Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

2 Feb 2013

Tonight with Dr Zakir Naik

Assalamualaikum..

Malam ni banyak game bola.. Sebenarnya kat draf tu banyak sungguh entri tentang ulasan perlawanan bola sepak dalam & luar negara tapi tak terpublish, adalah dekat 6-7 entri yang dah taip tapi tersimpan je.. Takut sebenarnya sebab terasa pelik pulak bila diriku bercerita pasal bola. Padahal bukan reti main pun, setakat jadi penyokong setia semua team yang ada kat dunia ni.. Cewahh, semua team kat dunia konon. hahahaha,

Okey, mohon abaikan cerita panjang lebar kat atas tu sebab sebenarnya bukanlah nak cakap pasal bola kat sini. Tadi sempat jugaklah layan TV Al Hijrah dalam rancangan 'Tonight with Dr Zakir Naik'.. Sungguh, sangat suka mendengar bicara dari seorang tokoh agama ni. Jawapan yang mudah, jelas dan sangat terkesan dari seorang tokoh ulamak dari Mumbai ni..

Dr Zakir Naik bersama Tv Al Hijrah

Hebat kan bermula dari seorang doktor perubatan dan kemudiannya menjadi pendakwah.. Suka mendengar setiap ilmu yang dilontarkan.. Berjaya menjawab setiap persoalan yang diutarakan malah dari mereka yang bukan Islam pun mengikuti sesi bersama. Rata-rata yang menyoal adalah dari kalangan bukan Islam..

Sangat suka dengan cara beliau menjawab hujah-hujah yang diutarakan. Sangat mudah difahami lebih-lebih lagi bila membicarakan tentang wanita dalam Islam.. Sangat santai ..

Islam itu mudah.. Islam itu bersifat universal..


#tadi tengok Syurga Seorang Isteri.. tapi bila tengok lelaki kejam & tak berperikemanusiaan begitu baiklah layan bola EPL Arsenal vs Stoke City =)  dah habis pun cerekarama tu.. tak suka!

5 comments:

  1. Kena tgk gak..
    Mesti ada kat you tube

    ReplyDelete
  2. Nice info ^_^
    Jangan lupa follow back yaa www.devilz-adrian.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. yup betul tu dr zakir mmg seorg pendakwah yg best...pernah tgk debat dia dgn paderi dulu...

    ReplyDelete
  4. salam baby comel :)

    ayie selalu jugak tgok show dia kat tv al hijrah...wlu mmg kuat pelat india dia bila bercakap inggeris tapi jawapan dia disampaikan dgn pengetahuan yg mendalam.

    ReplyDelete
  5. Ni yg iklan dia selalu keluar kat tv tukan BC.... Bangga jugak bila org bukan Islam pun sudi nk dengar

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih