Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

21 Feb 2013

Ulasan & Keputusan Liga Juara-Juara Eropah AC Milan vs Barcelona 21 Februari 2013

Assalamualaikum..

Perlawanan hebat berlangsung awal pagi ini. AC Milan beraksi di laman sendiri menentang Barcelona team hebat dari La Liga Sepanyol. Bersemangat aku nak tengok tau. Nasiblah dah tidur awal-awal dan terjaga sebelum game bermula. Aku sokong Milan tapi dalam hati memang dah jatuh sayang pada Barca. Ni antara ulasan aksi-aksi mereka.

Hebat! hebat!

~Separuh Masa Pertama~

Sepak mula dilakukan oleh sicomel Messi. 10 minit pertama yang cukup mendebarkan pada aku. Beberapa aksi terbaik Barcelona tetapi berjaya disekat oleh pertahanan Milan. Game yang sangat pantas. Aku suka!  Percubaan menarik AC Milan pada minit 15- perrghh hebat sipi-sipi je nak gol.
Tiada gol yang terhasil pada separuh masa pertama.


~Separuh Masa Kedua~

Gol cantik melalui sentuhan Kevin-Prince Boateng minit ke 57. AC Milan meneruskan serangan yang tak putus-putus. Mungkin bersemangat bila tadi terhasilnya gol pertama perlawanan. Free kick Messi yang tak berhasil. Ahh, deras tapi no result sebab berlalu tinggi atas palang. 65' Puyol berlaga kepala dengan  Pazzini -aduhh banyak pulak aksi laga kepala hari ni. Kesian Puyol sampai bertampal di dahi.

Barca masih menguasai perlawanan walaupun tiada gol terhasil setakat ni. Cantik percubaan 75' Iniesta tapi tak juga mencecah gawang gol. Barca masih juga tak berjaya walaupun free kick yang baik oleh Xabi.

Counter attack yang menarik dilakukan AC Milan dan akhirnya gol lagi. Yuhuu! Jaringan Muntari minit ke 81. Crossing yang menarik dari Barcapada minit-minit terakhir perlawanan tetapi keeper hensem si botak berjaya menangkap kemas. dan akhirnya tiupan wisel dibunyikan.. Lalalalala, Milan berjaya untuk malam ni. Tahniah,


Keputusan penuh :

AC MILAN 2-0 BARCELONA

Keputusan lain :

GALATASARAY 1-1 SCHALKE


*maaf, ulasan yang tidak begitu baik. Sebab mata terlalu fokus pada game di layar tv =)

10 comments:

  1. untng lee dapatt ngadap tb kak oiii . kitee kaat sini tak dakk tb !

    ReplyDelete
  2. cantik blog ni...guna platform apa ? wordpress ke? thanks juga sbb jadi follower blog 3 dalam 1... jgn lupa jadi pengomen tegar kat blog saya k...sbb sy kn balas juga heheheee...

    - Admins Blog 3 Dalam 1

    ReplyDelete
  3. pergh,, bola? no words can be said..

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Bab bola, memang lana angkat bendera putih awal2 (T__T) heehhee

    ReplyDelete
  5. barca kalah? facepalm....

    - Admins Blog 3 Dalam 1

    ReplyDelete
  6. tersengguk2 sy layan bola smalam kak...yg panas nye pasal barca kalah...huarghhhh....stress...messi main cam patah kaki je smlm...

    ReplyDelete
  7. haha sejak bila messi dapat gelaran sicomel ni...?

    ReplyDelete
  8. tak minat tengok bola..tp selalu ambil tahu pasal bola nie..utk informasi..hehe..:-)

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih