Cara Mengatasi Masalah Bau Badan

Assalamualaikum..

Berbalik kepada entri terdahulu Mengapa Bau Badan Lelaki Lebih Kuat Berbanding Wanita. Okey, dibawah ni ada beberapa tips dan cara bagaimana untuk mengatasi masalah bau badan.

Rajin Mandi
     Mandi adalah langkah awal yang baik untuk mengatasi masalah bau badam selain mencuci pakaian. Mandi dengan pancuran lebih baik jika dibandingkan dengan berendam kerana ketika air memancar, lebih banyak kotoran dan bakteria terbuang dari badan dengan aliran air yang konsisten.

Pakai Deodoran/Antiperspiran
     Sejumlah deodoran hanya menutup bau badan tetapi sebahagian lain ada yang berfungsi memerangi bakteria. Deodoran yang palingefektif adalah uang mengandungi bahan-bahan aktif. Antiperspiran bekerja dengan cara menyumbat kelenjar peluh, jadi bakteria tidak dapat berinteraksi dengannya. Sabun antibakteria juga membantu membunuh kuman-kuman.

Nutrisi Yang Tepat
     Mengurangkan pengambilan kafein membantu mengurangkan bau badam. Kopi,kola, coklat dan makanan lain yang mengandungi kafein berperanan terjadinya bau badan kerana ia merangsang kelenjar peluh apokrin. Bakteria sangat suka peluh yang banyak mengandungi lemak. Banyakkan minum air bagi menjaga kelenjar peluh ekrin agar tetap aktif dan ini bagi mengurangkan peluh apokrin yang pada akhirnya meminimumkan bau badan.

Asid Boric
     Salah satu produk terbaik untuk mengatasi bau badan ialah asid boric. Bahan ini murah dan fungsinya cukup baik untuk mengatasi bau badan. Hanya sapukan pada bahagian ketiak setelah mandi. Asid boric akan melambatkan penyebaran bakteria. Jangan gunakan terlalu banyak bahan ini kerana ia aka menyebabkan iritasi/kerengsaan.

Terapi Lain
     Jika bau badan tidak dapat di atasi juga walau telah mencuba pelbagai cara diatas, ada sejumlah produk yang dapat mengatasinya tetapi atas nasihat doktor. Perlu diingatkan bahawa munculnya bau badan yang berlebihan boleh disebabkan jangkitan kulat.



10 comments:

paripariputih said...

kurangkan makan bawang2an hahaha contoh bawan besau dan bawan putih kbai

Aku Penghibur said...

oooooooooo baru tahu :)

Harith Iskandar said...

haaaa pompuan selalu kena masalah bau badan kan kan?tul tak tul tak? :)

Hanif Idrus said...

Anak buah aku badan berbabu..aku belikan deodorant dan selalu suruh tukau baju..kalau peluh..
sekarang dah OK

the malay male said...

nice sharing

azstory said...

selamat ke pakai acid boric tu?

azstory said...

Bau badan, tanda dalam badan banyak toksin..

sa mic said...

bau bdan busuk tak apa, asalkan jangan busuk hati, ehhh ! :P

pemikir keliru said...

maaf...asid boric tu apa ye...sya budak bru beljar...

mola said...

Jika segala usaha yang dijalankan gagal, cuba mandi menggunakan kain sintetik - cara yang simpel dan praktikal untuk semua golongan dan status. Baca selanjutnya di http://baubadan-mola.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
.Blog Edited By SilenceBlogz | Blog Owner BabyAimaComel | Proudly Powered By Blogger.com