Senarai 20 Barangan Harga Terkawal Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013

Assalamualaikum..

Skim harga terkawal telah pun dikuatkuasakan bermula 26 Julai 2013 lalu hingga 11 Ogos 2013 di seluruh negeri di Malaysia bersempena perayaan Hari Raya Puasa. Sepanjang tempoh 17 hari pelaksanaan skim ini, pengguna dan orang ramai tidak perlu khuatir dengan kenaikan mendadak yang dilakukan oleh peniaga seperti yang terjadi baru-baru ini. Kenaikan harga ayam secara tak terkawal dan tidak munasabah.

Berikut adalah senarai 20 Jenis Barangan Harga Terkawal Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 :

1. Ayam hidup

2. Ayam standard (yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki kepala, hati dan hempedal)

3. Ayam super (yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)

4. Daging lembu tempatan

5. Daging lembu import (*Harga maksimum di Sarawak sahaja)

6. Daging kerbau import (India)

7. Telur ayam gred A (berat antara 65.0g hingga dan 69.9g sebiji)

8. Telur ayam gred B (berat antara 60.0g hingga 64.9g sebiji)

9. Telur ayam gred C (berat antara 55.0g hingga 59.9g sebiji)

10. Kubis bbulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)

11. Cili merah

12. Tomato

13. Kelapa biji (*Harga maksimum diperingkat borong sahaja)

14. Kelapa parut (*Harga maksimum diperingkat runcit sahaja)

15. Kacang tanah import

16. Bawang merah kecil (India)

17. Bawang besar import

18. Bawang putih (China)

19. Ubi kentang import (China)

20. Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor sekilogram)


Bagi barang kawalan ini, peniaga diwajibkan mempamerkan label tanda harga berwarna merah jambu. dan sebagai pengguna, gunakan hak kita sebaiknya. Jangan mudah ditipu ye.

9 comments:

Budak Kampung said...

mak ai..smua nya yg meme kita nk guna

the malay male said...

langkah yg bagus dari kementerian untuk mengelakkan harga dinaikkan sesuka hati.... tapi pemantauan perlu ada juga

nik ros said...

skarang ni semua brg dah naik harga. harap ada yang pantau la kan. kesian kat pembeli mcm kita

azstory311 said...

kelapa parut tu ikut biji ke gram?

veesandy said...

sbb tu kena kawal . dah brg nih mmg wajib ada kat dapur raya nih ...

||aLeaSaRa|| said...

suka ke tak ke,asal bulan posa/raya harga barang mesti naik turun macam main yoyo.kita yang pengguna ni kena bijak ^^

deno said...

thanks for sharing kak :)

PaPa Blogger said...

smpi kelapa pon kena kawal.,... nasib baik la... kelapa tu la paling penting

hainom OKje said...

tapikan BC....harga biasa kita tak berapa nak ingat,...so kalau dia tempek harga pun nak tau macamana BC?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
.Blog Edited By SilenceBlogz | Blog Owner BabyAimaComel | Proudly Powered By Blogger.com