Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

29 May 2013

Teduhan Kasih

Assalamualaikum..


Drama Teduhan Kasih kini menghiasi Slot Akasia tv3 setiap Isnin hingga Khamis bersiaran jam 7malam bermula . Drama bersiri yang diadaptasi dari Novel Karya penulis Marissa ini setakat ini diolah dengan begitu baik jalan ceritanya. Hebat drama ni. Sarat dengan nilai, penuh dengan berbagai perasaan. Sedih, sayu, sweet sour semuanya ada.


Kisah kemanusiaan yang cukup menyayat hati bagiku. Memang cukup sarat dengan nilai kemanusiaan, nilai kehidupan kini. Ditikam belakang oleh kawan baik sendiri. Bukan hanya sekadar ditikam belakang, dipancung yang akhirnya tercapai hasrat kawan makan kawan tu. Hilang suami, diceraikan tanpa belas. Kawan baik menjadi dalang yang memusnahkan hidup teman baik. Owh, tragis..

Bersabarlah.. Bersabar selagi mampu dan bertahanlah. Setiap kesulitan, kepahitan pasti akan ada manisnya.. Ikuti kisah ini dan awak pasti dapat melihat dimana kepahitan itu terlempar, di mana sinar bahagia itu menjelma. Kerana janji Sang Pencipta, Allah tetap bersama mereka yang sabar dan redha dengan setiap ujian-ujianNya.

Teraju utama drama Teduhan Kasih ini adalah Sherry Ibrahim, Adi Putra, Shah Iskandar dan Nabila Huda. Setiap darinya sangat terkesan di hati. Mohon jangan ada yang mengulangi kisah mereka ini (walau hakikatnya masih banyak lagi di dunia realiti kisah kawan pancung kawan ni)..

Jangan lupa menonton drama hebat ni setiap Isnin hingga Khamis jam 7malam di TV3 (slot akasia). Jom dengar OST drama Teduhan Kasih ni, atau klik SINI

3 comments:

  1. sy un suka tgk cite nih :)) tapi hari ni x tgk lak..huk8

    ReplyDelete
  2. wah menarik review dari aima ni...tapi citer dia tak minat sgt lah....

    ReplyDelete

Awak-awak semua memang comel
terima kasih, baby sayang awak