Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

14 Feb 2013

Say NO to Valentine

Assalamualaikum..

I Luv U, U Luv Me..

Ermm, umum sudah tahu tentang 14 Februari yang kononnya merupakan hari berkasih sayang atau bahasa mudahnya Valentine Day. Owh, kalau cakap valentine day je baru nak faham ehh? Amboi amboi.. Okey, senang je nak cakap kat sini yang kita sebagai orang Islam adalah HARAM menyambut dan meraikan hari valentine ni.. Hukum tetap hukum.. Dan ia bukanlah budaya kita untuk meraikan hari 14 Februari.

google image

Kenapa nak sambut valentine day ni? Sebab nak berkasih sayang? Ish, itu semua poyo! Nak berkasih sayang bukan lah setahun sekali. Setiap hari sayang menyayang itu perlu. Tak usahlah nak tunggu setahun sekali baru nak tunjuk yang I lap U, U lap me.. Hohoho, Sabar jelah eh..
(erkk, asal aku garang semacam je ni eh??) taklah.. aku tak marah.. aku sayang je korang semua.

Yang penting jangan sesekali berniat atau terniat nak sambut. Lantaklah mereka yang bukan Islam nak meraikan macamana sekalipun. Kita punya cara kita sendiri.. Untuk yang dah bersuami beristeri, anda lebih bijak menyalurkan kasih sayang dan cinta tu. Dan setiap hari cinta kasih serta sayang tu kian subur. Bukan menunggu setahun sekali baru nak mengulangi sayang tu. Bagi yang belum dan masih berpasangan, kalau awak sayang dia -mohon pinang dia cepat-cepat. tu yang terbaik sebenarnya. Kan? :)

goolge image

Okey, sampai di sini sahaja.. (ingatan ni ku tujukan untuk diri sendiri supaya hati ni juga terus kuat dan kebal.. bukan bebel..

Jaga diri.. I Luv U, U Luv Me.. Hari ini, esok, lusa, dan seterusnya. semakin hari semakin sayang okey.

24 comments:

  1. say no to valentine...tetapi kecewa juga sbb masih ade segelintir yg menyambutnye lg di hotel bajet,masuk surat khabar pulak..ditambah melayu islam..sangat sedih..

    ReplyDelete
  2. tak pernah sambut dan tak teringin nak sambut, sbb hari2 dah ada kasih sayang heeee

    ReplyDelete
  3. Budak-budak baru nak kenal erti dunia suka la menyambut benda-benda ni. Dah macam apa je.

    ReplyDelete
  4. Yeah! Say NO to Valentine Day! :)

    Adik tau akk ta mara..akk tegas sbb benda tu salah di hukum syarak dan jga agama Islam :) Yang sedihnya masih ada lagi umat Islam yg menyambut hari ini..apadaa..ke kurang kasih sayang ehh..hahha

    #Dah la xmo bebel pnjg2..yg penting setiap hari setiap saat adalah kasih sayang utk semua..mcm iklan Fair & Lovely kata 2..TIAP HARI SAYANG..SO SWEET kan kalo cmni..xyh nk smbt bnda yg sah2 HARAM =)

    Peace yaw! (^_^)v

    ReplyDelete
  5. haa teringat hana kat kelantan. masa hana jalan2 14hb 2, ada satu banner dia tulis "Hari Suami Isteri". Hana pun pelik ada ka hari suami isteri. tegah fikir2 baru tahu hari suami isteri tu mcm hari valentine. ada ceramah agama, sukaneka. Yang hadir suami isteri

    ReplyDelete
  6. sebenar2nya lagi kita larang... lagi la derang ni nak buat == sabau jer la... (walaupun x semua)

    ReplyDelete
  7. michelle non-muslim tp michelle x celebrate jugak,rasa2 x penah celebrate.
    sebab hari2 sayang.hehe :)

    ReplyDelete
  8. taa payah nak belentine sgtt lhaa . haha

    ReplyDelete
  9. HARAM..... tp aku tetap gak kluar datim, tapi ngan bufday girl la...hihi

    ReplyDelete
  10. tiap2 tahun kita benda ni dibangkitkan tp ada gak yg tolol duk celebrate kan? hrmm..semoga kita semua dijauhi benda yg mngarut ni...

    ReplyDelete
  11. owh saya tak pernah sambut V-day nih

    ReplyDelete
  12. kempen say no tu valentine ni berjaya nampaknya. mengurangkan tetepi tidak menghapuskan sebab ada je kat berita cerita pasal khalwat di malam valentine

    ReplyDelete
  13. Bukan setakat Valentine's Day je, banyak lagi budaya yang kita main ikut je tanpa tahu apakah ia dan asal usulnya.

    Sepatutnya, dalam apa juga perkara, kita kena latih diri, bertanya, kenapa kita buat sesuatu. Kerana org lain pun buat juga ke atau ada sebab2 yg lebih baik dan boleh diterima dalam ugama.

    ReplyDelete
  14. dari dulu lagi x pernah sambut. sejak dari kecik parent ajar spaya jgn sambut.. hehehe

    ReplyDelete
  15. tkde faedah pun smbt bnda ni kan kan..lebih baik duduk umh tgok tv..duit pun tak keluar hihi

    ReplyDelete
  16. tak pernah sambut dan tak akan sambut.. hehe.. betul2.. nak tunjuk kasih sayang. hari2 tiap2 saat pun boleh bukan setahun sekali.. :)

    ReplyDelete
  17. hmm masih ada segelintir manusia yang bergelar Islam sambut juga walaupun tahu hukum hakamnya

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih