel..

video

Kampung Girl Episode 2

Assalamualaikum..


Kampung Girl Episode 2 bersiaran lagi. Kali ni terasa kecomelan gandingan Akim Ahmad dan Nad Zainal. Poyo nya Abang Ash tu kan. Ada ke patut Ainnur tu dikatakan nak jadi orang gaji? Hahahaha, comel betul la dia ni. Bukan, bukan comel pun sebenarnya

Benci betul kan si Ashraff Khairi tu dengan bakal isteri dia tu. Nak tengok Ainnur pun dia rasa menyampah giler. Alahai, sabar jelah.. Tapi macam Ustaz Kazim Elias kata Kalau Dah Jodoh.. makin dia lari jauh, makin la si dia ni mendekat..

Korang dah tonton Kampung Girl Episode 2? Best, kelakar jugak cerita ni tau. Haa, boleh tonton melalui link-link di bawah ni eh yang boleh ditonton online. Tadaaa,




19 Jul 2013

Belajar Melihat Warna Aura

Assalamualaikum..

Sebenarnya bukanlah cara nak belajar sangat pun. Cuma mungkin untuk menajamkan dan membangkitkan ke'aura'an dalam diri anda.. Boleh cuba try test yang bawah ni.


Cuba lihat dan fokus pada tanda + ditengah tu bulatan ungu tu. Mungkin ianya memerlukan konsentrasi yang lebih sedikit. Yang pasti akan berlaku sesuatu pada gambar ini..



Nak tau cara bangkitkan AURA? Boleh tengok SINI

p/s : takde pape niat pun sebenarnya untuk entri ni.. Sebab setiap orang punya aura sendiri.. Lagi kuat aura seseorang itu, lagi hebat potensi diri yang ada dalam diri dia. Jadi, kena lah kenali setiap potensi diri yang ada.. Selamat mencuba, Semoga anda kaya dan berjaya..

18 Jul 2013

Panduan Mengenali Makanan Dan Barangan Halal

Assalamualaikum..

Menurut ulama, halal atau tidak suatu makanan dan barangan itu bergantung kepada dua faktor :

  1. Zat makanan dan barangan itu sendiri. Hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang disenarai haramkan oleh syarak.
  2. Cara pemerolehan makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu halal, namun jika dieroleh dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya makan ia adalah haram di sisi syarak.



Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan halal hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut :
  • Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan.
  • Ia bebas daripada najis.
  • Ia bukan produk yang diperoleh daripada sumber babi atau anjing.
  • Bagi produk yang diperoleh daripada sumber binatang-binatang lain yang halal dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan disembelih mengikut hukum syarak.
  • Ia diperoleh melalui sumber yang diharuskan.

SUMBER : PPIM

Tips Untuk Bakal Menantu Dan Mertua

Assalamualaikum..

Perselisihan faham antara menantu dan mertua sentiasa dijadikan tajuk perbincangan dan mendapat perhatian orang ramai malah drama-drama televisyen yang memaparkan isu ini pasti akan mendapat rating yang tinggi daripada penonton. Kenapa? Sudah tentu isu-isu ini dekat dengan masyarakat dan menjadi rencah kehidupan rumah tangga.

image from google. 

Hakikatnya, kita memang memerlukan pasangan hidup dan bermulanya kebahagian seseorang itu akan terserlah dengan kehadiran pasangan untuk melengkapi hidup. Namun, apabila seseorang itu berkahwin, dia tidak berkahwin dengan pasangannya sahaja tetapi juga dengan seluruh ahli keluarga pasangannya. Jadi secara tidak langsung dia akan menambah bilangan ahli keluarga dengan kehadiran mentua, ipar-duai dan saudara mara yang lain.

Hubungan di antara menantu dan mertua sememangnya amat penting kerana pada dasarnya perkahwinan yang diredai adalah perkahwinan atas dasar ibadah kepada Allah SWT dan bukan kerana cinta semata-mata.

Tips Untuk Bakal Menantu dan Mertua

MENANTU

  • Memberi layanan yang baik dan ikhlas terhadap mertua.
  • Sentasa doakan yang terbaik untuk mertua.
  • Jangan lupakan ibu kandung selepas berkahwin.
  • menghargai mertua dengan memberi hadiah kepadanya.
  • Sentiasa perbaiki diri.
  • Amalkan 5 'S' (senyum, salam, sapa, sopan, santun)

MERTUA
  • Memberi layanan dan perhatian yang lebih kepada menantu.
  • Menerima menantu dengan seadanya.
  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan menantu.
  • Jangan sesekali merendahkan kebolehan dan kekurangan menantu.
  • Jangan mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan terhadap menantu.

The truth is ---> masih bujang (status updated) hehehe =)

Konsep Asas Halal dan Haram Dalam Islam

Assalamualaikum,,

Rasulullah SAW menjelaskan konsep asas halal dan haram dalam Islam dengan sabda Baginda yang bermaksud :

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, Namun, di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara halal dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada halal atau haram), Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia jatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan oleh-Nya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging, Jika baik-baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad, Ketahuilah! Seketul daging yang dimaksudkan itu adalah hati". -Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Lagu Tema Drama Demi Dia

Assalamualaikum..

Kasih Jangan Kau Pergi (Pria Band)
OST Drama Demi Dia

Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan Biarkan ku terlanjur menyayangmu

Aku tak sanggup jauh darimu
Kerna kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi


Kesian Azura bila Zack lupakan dia.. Owh, Drama Demi Dia Slot Akasia TV3 bersiaran 7malam. Hanya menonton bila berkesempatan.

16 Jul 2013

AuraLife : Wangian AuraLife | Kelebihan Produk AuraLife

Assalamualaikum..

Wangian AuraLife / AuraLife Perfume |


pelbagai wangian
Kelebihan Produk AuraLife

Alami kemodenan minyak wangi yang tersohor keharumannya, keselesaannya, keceriaannya yang pasti melakar senyuman seri wajah.
  • Membantu keintiman suami isteri
  • Memberi keyakinan diri
  • Membangkitkan seri wajah
  • Mengubah sikap panas baran serta mengatasi tekanan perasaan
  • Memberi ketenangan zahir dan batin
  • Mencerdaskan minda dan ilmu
  • Menghilangkan perasaan gugup, murung serta mudah terkejut
  • Memberi kesegaran akibat keletihan
  • Memulihkan tenaga semulajadi
  • Mendinding diri dari gangguan makhluk halus
Harga Jualan :  
1 Botol  =RM 30.00 (S/M),   RM 33.00 (S/S)  

Jika berminat boleh menghubungi 019-3702204 / 012-5466547 (call/sms/watsapp)

Mahu Produk Ekslusif AuraLife yang lain? Boleh klik link AuraLife Menyinari Kehidupan Anda


Entri lain berkaitan AuraLife :




Aura Minda Pintar

AuraLife Menyinari Kehidupan Anda

Assalamualaikum..

Produk Ekslusif AuraLife |


Apa itu Aura?
Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga dikaitkan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.Aura merupakan potensi diri yang dimiliki setiap manusia, aura merupakan energi tubuh yang terpancar dari jiwa dan raga manusia.

Apa kaitan Aura dan AuraLife?
AuraLife telah menggegarkan industri perniagaan berasaskan minyak wangi dengan berbagai jenis wangian yang mampu membangkitkan dan meningkatkan aura. Permulaan, Auralife hanya memasarkan satu produk minyak wangi sahaha dan mampu mengutip hasil jualan sebanyak 1Tan sebulan pada 2008. Mahu kenali AuraLife? Boleh baca AuraLife Menyinari Kehidupan


Syarikat dan jenama AuraLife terus berkembang dengan dengan melancarkan produk-produk terbaiknya antaranya Aura Minda Pintar yang mana ianya mendapat permintaan yang tinggi dan mampu menandingi produk perfume auralife.

Berikut adalah Produk Ekslusif AuraLife :













AuraLife Menyinari Kehidupan.. Mahu memiliki produk hebat Auralife? atau mahu menambah pendapatan melaluinya? Hubungi kami.. 019-3702204 (call/sms) / 012-5466547 (call/sms/watsapp)

Entri lain berkaitan Auralife :



14 Jul 2013

Pesanan Untuk Budak Couple Seminggu

Assalamualaikum..

Dalam seminggu ni hangat kan cerita pasal budak couple seminggu ni. Ahha, aku bukan nak komen atau nak ulas pasal adik ni sangat. Tak mampu nak menghukum lebih-lebih. Macam adik tu kata la yang dia excited sangat-sangat hari yang dia buat video tu kan. Dan, sebagai manusia, kadang-kadang kita akan buat sesuatu tu tanpa fikir baik buruk atau akibat dari perbuatan kita kan.

Panas betul kisah budak couple seminggu ni kan. Yang buat parodi pun kemain banyaknya. Geleng kepala aku tengok.. Macam-macam ada. Apa niat buat pun aku tak tahulah. Haa, dalam banyak-banyak parodi yang ditengok, mungkin ada nasihat terbaik yang boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk kita di luar sana supaya belajar dari kesilapan dan pengalaman orang lain.

Korang layanlah eh.. gelak-gelak jugak, dan rasanya masing-masing boleh fikirkan..




Aku percaya setiap tindakan tu pasti ada sebab dan alasan tersendiri dan yang pasti setiap perbuatan tu jugak menghasilkan kesan dan akibat. baik buruk kita sendiri yang bertindak. Jadi, fikirlah.. bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri, keluarga, agama bangsa dan negara. 

13 Jul 2013

Hikmah Mengapa Kita Sering Bertemu Dengan Orang Yang Salah

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan.. Sekadar perkongsian kata-kata hikmah yang mungkin boleh menyentuh hati kita bila membacanya.

"Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar yang kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita, dia bukan pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita masa hadapan.

Memang Allah sengaja  menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang mengalaminya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan  orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal"

~Perkongsian dari hasil pembacaan buku motivasi

Segmen Kad Raya By Emas Putih & Pn. Qaleshya

Assalamualaikum..



Jom join, mana tau ada rezeki untuk dapat kad raya =) Klik je banner atas tu eh  

Kampung Girl Episode 1

Assalamualaikum..


Drama Kampung Girl telah menemui penonton bermula malam tadi 12 Julai 2013 di slot Zehra TV3. Drama yang diadaptasi dari Novel Kampung Girl karya Umi Kalsom ini bagiku permulaanya okeylah. Not bad, quite okey, agak menarik dan terhibur jugaklah.

Dibintangi oleh Akim Ahmad dan Nad Zainal selaku teraju utama, mengisahkan Ashraff Khairi yang dipaksa oleh mummy nya untuk berkahwin dengan Ainnur, budak kampung yang di'geli'nya sejak dari kecik lagi. Kampung Girl Episode 1 malam tadi banyak jugak flashback ketika zaman kanak-kanak Ainnur bersama Abang Ash dia. Perrrgh, memang poyo betul si Ash ni masa kecik dia. "budak kampung, kotor, jijik, busuk, nenek kebayan" semua ayat berapi keluar dari mulut Ash masa kecik dia. Kesian Ainnur, dia hanya nak berkawan je dengan Abang Ash budak bandar tu.


Tapi time dah besar ni aku rasa Ashraff Khairi makin sarkastik, ayat semua nak sinis je. Kelakar jugak la aku tengok watak yang di bawa Akim (AF) Ahmad ni. Emma Maembong sebagai Anisa? Cun betul Anisa ni..

Jangan risau, Drama Kampung Girl Episode 1 belum ada pertemuan antara Ashraff Khairi dengan Ainnur secara langsung. Hahahaha, pastinya Kampung Girl Episode 2 menjanjikan sesuatu yang menggoyah perasaan  anda. (Sebab membaca novelnya memang si Ash ni menguji kesabaran sungguh).

Anda boleh layari www.tonton.my untuk menonton secara online atau boleh klik link di bawah ni yang ada upload video Kampung Girl Episode 1. Klik SINI. Thanks to empunya video. Selamat menonton okey =)

11 Jul 2013

Tips : Menarik Kejayaan dan Kebahagian

Assalamualaikum..

Setiap pagi, sebelum keluar mencari rezeki pejam mata sebentar dan niat supaya sentiasa berfikiran positif dan berwajah ceria. Ini kerana getaran positif sentiasa menarik perkara-perkara positif mendekati kita.

Perkara ini sesuai dengan seruan Nabi Muhammad "Elakkan terlalu membebani jiwamu dengan semua kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan membahagiakan kerana apabila hati terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia menjadi buta."


Selamat berpuasa..

10 Jul 2013

Mengapa Doa Ditolak?

Assalamualaikum..

Terdapat banyak kisah dan dalil menceritakan halangan-halangan yang menyebabkan doa tidak diterima oleh Tuhan. Antaranya adalah berkenaan kisah Ibrahim bin Adham. Ketika Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Antara mereka ada yang bertanya,

"Mengapa doa kami tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan kami bermohon kepadaNya?"

Ibrahim menjawab, "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara."

  • Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhanNya.
  • Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
  • Kamu membaca al-Quranm tetapi tidak beramal dengannya.
  • Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
  • Kamu berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  • Kamu berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  • Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  • Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan semua keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri. 
  • Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Doa juga tertolak apabila seseorang memutuskan persaudaraan dan sering berbuat dosa. Rasulullah berkata yang bermaksud, 
Tiada seorang Muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa ataupun memutuskan silaturahim, melainkan Allah memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara, samada dia itu dimakbulkan segera ataupun disimpan dan diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengan doa tadi." -direkodkan oleh Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya'la dengan sanad yang sahih. 

Rasulullah berkata yang bermaksud,
Tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak adalah pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang teraniaya." -Direkodkan oleh Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah.

9 Jul 2013

Jom Berniat Puasa Ramadhan

Assalamualaikum..

Haa, niat puasa jangan lupa. Kang terlupa nak berniat tak sah pulak puasa tu.. Okey, jom berniat sambil menyanyi dengan uncle-uncle Raihan ni..


Jangan lupa bangun sahur tau.. penting sebagai alas perut. Satgi nanti mula lah perut lapar la, gastrik la, macam-macam alasan yang diberi (cam aku dulu. tapi dulu-dulu la..) hehehe,
Selamat berpuasa. Menahan diri dari lapar dahaga dan perkara yang membatalkan puasa.

Panduan Berjimat Di Bulan Puasa

Assalamualaikum..

Salam untuk semua.
Menjelang Ramadhan, tiba masanya bagi umat Islam untuk menjalankan Rukun Islam ketiga iaitu ibadah puasa. Dengan berpuasa, kita dapat mengawal pemakanan dan secara tidak langsung soal belanja makan harian pada waktu siang dapat dijimatkan. Maka peluang sebegini ramai yang menabung atau mengumpul bajet untuk persiapan hari raya.
Namun sejauh manakah kos perbelanjaan dijimatkan dan bagaimana mereka menguruskan kewangan pada bulan yang penuh cabaran ini? Panduan berikut mungkin boleh diguna pakai.

  • Rancang kos perbelanjaan untuk jangka pendek dan panjang sama ada untuk membeli bahan mentah bagi memasak atau makanan siap.
  • Pilih dua atau tiga jenis lauk (seperti ikan, sayur dan sambal) cukup untuk membuka selera. Sebaik-baiknya pilih jenis masakan yang boleh dibawa ke sahur. Ia juga boleh menjimatkan masa untuk membuat persediaan. Cuma panaskan lauk dan masak nasi sahaja.
  • Duit selebih bagi kos perbelanjaan pada hari itu hendaklah disimpan terus dalam tabung. Pastikan tabung yang boleh masukkan duit tapi susah hendak keluarkan seperti tabung ayam atau tabung berkunci.
  • Elakkan berbuka puasa di tempat-tempat makan yang menawarkan bufet. Harga dibayar adakalanya tidak berbaloi dengan jumlah makanan yang diambil. Tapi sekali sekalan apa salahnya untuk mencuba masakan pelbagai menu.
  • Tentukan pilihan makanan yang hendak di beli sebelum memasuki Bazar Ramadhan. Jadi anda tidak perlu melihat makanan lain yang membuka selera lebih besar lagi. Esok masih ada lagi.
  • Jika membeli makanan, pastikan gerai atau tempat makan itu menawarkan makanan yang enak-enak. Takut-takut kalau tidak sedap. terasa membazir duit sahaja. Tapi kekadang kena terima juga. Maklumlah puasa, tukang masak tak boleh nak merasa.
  • Rajin-rajinlah ke dapur untuk memasak lauk walaupun ringkas. Selain menjimatkan duit, kebersihan dan keselamatan makanan pun terjamin. Jika tidak tahu memasak, banyak resipi sepanjang bulan Ramadhan tersiar di media. Apa lagi, kutip resepi dan cuba sendiri.
  • Bawa wang secukupnya, jangan berlebih-lebih. Takut kalau bawa wang lebih, kuasa membeli meningkat dan akhirnya terborong satu pasar. Tapi kalau bawa wang secukupnya, tapi masih tak mencukupi tak patutlah berhutang terutama tentang makanan yang hendak dibawa berbuka puasa.
  • Jika hendak berjimat tahap serius, bolehlah datang ke berbuka puasa di masjid atau surau. Biasanya ia disediakan makanan untuk berbuka puasa. Tapi lepas itu, jangan pula angkat kaki. Buatlah solat berjemaah untuk Maghrib, Isyak dan solat Terawih. Dari sini, hubungan silaturrahim sesama umat Islam bertambah erat. 
  • Buat kuih banyak-banyak kemudian hantar kepada jiran-jiran seawal petang. Kalau bukan hari ini, mungkin esok atau lusa pasti pinggan berisi dipulangkan oleh jiran anda. Tapi kata orang, jangan terlalu berharap balasan. Beri secara ikhlas dan niat kena betul. Sekurang-kurangnya memberi makanan kepada orang lain itu merupakan sedekah. 
  • Bagi wanita yang bekerja, mungkin boleh ambil inisiatif untuk menjadi pembekal makanan seperti nasi goreng, biskut atau roti bagi mereka yang uzur dan tidak boleh berpuasa. Tapi ia mesti dilakukan secara 'underground'. Jangan pula bersubahat dengan orang yang tidak sepatutnya membeli. 
Membazir itu amalan syaitan. Puasa mengajar kita mengawal nafsu. Selamat berpuasa ye..


Selamat Berpuasa Untuk Semua

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan untuk sahabatku sekalian.. Esok InsyaAllah puasa, terasa macam sekejap je setahun yang lepas tu berlalu kan. Ada perubahan diri? tak tahu nak kata.. mungkin masih seperti dulu. Mengharapkan Ramadhan kali ni medan terbaik untuk kita menjadi lebih baik dari semalam..


Untuk kawan-kawan, mohon maaf kalau selama ni ada terkurang terlebih, terkasar atau terlembut bahasa secara sengaja atau tidak, langsung atau tidak langsung la. Sesungguhnya, diriku hanya insan biasa. Punya banyak kekurangan yang tak bisa.. Jangan risau, kalian tetap yang terbaik dalam hati ku, sahabat selamanya..

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Moga Ramadhan ni membawa ruang yang amat lapang untuk kita semua.. Selamat berpuasa ye =) errrmm, mana-mana yang Aima tak sempat nak balas kunjungan tu InsyaAllah Aima akan cuba marathon or reply slow-slow dalam bulan puasa nanti ni. Akan datang jugak, insyaAllah okey jangan risau =)

Suka sangat dengar lagu ni.. moga kita dapat melaluinya dengan sempurna