Drama Cinta Jannah TV3

Assalamualaikum..


Drama Cinta Jannah TV3. Salam untuk semua. Drama terbaru Slot Akasia bakal memulakan siarannya bermula hari ini 14 Ogos ini. Pelakon Aeril Zafrel bakal bergandingan dengan Nelydia Senrose selaku teraju utama dalam drama tragis ni.

Drama bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta ini akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang di TV3. Pastinya Drama Cinta Jannah ini akan menandingi drama yang menambat hati jutaan rakyat Malaysia iaitu Teduhan Kasih.

Antara barisan pelakon hebat selain Aeril Zafrel dan Nelydia Senrose adalah Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff.


Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal berlaku, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan. Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam) pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, Ibu Izaryl Tengku Zareena (Dian P Ramlee) berasa amat marah.

Apa kesudahan kisah mereka? Jangan lupa menonton bermula petang ini Isnin hingga Khamis di TV3..

Sumber

~Tak sabar nak tengok Aeril Zafrel sbg hero yang sweet.. Suka kat dia! =)


4 comments:

cahaya air said...

my feberet heroin...nelly..mula suka dia berlakon dalam cter ahmad durrah tue..huhu

Delimasari said...

best ni

Bin Muhammad said...

Dah Drama baru...yg yg sblm ni cete ape ye...hehe, nampak beno xpernah tgok :)

Ct Noraishah said...

ooo..patut la. ingatkan Jannah anak tiri bapanya rupanya ayahnya nak anak lelaki huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
.Blog Edited By SilenceBlogz | Blog Owner BabyAimaComel | Proudly Powered By Blogger.com