Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

4 Oct 2013

Fenomena Love You Mr Arrogant

Assalamualaikum..

Fenomena Love You Mr. Arrogant | Salam Jumaat yang indah untuk semua teman, sahabat dan tersayangku sekalian..


Drama Love You Mr Arrogant, sebuah drama yang menyatukan hati Zafriel Irham dan Zaara Amirah. Drama yang mencetuskan fenomena bukan setakat di kaca tv malah di ruangan-ruangan media sosial. Awak peminat dan pengikut setia cerita ni? Okey, kita sama... Nak tau lebih lanjut drama ni berkisar tentang apa, boleh klik SINI

Dah jatuh hati dan hati dah terikat dengan drama best ni. Jatuh hati dengan Irham yang dah tentu-tentunya Arrogant berlagak ego tak ingat dunia tapi masih punya sekeping hati yang sangat blues. Cehh, blues pulak dah. kahkahkah. Tapi serius, cerita ni sarat dengan nilai kasih sayang dan nampak real tak dibuat-buat especially lakonan si Zaara tu. Kita suka! kita suka! Zaara yang gedik, Zaara yang comel, Zaara yang suka melawan, Zaara yang suka menjawab... Sama macam kita laaa. kekekkeke

Baru je sampai episod 6, jadi masih awal lagi. Sape-sape yang dah ketinggalan boleh ler klik SINI untuk tonton online eh. Jangan risau, drama ni dah melekat kat ramai hati mereka di luar sana... Dengan lagu tema yang sayu, owh melting! Lagu apa? jom dengar kat SINI (best lagu dia..)

Drama Love You Mr. Arrogant Slot Akasia TV3 (Isnin-Khamis jam 7malam).. Semoga terhibur!

6 comments:

  1. KA tak follow citer ni tapi my 2 anak dara cukup minat giler hehehe

    ReplyDelete
  2. Ada tengok promo...siapa pelakon2nya macam tak kenal je, maklumlah...saya bukan selalu dapat tengok tv hehe

    ReplyDelete
  3. bila dah tak tengok sekali tu,macam malas pulak nak tengok..tp klu ikut novel dia, memang best..

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih